bismillah & salam
Blog ni memaparkan kisah-kisah dalaman kami sekeluarga, just untuk rujukan kami bila terkenang-kenang saat manis sebelumnya; sebab itu ia dijadikan LIMITED EDITION, hanya untuk pembaca dalam kalangan ahli keluarga dan sahabat handai sahaja.

Sunday, July 27, 2008

MeA ke KuChinG


Mea telah ke Kuching pada petang Khamis lepas dan balik malam tadi (Sabtu malam). To save bajet papa, mea dan ibu serta papa pergi dengan airasia jer..direct from penang to kuching, dalam 2 jam 5 minit...


"ready to take off"...mea pun mengenakan tali keledarnya...siap buk! okay good girl!


kat sini, mea stay kat Holiday Inn..sesuai dengan kedatangan mea dan ibu nak holiday, cuma papa jer kena keje as usual present his paper...


pemandangan dari bilik hotel mea pun cun...dapat tengok sungai sarawak! ada bangunan tinggi dan gah tengah dibuat tuk tapi sik tau bangunan apaa...


antara team kawan papa yang turut berada di sana, we all makan kat tepi water-front tu sambil hirup udara malam Kuching...di sini mea tak jumpa pun kucing2 yang melilau...patut kena bela la sebagai maskot! [paling kanan ialah Mr. Hisham, Fellow IKIM, yang lain member USM yang biasa dgn Mea]


mea jalan-jalan ngan ibu cari sesuatu yang boleh dibeli e.g "gambir sarawak" hehe..tapi tak jumpa! pelik tul! tak caya papa...



mea terbaring kat lantai bilik hotel, bukan sebab keletihan jalan, tapi sebab time berak sampai.."sembelit lagi!!!"...tapi tak kuar apa-pun, sian anak papa...


hari terakhir mea di sini, mea dapat gi Pasar Satok..dibawa oleh kawan papa yg mengajar kat sini sejak 10 tahun yg lalu (orey kelate mu!)..namanya ust. ahmad!


kat sini, ibu mea beli ikan terubuk asim yg sudah menjadi trademark Sarawak...best woo kalau buat goreng bawang berlada, masak lemak or asam pedas..itu kate kakak jurujual tu laa...


mea juga pi beli kek lapis, trademark kedua Sarawak...nyaman bah! yang ni spesel sikit sebab dibuat dari planta..ada basah-basah, regenya pun basah2 sket he3



mea selamat sampai penang jam 11.30 malam, flite ni delay sejam sebab p.a system dok bunyi semasa nak take off...hu3...itu la penangan airasia!

Wednesday, July 23, 2008

PanJat atas MeJa


macam ni lah mea bila papa dan ibu berpaling ke belakang, dah duk atas meja rupanya sorang dia...masa mana dia panjat tak tahu! tu la papa and ibu, syokk sangat watching DesPerate HouSeWife...pasni, kerusi tak leh letak kat tepi meja doh, BAHAYA semek mea ni...mungkin mea nak tolong kemaskan meja tapi tu duk atas laptop papa tu hu3...

Tuesday, July 22, 2008

Mea's Habit


ni antara kesukaan mea, cek barang-barang dalam peti sejuk..digeledahnya seme yang ada sambil merasa hawa dingin...so pantang kalau tengok orang buka peti sejuk, cepat2 dia merangkak mari..maybe bakat nak tolong ibu ambik barang dari peti ais sudah mula tertanam dalam diri mea.."so guys, anything nak mea tolong ambilkan?" hehe..


mea juga sudah suka berjalan sekarang...tadi ke Giant pun dia nak berjalan instead of duk dalam troli..slow la nak berpindah dari satu tempat ke tempat lain huhu..takpe la mea, papa dan ibu follow jer la, sekurang-kurangnya praktis make perfect!


petang tadi jugak mea dapat ole-ole dari pcik Bob, studen Aman-Damai (kire pak cik la yer Bob) iaitu rambutan yang dibawa pulang dari rumah mak angkatnya dari Seberang Pulau sana...tenkiu daunnya keladi mat Bob! lain kali bagi mea lagi he3...udah rejeki mea petang ni, leh la makan! before that, bilang dulu..1..2..3..4..bla..bla..

Saturday, July 19, 2008

sCan AdiK Mea

Pagi tadi after breakfast dan mea pun dah selesai mandi, papa ajak ibu ke klinik untuk scan adik mea...tak mau la suspen sangat sedangkan dunia moden memberi pilihan untuk menghilangkan suspen tersebut..lalu papa dan ibu memilih untuk ambil tahu apa jantina adik mea nanti...mua-mula suspen gak semasa doc main tonyoh ke depan, ke belakang, ke kiri dan ke kanan scanner tu hehe..iyer la mana tahu kut tak kenampakan, sure ada kefrustsan maklum la kos scan usm tak bayar..maka alhamduliLah, apabila dikhabarkan oleh doc yang baby mea ni sihat, sempurna dan yang paling meng'gumbirakan papa ialah 100% confirm LELAKI hehe...maka nantinya, dapat la papa dan ibu sepasang cahaya mata, tanda kasih kami selama ini! Sonok la mea pasni bermain ganas-ganas dengan adik lelakinya...

Friday, July 18, 2008

X'ciDen


Jangan terkejut, bukan mea dan keluarganya yg x'ciden! kisahnya gini..semalam, lewat petang di sekitar Pulau Pinang diselubungi hujan yang tak kurang lebatnya sampaikan dalam paper sebut kapal terbang ke penang terpaksa melencong landing di langkawi, tak kurang bagi studen desasiswa aman damai, exciden plak...kring..kring..papa-mea dapat call daripada YDP to be Sdri eNN mengenai kes ni, so cepat2 pi tengok...


remuk-redam depan motor studen aman ni, dia mengalami patah jari dan tangan...kawan yg diboncengnya okay and sempat naik bas ekspress ke KL...ni kes hantar geng ke stesyen bas la ni..


ambulan plak lewat setengah jam sampai, papa nak bawa jer dengan kereta tapi kaki dia lak tak leh gerakkan masa tu..so dibimbangi patah, kena tunggu gak ambulan utk guna kayu pengikat...sampai kul 12.30 malam baru papa leh balik tido dengan nyenyak, selepas 3 kali ulang alik hospital...inilah sebahagian tugas papa-mea as 'penolong penggawa'...

Wednesday, July 16, 2008

ProJek KebuN PiSanG


petang, selepas waktu keje..sebagaimana disepakati penghuni kawasan perumahan ni..we all start beroperasi memindahkan anak-anak pisang tanduk ni untuk disusun dan ditanam semula sekitar kawasan rumah ni..sebelum ni, umah mea menjadi the only rumah yg memiliki pisang ni, semalam baru papa-mea tebang yang terkini dan bahagikan ke beberapa jiran, dapat la sebuah rumah dalam 2-3 biji...besar-besar buahnya, berat isinya rasa melebihi sesikat pisang emas...so dengan mengadakan projek pindah dan tanam semula ni, selepas ni setiap rumah akan ada pokok pisang tanduk, di samping menambah nilai hijau pada persekitaran, sesuai dengan slogan usm yang lestari alam hehe...mula-mula papa-mea tolong tengok jer and then, baru pegang cangkul untuk tanam 3 anak pokok lagi tambahan (dapat kumpul 16 anak pokok semuanya)...hai, larat ke nak makan nanti...ibu mea boleh la buka warong jual pisang goreng pasni...


cuba tengok bandingan pisang tanduk dan pisang berangan, semalam suku pisang tanduk goreng leh makan 3 orang hehe...kebetulan ada studen mai, ajak pakat belasah la pisang ni...durian dalam gambo ni plak hok beli kat pasar malam tadi, kebetulan ada orang jual longgok 5 biji RM10...so, apalagi..papa beli la, leh la wat pulut durian, sambal poyok and excetra-excetra...


sambil kaum lelaki berusaha menyelerakkan kedudukan anak-anak pisang ni, mea dan ibunya mengambil kesempatan meronda dan melakukan latihan jalan kaki..masih huyung-hayang anak papa berjalan..takpe mea, practise make perfect! so..itulah agenda daily yang mea sentiasa buat kini...mea tak mampu lagi nak berdebat macam agenda daily wat kat anwar dan mat berri...and today ibu-mea miss sekejap favourite citer ezoranyer untuk join the crowds kat luar rumah...takpe la, kekadang bersosial dengan jiran tetangga amalan muhibbah dan murni, mengeratkan lagi silaturrahim! mea pun dapat menambah kawan...

Sunday, July 13, 2008

Ari MingGu..sHopPing mopPing


Arini ari minggu, we all ke Giant pekena chicken-chop for lunch..lama tak rase after that, alang2 dah sampai sini, masuk la kejap dalam giant ni and seperti biasa mea kena duk dalam troli, mea takkan duk diam..pusing kiri dan pusing kanan..mana tahu kut selisih dgn pakwe yg sama2 terkurung di dalam sangkar ni hehe...


aler balik, ibu mea plak nak shopping kitchen kabinet..actually, lama doh just pakai rak buku...beli la sutir yg simple-dimple sebab rasakan yg kalau pindah ke kampung, sure tak payah bawa balik la..so, asalkan ada sutir seadanya cukuplah deh...suker ibu mea..so, ada 'benda' baru la kat dapur tu sekarang...busy sat ibu mengemas 'barang'barang' dia untuk mengisi kabinet baru...isi ibu, jangan tak isi...


malam ni plak rezeki murah, ada geng dari Baling mai bagi manggis dari kebun keluarganya..suker mea, 4 biji dibelasahnya yang ulas kecil-kecil tu..yg ulas besar, papa tolong hadamkan hehe...sebelah 'buah sementa' ni...ada bawang putih dan bawang merah yg ibu mea beli tadi..bawang ni tak leh makan tau, just as dekorasi celah dapur, supaya nampak kat dapur ni memang takkan keputusan bawang untuk masak...

Saturday, July 12, 2008

Spesel Congrats to Cik Lah & Che Izami


Mea suker sangat dapat tengok gambo kebernikahan cik lah dan pcik izami [ihsan k.yayah]...semoga hepi sokmo, bahgia ke akhir hayat...nanti wat majlis biar la se-grand continental...deh he3


ni la gambo pengantimmm...hehe...putih seleput...

Rumah Sewa di Sg. Dua


Arini, papa teman kawan papa sekali lagi ke sg dua utk sign kontrak...so sempat la amik gambo rumah ni guna h/phone and balik, send to laptop tru bluetooth...rupanyer jadik, gambo pun okay jer macam kamera biasa...murah tak? sewa sebulan RM630.00 jer...dulu papa ingat, sewa apartment kecik jer kat pulau dah kena RM500.00. Ni bukan main besor, just cemok tu jer...tak aci tul...untung la my papa's fren walaupun jauh sket la dari tempat kejenya, pahtu kiri kanan dapat jiran cye-yer-nun-alif hu3

Wednesday, July 9, 2008

Foto Hari Kuarga Aritu...


Mea bergambar dengan kawan-kawan papa semasa ari kuarga lepas..gambar ni baru dapat sebab daripada kamera mak kawan mea ni hehe...turut sama [tengah] ialah kak 'ain, staf pentadbiran yang bertukar daripada school papa-mea ke school dentistry di Bertam

Spesel utk Cik Lah, mea sekeluarga nak ucapkan selamat diijab kabul pada malam esok (malam jumaat)...semoga bahagia, sihat dan kekal ke akhir hayat! mea sekuarga tak dapat balik sebab papa ada presentation esok huhu...dan pengumpulan bahan-bahan untuk eksesais seterusnya...semoge Cik Lah heppi sokmo, senyum selalu dan terpenting tenteram, tenang lagi sihat sejahtera...kawin ni adalah ubat terbesar sebenarnya hehe..congratulations! nanti bekwah kami akan ada memeriahkan sekali....

Tuesday, July 8, 2008

sIBUk seMuaNyer...

Lama tak hantar berita ke blog ni, papa-mea busy sket dengan agenda PTK iaitu create E-Learning portal untuk presentation lusa, maklum la sekarang ni masing-masing tengah ligan nak dapat DS52 hehe...tapi sebut pasal e-learning ni, papa-mea tak la sehebat kawan papa si Dr. H tu yang lagi bravoo hehe...semua pasal e..eee..dia tahu, cuma eee..ntah la dia tak tahu hehe...(dia juga selalu buka blog mea)tq

Kesibukan ni ditambah lagi dengan kehadiran kawan papa selama 2 hari hujung minggu baru ni yang baru dapat jadi lecturer kat UiTM Seberang Perai ni, diajak teman dia cari rumah...fuyoo, sangat susah cari rumah kawasan ni, bukan sebab rumah takde tapi sebab spesifikasi my fren ni la..cerewet hehe...nak rumah double storey, kawasan Melayu ramai, dekat pulak dengan UiTM..rumah plak mesti cunn hohoo..mana nak dapat, especially bila time student dah mula stat ngaji...depa pun mencari jugak...apa pun, dua hari tu dapat la papa makan dan minum free jer...and buat first time baru jer merasa "mee udang" kat Sg. Dua yang disebut-sebut rakyat jelata selama ni...okay jugak noo...so, hujung minggu ni ke sana lagi la bila si kawan tu nak mai sign contract rumah hehe...nanti leh ajak ibu plak...setakat ni rumah yang dia only berkenan ialah kat Taman Merbau Indah, Sg. Dua...punya la jauh dari UiTM, tapi rumahnya besar giler...baru lagi, baru siap trang-tang-tang...

Citer Mea lak...sian sungguh mea semalam. dia masih batuk and bila time nak tidur tu walaupun dah tidur, bila batuk dengan bercampur kahak yang banyak...sampai sukar dia nak bernafas...aleh-2 menangis jer sambil mata pejam...tak tau nak buat apa, bagi viks kat dada jer dah bagi minum air suam...tengah malamnya bila dia bangun..mungkin dahaga...dirabanya air susu yang masih berbaki kat sebelahnya, diminumnya jer walaupun mata masih tertutup...mea-mea...sian anak papa, petang ni nak wat naik motor laa...lama tak ronda dengan motor with her...

Friday, July 4, 2008

DeMam & BaTuk...

Sejak sampai Penang tengahari lepas, papa-mea terasa semacam jer...tekak memang pedih dari London lagi, suara pun dah bertukar garau hehe...tidak lagi serak-serak basah...so petang tu pi klinik, dapat ubat batuk jer. Petang pi airport ambil ibu dan mea yang baru tiba dari Kuantan..esoknyer papa ambik cuti 2 hari [EL] sebab tak larat jer wase...

Today, mea plak demam...maybe berjangkit dengan papa...wat pergi klinik dah tadi, 37.5 celcius, panas gak...tapi masalah mea ni ialah, tok sir nak makan ubat...kena kerjong sket..hai anak papa, macam mana mau sihat lagu ni! Itu laa...tidur dekat sangat dengan papa hehe....

Tuesday, July 1, 2008

Sekitar LonDon, EngLand


As I wrote earlier, kat london ni..papa tinggal dengan geng, kak ju & abg zul...so inilah K. ju dan anak-anaknya...abg zul gi keje...so, as people yg dah hidup kat sini, sekolah pun kena la kat sini...budak-2 ni punya english, fuyooo pekat giler dgn eksyen u.k susah nak tangkap apa depa punya cakap!


3 srikandi genit sedang mengatur asas di kota london...jangan hilangkan identiti timur ya girls...ni gambar ari jumaat aritu kat sekolah mereka!


Today sekali lagi papa gi teman k.ju hantar khalid [dah masuk kelas dulu], aina dan aini ke sekolah...bergaya sket kat sini hehe...'ayn yg kecik sekali tak sekolah lagi..


Kak ju dan sorang lagi ibu dari Malaysia sedang bincang progress anak masing-2 kat sekolah ni...mungkin jugak pasal politik kat Malaysia yg semakin panas dan panas...macam2 gaya aina dan aini...pantang cakap nak ambik gambo terus bergaya like nak silat...whatever la...


Selepas tu, misi papa seterusnya ialah meronda Kota London with bas, papa-mea beli 1 day bas pass for £3.50..dgn ada bas pass ni, papa leh naik mana-mana bas dalam zon 1-4 bebas, so daripada Dollis Hill, papa ambik bas ni di depan Food Land..bas 98 or 6 akan pi ke Oxford street...bas 260 ni just wat temeng, ia pergi ke brent cross rasanya, laluan lain...




Trafalgar Square...kat sini jumpa keluarga Malaysia yg datang melancung...sibuk bergambar dari pelbagai penjuru...sama la dgn papa-mea ni, bersembang-2 la kejap dgn depa...mereka menginap di rumah mcik siah [kensal rise] iaitu kawan mcik yah, mereka satu kuarga rupanya dgn mcik siah...papa pernah jumpa dia dulu 2003...mcik siah keje kat heathrow wasenya dan suami mcik siah ni dulu bawa train/tube, jgn tak caya..org Melayu pun leh keje bawa tube kat London ni..


Bendera Malaysia megah berkibar di bangunan penggalakan pelancungan Malaysia sebelah Trafalgar Sq. ni..


Istiadat ringkas pertukaran pengawal...mereka sedia utk bertukar posisi antara pasukan merah dan hitam, kat sini start 11.30 dan 3.30 kalau summer...winter kul 10.10 jer..




Pengawal berkuda menuju Buckingham Palace...


Papa juga datang jenguk istana Ratu Elizabeth di Buckingham Palace...ramai orang lain datang nak tengok istiadat pertukaran guard kat sini...ramai pelancong serata dunia ni, papa pun suruh pelancong jepun amik gambar ni hehe...tst...tukar suka sama suka, dia amik gambar papa, papa amik gambar dia...fair la kan..


pastu papa jalan2 ke arah Sungai Thames...biasa la pemandangan di sini iaitu pondok telefon merah as trademark London, Big-Ben (jam besar) dan parliament house...


London-eye...kalau naik atas ni boleh tengok seluruh kota London, papa pun tak naik lagi...tak rasa penting sangat, lain la kalau papa nak rancang bandar ni nanti hehe


sekitar Picadily Circuss..naik bas sightseing ni senang kalau saper nak gi tempat2 terpilih...bas ni akan bawa keliling bandar London, bayar sekali jer, boleh turun dan naik semula dgn tunjuk pas sehari tu laa...bas dia ada banyak! papa dok naik sekali pun lagi sebab mahal gok dengarnya dalam £12 (harga 2003), now tak pasti...


sale..sale...summer sale! musim panas memang akan ada sale...kalau tengok, memang murah pun pakaian sini, papa sempat la masuk dalam Lilywhite ni...habis jugak dalam £10, bukan apa...ambik hati dah dia jual murah he3


ini la antara sekitar bandar London...bangunannya nampak lama tapi expensive..pound kan mahal, masa papa tukar aritu £1 = RM6.47 huhu...so, lu pikir la sendiri!


ini sebahagian kedai di cina-town, dulu papa suka mai ke sini esp. kalau nak beli maggi dari Malaysia, mcik yah selalu kirim rempah kari adabi..kicap habhal kipas udang pun ada kat sini...even 'jeruk mamang' ada tapi buatan Thailand hehe...durian, rambutan, langsat pun ada kalau masuk time dia...pendek kata, sediakan duit sahaja, semua barang boleh dapat..


pemandangan atas bas, lajur ni adalah lanjutan bond street dan oxford street...kiri kanan shopping centre atau kedai beli...bayar, then belah...tengok2 pound dah kurengg hu3


Dalam jalan-jalan sambil shopping ni...tiba sebentar di University of London, kat Russel Square, baru la orang panggil jalan2 papa ni adalah jalan2 akademik hehe...sempat lagi gi universiti dulu...sign board ni baru buat ni, dulu takde...


sebelah bangunan University of London adalah bangunan SOAS (school of oriental and african studies) tempat papa study sambil wat research dulu tahun 2003...kat sini library-nya penuh buku dan kitab arab, kalau compare dengan liibrary kat usm dari segi kitab2 arab, kalah la usm, kalah mati beb...hu3, pensyarah mat salleh di sini juga mahir arabic, maklum la mereka kan orientalis, expert yang tahu ilmu-ilmu timur such as Islam, tahu jer tapi iman takde laa...ini la dinamakan hidayah! sebab tu kena syukur selalu pada Allah SWT noo...tau takpe!


On the way untuk ke soas ni, kebiasaannya mesti akan lalu British Museum..esp. kalau sape yg pi dengan bas no. 7 dari Oxford Street...papa dah masuk sekali dulu muzium ni, luas dan ada mumia di dalamnya...kali ni, dok dangg masa nak menjengah lagi, cukup la lalu jer..ni pun okay doh papa lalu hehe...


Di samping tempat pelancungan, pendidikan dan pentadbiran...kat tengah bandar London jugak ada tempat hok dok berapa molek, seperti kedai berkenaan sex ni...rasanya ada 3..4..kedai lagu ni...kat Soho pun ada...papa tahu-tahu gitu jer hihi...



Sempat jengah sat ke Pasaraya Harrods, milik Dodi al-Fayed..bapa kekasih Lady Diana, Puteri Wales..pasaraya ni bukan saja besar, tapi ada kelas....kalau selekeh2 tak leh masuk...barangan dia pun lebih mahal...tapi tu laa...tetap ada pelanggan!


Dalam jalan-jalan dan shopping ni, tengok time dah kul 5.oo pm lebih doh...kena balik doh sebab mcik Yah ajak makan kat rumah dia petang ni, nak rai'kan papa yang nak balik esok doh...so, terus catch bas no. 6 yg kebetulan lalu...bas kat sini dalam 3-4 min sebuah, dun risau...bas ni lalu ikut edgware road (kawasan pak arab) dan di sini jugak terletak Restoran Mawar, yang meneydiakan juadah masakan Melayu Malaysia...papa dok dang nak berhenti doh, just snap dari atas bas jer...nak cepat ke rumah mcik yah, janji kul 6.00 pm kat rumah dia di Harlesden Road...


Papa naik tingkat atas..penuh orang dalam bas, maklum la lepas waktu keje, tadi mula2 papa-mea naik, kena berdiri gok sat..bestnya bas kat london ni...ia ada bgtau nama tempat kat skrin depan atas tu ketika sedang menuju/berhenti...so jgn risau kalau sape takut sesat, or terlelap seketika..sampai jer setiap stop, suara rakaman akan memberitahu...tapi jgn la tido mati noo...tak aci jugok laa...


Best mcik yah amsak nasi minyak...inilah menu yg the best semasa duk umah mcik yah dulu...papa-mea mesti tambah 2 kali la kalau lauk ni hehe, tapi badan maintain tambah2 pun hehe...tapi sian mcik yah dan aju, kena makan kat dapur jer..maklum la orang pompuan hehe, kena makan sorok-2 tapi jangan makan banyak sangat nooo...esp k.ju tu hehe, nanti excess luggage nak balik nanti hahaha...jgn maree...


Ini gambar keluarga mcik yah...dari kiri pcik husin (now bawa mini-cab jer...dah pencen), Ali (anak bongsu)+ 'ayna dan 'ayn (anak aju..cucu laa) dan mcik yah...ni duduk-duduk ni sambil sembang selepas masing2 dah makan, kekenyangan...tenkiu mcik yah dgn masakan yg tip-top...lain kali leh mari lagi makan free hehe...


Ini pulak keluarga aju dan abg zul, serta 4 orang anak mereka, khalid, nur'aina, nur'aini dan nur'ain...tenkiu jugak for the warmest reception and hospitality to me during the visit! selamat berangkat pulang bercuti di K. Pilah Malaysia 13hb. Julai ni...mai la umah mea kat Penang, sure kita orang akan sediakan masakan yg sedap juga nanti tapi tempahan dari kedai mamak hehehe..


sedang sembang tu, ternampak dari tingkap...rupanya kat belakang rumah mcik yah ada pokok epal laaa, nanti dah besar dan masak boleh la papa datang picking hehe...Ali tolong simpan utk abg ekkk hehe...thats all at London!

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin