bismillah & salam
Blog ni memaparkan kisah-kisah dalaman kami sekeluarga, just untuk rujukan kami bila terkenang-kenang saat manis sebelumnya; sebab itu ia dijadikan LIMITED EDITION, hanya untuk pembaca dalam kalangan ahli keluarga dan sahabat handai sahaja.

Tuesday, June 30, 2009

JaLaN-JaLAN


ahad lepas, mengisi slot masa petang..we all keluar ke bayan lepas tengok kapal terbang..kebetulan firefly baru landing, just watch jer laa..


wish pun suka tengok flite, ermmm...lama rasanya tak fly...now airasia ada tambang murah ni...nanti papa check schedule, mana tau leh gi phuket ke sekali...nak jupe keluarga mahsuri!

Sunday, June 28, 2009

PenDAFtaRaN peLAJar BaRU


seawal 7 pagi, pelajar baru dan ibu bapa dah berpusu-pusu hadir ke desasiswa aman damai...staf kena mai selewatnya 7.30 am, so do papa...tepat jam 8.00, okei..we open for registration, but first things first, kami buat saringan H1N1..just to secure others...ringkas saja, cek sama ada demam atau tidak, thats it...ada 2-3 orang demam, maka naik ambulan la kome ke pusat sejahtera usm...tapi semua released after that, demam biasa jer...


by 9.00 am, parking penuh, melimpah..iya la, cuba imagine..1 studen 1 kuarga 1 kereta, kalau 247 studen di desasiswa aman damai ni hadir maka 247 kereta...kalau sorang dihantar oleh 2 buah kereta, lagi haru...so, no wonder!


check blok asrama dan bilik, ni selepas dapat tag HIJAU menandakan tak demam, then terus ke blok ambil kunci..maka habis la pendaftaran, mudah jer, tak perlu que panjang, tak perlu isi borang...borang isi len kali, malam boleh diisi...yang penting bawa mak ayah tengok bilik..kat sini macam2 karenah, ada sorang ibu tu (chinese)..siap bawa tilam ke luar, jemur dan tepuk huhuhuu..macam kat kampung jer! katanya berdebu...terkezut kami semua tengok, macam tak kualiti nau jer our tilam huhuu..


khemah ibu bapa penuh, tak cukup kerusi..banyak soalan ditanya mengenai kebajikan dan tajaan esp. berkenaan ptptn...insya'Allah semua dapat, cuma lambat or cepat jer,..stakat arini, dah 2 kali papa kena gi hantar studen ke pusat sejahtera sebab demam..so kebajikan dijaga, dun wori..yg penting kena blajo sungguh2...this is only the beginning...first step to another victory!

Thursday, June 25, 2009

BeNGkeK dan sTArT MeETinG maLAM


papa dan ibu bengkek betul kat kontraktor pendawaian letrik kat rumah ni, dah 4 hari tak datang keje start senin till rabu, minggu lepas pun datang (wat wiring) lewat, datang sorang dan slow keje sebab takde 'barang'...selepas we all balik dari Taiping sabtu lepas, depa ni dah balik dah..bila buka lampu, lampu dapur, bilik dan tandas bahagian bawah semua tak nyala...ejas kat main suis pun tak okay, huhuhu...dah nak marah dah...then bila start senin tak nampak batang hidung papa 'cool' lagi...tapi bila sampai rabu terus hilang (semalam), papa apa lagi, terus emel pedas report kat jabatan pembangunan, 2 emel bernas dihantar dengan panjang lebar...pegawai yang in-charge pun dah call pagi tadi bagi promise to call the contactor, tu yang mai hari ni macam tak puas hati jer tu...mai plak sorang, bila la nak siap ni, aritu janji 4 hari jer...ni dah nak masuk 2 minggu dah....mai tadi tu pun lewat dekat kul 12 dah huhuhuuu, apa punya kerja ni mai tak mai...mai plak lewat! actually, papa tahu depa ni dapat banyak projek utk wiring, itu rezeki kome laa...tapi kena la kerja dengan bagus dan tidak mengambil banyak masa di rumah orang ni..ni la nak kaya tapi tak reti nak uruskan kerja...papa cadang supaya jangan disambung lagi kontrak syarikat macam ni...ini la sikap kontraktor Melayu, tak tahu bersyukur! panas betul papa ni...kadang2 mengamuk gak, tapi dalam hati jer laa...bila datang tadi, papa tak cakap apa2 pun...hehe....tapi, memang tak puas hati......ahaks!




lusa plak studen baru dah nak datang daftar, kesibukan di desa mula terasa..dah 3 malam, asyik ada meeting jer...malam ni ada lagi, gitu juga malam esok...semuanya pasal nak sambut pelajar baru dengan ceria dan mesra...everything mesti dalam keadaan yang perfect! keperluan dalam bilik asrama mesti zero defect! signage kena dwi-bahasa, pokok mesti trim elok2, cat kena wangi hehe...bla..bla..semua kena pantau betul2...tapi belum apa-apa, papa dah rasa letih dah meeting malam-malam ni....bila balik rumah, semua dah tidur..sorang di utara, sorang di tengah dan sorang di penjuru katil..ni belum masuk tengah semester bila banyak program2 yang akan bermula seiring dengan ke'penuh'an kampus nanti...rasanya macam nak jangan la ada studen masuk kampus dalam setahun ni, leh dak hehe...

Monday, June 22, 2009

ZOo taIPInG



sabtu baru ni, meskipun kat rumah masih ada kerja-kerja wiring semula sedang giat dijalankan..papa, ibu, mea dan wish tetap meneruskan misi tertunda we all ke Zoo Taiping hehe...maklum la, minggu depan studen baru dah nak mai daftar kat sini, so sebelum papa sibuk dengan aktiviti pelajar baru, maka mai semua kita pi dulu tengok menatey apa yang ada kat sana...lebih kurang 105 km dari penang dan sejam lebih sikit sampai la ke sana (tol RM8.50 jer)...leh la siapa nak pi, kat sana jumpa pengurus asrama dan pelajar phd usm...balik-balik muka sama gak jumpa walaupun dah jauh dah we all pergi hehe...


wish suka tengok gajah (betul ker ni wish?), ada sekor yang menari-nari hilangkan boring...kat sini takde plak stage audiens yang boleh tengok pertunjukan gajah macam di zoo ulu kelang..


haa tu dia...rimau..seram gak bila tengok, teringat video yang tragedi di zoo singapore..kecut perut gak sposen heee...


habis papa! dua2 naik dukung bila nampak badak sumbu...actually sajer ni sebab nak biar mea masuk dalam gambar gak, maklum la kontot lagi kalu dibanding dengan pagar kandang ni hehe...mea actually, tak reti pun bila tunjuk pelbagai haiwan kat sini...mea wat nonong jer...yang teruknya, bila nak dukung jer dekat setengah jam pusing-pusing ni huhu...nasib baik berjaya elakkan dia daripada tempat permainan kanak-kanak, kalu tidak, huhuhu...haru!

Friday, June 19, 2009

Ke DuSUn duRIAn



semalam, ustaz Ellias drp bhgn tamadun islam mengajak beberapa orang staf ppik ke dusun durian keluarganya, kebetulan papa free, so sementara pelajar phd yang janji nak jumpa tak sampai lagi dari lumut, maka papa ke sana dulu...dusun ni terletak di batu maung, di pulau ni jugak iaitu selepas area bayan lepas...best duk kat sini, ada durian, manggis, cempedak dan langsat...


papa dapat gak merasa kutip durian, kebetulan yang luruh semalam kut masih belum terkutip, ada 14-15 pokok durian kat sini...semua ada buah, murah rezeki tuan dusun ajak we all ke sini, dapat kutip dan dapat makan hehe..


haaa..jom makan pulut durian yang telah dibawa sekali, selera dr.nizam makan...papa dapat makan beberapa ulas dan lepas tibai pulut dengan santan sikit, terus 'full space'...maklum laa cc kecik...pastu kait buah manggis lak, kira aktiviti luar la ni hehe..


Us Ellias bercerita tentang asal-usul pokok durian hehe...takde laa, masa ni dah lepas makan dan selepas semua kekenyangan, maka lepa-lepak dan borak-borak jap tentang fungsi dan kepentingan dangau ni kepada pemilik kebun durian hehe...on the way balik, dapat lagi ole-ole untuk dibawa pulang ke ibu, mea dan wish...dapat jugak la ibu, mea dan wish merasa durian batu maung hehe...sodaaaappp! thanx kepada pemilik dusun dan dr.nizam sebab ajak tumpang kereta...hehe

Thursday, June 18, 2009

KeM PiMPiN SisWA


kelmarin papa kena gi ke Sg. Siput untuk kem pimpin siswa, sebanyak 4 bas ke kem ni yang diberi nama kem cinta alam kelimat, jauh wooo...dalam 3 jam rasanya dari usm...tapi dah compulsory dan mengelakkan berbalas pantun dengan pihak atasan maka papa dengan berat hati dan berat beg telah ke sana huhuhu...4 bas lagi ke kem lain, so semua terlibat dekat 200 lebih la...1 kem dah 120 orang lebih campur staf dan pelajar lama....papa sempat duk sebelah former studen papa dalam bas dan sembang jer hingga sampai kem, plan nak tidur tak jadi...


haa meniti elok-elok sebab ia berayun...ini adalah the only way nak ke kem, so tak boleh tembor lari...kat bawah tu ada banyak buaya hihi...acah jer, dah nama sg. siput, tentu siput la ada kut hehe..sungai cetek jer, tapi kalau dgn wish dan mea sure tenggelam...papa pun tak berapa sure boleh lepas sebab arusnya boleh tahan laju..or deras...



kat sini papa jadi peserta sama dengan studen2 yang lain...tapi sebab staf leh jugak tidur dalam chalet, comelnya, depan chalet ni ada sungai tapi tak leh nak mancing sebab takde masa dan takde joran hihi...sementara studen kena tidur dalam dorm, tapi dorm pun ada tilam tebal..so, leh tidur dengan best jugak laa...sebut pasai tidur, malam kelmarin, papa tidur sampai tak terjaga bila dorang semua pergi jalani aktiviti 'jalan malam' dari pukul 2-3 pagi...papa tidoq jer sambil selimut kemas-kemas hehe...kira halal la ekk hehe...


kat sini banyak sesi ialah dengar ceramah jer la especially tentang pengurusan kem...sebab nanti semua peserta ni akan jadi tenaga penggerak untuk menjalankan pula kem ni untuk pelajar baru yang akan mula mendaftar hujung minggu depan (27hb. jun)...dengarnye dalam 2800 orang akan masuk kampus induk...so, semua akan disunatkan hadiri kem ni sebagai sebahagian daripada modul belajar di universiti apex...siap la kome...hehe...

Tuesday, June 16, 2009

WisH meRANGkaK


tengok wish tu...sekarang dah suka merangkak dan memanjat jer, ni nak panjat tangga...wish akan berpaut jer kat mana-mana yang dia boleh berdiri seperti sofa, meja tea, sliding door or walker dia..risau gak kut tercondong ke sisi...tapi sekarang, memang cepat jer sejak fast track gak dia merangkak ni...


ni tempat kurungan baru hehe...kalau ibu tak leh nak pantau sangat, di sini la wish dikurung, kak mea leh jer panjat...alas katil ni terpaksa dicabut sebab kainnya dah terkoyak akibat mea suka now lompat-lompat dalam ni..so, jadi la sangkar pulak katil wish ni huhu...


mea pakai baju tido saper ni, teka? macam lelaki lak anak papa ni bila pakai baju 'orang lelaki' hehe...thanx kat abg nuar sebab bagi kat mea plak ligan baju ni...tapi serebeh gak sikit hehe...(rumah ni bersepah semula, paling cun ialah before keluarga kijal nak mai hari tu, baik punyer kemas hehe)

petang ni papa kena gi kem pimpin siswa kat sg. siput semalaman huhu...sedih la papa nak tinggalkan ibu, mea dan wish...lepas zohor nanti pergi dan dijadualkan balik petang esoknya huhu...ni semua sebab aktiviti pilot untuk pelajar baru nanti yang akaan diwajibkan kepada mereka semua julai/ogos nanti, now we all dulu merasa sonok ke idak huhu...

Friday, June 12, 2009

TeTaMu fROm KiJal


tengahari semalam, ciklah datang ziarah umah mea, dengan che izaminye dan keluarga kijal (kemaman)..rumah mea penuh sekejap hehe...dah lama ciklah dan che izami plan nak ke sini, alhamduliLlah sampai juga, sonok papa, ibu, mea dan wish nak terima tetamu ni...papa yang sememangnya sedang cuti research ambik cuti terus hehe, alah keluarga dari jauh datang ni...datang plak semata-mata ke sini, bangga tul we all marin!


anggota rombongan dijamu dengan nasi beriani kandar...ni ibu masak spesel ni, papa tolong ibu masak dengan pi tunjuk kat 'kayu nasi kandar' hehe...'sedaaap', kata mea..nasi kandarkan sinonim dgn penang, so sekali-sekala belasah apa salahnya, lagi pun kalau ibu nak buat tak reti lagi..sedang elok sampai hampir kul 2 ptg dah, so kita makan duluuuuu....


mea plak bawa geng baru main buai kat rumah sebelah, maklum la umah mea takde buai laei...sonok mea jupe geng baru ni, walaupun baru bangun tidur, terus senyum, ahaks! lain kali mai lagi umah mea dan wish!


after that mea dan wish bawa kuarga kijal seme ke Padang Kota, nak naik bukit bendera tak sempat sebab dah nak balik ipoh semula..maklum la cuti sekolah macam ni, mau 4-5 jam tunggu baru dapat naik train ke puncak bukit bendera, so kansel la..and yet cuba la ambik gak 'touch of penang' dengan ke Padang kota...



haaa...dapat la makan pasemboor di sini...semua enjoy makan nampaknya, mea dah dibelikan air tin tapi masih nak keteik tea o papa...lagu mana ni? lepas makan ciklah dan kuarga nak balik ikut feri tapi sebab dah time orang kuar ofis maka ber'que la kereta...tukar plan lagi, semula la noo...so tenkiu la seme sebab sudi datang ke 'rumah tumpangan' kami hehe...len kali jgn serik datang lagi!


kat sini, mea suka main kat kid-playground sampaikan 'mengamuk' sakan bila papa culik dia ke tempat makan...on the way balik kereta, sekali lagi mea mengamuk huhu sebab we all lalu ikut tempat ni untuk ke kereta...sekarang mea memang 'ganas' tul bila nangis, tak lama lagi kena dera kat papa la kalu macam ni sokmo hehe...

Saturday, June 6, 2009

GaMBar2 CuTi kaT kG


ibu sedang keteik (macam curi la..) anak bunga ciklah utk dibawa balik penang, habis la ibu, mea nak pi mengadu kat ciklah tu heh..heh..


mesyuarat kaum ibu dan wanita mengenai penjagaan pokok bunga berkesan, siapa master-mind ni haaaa...mea ker???


haa...buat apa ni 2 orang ni...dating ka? mea sipu-sipu malu...tak sedar, 'kegiatan ni' dipancar melalui parabola besar kat belakang tuh hehe..


'DUA' macam nii...wish sedang belajar membilang dgn abgnuar, sambil dipangku kakyayah



mea tolong tengok kaklong bungkus buah 'mata kucing' yg ranum, sedaaap...papa plak tukang rasa hehe...memang manis!



gaya pilot and co..and co-co-pilot while travelling hehehe....all in black! only wish yg masih tiada spek...mea yg paling machooo...serius perhati jalan!


ni sekitar gerai fun-fair pesta sempena TM'fiesta mencandat di dataran shahbandar kay tee...


sempat lagi pi tengok stadium rosak, kut-kut mea leh baiki...

Wednesday, June 3, 2009

CuCu SoLeHaH..


kat kemaman, gini la gelagat mea...mea tidak duduk saja...takde la main-main...mea bekerjasama membantu tokwan menguruskan bisnes rempah-rempah..."apa yang penting?..kerjasama..."..hehe...



akhirnya, misi berjaya...mea berjaya bantu tokwan menjemur rempah-rempah yang perlu dikeringkan, sebelum digoreng dan dibawa ke kedai kisar...turut membantu abg mus dan abg basyir (pembantu setia tokwan aka sepupu mea hehe)...tokwan mea jual rempah masak, seperti rempah gulai nasi dagang, gulai nak kahwin, atau apa saja nak gulai laa...meh la beli! mea tolong promosi ni...beli satu dapat satu...

Tuesday, June 2, 2009

toWARds keMAMan


haaa..ni wish nak citer plak, lepas 2 hari 1/2 duk kg papa..now we are moving to kg ibu plak di kemaman..on the way kami berhenti di rumah ayah long di dungun, di pantai kg cacar di paka dan di taman flora (kut?) di paka...banyak nau kena berhenti sebab al-maklum la..jarak k.trg ke kemaman dekat 3 jam kan, lepas la minum segelas dua di tempat persinggahan ni buat penghilang ngantuk hehe...

the best kami singgah di teratak mama-paka, kawan baik ibu (pn. wati)...kat sini banyak nau pokok sayur...macam-macam ada hehe...maklum la tokeh pejabat sayur hehe..


ada banyak lagi pokok terung yg ditanam mama-paka tapi papa-mea tak sempat nak ambil gambar, banyak juga ole-ole yang diberi kpd kami seperti buah terung, aneka benih, baja, dan tak ketinggalan, penyodok tanah, penggembur serta siap dgn tanah kosmos lagi hu3...thanx mama-paka...cuma mood papa terencat sementara kat sini sebab masa tu baru dpt call dari boss hostel yg tak sedar papa bercuti, aikk..siapa plak yg sign surat cuti papa aritu? ekceli bos hostel papa ni selalu tak perasan bia dia sign sesuatu...isunya sekarang kat usm ada kemasukan pelajar ppjj dan depa ni duk menginap di desa semasa cuti ni, so nak kena ada la 'kepala' memantau...mulanya papa ralat gak nak cuti, tapi bila apply diluluskan maka ingat okay la...rupanya k.o huhuhu...takpe la, lesson to me...


kat umah mamapaka, mea dapat kawan dengan haykal..ada tempat gelungsur kat umah dia, yg best dua-dua bercakap tapi sorang dapat difahami, dan sorang lagi cakap ntah apa-apa (mea)..

kami jugak singgah di suatu pantai di kg. cacar,paka...just to get rest and main pasir di tepian pantai...




mea dah tak takut pasir daah...

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin