bismillah & salam
Blog ni memaparkan kisah-kisah dalaman kami sekeluarga, just untuk rujukan kami bila terkenang-kenang saat manis sebelumnya; sebab itu ia dijadikan LIMITED EDITION, hanya untuk pembaca dalam kalangan ahli keluarga dan sahabat handai sahaja.

Saturday, November 29, 2008

MeA..


wowoo sengih...gigi ajer nampak!..1..2...3..4..5..6..7..1/2 ada dua...


calon pemenang gadis Melayu (TV3)


sape kata mea tak sayang adik, haa..mea cium lagi adik mea..

Wednesday, November 26, 2008

HuJUNg MinGgU..


Sabtu baru ni papa ke kenduri kahwin anak pak Ya, penyelia desasiswa aman damai..nung jauh umahnya kat Bertam area Kepala Batas..kawasan perumahan baru..comel rumah yang dibeli oleh anak pak ya kat sini, berkenan papa nak beli atek...turut ikuti papa ke kenduri kahwin ini ialah pelajar kuat Terengganu kat usm ni iaitu Mat Yub [YDP Permata usm - baju kuning] dan Mat Bob [serba kuat waima permata ataupun aman-damai], sorang lagi mat pejang tukang ambik gambo..[orang kuat MPP], so..memang jenama studen hok kuat-kuta jer yang ikut papa dan jadi body-guard ke kenduri pak Ya ni hehe...selamat waser! hihi..


Malamnya papa balik Kemaman selepas menghabiskan marking semua paper yang dipertanggungjawabkan...legaa selesai tugas...dan heppi dapat balik jumpa ibu, mea dan darwisy..hilang kesunyian papa..sekarang mea suka bersolek, kalau terbuka jer almari tempat ibu simpan alat mekap..maka mea pun meminta-minta la untuk disolek..lepas celak, nak gincu, pastu nak blusher, wat foundation la..bla..bla...tak reti gok istilah dia ni huhu...guna perfume pun pandai, letak kat leher sambil buat bunyi "syyzzz...syyzzzz" [kononnya sedang sembur]


nampak lagi bekas gincu kat bibir..dan bekas celak..aritu papa buat celak, ermm..memang hitam legam hehe..nak sangat berjangok..ambik ko hehe..


adik darwisy sekarang semakin montel, kuat nau menyusu..lepas susu, susu..bila pangku memang terasa berat dan keras tulang-belulangnya [hihi..] cuma satu jer perkembangan tak best darwisy ni, darwisy dah mula menangis di tengah malam macam kak mea dulu...so mangsanya, ibu, tokwan dan tokki laaa..maka tak cukup tidur la semuanya..hingga tempias terkena juga kat cik nah yang tidur kat bilik sebelah, malam tu...cik nah sampai tukar ke bilik lain yang jauh sket sebab terganggu tidur..tak patut tul darwisy wat perangai lagu ni..papa rasa bersalah jer kat semua yang terkacau..papa fikir nak bawa semuanya balik ke penang secepat mungkin, tak mau la menyusahkan orang lain di kampung lagi dengan anak-anakku ini...hihihii...tapi paling cepat pun selepas raya ni laa...2 minggu lagi!

Friday, November 21, 2008

sOKK...Sekk...sOKK...SEkk


papa pun boleh mandikan darwisy dan ini adalah first time papa mandi darwisy masa balik aritu..kekok gak sebab lembik sangat laa..


mea suka main telefon rumah dan tokki biasanya akan temani mea, bukan apa..takut jatuh ke apa ker kan..ibu cakap tokki suka ikut erey mea..maklum la tokki sayangkan cucu, mea lak cute seposen, walaupun masa lolong sangat nyaring-garing..



ni mea try tudung arini saper ni haa...leh tahan lama ke mea pakai tudung ni, hai tak caya papa..


mea temani tokwan mengaji...yang pasti tokwan mungkin sedang ajar mea mengaji, takkan mungkin pula mea sedang mengajar tokwan mengaji...

Thursday, November 20, 2008

uLAr..uLAr


terkejut dalam iman papa semalam semasa masuk tandas nak wiewie..seekor ular duk rileks tepi dinding bilik air, hoohooo...tak terkeluar suara papa sambil berundur beberapa langkah...setelah rasa tenang, papa ambik mop dan tunjal kepala ular tu...tepat! dah mati ular tu baru papa kuar ambik h/phone untuk snap hehe...


pastu terfikir lak, ular ni masih kecil..entah2 ada suku-sakatnya yang lain..lalu start la papa geledah kat area dapur tu dan bawah mesin basuh hinggalah bahagian bawah sink dan deng..de..dengg jumpa seekor lagi..hoohooo, berderau darah papa dan mula jantung berdegup koho kencang, "banyak lagi ker yang ada?"...ular ni cuba dibunuh gak tapi gagal ditujal tepat ke badannya..ular ni sempat sembunyi di sebalik celah batu lantai yang renggang...so, semalam papa tidur tak lena kut ada saki-baki ular ni datang revenge...apa pun they are guilty for trespassing!

Wednesday, November 19, 2008

tRaVEl aNd tRaVEl

Lama gak tak menulis sesuatu kat sini..arini nak tulis pasal perjalanan yang banyak dibuat oleh papa dalam tiga minggu ke belakangan ini sama ada by car, car-key (kaki), bus or flite hehe..sama ada atas urusan rasmi atau personal..semuanya kena bergerak hehe, hatta berjalan kaki pun melibatkan pergerakan..bila sebut berjalan ni, mea pun pantas berjalan dan berlari juga hingga seringkali terbabas cuma darwisy jer yang belum pandai berjalan..sabaq dulu noo!


paling canggih arini kalau nak berjalan ialah naik flite la..sekejap jer tapi sebenarnya banyak karenahnya, tak boleh pi airport and terus beratur nak naik flite gitu-gitu ajer macam naik bas..kena check-in dulu..scan bag..pastu boarding..pastu check lagi boarding pas dan i/c before masuk pesawat..leceh yang amat..kalau nak pergi jauh kena check badan sekali lagi macam papa nak gi London aritu (takut bawa kerambit kut hu3)...and certain negara walaupun mundur yang amat, kena pastikan kita ada visa, macam papa nak gi india aritu..tanpa visa tak leh masuk india..haaa jangan nak main-main even though tiket beribu-ribu dah dibeli dan beg pakaian dalam 20 kg dah dibimbit hehe...bestnya, dapat makan laa..now dengarnya dalam firefly pun dah ada minum cam naik mas ke klia, okay la dapat kunyah kacang sambil minum jus, baca majalah goingplaces plak!

koman sikit naik bas laa...tapi sebenarnya naik keretapi, huu akloh..lama doh papa dok naik keretapi, al-maklum la kat Terengganu keretapi guna wat angkut minyak jer dari kerteh ke pelabuhan kuantan hu3...pernah papa naik keretapi kl-j.bharu dan kl-butterworth..ermm lama dah tak naik, aghh semula la citer pasal keretapi ni..naik bas tak payah scan-scan beg ni, lagi simple..mengada la syarikat bas kalau nak menye-can bag yang nak dibawa naik hehe...sekarang ni ada bas 2 tingkat, rasanya stiap laluan utara-selatan, timur-selatan dan ada..cuma timur-barat lum ada...tunggu lagi la tuh gamaknya, bas yang papa naik tiga minggu ke belakangan ni pun dah uzur, sesekali risau gak tapi itulah bas yang sanggup lalu laluan ni, nak buat camner starang..nak best naik kapal, macam kat bawah ni..he3 leh main golf lagi..nak tanam gandum pun boleh..

Wednesday, November 12, 2008

CheCK jaUNDice



Arini Darwisy dibawa oleh ibu dan cik nah ke klinik swasta untuk check paras jaundice, sebab dinasihatkan nurse yang datang kat rumah hari-hari supaya tahu di mana 'stage jaundice' darwisy ni...takut effect masa mendatang kalau bacaan sangat tinggi, tak nak la kan..nanti darwisy salahkan ibu papa dia pulak kan..so, luckily bacaan tak tinggi hingga menyebabkan kena masuk wad, just 205..kalau 330-350 sure kena masuk 'dalam' lagi huhu...

ibu pilih ke klinik swasta sebab kesian darwisy masa diambil darah, kat klinik swasta..doktor hanya scan dengan alat macam termometer..so okay sket la, boleh percaya la lagi pun klinik ni disaran oleh nurse yang datang ke rumah...ala kulli hal, check telah dilakukan...di sudut lain, klinik swasta ni dipilih supaya tidak terlalu terkongkong rasa apabila dipaksa masuk wad nanti macam dulu hehe...

GelaGAt Mea


pheww..lagak macam penari ballet anak papa ni..ibu mea citer yang mea nak jadi macam kirana (citer tv3) tuh..hai minta 'simpan la' daripada jadi tak keruan macam tu hehe...suka nau mea pakai stokin ke lutut tu sampai ke tidur pun tak mahu buka..


haaa..macam ni boleh harap, anak dara kalau duk kat dapur kena la ringan tulang...tapi mampukah mea menghayun lesung ni ekk? ni mea belajar menolong cik lah dan cik nah memasak lauk 'pantang' untuk ibu..good daughter! nanti papa balik kampung, mea masakkan lauk untuk papa ekk hehe..

Monday, November 10, 2008

Weekend Father


lenanya tidur..hujung minggu baru ni papa balik ke kampung menjenguk dua anak papa dan sorang isteri hehe..terfikir juga untuk tidak balik, tapi kesunyian dan kerinduan pada anak bini telah memaksa papa pergi beli tiket bas untuk menjengah mereka walau seketika...lagi pun, nama darwisy belum didaftarkan secara rasmi..setelah ditimbang-timbang termasuk la cadangan daripada tokwan, maka nama darwisy terbentuk dalam tiga patah perkataan Darwisy Ahmad Jauhary..muktamad!


mea berebut nak perhatian papa...biasa la bila papa memangku darwisy..sementara reaksi mea masih sama apabila mula-mula papa balik iaitu macam tak kenal dan malu-malu kucing, kelakar jugak..apabila mea melihat papa dan berundur sambil senyum menutup mulut he3 (kata tokki)..tapi mea macam happy sebab nampak papa hehe (perasan), berjoget-joget..iya la kan, mungkin mea tertanya-tanya, ke manalah papaku menghilang yang sekejap ada dan pastu lama takde hu3...


tokwan kata mea sekarang dah pandai 'bawa kadar diri'..macam berdikari la, sudah tahu menyesuaikan diri dengan orang kat rumah ni..semalam bila papa cari mea, rupanya mea duduk kat cik lah tumpang makan nasi..kalau lapar, dengan siapa sahaja dia akan pergi berduet...bagus laa..jangan malu-malu nak makan, nanti kurang isi badan ahaks!

Friday, November 7, 2008

Mandi kat PoOL


waaaa...nangis darwisy tak mau mandi kat pool ni sebab kocik sangat hehe...mesti sebab tak leh nak berenang! padahal special pool dah dengan air suam...setakat ni, memang tokwan yang selalu mandikan darwisy, aritu ayong mea mandikan sekali..iya la kan, nak mandikan budak kecik yang masih lembut ni perlukan keberanian...papa pun belum sempat nak mandikan darwisy, nanti la ya darwisy...

Thursday, November 6, 2008

KatIL DarWisy


ini adalah katil darwisy tapi tengok la siapa yang 'conquer'...ibu ceritakan mea melompat-lompat merasmikan katil darwisy ni..risau gak mea berdiri atas katil ni sebab tak tinggi sangat pagarnya, kut mea boleh terjunam jatuh! harapnya tidaklah begitu...maybe mea dengki sebab zaman mea dulu papa dan ibu tak belikan katil...just buai jer..sian anak dara papa ni! terima kasih kat cik lah dan cik nah kerana tolong pergi beli dan terlibat dalam proses mendapatkan diskaun hehe..maklum la musim sekarang ni kat anakku ada diskaun dan offer, rekemen kawan maka dapat 30% diskaun! aritu kawan ibu iaitu mamapaka pun tolong bagi resit diskaun hehe...semua kaki anakku!

Wednesday, November 5, 2008

MaTa DarWisy


Haaa..celik pun anak lelaki papa. Nampak tak mata darwisy? sepet sebagaimana sepetnya mata ibu darwisy, ahaks! iyeke ibu...sebahagian besar keluarga alek kemaman mempunyai mata sepet hingga ada digelar "Ah Chong" dan sebagainya hehe...rasa-rasa papa la, anak lelaki lebih obvious mempunyai mata sebegini daripada anak perempuan, demikian juga cucu lelaki..ni papa punya personal opinion la! correct me if im wrong. Pun begitu, walaupun mempunyai mata sepet, otak tidak semestinya sepet sebab sebahagian besar dan besarnya cerdik, canggih dan cemerlang...macam orang cina la, mata sepet otak besar hehe...tak caya, tanya papa..sengoti ni!

Tuesday, November 4, 2008

DarWisy baLik UMah...


Sedap darwisy tido..arini darwisy dah dibenarkan balik dengan bacaan jaundice 225..papa rasa macam tinggi jer lagi, kan naik plak sure dah tak pergi masuk semula dah nanti..now darwisy diberi minum air anggur hijau plak utk mggalakkan berak supaya kesan kuning keluar melalui najisnya..mengikut doktor, budak jaundice ni memang kuat tidur sebab badannya lemah, kesannya kalau dibiarkan boleh jadi pasif dan sawan, na'uzubilLah laa..harap agar darwisy berterusan baik dan positif perkembangannya selepas ni, nanti leh main bola dengan kak mea..cepat darwisy membesar, kuat dan sihat!


kat rumah darwisy tidur dalam kelambu seperti baby lain la..cuma masalahnya dan yang kena jaga-jaga ialah kak mea suka kat kelambu ni..pernah satu malam tu mea curi kelambu darwisy yang sedang tidur nyenyak..sedar-sedar mea bawa keluar dari bilik..hai, macam mana la mea tarik masa tu, kut terkena adik bahagian hujung tu...dah la semua orang tak sedar masa tuh, itu la anak pompuan papa, ganazz!


masa ni mea bawa diri sebab semua orang bagi tumpuan kat adik darwisy jer, sian plak mea hehehe...main kat pokok-pokok herba tokwan dan tokki sorang-sorang...jangan nanti besar-besar suka lepak kat taman bunga dah laa...kalau ada hobi menanam pokok tu bagus la..


mea sedang camek (sentuh situ sini)dalam kereta kak long hidayah..biasa la mea ni kalau biar duk kat stereng..kalau duk atas riba papa tu, semua benda dia nak sentuh dan tekan..kejap main wiper, kejap signal, kejap masuk gear, tarik hand brake dan macam-macam lagi...rasanya anak papa ni akan cepat dapat lesen kelas D laa kalau lagu ni...hehe

Monday, November 3, 2008

JaunDice


Darwisy diletakkan di bawah lampu biru kerana 'kuning'...sebelum tu, petangnya papa dengan dibantu oleh cik lah dan pcik izami ke klinik gong limau untuk check takat kuning darwisy..wow! bacaan menunjukkan 330, compare to 160 semasa baru discaj dulu...kalau tengok list kat buku juru makmal tu, hanya bacaan kuning untuk darwisy jer dicatat dengan pen merah, severe la tu! kata doktor, bacaan sepatutnya pada hari ke-4 ialah 240 saja...keadaan darwisy ni sama jer ngan mea dulu...lepas keluar wad, masuk semula wad akibat jaundice ni...kira kakak borek, adik rintik la ni..dengan berat hati, ibu mea terpaksa la packing balik barang2 untuk ke asrama darwisy hu3

sebenarnya banyak dah petua diikuti before kelahiran darwisy ni untuk elak jaundice seperti makan kapsul susu kambing, minum air kelapa muda, after that jemur cahaya matahari, letak madu kat bibir, mandi dengan air teh herba pegaga dan yang belum sempat buat ialah mandi dengan air sohoon...ada yang ajar suruh picit tetek darwisy untuk buang susu yang kuar, masa mea dulu siap mandi dengan herba beli kat kedai sinseh lagi dan sebagainya...perubatannya, kuning ni mengikut darah mak dan ayah jugak! apa pun..semuanya ketentuan Allah...


papa darwisy plak tak leh dah temankan ibu, darwisy dan mea sebab kena ikuti kursus cpd akademik, kursus ni adalah ketinggalan jadual asal bulan 4 dulu yang papa ke Bandung..so, kena ganti..kalau tak, nanti kena ganti jugak tahun depan...huhuhu...maka terpaksa la kansel'kan 2 hari cuti off-record ke'father'an papa huhu...kesian la ke cik nah yang masih tinggal untuk berkhidmat to us, tenkiu cik nah! nanti ada reward noo..

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin