bismillah & salam
Blog ni memaparkan kisah-kisah dalaman kami sekeluarga, just untuk rujukan kami bila terkenang-kenang saat manis sebelumnya; sebab itu ia dijadikan LIMITED EDITION, hanya untuk pembaca dalam kalangan ahli keluarga dan sahabat handai sahaja.

Thursday, January 31, 2008

Mea's conDition..


Mea's condition now to be better..her temperature slightly decrease to 36.5c, more energy to scream and talk but less in climbing steps to dining area. Only in front of tv area she make a messy with her toys. Today, papa and ibu took mea to usm clinic to get prescriptions about her diarea, who from morning to noon have completed 3 pampers abnormally..so to prevent her from making the stock of pampers going down in a short time, better we get her a better treatment..only 3 days to go to fly, papa hope mea will got back her health sooner, no mind la if she want to climb the steps more often or hanging at her own walker, as long as she fit to travel abroad..the utmost things is mea willing to take her medicine on time and peacefully,please mea..do cooperate with your papa & ibu!

Actually, this year plan have provided papa (till today), three times of flying local and abroad. First, to Bali which going to go two days ahead; second, to Kuching in the end of Februari and third, to Bandung and Jakarta in the end of April (under hostel's programme). The plan was confirmed already and papa got full support from the university, only to fund mea and ibu for the air-ticket. So, the first tour which will took place sooner will be as a guider to papa on how's mea reaction towards travelling. If she looks like doesn't fit to travel, then off course she will upset her ibu la to follow papa in other future plan..hopefully, mea become more tough and ready to accept any challenge..remember mea, you are born to travel all over the world, go go chayyo mea!

Tuesday, January 29, 2008

Mea DeMamm...

Damia demam sejak petang semalam, mungkin kena panas dua hari lepas semasa pergi buat pasport dan outing kejap..hai, fikir-fikir..manja la pulak mea ni, kena panas sikit dah demam, camno ee nak poi bali ni huhu...semalam lepas menyusu mea muntah, pucat muka dia..kesian plak. Semalam pun asyik menangis jer and sedar sejam sekali..badan pun hangat benar, tadi kat klinik bacaan 38 celcius, memang panas..satu masalah mea kalau demam ialah tak mau makan ubat, susah nak kerjong dia ni, tadi kerjong pastu dia muntah balik huhu...macamana nak sihat cepat anak papa ni...semoga sembuh la before fly or kena stay kat Penang la mea...


Mea demam pun tengok iklan dah takde mood, tapi still attracted..dari satu sudut, tenang sikit tangga dan bhgn depan tv ni daripada kena sepah-sepahkan..maklum la, taukeh dia uzur nak orang tepuk or dekpong jer..sampai makan tengahari tadi ibunya just sempat masak nasi, lauk papa pi tunjuk kat kafe fajar harapan hehe..lunch time tadi panas kat pipi dah kurang sket, syukur laa..masa ni, teringin pulak tengok dia membuas dan merangkak menuju ke pintu bila papa nak masuk rumah..."mea letih hari ni..."

Monday, January 28, 2008

Tesco & Pasport


Petang semalam, mea gi tesco membeli-belah barang dapur apa yang patut. Seperti biasa mea akan disediakan troli special yang ada tempat baring..kalau dulu bagi susu kenyang-2 before sampai tesco and terus masukkan dalam troli ni, sekejap jer dah tiduq..laa ni dah besar dan buas, so tak main dah tido, masa mula-2 sampai dia okay lagi seat-still maklum la masih termangu-2 dan cuba mengenali keadaan sekeliling...



Terbaru semalam lepas beberapa ketika, gelisah semacam and nak dukung huhu, papa tak larat la sebab mea koho berat leni, lagi pun nak tolak troli lagi, ibu mea lak busy nak memenuhkan troli ni hehe..so papa bagi mea duduk la pulak, leh jimat tenaga mendukung dia..sambil tu, leh la dia main-main kat situ sambil kacau jejaka lain semasa selisih troli hehehe...itulah mea, my daughter!



Pagi tadi mea ikut papa dan ibu gi wat pasport, yang postpone aritu..sekejap jer dalam setengah jam lepas bayar, siap la pasport antarabangsa mea 32 page, separuh harga jer daripada pasport orang dewasa..kanak-2 pun ada pasport berasingan sekarang, kalau dulu just tumpang dalam pasport ibu bapa, ni kerajaan nak duit lebih la ni..satu lagi, kenapa pasport wat page tebal-2 ek..nanti kat airport just scan jer kan without kena stamping (di KLIA), so jimat dah page..patut reduce la sikit harga tu hehe..maklum la kos besar jugak kalau the whole famiy pi wat pasport ni...

Saturday, January 26, 2008

Mia Ke PesTa PanTun & MotiVasi

Lepas isyak tadi papa bawa mea dan ibunya ke pesta pantun antara desasiswa usm, kebetulan desasiswa aman damai masuk separuh akhir lawan dengan desasiswa restu..semasa pemantun sedang berfikir untuk membeli pantun, dalam hening tu tiba-tiba mea bersuara kuat (bercakap), semua orang tersenyum tengok ke belakang, mungkin sebab pemantun tu lambat sangat nak balas, so biar mea balas dulu..malunya kut ganggu..terus papa dukung bawa keluar bilik pertandingan hehe...nak buat camner, mea leni semakin aktif dan berani ahaks...pertandingan pantun ni ialah secara spontan iaitu jual beli pantun mestilah dilakukan spontan, no write-write la....so selamat menjunjung budaya bangsa:

Jalannya santun bertongkat kayu
Rasa selesa langkah pun laju
Budaya berpantun adatlah Melayu
Semoga bangsa terus kan maju.



Bercakap pasal menjunjung budaya bangsa ni, damia mempunyai kekreatifan tersendiri dalam hal ini apabila papa-nya memberikannya latihan awal iaitu memakai bakul bedak dulu hehehe...ni bukan mendera anak tapi just to make an exercise hehe, ternyata mea suka and selesa diselangkupkan macam ni....actually she is very hardworking and creative to create her own game of satisfaction, really!



Suka sangat bergantung kat walker dia...tengok tu dua-dua kaki...alahai mea kusayang!



Balik dari Pesta Pantun, damia segar lagi..masih main naik tangga turun tangga, but this time dia brek plak kat tengah tu and berpaling ke papa yang nak amik gambar dia, suddenly something yang tak terjangka terjadi..ala nak turun tapi kepala dulu, mea terjatuh huhu..apa lagi menangis mea sambil lencun air mata, kesian anak papa...


"mea sakit ni huhu.."

Pulau Pandan jauh ke tengah
Gunung Daik bercabang tiga
Sakit badan menangis mengah-mengah
Tangga dinaik mea teruskan juga



Hehehe lepas beberapa ketika, mea dah aktif balik..ermmm panjat lagi tangga ni hehe, itu la budak kecik kan, dan juga anak papa...takkan mengalah dan serik dengan dugaan hidup ini, halangan dan kegagalan sebenarnya adalah perkara biasa, di mana-mana dan untuk semua peringkat manusia akan menghadapi rintangan hidup, cuma sejauhmana daya juang dan semangat dalaman yang mampu menangkis kekangan hidup semacam ini itulah yang perlu dimiliki, so damia telah memiliki asas keperluan hidup ini, macam ni baru leh maju ke depan..so terbukti mea mampu berdikari untuk belajar bersendirian di Ireland nanti..before that kena usaha di peingkat sekolah dulu, erkk..tadika pun belum ni, hihihi..there is a long-long way waiting you ahead, mea! and no one knows how its going to be..straight, corner, F1 corner, junctions or end road huhu..apa pun, setiap langkah dalam kehidupan setiap insan tu adalah perjuangan peribadi insan terbabit, tidak semestinya yang tua maju menghala, dan tidak mustahil pula yang muda kan tersekat sentiasa...saat "over-take" sentiasa kan ada, umur muda pun jika speednya lancar, laluannya lurus dan enjinnya berprestasi tinggi, young man can defeat the older one...so, lets go mea...take your papa's word in your heart and move ahead without turning back...go go chayyooo....

Thursday, January 24, 2008

Naik Tangga Naik Turun...


Aktiviti lain yang damia semakin expert ialah memanjat tangga-tangga yang ada dalam rumah ni..kita risau kut dia terhuyung and berguling jer, tapi setakat ni kerisauan itu belum lagi terjadi, semoga takkan terjadi lagu tu la..mula-mula dulu selepas berjaya naik tangga daripada ruang tamu nak ke dapur dia akan berpusing dan senyum, "aku berjaya!' la kononnya nak bagitau hehe..itu la exercise mencabar yang selalu dilakukan mea..tadi semasa ibu dia masak kat dapur dan mea ditinggalkan depan tv, damia rupa-rupanya dah sampai kat dapur (panjat tangga tak sedar ni), bahaya tul ibu dia lok macam tu...terkejut papa bila ibu citer...jangan la ibu biar camtu lagi, our daughter active already, cannot biar-biar gitu jer...papa nak pasang pagar kat tangga ke dapur ni sukar sebab diameter dari dinding ke dinding lebar sangat hampir kira-kira 2 meter huhu..



Sejak damia boleh berdiri tegak (cacang) ni, apa benda pun nak duduk cacang hatta time tengok tv, bila tengok tv memang dekat nau dengan tv, hopefuli jangan pakai spek cam papa dah la..sebenarnya dulu takde meja kaca kat depan tv tu, ia cuma diletak sebab damia always pergi ke tv and try to catch rekoder astro and main wayar dalam tu..paper kat bawah tu memang selalu kena keroyok la, sebuah majalah papa dah dihancuskannya huhu...so in order to safe the rekoder and koleksi paper tu, kena ada 'penampang' sket la..begitu pun, selalu gak dia meredah ikut bawah meja tu and then kantoi tak leh bangun, apa lagi..menangis la minta diberikan pertolongan...kekadang dia gigit meja cermin tu sebab tak tebal sangat, sampai basah kaca tu..jangan luka dah la..kekadang sampai menangis kat situ sebab tak tau camner nak lepas gigitan tu huhu, padahal sonang jer tu...


Semalam damia so hepi sebab ke kedai gambar, nak ambik gambar pasport.."mea nak gi Bali ni hehe.." kata mea ke makcik sa dia..asal mulanya risau gak papa dan ibu mea nak pergi ambik gambar ni, ermm boleh ke nak ambik gambar mea ni...yer la kan, still small kid tapi rupanya boleh jugak, caranya ialah dengan membiarkan mea berdiri kat atas kerusi (memang dia suka pun), then ibu mea duduk congok sambil pegang dia and papa pulak duduk belakang jurugambar, bertugas untuk tarik perhatian mea supaya tengok ke papa a.k.a kamera..ermm..sukar jugak but mission accomplish hehe...esok nak gi buat pasport, mea akan tumpang dalam pasport papa yang kehabisan tempoh tahun lepas...

Tuesday, January 22, 2008

Damia menYelongKar..


Sekarang damia mula mencamek kata orang, habis spanar papa dan losyen kereta dalam kotak ni dia nak main..maybe to fix walker dia kut hehe...lepas keluarkan satu spanar, cari lagi yang lain, nak spanar no. 14 dia kata...mana ek, cari mea..cari...


selongkar jangan tak selongkar...

Saturday, January 19, 2008

Damia oh daMia...


Petang-petang mea akan bersiar-siar di luar rumah, even kat depan or belakang..kat depan rumah sambil tengok papa-mea siram pokok bunga, tapi tak boleh bagi mea sekum lama la dalam stroller tu, kena gerak-gerakkan sket, 1. kut dia cepat boring, 2. kut nyamuk datang landing...banyak gak nyamuk, biasa memang ada la yang telah selamat landing huhu...merah kulit anak papa dan ibu...


kat belakang pula sambil tengok kucing-kucing, ambik cili padi masak or teman ibu angkat baju...kucing kat belakang ni menikus sket, suka nak datang bergesel, sesekali kena jer tendangan penalti drp papa-mea tapi tak kuat la hehe..gatai sangat nak goda orang cekpung...mea tak takut kat kucing, malah nak turun merangkak lagi jalan dengan kucing kut, sebab asyik nak meloloskan diri jer nak turun bila dekat dengan kucing, tabiat ni memang kontra giler dengan telatah ibu mea, isyh, ibu mea tuh sangat geli dan takut, kalau nak jemur baju kena bawa senjata, sama ada kayu or spray air yang pancutan airnya ditajamkan, boleh la tembak kucing-kucing yang menikus ni..kalau ada meksa, baru ibu mea senang sebab meksa yang tolong jemurkan..itu la keberanian ibu mea dengan kucing belakang rumah ni, we all bagi makan jugak la sebab kesian, kucing ni dari dulu lagi dah stay kat belakang ni...


Mea sekarang suka berdiri sambil berpegang kat mana-mana, dinding ke, stroller ke, or even walker dia...tabiat ni adalah sebagai asas 'tehh' utk berjalan selepas ni..kadang-kadang dia berdiri firm dan kekadang melayang-layang juga especially kalau 'ralit' semasa berdiri tu sambil tengok iklan huhu...


kalau dulu stroller dan walker jadi tunggangan, but now jadi tempat nak gantung...naik tangga kat ruang tamu pun dah boleh, pendek kata..aktif la bila dah segara tu..hinggalah keletihan dan tertidur terlentang dengan diapit bantal kiri kanan atas bawah hehehe..macam queennn....

Friday, January 18, 2008

Khasiat BUDU..Quality Food..

Arini mea nak cakap pasai budu..sebab besar-besar nanti mea nak makan budu macam papa, not like ibu hehehe..actually,budu merupakan makanan traditional Terengganu dan Kelantan yang diperbuat daripada ikan bilis atau udang bari yang dijeruk sehingga hancur. Arini budu ni telah mendapat perhatian dan menjadi kajian para ahli pemakanan berkhasiat Jepun, Amerika Syarikat, Australia, New Zealand dan Jerman.

Penemuan baru-baru ini membuktikan kandungan budu memiliki gluthaione sebagai bahan antioksidan, mengeluarkan sisa toxic dan meningkatkan daya tahan tubuh (immune) yang dapat memerangi pelbagai penyakit merbahaya dan menghalang kanser. So, kenyataan ini bagaikan satu kejutan bagi golongan yang selama ini memperlekehkan kewujudan budu yang dianggap makan “kuno”. Bukan itu saja, budu berpotensi untuk melawan radikal bebas dan dipercayai mampu menghalang proses penuaan dan mencegah terjadinya penyakit degeneratif seperti aterosklerosis, koroner jantung, penyakit kencing manis, kanser dan selainnya pada peringkat lebih awal.

Kajian mendalam juga mendapati budu turut mengandungi zat antibakteria penyebab [[diarrhoea| cirit (diarrhoea)] , penurunan kolestrol darah, pencegah penyakit jantung dan hipertensi.Ia memiliki zat gizi yang lebih mudah dicerna, diserap dan dimanfaatkan oleh tubuh berbanding jenis protein yang lain. Khasiat budu yang diproses dari ikan bilis yang diperam terbukti mampu mengatasi masalah kanak-kanak yang menderita penyakit diarrhoea kronik akibat kurang zat pada tubuh.

Dengan pengambilan budu sebagai makanan sampingan, ia mampu menggalakkan pertumbuhan berat badan bagi golongan yang menderita penyakit diarrhoea kronik ini serta menyembuhkannya dalam waktu singkat.Ia juga dapat mempertingkatkan IQ kepada sesiapa yang memakannya. kerana ia merangsangkan sel-sel otak dan akan memperkukuhkan ikatan di antara neuron-neuron serta menguatkan neuron-neuron yang lemah.

Pemakanan budu turut bertindak membantutkan pertumbuhan bakteria raffinosa dan stokiosa, penyebab utama gejala flatulensi dan masalah kembung perut bagi kanak-kanak dan orang dewasa. 2 kelompok vitamin yang terdapat pada budu iaitu, vitamin larut air (vitamin B kompleks) dan vitamin larut lemak (vitamin A, D, E dan K). Malah, budu merupakan sumber vitamin B yang paling banyak menyumbang kepada pecahan lain seperti vitamin B1 (thiamin), vitamin B2 (riboflavin) , asid pantotenat, asid niasin, vitamin B6 dan vitamin B12 (sianokobalamin).

Secara saintifik, budu merupakan penyumbang utama vitamin B12 yang dihasilkan oleh bakteria klebsiella pneumoniae dan Citrobacter frundiin - yang mana vitamin B12 ini tidak dimiliki dari mana-mana sumber makanan laut, ikan-ikan dan daging-daging lain. vitamin B12 ini perlu untuk pembentukan sel darah merah, di mana kekurangan vitaman ini mengakibatkan terjadinya penyakit anemia perisiosa (pucat), sakit perut dan berat badan menurun.

Kadar vitamin B12 dalam budu adalah di antara 1.5 sehingga 6.3 mikrogram per 100 gram bagi setiap satu hidangan atau 2 sudu besar. Jumlah ini jauh lebih cukup untuk keperluan badan manusia dalam sehari. Dengan adanya vitamin B12 para pengamal diet (jaga badan) tidak perlu lagi merasa khuatir akan kekurangan vitamin B12 di dalam badan. Selain pembekal kepada protein yang tinggi, ia turut mengandungi mineral makro dan mikro dalam jumlah yang cukup. Jumlah mineral zat besi, kalsium dan magnesium adalah sebanyak 9, 39, 2, 87 dan 8.05 mg bagi setiap 100 gram budu. Budu juga mengandungi zat antioksidan dalam bentuk isoflavon.

Seperti halnya vitamin C, vitamin E dan karotenoid, isoflavon juga merupakan antioksidan yang sangat diperlukan oleh tubuh untuk menghentikan reaksi pembentukan radikal bebas. Radikal bebas merupakan atom atau molekul yang mempunyai satu atau lebih elektron yang tidak berpasangan, sehingga menjadi sangat aktif hingga menyebabkan ketumbuhan tumor, kanser, penuaan dan kematian sel. Radikal bebas didapati berpunca dari makan seharian yang dimakan dan juga dari reaksi yang terjadi di dalam tubuh. Adanya antioksidan di dalam budu akan mencegah pembentukan radikal bebas tersebut. Kebiasaannya di dalam apa jua jenis ikan terdapat 3 jenis isoflavon unsur antioksidan iaitu daidzein, glisitein dan genistien. Pada budu, di samping 2 jenis unsur ini, terdapat juga antioksidan faktor 11 (6, 7, 4 trihidroksi isoflavon) yang mempunyai sifat antioksidan paling kuat dibandingkan isoflavon dalam ikan-ikan lain.

Penelitian yang dilakukan di Universiti North Carolina, Amerika Syarikat menemukan bahawa unsur genestein dan phytoestrogen yang terdapat pada budu terbukti dapat mencegah penyakit kanser, proses penuaan dan barah payu dara. Penyakit jantung koroner (PJK) merupakan salah satu bentuk kelainan pembuluh darah koroner akibat penumpuan lemak di dalam dinding pembuluh darah iaitu satu keadaan yang disebut aterosklerosis. Ini mungkin disebabkan oleh faktor usia, pemakanan, jantina dan keturunan.

Manakala faktor dimodifikasi adalah peningkatan kadar lipida darah (hiperkolestrolemia ), hipertensi, obesiti, stress dan kurang aktiviti lasak. Pemakanan budu yang mempunyai sifat hipokolesterolemik (menurunkan lemak darah) seperti kandungan protein, serta makanan, niasin, vitamin E, karotenoid dan kalsium. Satu ujikaji rambang yang dijalankan, mendapati pengambilan budu sebanyak 150 gm sehari selama 2 minggu dapat menurunkan kadar kolestrol ke tahap luar dari jangkaan.

Selain dari sumber protein yang berkualiti tinggi, budu turut dikenali sebagai sumber serat (dietary fiber) yang baik. Kandungan serat di dalam budu mampu mencapai di antara 8 hingga 10% bagi setiap 100 gm. Ia menyumbangkan kepada 30% dari umlah serat yang dianjurkan oleh National Cancer Research. Berbanding serat di dalam ikan-ikan atau sumber protein lain, serat pada budu lebih mudah untuk dicernakan. Dari apa yang dinyatakan ini jelas sekali bahawa khasiat serta kebaikan sepiring budu yang dimakan bersama hidangan nasi pagi, tengahari dan malam melampau jangkauan yang anda fikirkan. Budu seumpama cecair pelbagai vitamin yang memenuhi segala keperluan untuk tubuh badan...so, ubah la persepsi anda ke atas budu...

Thursday, January 17, 2008

Excident Kecil...

Petang tadi meksa excident sket bila sorang student yang memandu kancil kat blok aman melanggar bontot motor dia...kancil tu dikatakan dipandu laju dan menyebabkan bila cuba membelok masuk ke desa aman telah menyondol buntut motor meksa..nasib baik meksa tak jatuh but motor terhuyung hayang sikit and last terdampar dan terperosok ke tepi pembahagi jalan. Akibatnya gear jem...wi-woo-wi-woo..ibu mea call papa balik tengok, emergency la tuh hehe...gear motor la rosak yang lain okay, gear stay kat top gear and tak leh free or tukar apa...nak gerak boleh la tapi start kena stand dulu la...ermm geram gak kat kancil tu, meksa plak tak check kancil tu..plate apa..driver mana..mesti driver pompuan ni, sebab walaupun dah sedar langgar orang tapi tak pergi tengok keadaab orang yang dilanggarnya...inilah sikap driver perempuan biasanya hehe..tapi tak semua la gitu..tapi ini yang buat papa-mea nak marah ni..nak kena belasah kat papa-mea nih...nasib baik mea pegang baju papa tadi, kalau tak hehehe...at least responsible la bila dah langgar orang tu kan, hai alahai..

Tadi call Pejabat TNC Penyelidikan RCMo tanyakan pasal permohonan ke Bali..Dato' Ideris dah check but the money utk Tabung Persidangan Luar Negara (TPLN) masih belum masuk drp Kementerian..so disuruh guna duit geran yang ada...hai duit geran lagi! habis la macam ni duit geran papa-mea huhu...tapi sebenarnya duit geran tu masih banyak kira-kira kat 30k lagi...ahhh tengok la yea, apa pun esok lusa la papa-mea buat keputusan sama ada nak teruskan misi ini atau tidak...apa-apa pun, agi idup agi ngelaban, niat dihati telah disemat buat masa utk ke sana...masa tu plak kampus cuti semester and beraya gong-xi-fa-cai, sesuai la kan...ibu mea plak ternanti-nanti hadiah apa birthday dia aritu...ermm, alahai...chayyoooo laa..

Wednesday, January 16, 2008

DaMia SokMo..


Oleh kerana blog ni dah diperuntukkan kpd mea, so lebih banyak la citer mea kuar berbeza dgn citer orang lain. Mea semakin membesar kini, walaupun tubuhnya biasa jer tapi perut besor gak sket hehe..meskipun tak minum susu lembu tapi mea makan cheese yang from that source juge huhuhu..dapatlah kalsium seposen. Today semakin aktif dengan keletahnya yang suka berdiri, nampak dinding or apa jer nak tumpang pegang-berdiri..itu lah mea, so one day..papa dia bagi dia berdiri dalam bakul hehe..puas doh bagi walker sokmo.


Apa yang pasti kalau papa baru sampai rumah, mea akan merangkak dari depan tv ke pintu nak suruh dukung keliling rumah..maybe dia boring asyik terkurung jer dalam rumah, sesekali ajak naik motor (macam dalam gambo) tapi tak bergerak laa...tadok keeper yang boleh hold dia kut dia ganas atas motor masa bergerak..apa pun, itu la progress mea..


semalam petang, mea dikunjungi kawan lamanya iaitu Farish..last time depa ni jumpa ialah semasa open house raya dulu, so rindu dendam la ni lama split, now ketemu semula dengan pakwe lama (jangan jeles nwa hehe)..actually mea senior seminggu or 2 minggu je drp Farish, tapi tubuh Farish quit tough, maklum la 'jantan' ahaks..ayah Farish cuba nak ajak berbesan dgn papa mea ni..tapi sebab mas kahwin mea quit expensive nanti, ayah Farish sedang fikirkan semula hahaha (gurau jer Jabil)...apa pun, memang dua orang ni sebaya, umur kahwin papa-mea dan ayah + ibu Farish pun selang sehari jer beza...cuma mea conceive dulu dalam perut ibunya...apa pun, semoga nanti in the future dapat berkawan dgn baik, group study la konon...tu pun kalau farish nak ikut mea pursue study ke Ireland buat medical doctor hehe, amin.

Tuesday, January 15, 2008

Salam Ma'al Hijrah 1429H

Salam semua, melangkah tahun baru Hijrah yang dah beberapa hari berlalu ni sungguh meletihkan papa-mia sebab program dan seminar bersilih-ganti, sampai demam-demam dibuatnya..maka al-gitu la lama papa-mia tak menulis di sini, ibu-mia pun tak nyempat nak menulis sebab internet slow bangat kat rumah tu..tak patut-tak patut..apa pun, semestinya tahun baru azam pun baru..azam tahun baru hijrah ni nak cuba try belajar save suit sket (bagi pap-mia) laa..sebabnya, dapat gaji jer habis..dpt banyak habis, dpt sikit pun lagi la habis huhuhu...kena la berjimat untuk hari muka nanti...cara nak berjimatnya ialah simpan duit tu kat bank yang berbeza, apabila dapat gaji di bank A..kena la pindahkan sebahagiannya di bank B..pretending that those money dah vanished already hehehe...tapi apakah dapat papa-mia melaksanakan misi ini bulan ni, terfikir jugak ni..iyer la kan, hujung bulan ni road tax kereta dah mati...pastu pulak, kalau RCMO luluskan permohonan pap-mia present paper ke Bali awal bulan depan, ermm nak kena kuar duit jugak utk 'pak turut' dua orang kat rumah tu hehehe...tak ajak kan, tak best la plak sebab dekat...ermm nampaknya plan saving ni terpaksa ditunda ke bulan depan ahaks! pastu bila bulan depan kena balik kampung..maka maybe this plan kena tunda lagi ke bulan depan, dan seterusnya...akhirnya jadi la azam tahun depan pulak ahaks...jangan begitu yaa..kena serius, okay la serius....ehem....plan to pass not to fail...

Monday, January 7, 2008

Macam lapTop Baru jer...


memang iyer, papa-mia beli laptop baru tapi bukan dengan duit papa-mia sebab duit papa-mia sudah defisit pun bulan ni akibat gaji bulan lepas yang terlalu awal dapat huhu..hasil inisiatif yang telah diamalkan senior berbekalkan geran fgrs yang dapat tahun lepas maka papa-mia buatlah agihan kewangan baru bagi membolehkan hasrat ini tercapai..printer pun borong sekali dengan duit geran ni...bukan apa sebenarnya, sakit hati jugak kat laptop sedia ada yang bila on terus jadi off, maybe akibat terlalu bergoyang lama dalam kereta bila balik kampung, or just wanna say that its old enough to carry the post, maka bagi la ia pencen plak hehe..dengan laptop baru ni, bersemangat la sikit papa-mia nak menaip malam-2 kat rumah, nak surf internet pun semangat sikit walaupun lambat bangat dengan easy-net..

esok kalau sempat nak register internet wireless usm...tapi dengarnya slow jugak, tapi nak try dulu..kalau koman spanar gok, baru pergi yang berbayar streamix tu...siasatan kepenggunaan masih dijalankan to make sure i'm dealing with the right system net...biar murah tapi cepat! lepas ni nak wat sidang video okay sikit dengan suku-sakat round the globe hehe...

Friday, January 4, 2008

Mia Kesunyian Semula...

Mia kembali tiada geng..tapi itu hanya pada siang hari la apabila Mcik Sa dah start kerja arini kat kedai kek dalam Tesco-extra, just topping pada kek yang dah siap jer...okay la daripada duk sajer mengadap astro kat rumah tapi tak dapat la nak tolong ibu-mea masak lagi, sian ibu-mea...meksa kerja full-time start kul 8-5, 6 hari seminggu off ahad dengan pay RM800..tengahari papa-mea suruh balik makan kat rumah, tak payah nak bazirkan duit makan kat food-court, cukup bulan bayar ke ibu-mea bill hehehe, acah jer..okay la kut bagi dia kerja sementara kala menunggu result STPM...Pcik Pu pun dah balik ke UUM tengahari tadi, dia ridau balik lambat ke sana takut barang-2 dia dalam setor hilang dikebas orang..maklum la barang dalam setor tu simpan macam tu jer takde almari or kunci khusus...ingat nak suruh dia balik esok, tak la kena escape meeting tadi huhu...apa pun, kehidupan mea perlu dinormalkan kembali cuma susah sikit ibunya yang keseorangan dalam medium ulang-alik yang luas..kalau dulu boleh masak sambil supervise mea depan tv, now fuyoo jauh sket tapi itulah perubahan dan cabarannya...sabaq noo ibu-mea...

Thursday, January 3, 2008

Intimnyer Diaa...hehe


Ermmm...kuch-kuch hota hai! syokknyer nampak nuwaa dengan nabila ni..your personal fren ker nuwaa ahaks! mesti marah mea bila nampak gambar ni (yang dicurik drp blog cik Lah hehehe), nuwa jumpa makwe lama nampaknya, maklum la lebih cute, comel lote n vogue drp mea ni huhu...hai mesranyer...alahai melepas la mea-papa uhuk..papa tumpang bersedih untuk mea...takpe la, nanti kita cari anak tok-tok arab kat blok k-15 tu kut-kut leh jadi galang-ganti ahaks...

Wednesday, January 2, 2008

No More Styrofoam in USM


Mula 1 januari 2008, usm menghentikan penggunaan pembungkus makanan yang berasaskan styrofoam. Styrofoam ini ialah pembungkus warna putih yang biasa digunakan seperti gambar sebelah no. Ini kerana ia boleh mendatangkan banyak kesan kimia seperti mengundang penyakit kanser dan juga mendatangkan masalah sampah kepada alam kerana styrofoam adalah sejenis plastik yang tidak mengalami biodegrasi dalam tempoh yang singkat. Justeru, di bawah program 'kampus sejahtera', semua pengusaha kafe dikehendaki mematuhi dasar universiti ini yang so called mula mengharamkan styrofoam secara beransur-ansur. Walaupun program ini tidaklah bersifat wajib, namun kesungguhan jelas diperlihatkan drp semua warga staf, pelajar dan pengusaha supaya mematuhinya. Papa mea sempat menghadiri 2x meeting ni dan berdasarkan laporan drp pakar-pakar kesihatan yg turut dijemput, jelas sekali styrofoam yg biasa kita gunakan selama ini boleh mendatang bahaya yang besar kepada kesihatan yang berterusan. Ini kerana penggunaan bahan kimia, wax dan pewarna dalam menghasilkan satu2 styrofoam akan memasuki badan kita menerusi makanan yang termuat dalamnya melalui hasilan secara kimia melalui makanan panas, perubahan haba dsb.


Pada asasnya, program ini bukanlah untuk menggantilan dengan pembungkus yang baru tetapi ingin menggalakkan budaya baru iaitu 'gunakan bekas sendiri dari rumah'. di samping itu, usm cuba memperkenalkan budaya baru iaitu para pelanggan digalakkan untuk makan di kafe, atau membawa pembungkus sendiri. last resort barulah menggunakan pembungkus baru iaitu 'ecopak' di mana pelanggan akan dicaj sebanyak 20 sen atas kos sebiji pembungkus 'ecopak'. Caj ini dikenakan ke atas pelanggan dan bukan pengusaha untuk menggalakkan pelanggan guna bekas sendiri dan tidak membebankan pengusaha. "Ecopak' adalah pembungkus yg mempunyai bentuk yg sama tetapi dibuat daripada tandan/pelepah kelapa sawit yang tidak digunakan lagi (lihat gambar). Akibat proses kimia dan pewarna tidak digunakan, maka warna 'ecopak' tidaklah putih, ia berwarna koko semacam harsh kelapa sawit laa. Ia tidak melibatkan bahan kimia dan mudah mengalami biodegrasi dan ini bukan sahaja menjamin kesihatan malah mengurangkan sampah kerana ia mudah dikumuskan. Namun harganya sedikit mahal berbanding styrofoam yg hanya berharga 4-5 sen sebiji sedangkan 'ecopak' bernilai 17 sen sebiji. Tapi, itulah harga yang perlu dibayar untuk menjamin kelangsungan kesihatan anda berterusan. Semoga generasi terkemudian yang dikepalai oleh mea akan menjadi generasi yang mementingkan kesihatan yang sustainable..

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin