Blog ni memaparkan kisah-kisah dalaman kami sekeluarga, just untuk rujukan kami bila terkenang-kenang saat manis sebelumnya; sebab itu ia dijadikan LIMITED EDITION, hanya untuk pembaca dalam kalangan ahli keluarga dan sahabat handai sahaja.

Monday, April 28, 2008

Tour to BanDung & JakaRta

Today, mea akan pi ke oversea lagi..semoga mea akan okay sokmo sepanjang tour kali ini, sebab semalam sembelit mea masih menghantui..dia punya %^*# keras sangat, pelekong cicak boleh mati kut hehe...so, setiap kali nak berak mesti gi kat orang and menangis sambil teran kesakitan...semalam during papa meeting taklimat nak ke sana, ibu mea sms panggil balik sebab nangis sangat, pastu muntah...bila'siasatan forensik' dilakukan maka ia bukan sebab sembelit tapi sebab too much nangis refusing to get ubat..suspen jer ibu mea ni...so bila mati kutu, papa call mak kat kemaman to consult about traditional punye, mak kabo suruh letak 'sabun' kat dalam buntut...call nurse pusrawi lak utk dapatan info moden..the same method given, so try and error...before sleep tu mea berak lagi and dah lembik dah sikit $^#@-nyer...berjaya seposen!

Sedikit itinerary tour ni, mea dan semua peserta akan bertolak drp desasiswa aman damai pada kul 5 pm dgn bas universiti ke airport bayan lepas, actually flight kul 8.50 pm, so very much early ke sana...maybe we all makan, solat, wat senaman sikit kat sini hehe awal sangat dah terdampar kat sini...boss takut ada masalah lain timbul bila ramai terlibat, betul jugak...maklum la nak setelkan beg dgn teratur dan imigresen semua...dijangka sampai kat jakarta around 10.50 waktu jakarta (tolak sejam dari Malaysia), so actually penerbangan dalam 2 jam lebih gok...dijadualkan terus naik bas ke Bandung...dinner akan di'pack' dan diberi dalam bas and check in di sana...so mea nak makan apa? papa rasa kena bawak bubur la ke dia, tak basi kut...masuk dalam bagasi dulu elakkan 'liquid over 100ml' masuk dalam kabin nanti kena buang lak, botol susu takpe...bancuh inside..

itu ajer dulu..papa-mea dok ingat doh the next movement, ada melawat universiti, ada shopping mopping dan ada juga melihat panorama alam...semoga perjalanan ini sound and save! selamat pergi and selamat kembali...kembali dijangka pada jumaat malam, around 9 pm...leh la rileks 2 hari, but then, papa-mea ada kursus lak 2 hari (PTK)pd isnin dan selasa tu...actually bulan mei dan jun ni sentiasa ada kursus, maklum la student dan cuti...masa ni ler universiti mengursuskan semua lecturer yang fresh macam papa-mea ni...apa pun, mujur time cuti sekolah nanti, setakat ni free manjaanan...leh la balik kg sekejap kalau jadi makcik mea nak bertunang 'dengarnyer'...mea tumpang happy! ibu mea pun happy! papa happy go lucky sokmo!

Saturday, April 26, 2008

Mea KesemBelitan


Bangun pagi tadi mea kesembelitan, diteran..teran..tapi hampagas jer yang keluar huhu..masa sebelum mandi mea teran, masa sedang mandi pun mea teran, and even selepas mandi mea masih meneran..riak dan reaksi mea sangat jelas yang dia sedang meneran tapi sedikit jua yang keluar...ibu dan papa merumuskan bahwa mea kesembelitan...mea plak menangis jer bila keteranannyer semua tidak menjadi, mea hampa dan kecewa...masa sepatutnya tidur pun mea menunjalkan kakinya dalam buaian, sebab masih meneran rupanya...

akibat kesianan, lalu papa dan ibu membawa mea ke klinik panel, kat sana mea tidak pula meneran, maybe malu kat doctor machoo yang dijumpai mea walaupun 'mengelip' rupanya ahaks! balik rumah, bagi ubat yang telah ditentukan, dan mea lagi meneran hingga dia tertidur...bangun tidur, mea berjaya mengeluarkan 'dua ketul' yang dia ingin keluarkan sejak pagi tadi, semua orang tak ingin 'benda 2 ketul' tu...papa dan ibu juga menyapu minyak spesel kat tempat mea teran tadi to ensure semua 'teran' selepas ni lebih menjadi, sukses gitu..after that..mood mea baru la okay, leh merangkak dan meneroka sudut-sudut dalam rumah ni tanpa lagi 'meneran' hehe...tidur untuk third pun dah nampak penuh gaya, dengan tangan ke atas dan kaki bersilang, the end.

Foto-foto terbaru Mea semalam dan kini..


suke nau duduk bersimpuh anak dare ambe ni..


sofa climbing instead of wall climbing


Mea masih status lama "merangkak", takut nak berjalan lagi..

[pihak pengurusan ingin merakam time kaseh kat Cik Lah kerana sudi meminjamkan digi-camnyer utk Mea bergaya..syukriya!]

Friday, April 25, 2008

JamUan..jaMuaN...meeTing

Arini hari jumaat..besok pula hari sabtu, hidup kite mesti la taat, baru la ibadat jadi bermutu hehe...pantun plak ek pagi-pagi..acara hari jumaat macam ni la..biasanya ada meeting or seminar, hari ni memang ada seminar kat isdev tu tapi papa-mea ada 2 artikel yang perlu disiapkan tak selesai-selesai lagi huhu...so, malas la nak pi sana, sebab kalau pi mesti sampai nak solat jumaat baru selesai.

Arini plak ada dua jemputan jamuan tengahari; satu, yg dianjurkan oleh studen Brunei yang dah habis belajar kat sini...ekceli ada 3-5 orang studen Brunei yg papa-mea ajar semester ni, dan kesemuanya senior la..dalam 40-50 years old...baru buat degree, depa ni buat kat Brunei sebenarnya cuma plus setahun (2+1) buat kat Malaysia under "program pertukaran unit" dan mereka dpt ijazah seperti biasa...best kan stail Brunei punye..duanya; jamuan yg dianjurkan oleh staf agama sikh di pusat pengajian ini sempena perayaan vasakhi mereka..biasanya depa ni kumpul duit dan tempah katering drp "mama", seorang mak cik yg masak best wooo...tapi harga pun 'best' hehe...rejeki la nooo...mungkin timbul persoalan, boleh ke makan jamuan yg mereka adakan? makan ajer la noo...anggap la depa nak belanja, bukan kite yang nak sambut raya tu, kite nak makan ajer..so tak yah la fikir susah-susah...

petang ni plak ada mesyuarat untuk persediaan ke Bandung/Jakarta pada isnin malam minggu depan...ia adalah lawatan antarabngsa yg dianjurkan oleh Desasiswa Aman Damai dgn kos RM800/- per pelajar, 4 orang pengurusan f.o.c termasuk la papa-mea. Peserta adalah dalam 35 orang, cuma peliknye dalam lawatan ini ialah pelajar yang ikut hanya 10 orang sahaja dan yang selebihnya adalah staf hehe...pelajar ramai takde duit dan ramai staf nak tumpang (bayar sama) ikut our team..so, petang ni nak decide, pukul berapa nak berkumpul, dan naik bas dari usm ke bayan lepas sebab fly dari penang..guna airasia jer..then, nak agih t'shirt lawatan utk dipakai semua peserta (macam set boria gitu), biar seragam..kalau hilang mudah cari..nak tentukan tali penanda beg untuk senang kumpulkan beg semasa nak tuntut bagasi nanti, dan excetras peraturan2 yang should be underlined from time to time...apa pun, semoga perjalanan kali ni selamat pergi dan balik! Secara psikologi, mea nampaknya sudah bersedia untuk perjalanan jauh sekali lagi...hope she always fit for travel abroads...bon jovi! [meeting postpone to 27 April, 8.30 pm]

Thursday, April 24, 2008

Ofis baRu...berKarpet

Papa-mea dapat ofis baru..so, pindah bilik la..tak jauh pun, just ke bilik sebelah ajer..(bilik dr.fazal dulu)..pasainya ada staf admin bhgn I.T nak masuk ke pejabat and ruang setor stationari kat pejabat terpaksa dikosongkan untuk diisi mamat tu, so org pejabat nak bilik satu dijadikan setor, maka depa choose bilik papa-mea sebab duk hujung lorong. Sebagai timbal balas, c.c. sedia untuk upah jab. pembangunan cat baru bilik sebelah yang akan papa masuk dan pasang karpet baru..hehe, bab karpet baru ni la yang papa-mea suka sebab bilik lama takde karpet..line telefon pun masih sama, dan bila bilik lama dibuat setor..meaning takde lagi la orang yang akan share line phone dengan papa..itu yang best tu...

Bahagian meja penghadapan..


Susunan rak buku baru, pernah studen tanya "habis dah baca semua ni?hehe.."

anyhow, bila sebut pindah ni memang penat la sikit, nasib baik geng baik yang berjiran tolong angkat rak-rak buku, meja dan kabinet..ringan la sikit tugas perpindahan...janji dengan minachi tukang sapu tu, tak boleh pakai hehe...walaupun minachi, jangan tak caya kalu tengok dia, tough giler...maklumla separuh-separuh...sejak dua hari duk ofis baru dengan wajah dan karpet baru ni, nak datang ofis pun terpanggil-panggil hehe...nanti nak ajak mea dan ibu melawat ofis baru papa...mea pun leh la merangkak dalam ofis ni dan guling-gemaling kulu-kilir hehe..

Sunday, April 20, 2008

Flea Market at Rope Walk..


Today, we woke up earlier than usual..ibu went down to cook her keow-teow and papa received call from a divorcee fren who story her prob, while mea still in her wonderful dreams hehe..

after having breakfast, papa ask ibu to go to a new place...to discover Penang's flea market at Lorong Kulit. This market known as "rope walk" by people here. Almost of my studen knew about this rope walk and even bus express driver from T'ganu..yoma did mention to me a long-long time ago. We arrived almost at 10.00 am after eating some "langsat fruit" to find the right way here. Walking at rope walk not like walking in a megamall or modern shopping complex la..coz no air-cond was provided. Sian ke mea kepanasan..plus disturbing her 2nd sleeping time. Actually, we want to survey 'barang' first here..more over studen papa duk promosi jer that everything we can find down here from discarded things to mundane household paraphernalia to genuine antiques and curios..so, mana tahu we can get good things in a cheap price!

By watching part of the items selling here, papa guest "lorong kulit" did have a reputation of being a thieves' market..in par with the reputation that was put on Petaling Street market during sunday morning..so no doubt that there should be some stolen goods was sold here, though they look no different from other used goods on sale. If you look carefully enough, you will wonder to know where the seller got his stuff! iyer laa...seller looks like a "self-inject doctor" jer..so, if you wanna buy anything, please use your skill of bargaining..ermm semua ada kat sini, some of the things you get there look too good to be discards, although they are all lumped together.

Papa went here to buy "golok" ekceli but in vain..there is, but the seller wanna sell it for RM50, golok pun dah "sumbing" huhu...leave it la! Nak beli golok ni bukan apa, easier for papa to peel buah nyiur belakang rumah ni..a few dah tua and luruh..if the buah okay, nanti nak beli mesin parut sekali hehe...buka kedai jual kelapa parut and santan ahaks! the other reason is for tebang pokok pisang..ada dekat 6 - 7 pohon..sepohon dah berbuah last two weeks and another will followed in a week after...yet, to ensure we are not going home with bare hand, we bought a durian "isi merah"..leh wat pengat this eve..okay jer papa! ibu pun mengidam tuh...

Friday, April 18, 2008

Lord of the Rings..


Arini papa-mea asyik dengar citer pasal cincin jer..sebut pasal cincin ni, ingat citer magris mengenai kisah tuan cincin ni.."lord of the ring" hehe..biasenye kalu citer pasal cincin ni, tentu citer pasal nak tunang or nak kahwin..sebab kebiasaannya bertunang dan berkawin adatnya bertukar-tukar cincin, patut la sejak pagi-pagi tadi dah dapat jemputan kawin dari sorang staf admin kat sini awal bulan depan...bestnyer dapat kawin noo! dapat cincin macam dalam gambar sebelah ni pun dah kira sangat best doh...belum apa-apa lagi tuh!


itu citer kawin, citer yang sebelum tu best gak iaitu masa nak bertunang...masa ni..lagi penting kena ada cincin, sebab jarang orang bagi "gelang" bila bertunang... dua malam sudah pun ada kisah cincin dalam desperate housewife bila salah satu pasangan show off cincin baru nak kabo yang dia dah bertunang hehe...kat sebelah sinung pun dah koho bunyi slow-slow ada orang nak tunang nanti...ish-ish, bestnyer nak tunang hehe...kong-hey-ley!...tocey-tocey...maklum la cuti sekolah akhir bulan depan dekat 2 minggu, biasenyer masa tu la ada orang nak main cuk hak masing-masing deh...pastu diikuti dengan janji to be together ever after hehe...papa-mea memang suka kalau tengok cincin hok comel-comel, cuma satu jer yang papa-mea tak suka...iaitu bila pakai! rasa macam ada serabut jer mende kat tangan...rimas, tapi ada setengah orang tu penuh jari dia pakai cincin...dengan "mata" hok kasor-kasor plak tu, itu la kan masing-masing punya citarasa...apa pun..semoga cadangan sesiapa yang nak terima cincin tu akan sempurna dan berjaya hehe...bestnyer...mesti akhir tahun ni or tahun depan akan makan nasi minyak pulak hehe...

Wednesday, April 16, 2008

MuSim eXamM...

USM leni sedang meng'exam'kan para studentnye...actually dah masuk minggu kedua student ni menduduki dewan exam. semalam paper papa-mia (munakahat) baru jer selesai dijawab dengan 232 student, yang menatijahkan 232 skrip utk ditanda, dengan 232 ragam jawapan dan 232 style tulisan...memang meletihkan huhuhu...minggu ni kena habiskan marking dan analisis sebab minggu depan ada paper lain plak (usul fiqh) yang perlu ditanda dengan bilangan student 37 orang sahaja..so okay la...

Aktiviti mea kat rumah leni, nothing new la sebab mea tak perlu duduki exam, even tak perlu marking pun..rutin biase sahaja, makan bubur nasi, makan buah pisang or epal and minum air hehe...yang lain-lain merangkak dan mencacang...bagaimanapun, semasa bagi buah tu..kena mamah dulu supaya hancur lunyai molek laa...

Sunday, April 13, 2008

Perjalanan jauh tak kurasa...

semalam mea selamat sampai ke usm setelah 6 hari menempuh perjalanan jauh tak dirasa, sebab mea tidur jer dalam kete hehe...mea ke KL follow papa buat research, collect data kat law library um...usm takde law library, course law pun takde huhu...tak patut-tak patut!

we bertolak pagi isnin dari usm, terus nonong ke um..check-in kat rumah universiti for two nite, so easier la kat papa ke library pagi dan petang, sambil hantar makan ke mea dan ibu pada waktu-waktu yg sepatutnya...duk kat rumah universiti ni macam mengalami tempoh berkurung la bagi mea dan ibu huhu...lepak dalam bilik jer sambil nonton tv..makan, tidur huhuhu...papa plak ralit dgn keje dia di luar huhu..sebelah petang papa bawa round um, area pantai dalam dan kwas sekitarnye, iyer la papa duk lama belajar kat sini, almost 10 years!

pas dua hari bertapa sini, we all check-in kat legend plak sebab papa ada tugas besar kat pwtc...bagaimanapun, papa bukan la menghadiri mesyuarat agung umno, apatah lagi nak say yes to Pak Lah, papa ada tugas yang lebih penting daripada itu..iaitu ke 'pesta buku antarabangsa' hehe...kat sini mea jupe kawan lama papa yg sudah tersohor seantero malaysia iaitu faizal tehrani! glamer ko leni ekk...wow, ramai nau orang kat sini..nak berjalan pun susah, budak taska pun ada datang berbondong-bondong utk beli buku...hai, pandai ke beli...khususnya yg usia 4-5 tahun tu...macam tak caya jer..

after mission kat sini accomplished, we move forward ke Mutiara Damansara, kunjungi gedung kesukaan ibu mea iaitu IKEA huhu...nasib baik mea dapat troli baby yg cun kat sini so tak ngamuk la...then, alang-alang dah sampai sini, masa plak dah nak kul 6.00 pm, so mea kena cari tempat nak nonton 'Bella' sambil ketemu sepupu mea 'danial' yg sebaya umur kami...so the best place is kediaman ayah ngah mie kat area sini hehe...mea pun dapat la mandi sikit sejukkan badan ahaks! untuk bermalam, ibu dah tempat umah ayah su joe..actually mea ramai 'keluarga' kat sini tapi tak nak la ganggu ramai sangat hehe...maybe rumah yg terlepas tu harap maafkan ekk hehe..sebab tu papa kalau leh nak duk rumah yg boleh claim jer hehe, easier and not to burden others..nak guling-guling pun senang hehe..

esoknyer, mea gi hospital pusrawi sebab mak cik yah bersalin, dapat lagi baby baru nama 'amir ridhwan'..dulu abgnya nama 'amar ikhwan'...nanti yg ke-3 jadi nama apa lak ekk hehe...sian mcik yah kena duk lama kat dalam wad sebab ada darah beku kat dalam di samping ada tisu reput huhu...kena operation plak pas deliver tu, terima la 4 pain darah luar..semalam ramai datang tengok mcik yah, termasuk keluarga mertuanya dari kuantan, mcik mala pun datang dari marang, walaupun terpaksa naik bas dgn 2 anaknya...mcik nor dari port dickson pun gi...mea dari penang sapa dulu skali hehe...takpe la, berkhidmat utk adik-2 hehe, ini la nasib orang yg dah takde mak ayah ni...gilir-gilir tolong-menolong, mungkin ni bukan giliran kite, mana tahu nanti giliran kita pula, apa pun minta dijauhkan...

baru sat tadi mea pi hantar mcik sa ke KL utk jadi pengasuh-pembantu mcik yah, iyer la..esok mcik mala dah nak balik ganu, mcik nor pun mari-balik hari, iyer la..seme ada keje, so mcik sa yg memang dah berhenti keje kat king's confectionary ni memang sedia ditempah utk berkhidmat...semoga jadi pengasuh yg baik, syabas mea ucapkan hehehe...now mea going on the buai hahaha...tidoq la plak, petang ni nak gi tesco cari cheese..ganti yg tertinggal kat umah ayah su joe (nestum pun tertinggal huhu..)

Sunday, April 6, 2008

Lupa eXam iBuu....

masing-masing sibuk dgn plan masing2 till lupa yang semalam, 5.4.2008, ibu kena duduki exam pegawai tadbir kat sekolah penang free school..hari ni baru teringat, itu pun bila papa baca paper kata imigresen banyak kekosongan pegawai, nak wat macam mana dah terlewat sedar huhuhu....ibu pun leh lupa, padahal exam tu utk dia...

mungkin sebab plan banyak sangat utk sabtu semalam till tak ingat schedule lama yg sepatutnya ditulis dalam diari awal2 lagi...semalam papa gi servis kete dan tukar timing belt, kat kul 2 baru siap..pastu bila drive nak balik, radio dan clock pulak tak berfungsi, pusing balik sebab litar shock, pelik...tukat timing belt leh 'shock' litar letrik kete la huhu...kat sejam lagi baru semua ok..tu pun after keluar ongkos lain plak huhu...so, dah siap lewat ni..hajat nak pi jenguk baby baru dan belajar jahit tak jadi la..sbg ganti, we went to tesco cari pampers mea..then, singgah pasar malam sg. dua cari jagung bakar, minum coconut shake...best wooo...mea pun makan sama..

Friday, April 4, 2008

Kalau la Mea leh berbicara...

Kalau begini kan, tentu ini la lebih-kurang celoteh Mea kat blog dia ni..paling kurang Mea akan tulis "Hari ni mea nak senaraikan tentatif pergerakan mea sepanjang minggu depan bermula esok..

Kalau lapang, esok mea nak ajak papa teman ibu pergi ke kelas menjahit kat Pacific, Seberang Jaya. kalau boleh papa kena paksa ibu pergi sebab mea nak pi jalan-jalan ke sana pulak..lagi pun, dah lama mesin jahit tu duk sekkung tanpa ada orang yang aktif menggunakannya. mana tahu lepas ni ibu mea menjadi expert dan menyediakan khidmat jahitan tampal baju dan seluar studen aman-damai cukup la hehe...pastu nak ajak ibu dan papa tengok anak kawan papa kat Kuala Muda. Kakak baby ni sebaya dengan mea, just two weeks earlier..ermm cepat dia dapat 'adik', kalau boleh nanti mea pun nak 'adik' gak...

Hari Isnin, Mea nak gi KL..cari buku kartun dan kaler-kaler kat PWTC, alaaa..kan awal bulan ni ada pesta buku antarabangsa sedang berlangsung, ish...tak sabor nak suruh papa borong buku banyak-banyak! mujur la papa-mea dapat cuti seminggu..dapat la pi sana, banyak tempat nak pi sana nanti ni...isyh, bestnyer!

Tuesday, April 1, 2008

Mea terime tetamu...

Pagi ni mea terima tetamu dari kg lama papa, anak Badrul Yolong-Tip (Yolong-Tip baru meninggal minggu lepas)..budak ni ada interview kat Pusat Pengajian Perumahan, Bangunan dan Perancangan USM esok untuk kursus interior design..so mai awal sebab ayahnya takut kalut besoknya..inilah bergunanya papa-mea bekerja di rantau orang ni, ialah mana-mana orang kampung, waris-waroh yang tiada tempat nak tuju, maka papa-mea boleh la menghulurkan khidmatnya...terima tetamu ni bagus, murah rezeki kata orang...bukan setakat orang kata sebenarnya, Rasul pun sabda...

so plannya, depa tidur ajer la kat rumah tu sebab maybe semalaman atas bas, mesti tak lena tidur..tahu sangat pengalaman naik bas ekpress malam ni..tidur-tidur ayam jer kat atas bas tuh, ada brek sikit mesti terjaga, maklum la driver bas kekadang memang bahaya..asyik nembor ajer nak buwi cepat sampai..penumpang duk belakang debor nyuk-nyak nyuk-nyak kecut perut huhu...ermmm...pagi-pagi beleber doh hehe, arini papa-mea plan nak habiskan marking assignment student yg menjangkau puluhan kat atas meja ni huhuhu...susah-susah pakai timbang kilo, sekilo dapat A, kurang sekilo dapat B, APRIL FOOL kononnya huhaaaa....parok kalu main lagu tu, tapi papa-mea marking elok, ni pasai dosa dan pahala beb, amanah mesti dilaksanakan dengan adil...nanti kena soal kat raqib atib, sape nak jawab...tau takpe!

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin