Blog ni memaparkan kisah-kisah dalaman kami sekeluarga, just untuk rujukan kami bila terkenang-kenang saat manis sebelumnya; sebab itu ia dijadikan LIMITED EDITION, hanya untuk pembaca dalam kalangan ahli keluarga dan sahabat handai sahaja.

Monday, March 30, 2009

meMORi SepANJang KarNiVaL AD

memang banyak acara sempena karnival aman damai ni, papa dapat pelbagai daripada pujian kepada komplen pun ada...ini kerana terlalu ramai orang datang, ada datang dengan cukup pakaian dan tidak kurang juga yang kurang berpakaian esp. minah2 motor superbike...papa tak dan dan tak tercover part ni sebab tak berada di tempat kejadian, tapi kalau ada pun, apakan dayaku....


mea bersama kanak2 untuk acara bersama kids...acaranya ialah emwarna tapi mea main belon jer, belon siapa yang punya? mea punya not man-belon...hehe


skuad era avanza pun berjaya dijemput dan dibawa dari KL...tapi time ni hujan mula turun dengan lebat, habis kuyup semua...


ibu & wish kat gerai jagung rebus student...tiap2 hari papa beli jaguang cawan utk mea dan ibu...hari last tak sempat beli, terpaksa ke pasar malam kat sebelah terminal untuk pekena juga jagung cawan ni hehe...


antara jemputan ialah pelajar oku yang dibawa dari Taiping...mereka diberi tidur kat usm/desasiswa semalaman...ni adalah pelajar oku kategori slow learner sedang bernasyid...sedap suaranya!


tak ketinggalan kanak2 down-sindrom yang juga dijemput untuk buat persembahan...lucu depa ni...macam2 ragam dan telatah!


ni plak grup scooter klasik penang...antara tugas mereka ialah mengiringi bas usm yg bawa kanak2 oku tadi...kira gempak la satu kampus meronda dengan bas dan ada escort lagi...yang tak tahan, asap berkelum hitam hasil buangan scooter2 ni...tak lestari!


ini acara paint-ball yang rasanya paling berprestij dalam karnival ni...kosnya pun rasanya paling tinggi....mencecah 6k untuk minima penganjuran, tapi pihak aman dapat spesel diskaun sebab hanya 10 team sahaja muncul pada hari kejadian huhu...


pentas karnival...mea pun nak cuba bernasyid...ibu jadi body-guard takut mea terlupa lirik hehe...


antara persembahan lain ialah persembahan penghuni blok..ada 8 blok penginapan, so membawa kepada 8 kumpulan...ni antaranya yang bersajak dan bernasyid...


antara lain, student seni yang menunjukkan kebolehan bermain biola dan apa ntah yg besar tuh, pandai depa main...sedap dengar lagu klasik inggeris...

Happy Birthday Mea....

Today, 30.3.2009 adalah ulang tahun birthday mea yang ke-3...eh, silap...yang ke-2 tahun la actually...papa tak sabar nak mea besar sebenarnya hehe...happy birthday mea! semoga panjang umur dan sihat sentosa...malam tadi papa lupa nak wish sebab ada persembahan blok kat desa sempena karnival aman damai, balik rumah 12.40 am dah, mea pun dah tidur lena...so, apa plan arini for my cute daughter ekk...(nanti)

Friday, March 27, 2009

AkSi mEa


mea berspek hitam...bergaya tak? hehe...sekarang ni papa dan ibu sedang cari spek yang mak achik mea bagi semasa kat kelantan aritu..ntah kat mana letak semasa kalut2 berkemas nak balik aritu...spek yang mea pakai ni adalah spek ibu lama..ermm bergaya gak ibu mea ni ekk hehe...


mood mea yang mudah gelak dan mudah menangis...tak percaya, kena percaya gak hehe...tapi dengki kalau papa dukung adik masih ada especially bila keadaannya tak stabil, time nak nangis or time nak ajak pergi jalan-jalan...


[kat belakang tu ada banner pasal earth hour iaitu malam esok antara jam 9.00-10.00 mlm usm akan bergelap selama sejam sebagai menyahut usaha ke arah penjimatan elektrik...usm bergelap lewat sket not 8.30 pm sebab nak bagi cann solat isyak dulu esp. kat masjid (kira islamic la)....ni mea tengah tunggu bas kat depan desa aman, tapi masa ni bas tak lalu dah sebab semua jalan dah di-block, sebabnya...


haaa...sebabnya sebahagian besar jalan damai dah dijadikan tapak khemah untuk karnival yang start petang ni hehe...ramai gak penjual yang register, so dapat jual 24 buah gerai lebih kurang...harap projek ni dapat untung la...sebab duit mpd dengarnya dah kering hu3...

Tuesday, March 24, 2009

ciTRawaRNa


malam minggu baru2 ni, sambutan citrawarna peringkat usm diadakan yang juga mempertandingkan antara desasiswa...kumpulan desasiswa aman damai tak ketinggalan ambil bahagian..


namun pada tahun ni, aman damai gagal memenangi sebarang bentuk hadiah...juara dan naib juara kekal dimenangi sebagaimana tahun lepas iaitu desasiswa bakti permai dan desasiswa jaya...boss komen kata "kita berlatih lewat tahun ni..", papa setuju jer...

akhir minggu ni akan ada projek besar kat desa aman damai, iaitu desa aman akan menganjurkan karnival aman damai..program ni beroperasi dengan mengadakan booth2 jualan barangan dan makanan, permainan seperti paint-ball, pameran scooter dan motor-bike, dll...hiburan hedonisme pun ada sebagai bunga2 sakura di malam hari hehe...skuad era avanza pun akan datang nanti...besarnya projek ni sampai pukul 1.15 pagi semalam kami pihak pengurusan dan sekretariat pelajar meeting...fening kefala papa...sampaikan papa dah silap hitung minggu study, papa ingat minggu depan dah study week..rupanya ada lagi seminggu untuk kuliah/tutorial...alahai, sampai camtu sekali semester ni...so apa pun, semua dijemput ke usm penang this weekend untuk memeriahkan karnival ini..slekey!

Saturday, March 21, 2009

BeRaRak ke PaSIR mAS..


mea di perkarangan masjid deris jusoh, jertih

lepas meeting minggu suai-kenal usm untuk intake 27 jun 2009 ni,papa terus menuju ke kampung..after 7 hours drived, sampai la ke rumah di Tetambah, Manir lebih kurang 12.15 am..sempat gak jumpa 2 ekor anak gajah kat grik,papa nak amik gambo tapi maghrib dah gelap, kereta pun berjujuk masa ni..tidur di manir dulu menemani sepu dan mekmah yang dah bermastautin di sini...esoknya after sepu gi praktikal dan mekmah ke kay tee uruskan permohonan studinya, papa pun berdecung ke kemaman to see mea, wish n ibu..

Esoknya, grup konvoi ke rantau panjang bermula dengan papa skuarga bertolak dulu dalam kul 8 am sebab nak singgah amik kak nurul kat kudqi..so, leh singgah jap kat rumah manir sekali lagi...kali ni ramai ada, ayah long dan mak ngah mea ada sekali...leh la gathering sat sambil breakfast...ayahlong mea mari baiki tile bilik air tang terkopak...after tidur sat, we proceed north pastu berjumpa dengan kumpulan konvoi 4 kereta lain di masjid deris jusoh di jertih...dapat la mea rasa naik lif untuk ke dewan solat..canggih mu deris wat sejjid! tapi tak tahu la tahan lama mana lif ni...then, perjalanan sampai di nur inn rantau panjang dalam kul 5 lebih dan check-in dulu...malamnya we all ber-bufet kat rumah kakak ayah-chik mea, ermmm yummi tomyam and belede buah...


masjid rantau panjang...mulanya papa ingat kuil buddha

masa terluang di sebelah pagi keesokannya papa ajak ibu, mea dan wish ziarah member lama kat area rantau panjang ni, iaitu house-mate semasa papa buat master/phd dulu..namanyer, merey dan mah! suami-isteri...merey ni kira kamcing papa la sebab masa tu ke mana-mana akan ajak merey, maklum la papa masa tu dah keje dan berkereta, pergi rewang la hujung2 minggu...sambung citer, tengahari baru gi berarak ke pasir mas konvoi dengan kete pengantin jadi kepala, sibuk nau pekan pasir mas...then petangnya after sudah solirah semua...we all shopping sakan di rantau panjang, yabeda-beduu kata ibu....


mea memilih selipar yang melekat dihatinya..

keesokkannya, kereta papa berpecah balik ke penang whereas yang lain balik ke kemaman dan kuantan...berhenti lama gak kat grik sebab tunggu mea yang kesembelitan lagi huhu...bila sampai usm, ibu plak muntah2 dan diarea...lesu ibu, papa terpaksa la jadi 'ibu' sat untuk semalam dgn selepasnya...lepas ke klinik okay sket 'mual' ibu, tapi masih nak jeluok untuk makan, now dapat tahu rupanya hampir separuh ahli keluarga yang berarak ke pasir mas kena food poisoning macam ni (kata klinik) hu3...persoalannya, naper separuh? tak semua? adakah semuanya separuh itu berperut nipis hehe...atau ada yang makan, ada yang skip...sama-sama la kita fikirkan, ahaks! apa pun misi berjaya walaupun dengarnya, pengantin kite cn turut kena food poisoning, sian plopp orang baru...

Sunday, March 15, 2009

Cik Nah NiKoh...


arini cik nah nikah, tahniah cik nah! papa dah sms pagi tadi ucap tahniah and say sorry sebab tak dapat balik...cunnya cn lepas dimekap...sebelum tu pun comel gak hehe...ibu ke mekap ni? biasanya ibu mea memang suka kerja touch-up2 lagu ni...dengarnya majlis akad pukul 10.00 pg tadi..tentu dah sah dan selamat semuanya...mesti sibuk, ceria dan letih muka masing2 ahli keluarga hari ni kerana ramai tetamu, maklum la mak dan bak 'aktif' di kampung maka kenalan dan taulan sure tak terhingga..tak jemput sorang, kan tak sesuai pula kan...maka, beribu orang la kena jemput seantero buana...


dengarnya jugak, mea asyik teriak jer duk kat kampung...sukar nak berbaik dengan orang lain, ni la pasai yang papa plan nak hantar mea ke hadhanah usm ni, supaya reti bersosial...kat kampung ibu citer, mea suka berkebun macam papa hehe...anak papa kan...bagus, tapi takkan berkebun bawah rumah dear hehe..


wish okay, ibu cakap nak kat orang...maklum la wish kan lelaki, kena romeo sket hehe...rindu papa kat korang...esok, lepas meeting papa terus cabut balik ekk...papa kena hadir jugak meeting esok sebab aritu dah orang lain ganti kerna ke sabah, esok segan silu la plok nak cari pengganti, asyik ada 'masalah' jer papa nanti orang kata!

Saturday, March 14, 2009

SekiTAr ToT 35

Hari kedua ToT


ini la kedudukan khemah aman damai daripada stadium...masa ni baru lepas hujan,kesian kat atlet kena lari dalam hujan he3...masa ni hampir kepada acara penutup dah...kelihatan pelajar sedang mengemas..simpan sebab esok kena gi kuliah doh..


maskot pun masuk lumba lari...ini la antara acara menarik semasa penutup, kesian kat lebah aman damai tersepit di celah maskot lelaki...tak aci ada maskot buka kasut untuk menang, so menang kat maskot helang merah (staf kesihatan) sebab pakai seluar pendek, simple-dimple jer...laju la kome...


so keputusan akhirnya, jadi la dapat 3 emas 3 perak dan 2 gangsa...macam tahun lepas jugak la result ni, pasukan perbarisan aman damai pula dapat tempat kedua, sementara atlet wanita terbaik juga dapat kat desasiswa aman hehe...habis la tot tahun ni.


Hari Pertama tOt


ToT stand for temasya olahraga tahunan bagi peringkat usm...masa ni sesi rehearsal..hanya pasukan pakaian seragam yang hadir penuh, pasukan desa masih kurang mungkin masing2 sedang sibuk menyiapkan khemah dan step untuk formasi semasa perbarisan malam hari..tahun ni, first time buat perasmian dan perbarisan malam sebab nak jimat masa...


ajk untuk tot aman damai sedang bekerja keras untuk memasang khemah..janji kreatif dan kena dengan tema tot tahun ni yang berkonsepkan 'lestari' iaitu mesra alam dan kitar semula...


dengan bentuk pintu gua, desa aman mencipta kelainan pada tahun ni...semua ni dibuat daripada kertas, papan bekas telur dan tempurung kelapa (sebagai cendawan)...kreativiti sebab ramai drp studen yang dekorate ni terdiri daripada pelajar hbp (housing, building & planning) dan seni...so, memang kreatif la!


kreativiti dalaman pula berlatar belakang taman dan kehijauan alam...semua berasaskan kertas maklum la lestari...tak guna plastik or tebang pokok...plastik ni sukar lupus walaupun setelah berpuluh tahun dibuang dan tebang pokok, habis la alam kita...tapi masih ada 'selotep'...hai hakim berjaya jumpa gak...tapi sket je 'kim...jangan la tolak markah ekk hehe..


ini la antara kumpulan perbarisan yang mewakili pelbagai desa dan pusat tanggungjawab, masa ni tunggu vip dekat sejam untuk perasmian then baru mai hu3...tak patut-tak patut! memang selalu delay...papa datang sharp! patutnya kabo la awal, baru la papa tak misss sesi berita perdana kul 8.0 mlm hehe...


jersi aman damai tahun ni ialah bertema putih/merron (baju formula 1) dan seluar hitam, kalangan pasukan perbarisan aman damai sebilangan besar terdiri drp studen yang join suksis, iaitu kor polis jadi tak risau la pasal kawad...sure sukses...


dengan maskot lebah, ini la maskot desasiswa aman damai...tahun lepas maskot beruang, tapi maskot tu dah lama dan buruk dah, plus panas kalau pakai di siang hari...nanti kesian plak kat sesiapa yang memakainya, lencun la kat dalam...


sesuai dengan nama temasya olahraga, maka semua acara bersifat olahraga la yang dipertandingkan seperti balapan (lari dan lari...), acara tarik tali, lompat segala mak-nenek lompat dan lontar segala adik-kakok lontar hehe..


ni team tarik tali (p) aman damai..tarik..tarik...team (l) aman damai tak cukup sebab ramai studen yang terlibat adalah pelajar suksis dan mereka clash dengan sesi ujian menembak mereka huhu...tapi kalau masuk pun, kalau tengok puak2 staf kesihatan kampus kubang kerian, hancurr...depa semua badan size malek dan adibah noor semua huhu...


ydp dan bendahari mpd aman sedang berposing, "selamat datang ke khemah kami!"...tanpa mereka, sukar jentera aman damai nak dikerahkan, takpe laa..kadang kala kena bekeng dan mussang untuk kerah anak buah supaya bekerja keras...3 orang kat depan gua sedang berbincang untuk memasang strategi mengalahkan pihak lawan, nak pakai cah keting ker, main peteh...masih dalam perbincangan..


ini pula antara orang kuat yang menggerakkan seni dan dekoratif khemah serta yang bertugas untuk push atlit2 untuk berjuang dalam tot mewakili desa aman damai..setakat pagi tadi, aman berjaya dapat 2 emas, 2 perak dan 1 gangsa...

Thursday, March 12, 2009

PiSanG oh PisaNg...


petang semalam hujan tak la lebat sangat, tapi sebatang pokok pisang tanduk kat tepi rumah terbalik...sayang sungguh! pokok pisang ni belum sempat beranak lagi hehe...rasanya tak lama lagi akan berbuah...


sebab pokok pisang sebelahnya dah pun mengeluarkan jantung untuk menghasilkan buah...pisang ni lebih kurang sebaya jer, dan seperti dulu..bila sepokok dah berbuah, maka pokok yang lain pun akan turut jejak...miss la sepokok macam ni, rugi-rugi!


ermm...dah 3 malam papa keseorangan kat rumah ni, so malam-malam lepas buat kerja-kerja yang patut..papa ke bilik gerakan pelajar desa untuk lihat status persiapan temasya olahraga hujung minggu ni...masing2 duk sibuk buat replika untuk khemah dan maskot...harapnya desa aman akan menang lagi untuk khemah terbaik, maskot terhebat dan perbarisan yang topp...satu lagi kumpulan sorak, kena mantopp...hehe

Wednesday, March 11, 2009

MiSi HanTar IbU baLIk..

semalam ibu, mea dan wish telah selamat sampai di Kemaman dengan bantuan ayah/umi-chik mea/wish hehe...mungkin 'terkejut' orang kampung yang sebelum ni diwar-warkan ibu tak dapat balik sebagai juru mekap pengantin...tenkiu papa ucapkan atas misi rahsia yang dicadangkan oleh kakchik ni untuk men'surprise'kan orang-orang di kemaman dengan kemunculan ibu, mea dan wish bagi memeriahkan majlis kahwin adik bongsu ibu pada ahad ini..ia juga memudahkan papa daripada terlibat dalam perjalanan yang jauh untuk ke timur, just transit kat ibu kota..ibu terpaksa dihantar balik awal sebab papa ada tugas huhu, kalau tak, selepas wedding day baru la dapat chow...semalam plak bos telah lantik papa jadi pemangku boss kat desa ini kerana beliau out-station plak..lagi la papa tak boleh tinggal usm ni huhu...


semasa di KL, we all tidur kat rumah su-joe di Melewati (tidur lepas sampai 6.00 pagi huhu...) sebelum masing2 kemudian berpecah sama ada balik ke kuantan/kemaman or to penang pada petangnya...so dapatlah mea jumpa sepupunya, nabila...tapi as usual, mea tak reti bersaing lagi huhu..


sebelum balik kemaman, ibu, mea, wish transit semalam di kuantan rumah papa besar hehe...tenkiu semua, seronok wish dalam dukungan papa kuantan...



di sini, kami dikunjungi juga chekdenoor/ayahdee mea/wish yang hadir kerana ada 'misi khas' yang bakal dilaksanakan nanti di kampung...syokk wish duduk atas pangkuan chekdee...seronok duk sini sebab lama tak jumpa sanak-keluarga, dalam pada tu banyak nau misi yang dirancang sebelum hari bahgia cik nah ni.., semuanya untuk memeriahkan suasana dan menggembirakan semua, alhamduliLlah...papa suka dengan semangat sentiasa mewujudkan suasana kasih-mesra antara kita semua, cuma sayang...on that glitter moment..papa tiada di sana...

Tuesday, March 10, 2009

SouthWard JeMm


tak pernah lagi papa terlibat dalam jemm yang sadis seperti malam kelmarin ketika menuju ke KL, hampir 4 jam kereta just mengengsot-engsot antara tapah/sungkai ke slim river huhu...line yg hanya double menjadi tripple..perjalanan yang disangka 4-5 jam menjadi hampir 12 jam, sampai banyak kereta terpaksa mengalah ke tepi lebuhraya untuk rehat dan tidur...termasuklah papa, akhirnya terpaksa mengalah bila jam hampir menunjukkan 2.00 pagi dan mata sudah terlalu 'beleh' (macam tak leh nak buka dah!), tambah pula..risau kut tersondol kereta di depan seperti yang berlaku kat kereta line sebelah, so baik papa tidur sekejap sementara tunggu jalan clear...

mulanya takut gak nak berhenti tepi-tepi highway yang bersemak jer, tapi bila banyak kereta dah berderet-deret parking kat tepi sampai macam parking kat giant/tesco time nak raya maka rasa takut tidak lagi, malah ramai duk bertenggek kat tepi kereta bercakap-cakap sambil menghisap rokok...bila terkejut kul 4.00 pagi,...masya'Allah! kereta masih berderetan dan jemm masih berlaku..nak buat camner..papa pun masuk line semula sebelum hari semakin cerah dan jalan semakin crowded huhu...kami sampai di Taman melewati hampir 6.00 pagi huhu...(lepas exit slim river baru okay)



sebelum menempuh keadaan sukar pada malamnya, petang tu cuaca okay jer...siap ada pelangi petang lagi..jalan pun clear and smooth..


cuma ada la hujan sikit bila nak masuk ke perak khususnya bila berhenti rehat sat kat R&R Gunung Semanggol...actually papa bukan bersendirian, papa bawak ibu, mea dan wish sekali...nasib baik masa kejadian tu, mea dan wish nyenyak tidur diulit sang aircond..cuma ibu jer duk sengguk-sengguk kat belakang sambil temani papa main gear, clutch, brek..(ni nak kena cari kereta otomatik cepat ni!)...selepas habis bengkel di bayview petang tu..lebih kurang pukul 5 ptg, we all balik rumah sat sebelum keluar semula jam 6.30 petang menuju ke selatan...berjalan jer sekeluarga ni, maklum la ada jer tugas yang perlu diselesaikan segera..rasanya sejak balik sabah aritu, belum rehat sepenuhnya lagi kat rumah ni huhu...


elok gak la berhenti kat R&R ni, dapat la mea betulkan urat-berurat dia selepas serba tak kena bila duk lama dalam kereta...yang kelakarnya, semasa mea temani papa solat kat sini (sebab ibu jaga wish)...mea siap solat sekali ikut papa dan bila papa takbir, mea terus sujud (menelentang)hehe..tak khusyuk pulak papa bila tengok aksi mea ni! sabau jer...


mea ajer...asyik-asyik gambor mea....mungkin sebab gambar wish belum betul-belum menjadi lagi kut hehe...nanti papa masukkan banyak2 gambar wish ekk...

Monday, March 9, 2009

xTVt di bayView feRinggHi


ceramah n presentation...biasa la ni xtvt semasa berbengkel, dengar jer sat..pastu pasti ada jamuan dan minum2 dulu hehe..


haa..pantang masuk bilik (hotel), main suis lampu la semek ni...


cepaat, mari urut mea ni...lenguh urat-urat badan mea ni, asyik main jer hari-hari he3


ibu dan wish juga berjaya dipujuk datang, hadiahnya sepucuk jagung bakar cap teluk bahang...ermm...kaw punya bakar ni, spesel pernah masuk tv!


mea dah tak takut pasir, dulu anti-pasir halus sebab melekat kat kaki.


main air laut dengan papa, nanti besar sikit papa ajar berenang kuak kupu-kupu ekk hehe..adik wish plak papa nak ajar main skate-board lawan ombak hehe...

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin