Blog ni memaparkan kisah-kisah dalaman kami sekeluarga, just untuk rujukan kami bila terkenang-kenang saat manis sebelumnya; sebab itu ia dijadikan LIMITED EDITION, hanya untuk pembaca dalam kalangan ahli keluarga dan sahabat handai sahaja.

Sunday, August 31, 2008

Cik Nah BaLik daH...


Selamat berjumpa lagi...bon voyage cik Naaahh, mea hantar cik Nah petang ni yang dah nak balik ke Kuantan, semoge selamat fly dengan firefly...semoge heppi duk dengan mea skuarga kat penang, senang2 datang lagi especially bila mea dpt adik nanti, dapat la bantu ibu mea kat rumah he3...


After cik Nah boarding, mea gi tengok cik Nah naik flite ikut tepi pagar jer...kena la tengok sampai cik Nah naik flite, kan apa...kut cik Nah silap naik Thai Airways jer hu3...sedih nanti orang Kerteh hok tunggu cik Nah kat Kemaman he3...on the way balik tadi, mea tercari-2 passenger yg biasa duk kat belakang, itu la...dah balik, baru nak kawan...mea..mea...

Saturday, August 30, 2008

MemaNDu ke QueensBayMaLL


Arini mea pergi belajar memandu..nak dapat lesen kereta! sekolah mandu ni disediakan oleh Queensbaymall, senang jer...masukkan token and drive, mea mandu sambil berdiri jer hehe...today aktiviti just jalan-jalan kat Queensbaymal, masuk JusCo excetras kat sini...KfC pun masuk, sini takde RfC...kalau tidak, sure mea masuk RfC dulu walaupun liat sket..


jeng je..jenggg..ini la kete yang mea drive, kete ni ada had kepala dan panjang kaki bagi sesape yang nak tumpang! so papa, ibu dan cik Nah sila step outside ya, you all tak memenuhi spesifikasi kereta mini mea ni...


selesai parking, mea apalagi..mula la jalan-jalan untuk shopping sakan, tak peduli doh papa dan ibu ke mana, janji mea nak cari something untuk tokki dan tokwan, nak kirim kat cik Nah yang dah nak fly balik esok..tup...tap...tup...masuk kedai tu, keluar...masuk kedai lain plak...banyak bende mea nak beli ni, papa tolong bayar ye! perkara yang paling mea suka dan tertarik kat sini ialah "escalator"...pantang nampak escalator, mea akan cepat-2 nak naik/turun...berani betul! penat papa kena tangkap dan dukung, itu pun berusaha gigih untuk meloloskan diri nak turun! oh, mea...macam lelaki ganezz...

Tuesday, August 26, 2008

JaLan-jaLaN caRi AiR

Pagi ni rumah mea ketiadaan air, nasib baik semua sempat mandi dan breakfast..tanpa notis, air menghilang begitu ajer hu3..ada paip pecah rupanya kat depan flat pelajar ijazah tinggi, so kerana hal ini..campur cuti khas sempena hari buang undi di Parlimen Permatang Pauh..papa ajak mea, ibu dan cik Nah kuar jalan-jalan cari air..


antara tempat cari air ialah di rumah P. Ramlee..mea kata, "kat sini pun, air takde papa! pah ganer gini ni?"


takpe la mea, papa saje jer mai sini sempena kunjungan cik Nah ke penang..kalau tidak, mea, ibu dan papa sure just lepak kat rumah jer...mea ronda sakan jelajah kawasan umah ni, maklum la gaya berjalan mea semakin stabil lening..


then, papa bawa mea cari air kat batu feringgi, boleh lunch sekali sini, di sini..mea makan sambil mengadap laut..maybe mengingati laut di sini la dulu yang ombaknya tiba-tiba menggulung-tinggi mewujudkan tsunami, tempat ni memang best sebab makan sambil tengok laut cuma makanan kat warung ni kurang best sket, we all makan yang bergoreng jer..nasi dan kuew-teow..tapi abc-nyer, ermmm yummi gok sposen!



pastu mea ke butterfly farm di Teluk Bahang, kat sini banyak giler butterfly, di mana-mana ada berterbangan..sempat la mea possing dengan rama-rama ni yang jinak-jinak sereme..di samping butterfly, dalam ni juga ada scorpion, iguana, tarantula, tortoise, etc. yang menempel nak masuk gak dalam ala mini zoo ni..


ibu mea dan cik nah pun tak lupa bergaya depan butterfly yang galak menghisap manis nenas ni..di samping nenas, depa ni wi bunga raya merah untuk butterfly ni hinggap and hisap madu...time ni ramai budak2 sekolah (rendah) mai jugak, pehh mea galak sakan, ke hulu ke hilir jalan..papa nak dukung pun diloloskannya bak belut, maybe nak tunjuk kebolehannya berjalan kut, or tak pun, nak urat pakwe2 cilik yang mai ramai-ramai ni...kita orang balik ikut balik pulau, kira arini sekali lagi mea keliling pulau la..singgah beli durian balik pulau lu sutir..then, pekena roti telur kat 'kayu' bayan baru as minum petang..balik rumah air masih takde, nasib baik air tangki masih ada, leh la ambik wuduk lagi...kat maghrib baru air ada, itu pun...datangnya dengan berselut huhuhuuu...


sentara air tak mai..mea main-main dengan kawan-kawan mea dulu kat depan umah, "mea duk atas beskal, kakak-kakak tolak yer!"...ni beskal jiran ni mea pinjam, suka nau 'beskal' orang hu3..beskal mea tak naik pun!

Sunday, August 24, 2008

RfC di Sg Petani


Today Mea ke Sg Petani...jam besar ni menjadi landmark tempat ni, Mea ke sini kerana dilaporkan oleh 'orang kemaman' di sini terdapat kedai ayam goreng ala kfc..tapi dinamakan RfC (Radix Fried Chicken) yg menggunakan ayam organik sbg pengganti...ia produk hpa...sesat la seposen nak cari tempat ni sampai terpaksa call 'orang kuat hpa' kat kemaman, tanya lagi pekerja stesyen minyak baru la jupe..ia dekat dgn Carnival Water Park, area to Lagenda Heights...



makan duluuuu....Mea makan fries jer! rasa RfC kurang sikit drp kfc, ayam sedikit liat, macam ayam kampung (tapi tak liat sangat)..coleslaw dan potato pun tak real taste-nyer...apa pun dah 'rase'..ramai jugak la orang, seperti dikatakan 'bersusun-susun' hehee..dalam setengah jam beratur kut tadi..


syoknyer Cik Nah mamoh ayam...maklum la organik! jangan segan-segan Cik Nah, kite mai dari jauh ni...mea pun siap bungkus lagi, boleh makan lagi dalam kete hehe...tak cukup daripada tu, papa beli jugak ayam organik kat stokis hpa di sini, nak rasa dalam masakan plak, beli jugak beberapa produk lain, tapi papa-mea terpaksa la guna no. ahli tokwan sebab no. ahli yg ditunggu tak ketibaan huhu, masa nak suruh jadi ahli bukan main ehek...siapa tu haaaa??? apa pun, takpe laa huhuuu...point2..


on the way balik, singgah Kuala Muda tengok anak kawan papa...ada baby baru, namanya Muhammad Irham Imtiyaz rasernya, Mea pun ingat2 lupa nama ni..tapi..wow..semangat, berat drp mea lagi..kena minum enfalac jugak la!


Then, singgah umah Dr. Naza sat sebab ada jamuan mee soto..entah la sempena apa, dah dijemput maka kami pun bertandang la, makan jer jgn segan-segan..hampir separuh hari jugak mea berjalan today, penat dahhh!

Friday, August 22, 2008

Mea & Travel Back Home


Ini la rumah tokki Mea, alek beloh papa..rumah ni sentiasa lengang bila bukan time cuti...tokki n tokwan sini dah meninggal dunia 2005 dan 1996, sian kat papa jadi anak yatim piatu huk3...kat sini, Mea suka ambik angin kat depan rumah, angin sepoi-sepoi punyer, masa Mea balik ni..Ayah Long ada balik gak...jadi ramai la geng Mea kat rumah tokki ni, dengan sepupu-pupu Mea yang datang dari Dungun, kat compound umah ni Mea biasanya akan main badminton kih3 (macam iyer jer?)


Di KT ni, Mea juga sempat pi bersiar-siar di Pantai Batu Burok...ramai orang menjual wau tapi papa tak belikan utk Mea hu3, sebab dibimbangi yg main adalah papa sendiri, cehhh..ada satu kelecehan buat Mea kat sini iaitu Mea tak suka pasir yg melekat kat kaki, lepas seketika...hu3 papa la yang kena dukung!


Yooo...Mea dah sampai Taj Mahal, dengan kos yang tak mahal...Mea sekarang bukan berada di India tapi di Taman Tamadun Islam Pulau Wan Man, Kuala Terengganu..ada 21 replika a.k.a monumen Islam di sini eg. Kubah al-Sakhra (Palestine), Masjid Sulaiman (Turki), Masjidil Haram (Arab Saudi), al-Hambra (Spain) etc...


ni replika Masjid Mohd Ali, Egypt yg dibina semula dgn skala 1:8...so, quit big gak la...ada sebahagian replika ni leh masuk dalam, ada tayangan video..pameran kecil dan ada real spt binaan 'batu tergantung' dalam kubah as-sakhrah yg berlaku semasa Nabi s.a.w nak mikraj...canteekk..


Kat Taman ni, Mea sempat masuk "endurance" macam sukan yg diminati DYMM YDPA, tapi bukan menggunakan kuda lasak, juga bukan kuda padi, just for beginner hehe..jeng je..jengg "kuda mainan"!


Lepas penat meronda dan bermain, tiba la waktu solat...maka Mea pun pi la solat kat Masjid Kristal yang berhampiran situ jugak...ini la dinamakan, lawatan dalam iman hehe...mengingati tanggungjawab as Muslimah Solehah! Mea insaf dan sedar..walaupun pakai baju seksi bukan main hihii..


Turut berada di Masjid Kristal ni..ibu dan Cik Nah..Cik Nah datang sebab nak ikut Mea pi Penang hehe...welcome to Penang Cik Nah! last Cik Nah mai umah Mea ialah semasa Mea nak kuar dari perut ibu dulu...


Gajah! Elephant! al-Fiil! Itu la yang Mea saksikan semasa on the way ke Penang dari K. Tr iaitu kat sempadan Kelantan-Perak (Grik), terkezutt Mea he3...biasa malam jer ada gajah kat highway ni, papa cakap gajah ni duk tepi jalan sebab nak dapatkan haba panas di waktu kedinginan malam, masa ni baru kul 9.30 pagi..ralit nampak gajah makan rumput tuh!


Sebelum menyeberang Jambatan P. Pinang, sempat juga papa bawa kitaorang melalui kawasan pengundian kecil di Parlimen Permatang Pauh yg akan berlangsung dalam 4 hari lagi, penuh sakan poster dan bendera! meriah!

Sunday, August 17, 2008

BALIK KAMPUNG ..

Blog Mea akan rehat dalam 5 hari start esok, coz Mea ikut papa balik ganu sebab papa ada conference kat UDM aka kusza dulu, nanti sembang lagi nooo...pasti ada benda menarik kan Mea share with all of you guys! especially tentang kopok lekor, nasi dagang, buah moktang, mesjid kristal and excetras....


Mea tengah nyanyi ke, bernasyid dok tahu ni hehe...lepak di tepi longkang jer, melayan perasaan yang jiwang ketika ini...


5 anak pisang tanduk nak wat kelik tanam kat kampung...masa papa ambik anak pisang ni la mea berjiwang huhu...anak papa, anak papa...

Saturday, August 16, 2008

Pesta KonVokesyen USM


Arini mea ke tapak pesta konvokesyen usm, melihat dan melilau..sajer je ziarah kedai-kedai jualan, sampai tak tahu nak beli apa..or nak apa..ada kuda padi nak bagi mea naik, tapi tak yakin mea akan leh naik hehe..papa naik yakin boleh! tapi kecik sangat kuda tu...jalan punya jalan, pusing punya pusing, ibu mea beli laksam kat gerai permata tapi ada rasa-rasa lebih asam, ermmmm...papa beli nasi dagang tapi letak nyiur goreng atasnya, mesti stail kelate ni...mea plak dapat beli belon cunnn!



suka nau mea dapat belon, senyum memanjang..dalam kete on the way balik asyik dengan belonnya, tak kacau lagi nak duk atas papa yang tengah drive dan jemm dalam kampus ni, perjalanan ke rumah yg kebiasaannya 3-4 minit menjadi setengah jam huhu...apa nak buat, sebab tu ada sorang geng papa tu, setiap kali majlis konvokesyen berlangsung, setiap kali tu la dia akan bercuti...tak mau terlibat dalam jemm, bukan setakat jemm, parking pun problem sampai parking staf dicerobohi parents...parking Dekan pun terpaksa letak kon, kalau tak...mesti kena 'pau' punyer...

Wednesday, August 13, 2008

IntAi nYiUr MuDa



intai sungu-ti ni..demi iklan tv, tengah kerabat tangga pun leh bagi tumpuan lagi, itu la perseverance mea!


petang semalam, mea dapat minum air nyiur mude...ada studen aman-damai mai umah jupe papa and last sembang2 nampak nyiur muda belakang rumah...ada la 2 pokok yg telah menghasilkan buah...apa lagi, mat yub tolong pulas buah yg rendah ni..mea tunggu kat bawah!


mat bob nampaknya cekap membeloh, bukan macam papa yg beloh terbalik hu3 (patut la liat semacam jer)...mea tukang ambil isi lembutnyer utk dikumpulkan dalam jag hehe..ibu mea plak tukang perabih, maklum la dah lama teringin nak nyiur muda ni...so di akhir acara, dpt 2 jag...bahagi dua antara mea dan mat bob/mat yub...yummi!

Sunday, August 10, 2008

DiaRi MeA meMbeSar


ini usia mea sehari..masih cool...senyap jer dan banyak tidur, masa ni belum ada tanda2 jaundice, pastu keesokannya baru la dikesan..mea kena tahan dekat 4 hari gok bawah lampu biru...


selepas 2 bulan...mea dah mula berisi! apa taknya, makan tido jer, lagi pun orang hidup kan..mesti la minum susu, masa ni fully breast feeding...ikut pesan nurse!


then usia mea menjangkau 7 bulan dah...wajah pun mula berubah...kulit mea mula menyerlah, sebab masa kecil semua orang kata mea ni 'tak putih' tapi rupanya sangkaan depa semua meleset, mana mungkin mea tak putih...baka baik punyer! mula jalan dalam walker...praktis awal ni...


gambo ni semasa usia dah setahun, iaitu sehari sebelum birthday mea..Happy Birthday Mea...dah boleh merangkak...masa ni, licin la lantai dimoopnyer...


Mea today, usia 1 tahun 4 bulan lebih...dah pandai bermain sendiri, berjalan dan bermanja sakan...sikit2 nak dukung!

Saturday, August 9, 2008

BuLan MerDeKa!


Mengikuti jejak langkah Chekde Noor dalam blognya, maka tidak ketinggalan la rumah mea cuba menyahut seruan cintai negara dengan mengibarkan "jalur gemilang"...walaupun ia tidak wajib tapi mea nak tonjol semangat sikit demi mendapatkan tambahan iman as was said, hubbul watan minal-iman... Perasaan cinta dan sayangkan negara ni kan begitu terasa jika anda berada di luar negara, so mea punya papa..sangat la bersetuju dengan tulisan Che Det dalam kolumnya mengenai perasaan ni..sebab tu papa mea heran bila ada dua rakan papa kat ofis tu beria-ia benar nak berhijrah dan tinggal di luar negara.


Mea selalu gak termenung jauh menerusi jeriji dapur, apa yang akan mea buat bila dewasa nanti!..nak berhijrah ke luar negara gak ker? isyh takkan la...cuma mea banyak fikir masalah dunia hari ni..ceewah, kelas anak papa ni...ialah kan, sekarang ni hambatan dunia semakin kencang...manakala ikutan akhirat semakin renggang...semoga mea tidak tergolong dalam golongan mereka yang lalai dan terbengkalai, mea nak memiliki kualiti insan yang first class, to be number ONE! jangan kome ingat mea yang selalu wat muka lawak selamba ni koman spanar..actually, mea selalu berfikir...berfikir untuk mempertingkatkan prestasi diri, mea nak setiap hari adalah hari terbaik untuk mea...kalau semalam dah baik, arini mea nak tambah nilai supaya lagi baik...hehe!

Wednesday, August 6, 2008

KaSut BaRu Mea


Inilah 2 pasang kasut/selipar baru mea..sebagai ganti yang tertinggal kat umah tokki kemaman, susah atek nak wat jalan...beli kat tesco jer ni alang2 mencari beras semalam, lagi pula kasut mea yang dah ada pun dah seasons...actually yang kasut terbaru ni ialah yang jenis boleh keluarkan bunyi, priit..priit...macam Farah AF tu! apa pun, kelas lagi priit..priit kasut mea...hehe

Monday, August 4, 2008

Mea BaLik KamPunG

Pagi rabu lepas mea balik kampung, spesel for kenduri cik Lah...we all bertolak jam 6.45 am tapi sampai kat kul 5.00 pm kat Manir. Lewat ni bukan apa, cuma papa dan ibu singgah kat Mydin Mall kat KT dulu, patutnya dalam kul 2.00 pm leh sapa doh...kat mydin, jumpa la tok sedare mea kat situ, cik ndon hehe...nasib baik jupe sebab tok cik ndon ingat tarikh kenduri 7hb instead of 2hb…so dapat wi correction la….rupanya cik ndon peminat setia mydin jugak hehe, kat sini mea dapat selipar baru (tapi tertinggal semalam kat rumah tokki hu3)

Biasa la...kebiasaan balik, papa akan bermalam di manir dulu...leh rest jap after long distant drive, sambil tido umah tokki manir yg lama kosong...papa mea ada ambil banyak gambar kat kampong manir ni tapi ada dalam kamera cik Lah, gmbor ni plak telah dicopy ke laptop takif...maka sekarang gambar2 ni berada somewhere di Putrajaya, sayang nau…kalau tidak, leh post kat blog mea ni...ada la gambo pokok rambutan sedang berputik, ermm best la dalam dua-tiga minggu lagi, boleh la mangan....mea lak sempat diziarahi anak pcik yoma, mia maisarah...nama pun dekat 2nak sama dengan mea, apa la pcik yoma ni...esoknya sebelum ke kemaman, mea singgah umah tok yam di teluk menara, mkngah di marang dan mklong di dungun...sampai kemamn dalam kul 2.00 pm, langsung lunch!

majlis kenduri cik Lah sungguh grand continental, cik Lah plak cun melepak, dapat suami yang tough perkasa hehe...tahniah mea ucapkan for cik Lah! mea tak banyak tolong cik Lah melainkan merengek jer tak mo kat orang lain...alhamduliLlah, majlis berjalan dengan baik..tiada lauk yg tidak cukup as last wedding...pekerja tambahan pun ramai dan cemerlang esp from Taman Islam, salute for them! tugas papa as supervisor air basuh tangan pun dapat dilakukan ketika-tika tertentu jer sebab mea asyik nak naik dukung jer, dah la tak mo kat orang len…ibu mea lak so busy as juru make up disamping mendukung “Darwisy el-Jauhari”…jelasnya, everybody memberikan kerjasama yang sesungguhnya untuk memastikan majlis tidak "tallaaa" kata orang ganu...memang kalau nak perfect tak dapat la, tapi okay dah tu...actually, contribution dalam menjayakan majlis ni adalah daripada segenap sudut…so far, five star la mea bagi hehe….masa ni, gambar2 bersama pengantin telah 'miss' untuk dimemorikan oleh mea skuarga...sayang guh! kalut ratik semasa siang harinyer, campur keletihan dan ketertiduan akibat pelbagai chores…

kali ni, memang ramai anak-beranak, adik-beradik, ipar-duai dan sedare-mare si pengantin balik…dari sejauh-jauh penang hingga la sedekat-dekat yang duk kat rumah kemaman hehe…akibat keramaian orang ini, maka sebahagian besar telah “rela-suka-paksa” mengambil inisiatif untuk menyewa bilik di Shafura untuk mendapatkan space and spacial yang lebih selesa esp. saat2 privacy...khususnya kalangan mereka yang sampai lewat sedikit, mea balik awal so dapat la bilik...ini la keluarga besar kemaman...malam after kenduri, mak order durian plak untuk dijamu kepada anok-beranok...maka merasa la durian kijal termasuk la mea...itu la kisahnya balik sempena kenduri kahwin cik Lah!

Satu perkara yg di-discover semasa balik ni ialah “nasi dagang” kat Cabang Tiga…sungguh kaw! Semasa aler mai dah beli and on the way balik pun beli lagi, punya la best sampaikan ibu mea beli 2 bungkus for her and Darwisy el-Jauhari!

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin