Blog ni memaparkan kisah-kisah dalaman kami sekeluarga, just untuk rujukan kami bila terkenang-kenang saat manis sebelumnya; sebab itu ia dijadikan LIMITED EDITION, hanya untuk pembaca dalam kalangan ahli keluarga dan sahabat handai sahaja.

Wednesday, December 31, 2008

ReNOVation tOILet


Bilik utama kena kosongkan....sejak minggu lepas, rumah mea dan darwish begitu bising dan kotor sekali apabila kerja-kerja menaik taraf bilik utama sedang dilakukan...hari pertama dan kedua begitu bising apabila kerja-kerja memecahkan tile lama dilakukan...sian darwish nak tidur terganggu...


Tile baru...kaler baru...kali ni usm buat shower, maklum la design lama takde...nampak sangat 60-an punya design...kalau comel nanti, malam pertama leh la buka "kamar kecil" ni untuk sesiapa nak tumpang tidur hehe..


masa depa ni pasang penapis air dan simen...habis debu dan habuk berterbangan, kesian ibu, damea dan darwish...kena jalani curfew tak boleh naik atas pada siang hari..nak masak pun susah bila ada ketika, air pun kena stop jap huhu...tapi itulah the price that we should pay for the expensive (iye ker?) and our convenience in the future, thanx usm for the budget...pasni tukar la lantai parkir plak ke tile, selalu tercabut huhu...pastu air-cond baru...langsir baru...bla..bla..bla....

KenDuri di BaLing


ari ahad baru ni, mea sekuarga ke Baling kerana kawan papa berkahwin..perjalanan ke sana hampir sejam lebih jugak, kampung kawan papa ni betul-betul on the way yang sama menghala ke Grik-Jeli-Manir-Kemaman...rombongan ni disertai oleh sorang studen papa yang tinggal di aman-damai, kebetulan dia adalah studen yang pernah ambil subjek papa dan kawan papa...so we are the same sifu to her laa...meriah gak orang Baling ni berkenduri, dan ansib baik tak tersilap rumah kerana ada 3 tempat yang berkenduri pada hari kejadian...tempat pun tak jauh, sekitar area yang sama...

semasa perjalanan pergi dan terutamanya balik, papa risau gak dengan enjin kereta ni yang semakin tersedup-sedup...bimbang mati tiba-tiba jer dengan pasengger yang halus-mulus ni huhu...nasib takde papa...pasni kena gi tuning engine ni tapi till sekarang tak sempat lagi...macam tau jer kereta ni dah tua hehe...

Friday, December 26, 2008

X'Mas Day..Eve


haa..ni bukan jamuan x'mast ni, jangan salah anggap..ini adalah jamuan kahwin anak sedare kawan papa yang menjemput kami sekuarga ke sana, we all datang awal ke majlis ni sebab papa kena recite doa hu3 seposen...and mea plak ronda sakan sekitar khemah-khemah tu...semua orang tengok gelagat mea yang macam baru kenal dunia bebas...


ibu sembang-sosial dengan dr. rahimah dan munirah anaknya yang tolong pegang adik wish...anak dr. rahimah memang dah close sebab dulu semasa ke Bali dia la yang selalu nak dukung mea yang masih kecil masa tu...so, lepak la ibu dan papa, dapat la peluang kami makan nasi hujan panas yang disajikan...sedap lauknya...


pas majlis ni, we all ke tesco kerana rumah dah kehabisan beras, gitu juga bekalan pampers wish..so as usual, mea sebagai store keeper bertugas to make sure everything was put in the trolly organisely hehe...sentara adik wish lepak jer atas baby seater dia...tidur sat-sat jer adik ni..


tapi bila time tidur, kak mea plak yang kebas tempat adik wish...sian adik wish kena la papa dan ibu gilir-gilir berkongsi pangku...berat ratik anak kami ni! hehe...semangat! (kata orang-orang tua)



petangnya, adik wish diziarahi studen-studen papa...pelajar desasiswa aman damai...so, masing-masing mencuba memperlihatkan skill dan teknik-teknik memangku anak kecil...ni bukan apa, sebagai preliminary test to become a good father like papa, ahaks! antara yang mendukung ni, mat yub masih single-mingle ni hehe (baju merah)...kalau saper-saper berkenan kabo la ke papa...


pastu we all jamu tetamu wish ni dengan mee rebus style celup...nak buat style rebus belaka takut mee kembang plak...apa pun, habis licin sebagaimana dikehendaki..maklum la yang datang 'tebal-tebal' isinya hehe...lain kali mai lagi noo!


kedatangan studen ni dengan hadiah rupanya...ralat juga sebab studen bawa hadiah ni, sian plak...doh la depa ni tak keje lagi...main tangan kosong takpe lain kali...wish tak kisah pun hehe...bungkusan besar plak yg dibeli...terima kasih la banyak-banyak we all seisi rumah ucapkan...mabrukkk!


haaa ni plak aksi meaa malamnya...bila papa membaca, dia pun nak membaca...macam kalau orang mengaji dia nak mengaji laa...diambilnya satu paper papa and diletaknya atas meja study...dengan bahasa dunianya mea akan bercakap-cakap...bagus gak mea ni (hehe...), dia tahu how to use her study-table very well...hopefully in the future pun her know-how skills become brighter as well as malam ni la hehe, amin.

Wednesday, December 24, 2008

RaGAAM..


adik darwisy suka tidur atas pangku..kalau letak kat bawah dia akan tidur sekejap jer, macam tak lena..bila pangku..ermm lentok kan main! itu la adik mea..


ni la aksi kak mea bersantai sambil tengok tv..masa ni mestilah bila mood tengah elok, kalau tak ...ermm mesti duk kacau papa dan ibu jer..


sempat aritu papa kerat kuku kak mea...biasanya kak mea susah nak dipotong kuku dia ni, tapi sebab before tu papa tengah potong kuku, dia pun tumpang semangkuk...siap hulur jari dia masa papa tengah potong kuku papa..suruh buat yang dia dulu, mengada-ngada tul! tapi sebab anak papa...papa turuti...hehe...

Teluk Bahang pLak...



Hujung minggu baru ni, papa tak cuti mana sebab kena gi ikut program pelajar desasiswa yang ada kem kepimpinan di sana...3 hari start jumaat till ahad..luckily papa tak payah bermalam di sana..setelah discuss dgn teman sejawatan, mereka sanggup tidur di sana bagi cann kat papa yang ada baby kat rumah, kesian gak nak biar ibu keseorangan menguruskan dua orang anak yang tak boleh lepas bebas lagi ni...kak mea pun masih tak tahu apa-apa lagi...so, papa just pi siang jer la kat perkhemahan ni di Taman Rimba, Teluk Bahang...ermmm penat gak sebab perjalanan ke sana almost 1 jam pergi dan 1 jam balik..lalu pulak ikut jalan yg byk traffic light dan jalan sempit berliku-liku di Batu Feringgi tu...apa pun, program ni berjaya dilaksanakana!

Thursday, December 18, 2008

SosiAL la..MeA


selasa dan rabu marin papa bawa mea ke desasiswa ikuti bengkel exco pelajar yang diadakan..ni sebagai langkah mensosialkan mea dengan crowd..nanti senang nak bergaul. maklum la masyarakat universiti ni besar, jadi mea sebagai warga universiti kena la berani..


sayangnya mea takut-takut...ramai pelajar kerumuni dia, dia plak peluk papa kemas-kemas...ada geng pun tak kisah pun...geng lelaki plak tuh hehe...papa nak jadi pengadil game pun susah huhu...yang syoknya, bila semua orang gelak, mea pun turut gelak walaupun tak tau apa benda isunya...gitu juga bila ada orang tepuk tangan, maka mea pun turut tepuk hehe...tapi anti-sosial tetap anti-sosial...malam tadi pun begitu semasa BBQ time...ramai nak berbaik dengan mea pada awalnya gagal...sampai terpeluk kaki studen bila dicari papa takde dan itu diingatkan papa huhu..kemudian bila ramai sangat budak-budak, mea pun dan makan..masa tu baru mood berkawan dia okay hingga yang kelakarnya, semasa time nak balik, mea naik kereta studen papa..tak mau naik kereta papa walaupun papa dah angkat dukung huhuhu...mea-mea, ada angin sosial yang sukar diramalkan...mesti susah nak di'tackle nanti ni hehehe...

Monday, December 15, 2008

MingGU AwaL


begini la ragam bila mula-mula sampai ke rumah ni, ibu pegang penyapu...mea pun pegang penyapu...masing2 ada angle tersendiri untuk diuruskan hehe..mea ni sejak kat rumah tokki lagi selalu pantang jumpa penyapu dan penadah habuknya, mesti akan ambik untuk turut bertugas...


inilah teman bermain mea...beskal muda...nak main dengan adik darwisy, adik tak reti nak main lagi...takpe la mea...belajar kayuh beskal dulu sorang2..nanti leh gendong adik!


semalam papa dan ibu mendogolkan darwisy hehe...inilah kemuncak proses mencukur rambut yang dilakukan semasa hari raya idul adha aritu..tapi tak licin sangat lagi macam kojak, rambut baby ni halus sangat..sukar nak cukur sampai berkilat...takut jugak tercukur dengan kulit kepala huhu...hati-hati dan beralus sket dulu la..


ermm...dekat sejam gak papa dan ibu mengerjakan kepala wish ni..mea plak dengki tengok, sambil menangis2 sendel kat papa...tak tau sama ada sayang kat adik dia or dengki nak di'kerja'kan sama...


semalam juga darwisy for the first time dibawa ke tesco...darwisy plak merasa duduk kat seat mea dulu...nasib baik jumpa stroller barang baby ni...mudah kerja!


kat tesco, mea dapat meja study...maklum la papa target mea untuk belajar jauh besar-besar nanti..kalau boleh sejauhmana papa dah pergi dulu..and kalau boleh biaq mea pi lebih jauh lagi hehe..


kerusi study mea wat tengok tv plak..mentang2 la kerusi ni ringan, mea ubah situ..ubah sini...alahai, jangan nanti wat alat untuk memanjat atau mengambil barang yang tinggi yang disembunyi dah la...kreatif!


mea jugak dibelikan set nombor supaya nanti reti membilang dan mengenal nombor dengan cepat..tapi malangnya...


inilah cara mea menghafal nombor2 ni huhuhu...sabor jer la!

Thursday, December 11, 2008

Balik penuh ke Penang


mea dan darwisy sekeluarga dah ke penang, balik penuh laa sekereta..selamat sampai semalam (raya ke-3) after 8 hours dalam kereta..kesian mea dan darwisy keboringan...ni antara sign board ke penang...melalui highway grik-baling...walaupun ada gambar rusa, papa sekuarga tak pernah lagi jumpa rusa kat sini walaupun seekor..kalau highway jeli-grik plak ada gajah, dan memang terbukti dah setelah terjumpa gajah aritu..


tiada lagi mea dan celoteh, serta rengekannya di kemaman hehe...kini tempat rengeknya dah terbatas hanya pada papa dan ibu...sejak sampai semalam, mea okay jer sebab rumah lama hehe...now naik tangga dah tak huyung lagi, full of confident...namun ni kali pertama bagi darwisy duk penang, sampai semalam menangis gak darwisy sebentar, tapi okay la..tidur lena semalam kami papa dan ibu hehe..penuh kereta dengan barang2 sejak habisnya percutian ibu, mea dan darwisy kat kemaman hampir dua bulan lebih, kat seat belakang..papa kena create dua tempat tidur untuk darwisy dan mea...so semalam, alhamduliLlah, takde masalah berebut seat antara mea dan darwisy...sleep well back-home journey!

Monday, December 8, 2008

Korbani yeh korbani..

Aidil adha atau hari raya korban adalah perayaan kedua umat Islam dan papa pun sebagaimana plan..balik kampung secara konvoi dgn kereta Cik Tuan Sira..kereta papa pulak ada teman iaitu studen yang tumpang nak turun kat Permaisuri..papa okay jer, janji papa ada teman bual bicara..sampai permaisuri, dapat ole-ole setabung tempoyak hehe..trimas w.ali..Plan raya haji tahun ni, papa nak buat aqiqah for darwisy di kemaman, tak buat kat manir sebab takde tenaga tukang masak huhu..takpe la, janji setel dengan beres...


haa..inilah lembunya yang termasuk dalam bahagian darwisy..seekor ni cukup semua anak menantu bak..tahun ni papa ambik 1 bahagian dulu, papa dok dang pitis..next year another part hehe..maklum la anak lelaki kena 2 bahagian...masa papa sampai kat tempat sembelih, lembu dah setel dikorbani...kelihatan abi mea (orange) tengah pegang kaki untuk dilapah tu...


papa pun tolong siang dan lapah isi daripada tulang..penat dan letih jugak sebab pisau yang dibawa tumpul..orang ramai pun tak berapa ada yang boleh tolong mempercepatkan proses ni sebab semua ada 18 ekor lembu untuk dikorbankan di sini di Taman Islam ni..so, not enough workers..masing2 berhempas pulas dengan lembu masing-2 dan nak jadi pulak set-set keluarga ni tak berapa pandai bab kerat dan potong daging ni hehe..

inilah majlis cukur rambut malam tu..ramai gak orang mari, habis gonjeng rambut darwisy kena gunting sikit sorang...nanti balik penang papa nak gondolkan terus hehe, baru perfect!


sehari sebelum tu..papa, ibu dan cik nah ke Kuantan bawa darwisy dan mea ke klinik pakar bagi bayi dan kanak-kanak...just to check pasai sembelit mea dan darwisy yang suka nangis malam...rupanya 'angin' ikut gen papa hu3..after klinik, singgah umah papa long sat untuk ziarah, lunch, rehat dan rawat..sempat la mea jumpa dengan kak yayah dia (bekas pengasuh)


sehari sebelum tu..papa lepak kat manir dulu dan inilah dia udang galah yang berjaya papa tangkap semasa pergi menjala kat pasar manir hehe...jala yang digunakan dalam ringgit malaysia jer hehe..haaa..udang galah sungai ni, so apa lagi papa borong la untuk santapan tengahari..ermmm..yummie!

Thursday, December 4, 2008

CatATaN ke DeLHi 3 - Monuments


ermm hensem gak papa dalam gambar ni hehe...ahaa nak kabo sini, papa memang terpegun semasa mula-mula melihat Taj Mahal dengan mata kepala sendiri...tapi tu la sayang 1000 kali sayang..ia dibina susah-susah hanyalah untuk kubur sahaja...masjid ada kat sebelah tapi kecik jer dan papa sempat solat kat masjid di sebelahnya!..papa waser, antara binaan moden dan lama, semasa datang sini..ternyata hebat dan besar binaan zaman silam lagi..mengapa gitu wahai muslim di india?


Best to be here! setelah melalui perjalanan berkereta selama 4 jam dari delhi..sampai la ke sini, agra dalam negeri uttar pradesh. Kos sewa kereta seorang dalam 3300 rupee seorang..kena katok di india kat delhi huhu...tiket nak masuk Taj Mahal pulak ialah 750 rupee bagi orang asing dan orang india just 10 rupee...tak aci betul! apa pun, kami puas!


bersama kami ni..mukesh, pelajar sarjana di university agra yang buat part time jadi pemandu pelancong utk kami..actually dia dibayar oleh agen yg kami sewa kereta tu..kira sekali harong la..respeknya kat mukesh ni, dok berenti bercakap citer tu citer ni..yg tak respeknya nak balik tu dia minta tipps jugok instead dah dibayar agn huhu...apa pun, banyak dia tahu pasal sejarah islam walaupun dia hindu!



monumen ni pula dikenali sikandra...yang dibina oleh Raja Akbar sebagai tempat pengebumiannya aka kubur la, bijak kan..belum mati dah bina kuburnya sendiri...dia la yang perkenalkan agama din-ilahi yg campur antara hindu-islam-kristian...unsur2 ketiga agama ni ada pada corak bangunan monumen ni..nak masuk sini kena 110 rupee dan indian people only 10 rupee...tak aci lagi!



ini pula Qutb Minar..tinggalan kerajaan Islam juga...ia adalah masjid, dan tiketnya 250 rupee manakala bagi india just 5 rupee...tak aci..tak aci lagi...replika monumen ni ada di Taman Tamadun Islam, Pulau Wan Man Kuala Terengganu hehe, macam Taj Mahal la...class gitu Ganu Kite!


last but not least ialah India Gate...kalau saper suka tengok citer hindustan..ada dalam citer "mann" di mana amir khan janji nak jumpa dgn manisha koirala di sini tapi dok jaddi sebab manisha xcden on the way ke sana dan putus kaki..hehehe...ala you all tengok sendiri la citer tu, papa tak minat sangat citer2 keling ni hahaha..


dan ini adalah house of parliment, comel macam kat Putrajaya...berbeza dgn area lain di delhi ni...di sini juga macam dunia yg terpisah drp bandar kat papa menginap tuh!


last and really the least is masjid jama' new delhi...besar masjid ni dan dibagitau oleh Rashid yang ia boleh muatkan lebih 30,000 orang...eh, ke 300,000..ermm tak pasti...tapi yg terbanyak la...papa tak solat kat sini sebab lantainya penuh dgn tahi burung merpati, kolah muduknya uhhh hijau berlumut...air paip pulak jauh dan ada orang tunggu nak minta tipps..tapi tu tak kisah lagi, yg kisahnya nak sampai ke tempat solat kaki..kaki mungkin terpijak najis burung huhu...

CatATaN ke DeLHi 2 - Fren of Mine


Sepanjang di New Delhi, bermacam ragam orang india dijumpai dan paling jelas budaya mereka amat berlandaskan "tips"..apa yang dibuat perlukan tips, sampaikan kos melepas yang dilakukan oleh papa di sana tidak kurang banyak..semuanya kerana tips. kalau tersalah beri duit lebih, atau kerana takde duit kecil, mereka akan anggap itulah "tips" mereka huhu...kena minta balance..india di india ni juga akan charge harga lain pada foreigner berbanding harga for indian people huhu..tahap berbelit mereka tidak kurang hebat sama ada india muslim or india hindu..tapi ada yang baik, seperti...


Ini Ghulam, adalah salah seorang pelajar Jawaharlal Nehru University yang dijumpai di sini..dia ni baik dan banyak tolong kami semasa mencari Zakir Hussein Institute di Universiti ini..dia adalah Muslim dari Negeri Bihar, boleh bercakap indonesia sebab dia buat minor bahasa tersebut dengan major dalam bidang tesol..


Ini pula Dr. Gyathri, pegawai penyelidik di institut ini dan antara committee seminar ini..dia punjabi rasanya dan very kind dengan belanja kami duit teksi selama 4 jam untuk round delhi...terkedu mulanya bila ingatkan dia panggil teksi untuk kami bayar, rupanya dia bayar sebab dia tak leh nak entertain kami...sonok guh papa waser hehe


haa..yang ni paling rapat dengan kami, namanya Md. Rashid..pemandu tut-tut yang dikenali semasa hire dia nak ke Connought Place, salah satu pusat kedai-kedai di delhi ni..so, oleh kerana dia okay, muslim lagi..keesokannya we hired him for the whole day...sampaikan ke airport pun dia hantar..dan sempat juga ke perkampungan dan rumahnya di pinggir delhi(makan capati dan kari kambing, yummie)


keluarga Md. Rashid...adik-adik dan maknya...di samping tut-tutnya kat belakang


ruang tamu rumah rashid...very simple...takde sofa just tilam...


hadapan masjid kat kampung rashid, perkampungan ni muslim...sempat la solat asar dan zohor (jamak)


perkampungan kat kg rashid ni..byk bangunan rumah tak diplaster..mungkin tak cukup duit...kata rashid kos sebuah rumah sini dalam 2 lakh..around 200,000 rupee!


adik bongsu rashid dan anak jirannya...budak ni dah tak sekolah, itulah yg diciterkan rashid yang orang islam di delhi kebanyakan mundur dan miskin, berbeza dgn islam di selatan india...kesian plak...

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin