Blog ni memaparkan kisah-kisah dalaman kami sekeluarga, just untuk rujukan kami bila terkenang-kenang saat manis sebelumnya; sebab itu ia dijadikan LIMITED EDITION, hanya untuk pembaca dalam kalangan ahli keluarga dan sahabat handai sahaja.

Friday, February 29, 2008

Papa Mea ke Sarawak

26-28 Februari papa-mea ke UiTM Sarawak di Kota Samarahan kerana ada seminar serantau perkembangan Islam di Borneo...kedatangan papa ke sana disambut dengan hujan lebat...

Bersama junior kat Kisas dan UM dulu, Sdra Izani yang kini pensyarah di Univ. Pertahanan Malaysia


Berjumpa geng sarawak, Ust Tuhairom dan geng Kelate tetapi mengajar di Kuching, Ust Deney...kita orang makan-makan sebelah Hotel Arif kat kuching yang banyak kedai makan..ada nasi kerabu kelate!


Area water front..pusat bandar Kuching! masa ni tunggu sampan untuk ke seberang sana nak beli kek lapis...naik sampan serial jer!


Rumah tempat jual kek lapis sarawak, RM2 satu pack...dalam ni ada kek-kek yang telah dipotong untuk dirasa...dinasihatkan beli masa dekat nak balik supaya tak berat bimbit!

Monday, February 25, 2008

Mia..Damia..Mia..Damia...

Damia oh Damia...aktiviti seharian mia memang menjadi percakapan utama kat rumah ni, biasa la kalau ibu mia disoal..macamana mia arini? memanjat kat mana plak, kat mana port terbaru, makan apa dah, tidur camner, excetra..excetra...tapi kalau mia aktif pun bagus jugak, exercise utk diri dia sendiri..kadang-kadang memang penat tapi seronok...

Mesti papa akan rindu mia dua hari nanti selama ke Sarawak..huhu...nak telefon tak leh cakap lagi dengan mia...takpe laa..gambar ada sebagai pekasam..


mia suka main kat kerusi malas ni, pernah lekat kepala bila menyorok ke bawah kerusi and then tak tahu macamana nak keluar huhu..


suka didukung sebab tu pantang ada orang balik keje..menangis nak dukung and round kat luar rumah!tuu sedang ampu cik sa..papa busy nak tengok Bella..he3


masa orang makan, dia menyorok bawah meja makan..biasa terhantuk dengan hujung besi tu..menangis and esok masuk lagi...huhu

Friday, February 22, 2008

Hepi Besday Papa

Semalam 21.2.2008 adalah hari jadi papa-mea, ermm...semakin tua papa-mea tapi sebab studen papa semua muda-muda, maka papa pun jadi muda...sambutan ni adalah idea ibu mea dan cik sa yang ingin buat kejutan kat papa-mea, dengan menyediakan kek coklat yang comel dan sodap..biasa la bila papa balik keje ada high-tea yg ibu sediakan tapi semalam dapat high-cake hehe...thanx ibu, mea, cik sa papa ucapkan!


Dekorasi ni dibuat oleh cik sa sendiri, ibu mea la yg pacakkan lilinnya yg menunjukkan usia papa-mea...so muda lagi beb ahaks!


Mea pun nak tolong papa tiup lilin, tapi air liur yang tersembur hehe...mea wat muka manja tuh! actually, takde api pun..just simbolik!


Mea tak sabor nak makan kek ni, tengok lidah tuh hehe...sabar sayang!


Kita belah dulu ekk, melopong sampai mea nak belah kek...pasni jemput semua makan, mea jemput jer hehe...

Thursday, February 14, 2008

Demam Pilihanraya ke-12: A Conflict!

ermm..ibu mia baik demam, sekarang satu negara pula demam khususnya para pemimpin parti dan penyokong-2 yang saban waktu mengira untuk memenangkan parti masing-masing. Mia tak daftar mengundi lagi tahun ni hehe..so tak dapat la mia nak balik mengundi..undi pos boleh tak ekk? tak boleh mia, undi pos hanya untuk anggota keselamatan saja, itu pun dikecualikan pak guard usm dan segala pak guard lain terutama yang dilantik drp kalangan bangla, vietnam, myanmar dsb..lagi haru!

Hai, tak tahulah bila tarikh pilihanraya yang akan diumumkan tengahari nanti. Papa mia rasa macam tak boleh balik jer sebab sepanjang bulan februari dan mac ni banyak sangat aktiviti desasiswa..termasuklah di hujung minggu, diari papa-mia penuh conteng dah..
22 - 24 Februari Sukan antara desasiswa
27 - 28 Februari Seminar Serantau Perkembangan Islam Borneo
29 - 2 Mac Temasya Olahraga Tahunan
5 - 6 Mac Seminar Antarabangsa Andalusia
7 - 8 Mac Citrawarna
14 - 16 Mac Sukan antara desasiswa (sambungan)
21 - 23 Mac Kursus Perkahwinan
23 Mac Malam Junjungan Budi

Haa...full house program. macamana tu nak balik mengundi? Melainkan pihak universiti meminda salah satu daripada tarikh-tarikh di atas, tapi kalau pinda nak isi kat mana sebab start bulan April student dah exam...mesti dalam lingkungan bulan ini juga..ermm alahai, mari la mari...kita mengundi...nampaknya mengundi dalam hati doh! mesti ada orang kampung yang marah ni..takut mea nnati, jangan marah noo org kampung! hehe...

FAKTA PILIHAN RAYA KE-12
Hari mengundi 8 Mac (Sabtu)
Penamaan calon 24 Februari (Ahad)
Tempoh berkempen 13 hari
Jumlah pemilih berdaftar 10,922,139
Pemilih awam 10,701,054
Pemilih pos 221,085
Jumlah parti politik berdaftar 30
Jumlah kerusi Parlimen 222
Jumlah kerusi DUN 505

Latest Info: Dengar citer, USM telah meminda semua program terdekat sehinggalah pada 8 Mac ke tarikh baru sekitar 22 Mac nak bagi laluan kepada voters to celebrate raya yang 5 tahun sekali! Ada Konvokesyen khas pada awal Mac ni pun kena pinda, pegwai Universiti tengah mengadap Tuanku Canselor ni minta tarikh baru..itulah hebatnya pilihan RAYA!

Friday, February 8, 2008

Ibu Mia Demam...

Malam tadi, ibu mia demam mungkin terlalu kepanasan akibat jalan-jalan, shopping mopping dan bergilir dukung mia sepanjang 5 hari ni..so tadi, papa bawa la ibu mia ke Klinik Aman..banyak klinik tutp sebab cuti raya Cina...jalan raya memang jelas lengang..entah ke mana perginya ramai-ramai Cina di Pulau Pinang ni hehe..mungkin, pergi Bali gak kut tak balik lagi ahaks! apa-apa la pak..pokoknya, ibu mia kena cepat sihat, nanti susah papa kena masak lagi huhu...

Thursday, February 7, 2008

Catatan di Bali 2008

Hari Pertama
Catatan ini sepanjang lawatan kerja ke Universiti Udayana, sambil bercuti bersama family dan rakan serta pelajar Desasiswa Restu, Universiti Sains Malaysia.

Kul 10.30 am kami bertolak ke airpot Bayan Lepas dengan taxi yang dipanggil, mia dan ibu possing dalam flite ke KLIA tuh! sekejap jer tu then mia pun tido jer..kalau tak tido bahaya sebab mia akan menjerit kuat-2 sebab boring huhu..




Kat KLIA sementara tunggu flite ke Denpasar Bali kul 3.10 pm..mia dibiarkan bermain kat boarding area tuh..biar cepat letih sonang tido nanti hehe..


Mia memakai safety belt..isyh, macam orang besor deh! Actually beberapa kali papa terpaksa dukung dia ke depan dan ke belakang flite sebab mia nak menangis jer, ada mat salleh yg selisih ke toilet siap cium tangan mia hehe..



Sampai jer kul 6.10 pm, dah ada orang tunggu kat luar yg pegang sign-board nama papa..we all dibawa ke tepi pantai di Jimbaran, untuk makan malam sea-food dan menikmati saat-saat sun-set..boleh nampak k/terbang landing dari sini


Suasana sun-set di pantai Jimbaran, area depan drp kawasan ni dulu pernah terjadi kes pengeboman tahun 2001/2004 dulu huhu...


Ini kain rentang depan hotel kami, nama hotel ialah Puri Dibia Hotel, kat Jalan Kuta

Hari Kedua
Program hari ini di Universiti Udayana, Denpasar Bali


Hari ni kumpul kul 7.30 pagi to go to Universiti Udayana, ada Simposium Kebudayaan Malaysia-Indonesia..all day long we enggage here and papa mia present a paper here! sebab tu kena pakai batik Malaysia la bapak dan ibu yer...


Mia dan ibu possing depan tarian asli Bali, mia kena duk belakang jer dibimbangi mia boring nanti kut menjerit tak pasai-pasai huhu..haru nanti!


Kat belakang dewan mia merangkak jer kat celah-celah kerusi tuh hehe..tak tau dah nak peace-kan dia camner maklum la duk sini seharian...so, bestnya duk di belakang bila penat mia boleh tido jer macam ni..


Ini adalah rombongan besar kami dari Universiti Sains Malaysia, dan mia adalah peserta yang paling kecil hehe...orang Bali kata mia nampak umur dah setahun (actually just 10 month)..besar la tuh nooo! Soalan yang biasa ditanya, "cewek ke cowok pak?"...jawap papa, "cewek!"...



Papa nak hantar ibu buat sarjana kat sini, macamana ibu? mau ka enggak? mea nak hantar wat medic...pergi ni pun dah Fakultas Kedokteran hehe...tapi, medic kat Ireland lagi gempak hehe..beberapa studen Malaysia yg ada kat sini turut kami jumpa..


Perkarangan dan bangunan pentadbiran utama Universiti Udayana, Denpasar, Bali


Ibu mia bergambar depan bas pariwisata (bahasa Bali) yang bermaksud "bas pelancongan".. mia takde dengan ibu sebab ramai studen suka pegang dan dukung mia...kekadang tinggal la ibu dan papa ber'couple jer hehe..


Kita orang dinner kat Restoren Pawon Pasundan iaitu restoren masakan Sunda, menu Jawa Barat...best! nasi dimasak dalam buluh dengan bulatan daun pisang tuh..makan dalam bakul lidi kelapa jer buk!


balik keletihan dah, mia pun letih sampaikan tengok tv sambil meleret mata gitu-gitu jer!


Hari Ketiga
Rasanya perjalanan hari ini antara yang the best, sama ada pengalaman atau pemandangan

Today kami berkumpul 8.30 am selepas breakfast untuk lihat Tarian Bali yang kenali "Barong" iaitu satu pertunjukan ala teater tapi menggunakan topeng dsb. mengisahkankan Barong (good dewa) lawan Rangda (evil dewa)..ramai orang sebab ia adalah antara teras budaya kepercayaan masyarakat Hindu Bali..



Pastu gi toko Batik Bali..banyak habis duit kat sini hampir setengah juta (tapi rupiah)..Kat mana-mana pun kat Bali ni ada patung, maklum la masyarakat yang percaya pada agama berhala..


Kat belakang ni adalah antara dewa agama Hindu-Bali..everyday akan ada sembahan..


Perjalanan sejam kira-kira dari sini, sampai la we all ke Kintamani, melihat Gunung Batur iaitu gunung berapi yang pernah meletus pada tahun 1963 mengorbankan kira-kira 1000 orang...lerengnya kehitaman tanpa satu pokok pun...macam takut jer kelihatan, suhu kat sini sejuk macam di Genting Highland!


Gambar dekat..kat sini ramai jurujual liar dan desperate, kena hati-hati!


Sebelah Gunung Batur adalah Danau Batur (tasik), di seberang tasik diceritakan masih ada masyarakat primitif di sana yang cara pengebumian mayatnya ialah dengan cara meninggalkan jasad di atas tanah sahaja..biar ia mereput sendirian, ia tidak busuk kerana sekeliling kawasan tersebut di tanam pokok cendana...turut bergambar ialah Acu, adik ipar k.nik dan Nurul Iman (young girl)..


Kita orang makan di sini, Restoren Kintamani yang dihidangkan secara buffet dan halal, yummi! Turut serta ialah Encik Shahriza, pen. Penggawa Restu (Perak) dan isterinya, Su (orang Losong, Ganu Kite!)



Destinasi seterusnya ialah Goa Batu Gajah, sebuah temple Hindu juga..ada gua kat bawah sana yang diletakkan berhala batu gajah, gitu la kisahnyer...ada sesetengah parent tak masuk sebab takut...papa mia masuk jer!


Air yang dipercayai "suci" mengalir dari dulang kat tangan patung..apa-apa ajer la pak!


Singgah di Pasar Ubud, kawasan tumpuan pelancong jugak..ibu mia shopping jer ekk! Sini banyak hasilan kerja tangan..ukiran kayu gitu!


Sempat melihat sun-set kawasan sawah padi on the way balik ke hotel untuk dinner dan rest..


Malam ni we all dinner kat Natrabu, Restoren Minang, ada tempat bergambar lagi utk pengunjung, maklum la ekonomi Bali mendapat hasil utama dari sektor pelancongan..


Sempat juga possing dengan pelayan restoren di sini dengan pakaian tradisi minang mereka..masakan di sini ala Malaysia gitu..gulai santan dan belacan..


Mia dapat layanan istimewa dari "ibu" minang ni..cute kan anak papa!

Hari Keempat
Pengalaman hari ini juga banyak pemandangan yang menarik esp kat Tanah Lot dan Bedugul

Arini tour start kul 9.30, so ada masa untuk lewatkan breakfast..we all bertolak ke Tanah Lot Temple untuk lihat "pura" (nama temple di bali)sambil shopping sikit sebanyak. Sememangnya orang di Bali alim-alim dalam agama Hindu, cuma Hindunya tak sama seperti di Malaysia..ada banyak campuran Balinese and animisme..On the way dapat lihat pemandangan sawah padi bertingkat yang famous di sini...



Ini adalah pintu gerbang yang biasa kelihatan di Bali..tiang buluh berhias itu dipanggil "penjor" diletak sebagai tanda terima kasih kepada Tuhan yang memberikan rezeki yang tidak putus-putus kepada penganut Hindu Bali...



Di belakang ialah Temple yang berada di terumbu yang cantik..depa ke sana bila air kering dengan berjalan kaki sahaja tapi bila air pasang, depa menggunakan tali mengharungi..kuat juga ombak tuh tapi demi agama, mereka harungi jua..


Turut tumpang posing ialah Dr. Nik Haslinda, perancang tour ni...Kak Nik sebenarnya bekas pelajar (degree) kat Universitas Udayana..


Kelihatan sepanjang terumbu ni depa buat "pura"...sembahan kepada dewa. Orang Bali sembah kepada dewa baik dan jahat supaya semuanya jadi harmoni huhu...Selepas mengambil foto di sekitar "pura" tepi laut ni dan menghayati keindahan pemandangan alam..kami shopping sikit kat sekitar jalan-jalan kecil di sini, memang banayk kedai souvenier untuk pelancong sebab tempat ni memang untuk pelancongan..makan tengahari dgn nasi bungkus di sini dan solat jamak zohor asar juga, kos untuk wuduk ialah Rp 1000.00 tau hehe..ada peniaga Muslim di sini sediakan surau, masuk kamar kecil pun kos Rp 1000.00 ahaks!


Perjalanan kemudiannya mengambil masa sejam suku menuju ke Kabupaten Bedugul, berhenti di Pasar Merta Sari, Candi Kuning untuk shopping. Di sini suhu sejuk macam di Cameron Highland dan banyak sayur-sayuran seperti strawberi, kobis, sayur mayur sprti Cameron laa...


Mia dan ibu possing depan deretan kedai-kedai souvenier..di sini we all jumpa komuniti Islam paling ramai, sebelum ni jumpa orang Bali yang Hindu ajer


Sebelum pusing balik, bas kita orang berhenti sat kat Tasik Beratan kira-kira 5 minit ke bawah Pasar Merta Sari ni..sejuk woo sampai mia still dengan baju sejuknya!


Bayar parking pun ribu-ribu...


Ramainya orang Islam di sini hingga ada pesantren kat sebelah masjid atas bukit tuh!


Then, ambil masa sejam suku lagi untuk balik hotel..on the way singgah jap kat Restoren Kuring selera Indonesia untuk dinner and finish xtvt for today, tengok muka mia pun dah moyok dah tuh..

Hari Kelima
Aktiviti hari ini cuma perjalanan pulang sahaja, simpan duit rupiah untuk ke Bandung dan Jakarta pula akhir April nanti..

Hari ini hari terakhir for us…pihak agen memberikan aktiviti bebas kepada semua, pada waktu pagi saja sehingga 12.00 tengahari. Kul 12.30 ada lunch dan lepas tu rancangannya shopping di Pasar Tradisional Sukawati…apa pun, mia, papa dan ibu tak sempat join semua tu sebab kami terpaksa balik awal…kami pun takde aktiviti lagi sebab dah penat jalan-2…So, pagi selepas subuh papa dan mia tido semula sementara ibu menyambung packing beg hehe..sian ibu! Nanti mia besar tugas ini akan diambil alih oleh mia la noo…after mia bangun, kita orang turun untuk breakfast kat bawah. Pastu makan we all naik semula ke bilik, ada sesetengah student keluar jalan-jalan ke pasar, pasaraya dan kedai yang berdekatan…kita orang nak pi pun, aritu dah pi…so buang masa dan duit saja, diputuskan baik kita orang naik ke bilik dan lepak sementara tunggu nak check-out then tuju airport…pas seketika mia lak tido, hampir 2 jam mia tido dengan penuh gaya (tengok gambar tuh)..

Kul 11.30 kita orang turun for check-out, papa mia usahakan untuk dapat resit hotel untuk lapor bajet kat Bendahari USM nanti..sementara peserta rombongan yang lain juga mula berkumpul gak..mereka akan balik kul 12 malam ni dengan Qatar Airways sementara mia, ibu dan papa balik dulu dengan MAS kul 1.50 ptg…guard hotel tolong panggil taksi for us and dengan bayaran Rp30,000 kami dibawa ke Ngurah Rai International Airport..

Cuma yang nak marahnyer..ada ka patut driver taksi tu hantar kita orang kat domestic punya pelepasan…penat papa jalan heret beg yang beratnya menjangkau 27 kg (masa dtg just 17.5 kg) huhu dan ibu mendukung mia yg beratnya juga bertambah hehe…nasib baik sejak sehari sebelum nak datang Bali mia dah makan nestum so senang la handle food dia, kalau bubur nasi hai sukarnya nak masak!Lepas check-in cari surau melilau huhu…jauh pi solat hingga menyebabkan we all the last person yang masuk dalam flite…pegawai kat airport tu siap periksa boarding pas we all sambil berjalan ke flite sambil tanya, “masih shopping lagi ke pak?” papa sengih jer hahaha…

Kali ni k/terbang balik besar sikit jenis Airbus A330..luas la sikit dengan 2 lorong…kita orang tukar seat ke tepi tingkap yang kosong drp duduk sebelah mat/minah salleh kat tengah…mea baik sikit on the way balik ni dan dia tido jer sepanjang perjalanan dan bangun bila dah nak sampai KLIA, sempat la posing untuk blog ni hehe…we landing kul 4.30 ptg awal setengah jam drp masa pergi, maklum la k/terbang balik besar sket so tembor laju lagi la…

Kat KLIA kena check-in sekali lagi sebab pegawai kat Bali tak bijak sikit, sepatutnya sekali check-in jer la…so kena tunggu beg keluar and check-in lagi sekali, naik kul 6.10 pm and landing kul 7 pm…selamat sampai, masa nak naik teksi pemegang beg putus sebab beg berat sangat…sian ke taxi driver tu kut kena marah hehe…rosak beg ni…



Mea dan ibu sabar tunggu nak masuk flite ke Penang

Lagi gambar-gambar lihat di bawah sekali...tak reti nak ceritera dah...

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin