Blog ni memaparkan kisah-kisah dalaman kami sekeluarga, just untuk rujukan kami bila terkenang-kenang saat manis sebelumnya; sebab itu ia dijadikan LIMITED EDITION, hanya untuk pembaca dalam kalangan ahli keluarga dan sahabat handai sahaja.

Wednesday, October 31, 2007

MaKaN IkAn/DaGiNg MeNtaH...

Pagi tadi saya disoal oleh seorang rakan mengenai hukum memakan ikan mentah dan daging mentah, seperti sushi, sashimi dll…Pada saya, isu memakan ikan secara mentah telah selesai, walaupun sesetengah ikan itu masih ada darah. Berdasarkan hukum, pada umumnya memakan ikan mentah tidak diharamkan dan darah yang masih tersisa dalam daging itu bukan termasuk darah yang diharamkan, sebagai pengecualian. Malah, darah ini boleh dibuang atau dibersihkan. Cuma kebiasaan masyarakat Melayu kita tidak memakan ikan mentah. Ulama Syafi'e dan Hanafi menganggap darah ikan tidak najis dan halal dimakan, karena pada konsepnya darah tidak lebih utama daripada bangkai. Oleh itu, jika bangkai ikan boleh dimakan tentu darahnya juga boleh. Bagaimanapun ulama Maliki dan Hanbali menganggapnya najis sebagaimana lazimnya darah. Begitu juga dalam persoalan ikan yang mati tanpa sebab, Mazhab Hanafi berpandangan tidak boleh dimakan ikan ini karena termasuk bangkai. Berlainan dengan pandangan majoriti ulama yang lain iaitu segala haiwan yang hidup di air hukumnya boleh dimakan karena termasuk kategori ikan. Dalil yang membolehkannya adalah nas Al-Qur'an surah al-Ma'idah, ayat 96 "Dihalalkan untukmu sekalian hewan buruan laut dan makanan laut", juga hadis Abu Hurairah yang diriwayatkan Tirmidzi dan lain-lainnya "laut, airnya mensucikan dan halal bangkainya" (هو الطهور ماؤه الحل ميتته) dan hadis Jabir yang menceritakan perjalanan pasukan perang Muslimin yang kehabisan makanan, kemudian mereka menemukan bangkai ikan paus lalu mereka beramai-ramai memakannya. Sesampai di Madina mereka pun menceritakan kejadian tersebut kepada Rasulullah dan Beliau berkata "Makanlah rezeki yang dikeluarkan oleh Allah untuk kalian" (H.R. Bukhari dan Muslim). Pandangan yang ganjil sedikit dalam mazhab Syi'ah bahawa memakan ikan adalah makruh, apalagi banyak makan ikan, kerana dalil Hadis yang mengatakan "Daging ikan segar menyebabkan badan lemah" (Wasail al-Syi'ah, Muhammad Hasan al-'Amili (1104 H.), jilid 17, hal. 54). Ini mengenai ikan.

Bagaimana dengan daging mentah? Setakat ini perbincangan fiqh tentang daging ialah ia mesti disembelih tanpa membincangkan lebih lanjut bagaimana menguruskan (masak) daging yang telah disembelih tadi..justeru, selagi tekak tidak jijik dan kesihatan tidak tergugat, makanlah mengikut selera yang ada. Kebiasaannya daging mentah dimakan dalam bentuk hirisan nipis atau “ham” dan dimakan seperti sushi etc. So, makanlah…tambah lauk tu hehehe…

JaMuAn RaYa LaGi...


Arini aku dijemput untuk dua majlis jamuan hari raya, iaitu anjuran Masjid USM dan satu lagi anjuran Institut Pengajian Siswazah...semuanya pada masa yang sama kul 12-2 pm..my priority now is mana yang juadahnya the best, ahaks! tak baik gitu bey...so, projek pose syawal dengan isteri di'hold'sekejap...ada 1 hari lagi before aku raya...my biwi ada 2 hari lagi sebab semalam kami dikejutkan dengan pengembalian norma 'kewanitaannya' yang kembali normal semula...apa dia? tanya la orang pompuan, depa lebih mengetahui...bila nak pose jadi haram, bila nak solat jadi tak sah, bila nak bersama jadi tak jadi...hahahahaha....apa pun syukur, semuanya sihat wal'afiat!

CaWaNkU paTaH...


Ini adalah sebiji daripada 2 set cawan yang diterbangkan khas balik dari London, semasa aku study kat sana dulu...boleh patah jugak, ingatkan keras macam mat salleh huhuhu! Actually set ni aku dapat hadiah drp tuan rumah yg aku sewa bilik kat Dollis Hill, tuan rumah ni org Melaka..Mcik Yah..dah stay kat sana about 30 years la gitu...takpe la, ada 7 biji lagi...

Tuesday, October 30, 2007

DoDoL Medan...dan eXamm...


Pagi: ada pelajar phd seliaan den daripada Medan mai jupe...ingatkan nak dapatkan supervision, tapi nak bagi dodol langkat (medan) rupanya sempena idul fitri yang masih sakan disambut kok sebulan, rasa dodol ni manis bangat katanya! isyh segan jugok den mulenya nak trime...sebab salah di sisi etika takut mempengaruhi justifikasi penyeliaan...tapi niat bapak ni ikhlas, katanya tanda ingatan kat bapak dokter di maleysia...itu nggak salah bilangnya...tapi bilang orang lain lagu mana deh (itu yg den risau nih), apa pun diterima la dengan hati yang gumbira...sebagai ole-ole utk ibu aini kat rumah...

Petang: kena jaga exam, student usm dah start periksa final sem mula semalam lagi...so petang ni giliran den, utk sem ni den kono jago 3 kali...today, 4/11 dan 16/11...semuanya memboringkan, apa taknyer...round jer tengok studen bertungkus lumus menjawab sambil mengejar masa...ada juge yg tak leh jawab akan termenung, mengelamun dan even ada yg tertido...tu dah level bangang benor la tu hihihi...takpe la, jaga pun jaga laa...nak wat lagu mana, itu dah termaktub dalam tugas sebagai pegawai akademik universiti (ikut ayat memo yg diedarkan)...nak bawa bahan bacaan kut tidak dibenarkan, lagi pun tadok kusi dibagi...kusi kat depan ketua pengawas ada la...buat apa nak duk situ depan semua orang, jual muka lak...aku suka round-2 kat belakang...tengok gelagat studen ahaks...pas jaga exam nak balik terus la...sebab mesti dah lewat...

Monday, October 29, 2007

BBQ Dinner...


Sabtu malam ahad 27 Okt, we all ada BBQ dinner kat Paradise Sandy Beach Resort kat Tanjung Bungah, Batu Feringgi...ermm best! Damia pun sporting nak join ahaks...actually dinner ni free jer, aritu den bagi ceramah motivasi ala-ala gappa gitu kat studen baru ppik-usm..dapat la voucher dinner ni for two pax...bulan 7 dulu lagi, tapi masa tu Damia masih kecil sangat, suka lolong lagi huhuhu...so, tunggu la dia besar sikit dan boleh bagi kerjasama...nasib baik sebelum due date voucher tu tamat (arini) sempatlah we all celebrate our dinner in trio...best gak menunya, ada kambing golek, nasi goreng, daging berempah, sayur, sate, salad, etc...macam menu kat hotel biasa laa...lain kali boleh datang lagi kalau dapat yang free lagi, tapi bagi sesape yg banyak duit, boleh gak pi dengan bayaran RM48++ hehehe...

SmALL OpEn HoUsE


Ari jumaat 26 Okt, aku, isteri & damia buat open house kecil-kecilan...hajat dihati nak ajak kak zan & Dr. fazal datang makan sebab depa nak pindah ke UKM next week, so alang kepalang..lagi pun nak buat nasi dagang, maka diajak la beberapa gud fren yang terdekat dihati..dapat la meraikan beberapa kawan terdekat, dalam 19 orang dapat meluangkan masa iaitu set bhgn pengajian islam diketuai Dr. Atik, Dr. Farid, Dr. Hasanah, Dr. Nizam, drp bhgn Tamadun Dr. Ratna dan Dr. Suhaila, drp bhgn Geog Dr. Jabil dan isteri, drp bhgn Sej Dr. Nik Haslinda & Dr. Hasrul, bhgn BMBati Dr. Fazal, drp school pjjj Dr. Azlizan, juruteknik Kak Sarina, drp school HBP Dr. Shardy. drp school Komp. Sains Kak Umi, Librarian Tuan Sira, bekas isteri Dr. farid, Idah...menu utamanya nasi dagang, acar kacang, bihun, puding buah, sunkist, epal, keropok keping, kacang, maruku, kek pisang dan air sunkist...juadah okay, mencukupi cuma lauk ikan kena tambah lagi...pengalaman ini menghasilkan penemuan pada aku dan biwi, nasi dagang utk 2 kilo beras boleh makan dalam 30 orang...tapi ikan kena 3 kilo (kami sediakan 2 kilo) dan kena potong kecil sedikit...overall, puashati ahaks! tunggu next year nak ajak crowd lebih besar...kalau boleh satu blok apartmen sini hak hak hak hak....

Saturday, October 27, 2007

FoTo OpEn HoUsE


Juadah simple: Nasi dagang (sedikit le'it), kuahnya (paling sukar dimasak), set juadah, pengunyah sambil sembang...


Dari atas kiri: Dr. Jabil, Dr. Shardi (HBP),Dr. Atik (Ketua Bhgn Pengajian Islam PPIK), Tuan Sira dan Damia the master of the open house hehehe...

LaGi FoTo OpEn HoUsE.....

Sebahagian foto awal...


Dari atas kiri: Dr. Nizam, Dr. Suhaila, Dr. Azlizan, My. Biwi & Damia, Dr. Fazal (merah), Dr. Farid, Dr. Hasrul, Dr. Nizam, Anak2 Dr. Fazal


Dari atas kiri: Dr. Nik Haslinda, My. Wife, Dr. Nizam, Dr. Ratna, Dr. Suhaila, Dr. Nik, My. Sweet Biwi, Dr. Suhaila,Dr.Hasrul, Kak Sarina, Dr. Hasanah dan anak lelakinya


Dari kiri atas: Idah dan 'Affan, Mariani & Farish (Isteri Dr. Jabil), Tuan Sira (Librarian USM), Kak Umi (Comp. Sains)

GaMbAr RaYeR 2oo7


Berayer di Kemaman

Rayer di Kemaman bermula pada hari raya ke-3, seperti biase rumah kemaman dipenuhi anak, menantu dan cucu mak dan bak...arini damia diserbu dan dikerumuni tapi dapat dikalahkan dengan tangisan yang quit loud ehek!

FoTo Rayer 2oo7


Gambar Raya di Manir

Raye di sini mengambil tempat pertama, iaitu raya 1 dan 2...walaupun tiada lagi orang tua...rumah ini tetap berseri dan meriah! alhamdulillah adik beradik mesra dan erat, semoga ukhuwwah itu memberkati kami...so rayer tetap rayer...

Wednesday, October 24, 2007

Puasa 6 Syawal

Bulan Syawal ni bukan hanya disambut Hari Raya Puasa (disebut juga Hari Raya Fitrah atau Aidil Fitri), malah ada sambutan lain yang lebih besar iaitu sambutan berpuasa tambahan untuk mendapat keberkatan yang lebih..Selepas tarikh 1 Syawal, hanya 1 hari ni jer diharamkan pose, umat Islam amat digalakkan untuk berpuasa semula iaitu sekurang-kurangnya enam hari daripada Syawal ini. Ia adalah kesinambungan kepada puasa sebulan pada bulan Ramadhan di mana nilai ibadatnya adalah bersamaan dengan puasa sepanjang tahun. Rasulullah s.a.w ada bersabda, “Sesiapa yang berpuasa Ramadan kemudian diikuti dengan puasa enam hari pada bulan Syawal, seolah-olah dia berpuasa sepanjang tahun (Hadis riwayat Muslim)”. Galakan puasa ini adalah merupakan satu lagi tanda Rahmat dan Pemurah Allah SWT kepada penganut-Nya iaitu walaupun dengan amalan yang kecil, ganjaran yang diberikan adalah besar. Maka beruntunglah mereka yang berlumba-lumba mencari kebaikan dan keredhaan Allah.
Justeru saudaraku seislam, marilah kita pakat-pakat pose….

Tuesday, October 23, 2007

Catatan Raya 1428H


10 Okt/28 Ramadhan...
Lepas sahur, my wife dah mula last-packing everything yg dah dikumpul sejak dua hari lepas, final pack la...aku tido sat sebab nak hilangkan loya yg biase dtg melanda..6.30 bangun, mandi dan mula susun barang tengok keutamaan..maklum la kena bawa turun dari tingkat 7 ni, bukan mudah...2 kali gok naik turun...tu nak dukung damia lagi, semua sekali ke bawah dalam 8.30 la...boleh tolak dalam kul 9 am gak...dah bertolak, jemm plak depan susur nak masuk jambatan..dekat sejam berderet, ramai nak balik raya ni...pastu baru okay...zohor/asar kat tanah merah, tu pun terpaksa berhenti sebab mengantuk sangat, my wf dan damia lena jer tido kat belakang huhu...sampai batu 6 kul 4 ptg, shopping lauk nasi dan etc kat pasar ramadhan sini...ermmm sangat banyak lauk pauk yg best...pastu singgah pasar ramadhan manir pula kul 5, shopping ketupat lak kat mok soh...pastu balik rumah kul 6...kena la sapu lantai dulu dgn tahi cicak...maklum la kami dulu sampai ke rumah ni yg dah lama kosong...

11 Okt/29 Ramadhan...
Lepas sahur, tido arek-arek bf sepu call kata dia sampai batu 6..kena gi ambik dia jap, balik sambung tido...bangun kul 10 pg, siap-siap dgn my wf dan damia ke mayban, jupe hj. zamri bayar zakat, ambil bekas angpaw, then ke astaka cari baju raya, pastu ke giant baru sebelah mydin...walaupun 3 tempat ni, we all sampai rumah kul 5 lebih sebab jem...ramai sangat orang balik raya dan nak shopping raya...sampai rumah, mek nor sekuarga dan sapa...

12 Okt/30 Ramadhan...
projek aku dan my wf ialah ke Cabang 3 cari ikan aya, nak buat nasi dagang esok...kereta jujuk, susah nak parking...pastu terus balik rumah, lepak...then tido sat, kul 4 pm gi pasar ramadhan taman syahbandar, tadok barang sangat..kuih dan lauk tak best, rugi tak pi batu 6...balik rumah dah dekat nak bukkaa huhuhu...

malam raya, tolong my wf jaga damia sebab dia ada projek wat nasi dagang...mek nor tolong masak kuah, yg lain tolong wat acar...menu besok ialah nasi dagang, nasi kapit dan kuah kacang…


13 Okt/1 Syawal...
Kul 6.00 pagi dah bangun with my wf, solat subuh and then get ready for nasi dagang..gi solat raya kat Masjid Banggol Peradong..masjid pas biasa la..khutbah pun ada pas...pastu ator nasi dagang umah mak teh sket,...siap-siap bergambar sket dgn adik-beradik yg ada...misi diteruskan ke kubur (11 pagi), dah panas so just baca fatihah, then umah cik ayu...umah mak suha, umah mak yam, balik tambah semula sebab damia nangis jer...rupanya dia demam huhuhu...kesian...balik rumah kak la dan abg nan dah sapa balik raya...


14 Okt/2 Syawal...
ke rumah mak soh tapi dia takde...so pergi bando cari klinik ke damia...on the way balik terperangkap dalam jem drp seberang baroh hinggalah ke retok manir...sejam lebih, kesian damia menangis jer dalam ekreta...aircond kereta pulak jadi panas...ni emsti baiki ekon aritu dok jadi molek, geram tul....masa ni la dia jadi panas, kalau jadi masa malam kan elok dan patut...sapa rumah mekju kawan my wf datang bawak my studen beraya, then set yoda, meru mari...then set zamri, yah dia mari...semua depa ni nak gi chalok pasni...aku tak gi mana doh laaa...aler ke petang, abg ni and family sampai...then my studen twintech dulu mai...maghrib, rumah ditutup!

15 Okt/3 Syawal...
pas breakfast, balik ke Kemaman...lewat sket dalam kul 9.30 baru leh tolak sebab lambat mandi pagi, so dah lewat kena que huhu...lalu ikut telemong, ajil, jerangau dan tasik bandi...hujan jer...nak cepat juga sebab su nah my wf nak tengok damia, depa nak balik KL pulak...kul 12.10 baru sapa...bak dah tunggu depan gate, respek la bak...damia diserbu ramai peminat sini...menangis dia terkejut hehehe...ramainya org kat sini, nasib baik dpt bilik, org lewat sampai macam khoo kena tido kat luar...

16 Okt/4 Syawal...
aku ada projek arini, pas breakfast gi beraya umah nekdaz kawan my wf, then ke beserah umah dr.jem...sesat jugak sebab direction dia bagi sukar difahami...kampung celok lempong smt like that laa..syukur jupe...pastu gi neram 1 umah yongah, makan tengahrai sini, bestt lauk gulai ikan duri...siap ulaman termasuk la petai jeruk, yongah makan 3 kali nambah, aku 2 kali jer...lama jugak duk sini sampai 4.30 sebab dia tokwi balik awal huhuhu...my wf dan damia jemu dah ahaks...

17 Okt/5 Syawal...
Abg wan and family dia balik KL today...aku dan wf, damia lepak jer kat rumah sebab my wf lak demam, semalam dah beli ubat demam kat farmasi tapi dok lega juga...tak jadi la rancang nak pi raya umah kak dah di beserah skali dgn abg wan arini...

18 Okt/6 Syawal...
Ani masih demam tukar ganti, actually dia demam malam jer...risau kut jadi macam demam bulan pose aritu...janganlah dia demam lama sangat, damia pun tak berapa okay lagi...arini kul 7 hantar ani ke rumah mek, mengurut badan...dia ada angin sket...tengahrai abg Mie balik KL...rumah semakin lega...khoo skuarga dah boleh masuk bilik yg abg mie kosongkan...petang tu gi jalan kat bando sebab nak cari jubah, dok jupe..Lah cari kain baju nak ganti baju raya sanah yg dok padan...damia dapat puting susu baru (kat penang nanti nak paksa susu botol lak)...bila balik abg Lie skuarga dah sampai...

19 Okt/7 Syawal...
Tido balik pas subuh, kul 10 baru bfast sebab damia dari kul 4-6 pg bangun minum susu dan nak main, nangis takboh tido doh huhuhuh, penant weh jadi ayah...kemas barang, hantar ani ke klinik check demam dia tak berapa elok lagi...orang tak ramai mana tapi dktor check lama tul sorang2...kat 12.30 baru leh ubat...balik rumah bak dah ready nak jumaat, tak leh balik lagi ke manir...makan nasi dagang dulu yg mak buat ke abg Lie...pas jumaat tolak balik...singgah di Dungun, abg nie sefamily pun tengah siap nak gi Kuantan, nikah adik kak kiah...pastu singgah Marang umah kak La yg wat umah terbuka, hujan punya la lebat masa sampai, set2 mad ada pulak..so penuh la rumah dia...sedap nasi minyak dia tempah..ermmm tempah jer cik kak wehh...takpe la, janji sonang...tolak ke tetambah pas maghrib...sampai dah lotih, hai esok nak drive jauh ke penang ni...larat ker, Mek yah skuarga dah ada...kesian dia, kereta mapuh marin kat Dungun...terpaksa tow...Bain gi amik plak dia balik dari Dungun sewa kereta yoma...malam tu damia bangun kul 4 susu and then nak main plak...bo layan ler

20 Okt/8 Syawal....
pas subuh, ke kedai merang beli nasi lemak...kemas barang dan bertolak nak balik Penang doh...kul 9.08 gok baru leh bertolak...singgah di Chalok jupe yolong dan maklong yg nak gi haji bulan depan...makan nasi dagang, semua org sini pose 6 dah..kesian anak dia toyyibah keguguran...kul 10.40 tolak semula...hujan sejak dari manir tadi dok berhenti sampai la ke batu melintang jeli...berhenti makan,. tak best nasi dan lauk sejuk...kedai sedap dah penuh, kereta parking berjujuk...sampai grik kul 4..sampai penang desa bistari kul 6.30 ptg...dua kali gok angkut barang wat naik, maklum la kereta sarat...itu la perjalanan raya...dua bulan lagi nak raya haji pulak...alahai! kena plan perjalanan la pasni supaya damia tak demam...damia demam semasa dalam perjalanan, kesiannya, dia kena kerjong wi makan ubat...damia..damia...

21 Okt/9 Syawal...
pagi gi Pasar basah Bayan Baru, beli lauk basah dan kering...just berehat...petang pas asar Farid mai berjalan raya...

22 Okt/10 Syawal...
Mula masuk kerja...ofis masih lengang, surat penuh dalam pigeon hole...arini aku dan my wf stat pose sunat syawal...semoga diberi kesihatan utk terus melaksana dan menyempurnakan ibadah ini...sekian dulu, nak solat asar dan balik prepare for break fasting plak...guaner citer dok tahu kat rumah tu...

Thursday, October 4, 2007

Perjalanan Ramadhan

Ramadhan tahun ni alhamduliLlah, aku dan isteri dapat berpuasa bersama, berbuka bersekali...cuma dua hari semasa pergi-balik nak interview fellow desisiswa awal Ramadhan dulu jer...kekadang masa berbuka damia akan kacau, dan kekadang juga dia tido hehehe...masa tu tenang la sikit kalau nak berbuka...

Dua tiga hari ni, my wife pulak demam dan sakit kat buntut dia...so, kelmarin dah pergi klinik dan dapat antibiotik, kena pi lagi sekali sabtu ni tengok perkembangan, kerap jugak my wife demam ni, risau gak sebab dah la badan dia susut...nanti lagi kurus melidi huhuhu...damia pulak leni asyik main lompat-lompat, lenguh kekadang memangku dia...semakin aktif, kadang-kala merengek jer minta dukung huhuhu...itu la anak kesayanganku!

beberapa hari sebelum tu kena bagi tazkirah zuhur kat mesjid usm, ermm..tak biasa jadi seperti biasa la...angin kus-kus datang mengganggu konsentrasi semasa solat lagi, alhamduliLlah tak melarat till masa tazkirah...so okay la, seringkas dan bernas yang mungkin...

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin