Blog ni memaparkan kisah-kisah dalaman kami sekeluarga, just untuk rujukan kami bila terkenang-kenang saat manis sebelumnya; sebab itu ia dijadikan LIMITED EDITION, hanya untuk pembaca dalam kalangan ahli keluarga dan sahabat handai sahaja.

Monday, July 27, 2009

Kem PiMPin SiSWa


mea nak pergi mana ni? sebenarnya bukan mea yang pi mana-mana, tapi papa yang kena pi kem huhuu...papa kena gi kem palas kat titi hayun, yan, kedah selama 3 hari 2 malam weekend kelmarin sebab jadi urusetia pimpin siswa-baru usm bawah program universiti apex...penat dan tak cukup tido, biasa la bila masuk kem, acara penuh dari menjelang subuh hingga nak subuh plak keesokkan harinya, tinggal la ibu, mea dan wish kat rumah ketigaan...tapi nasib baik papa pi as ketua urusetia, leh la curik2 tulang pi tidur dan guling2 hehee....


ini antara aktiviti yang dijalankan...disaksikan puncak gunung jerai dan tapak khemah...seramai dalam 99 orang peserta dan 15 urusetia, yang dimuatkan dalam 4 buah bas dan 2 van...bestnyer kat sini ada air sungai yang berbatu-batu..ada area yg sesuai mandi-manda..tapi hampehhnye, bila di hari kedua tu semasa xtv trekking, ada jumpa tahi manusia di celah-celah batu atas sikit drp area mandi huhuuu...apa lagi, ramai tak mandi dah sungai ni...papa pun stop, gi mandi kat kolah jer...bagi yg tak tahu, seronok lagi menyelam-nyelam hohoo...


every day semua peserta 3 kali sehari leh mandi di sini, dibenarkan...cuma tandas ada 10 biji kongsi...haaaa ni semua orang sedang seberang sungai untuk aktiviti survival, siap ada yang bawa ayam hidup, periuk belanga...nak pi masak ni, di celah-celah dusun durian, sempat makan yang luruh 2-3 biji...bessstt!


malam akhir ada persembahan..biasa la mana-mana kem pun gini, biar depa release feeling dan thoughts masing-masing...kat belakang sana fasi(-litator) sedang bakar ayam dan sosej (bbq)..yummi..tinggal la papa sorang menyelia dan jaga hati studen yg prepare to present theirs, kelakar jugak heheee...bila balik ke kampus, semua tidur dalam bas keletihan...papa kena dua kali, 7-9 ogos ni kena lagi tapi nama naik ke k.kangsar plak...but no sg. siput sepertimana di war-warkan duluu...actually, keletihan ni dibayar dengan 2 helai t'shirt, 1 beg camping dan elaun beberapa ratus...jadi laa...syukriyaaa...dapat belanje ibu makan kat hotel malam sabtu ni hehee..

Sunday, July 19, 2009

GamBar2 SaMPinGaN ke SoUTherN

Nilai 3


pada hari ke-2, papa balik separuh hari seminar sebab kena check-out kul 12.00..tak sempat lunch yg disediakan penganjur, lunch dgn famili kat r&r seremban..before that ke nilai 3 dulu shopping-mopping kain baju raya...then ke port dickson tumpang tido umah adik papa, sebab esok nak gi melaka..

sebelum sampai umah yang dituju, we all gi mandi-manda dulu hehee..lagi pun diorang bekerja, so mesti lewat sampai rumah...papa bawa semua ke pantai port dickson yang landai dan selamat untuk berenang dan sebagainya...

Port Dickson








mea cepat pandai teknik berenang dan mengapungkan diri...best-nyer mandi & berenang di pantai Port Dickson, siap beli pelampung untuk mea ser...



ramai nak bergambar...ni kat rumah esah, mimi dan irfan di lukut, p.d. mea tumpang bermalam 2 malam, sambil makan free, tidur percuma jadi rumah persinggahan sebelum ke melaka..

papa ke melaka sebab janji nak visit makcik yah, ibu angkat papa semasa belajar di soas, london...minggu sebelumnya mcik yah nak ke penang tapi memandangkan papa nak ke nilai minggu selepasnya, so langsung papa suruh depa tunggu jer kat melaka...perjalanan jauh utk orang tua kesian gak!

Melaka



mia di kg duyong, melaka...nak pi sini, lalu jalan bkt katil-muar, aware simpang prigi hang tuah...jumpa la dengan makcik yah dan pakcik hussin..ni rumah yg mcik & pcik bina...just kalau balik ke malaysia, setahun dalam 3 bulan jer balik, the rest duk di london...pcik husin bawa taxi kat london, cekap selok-belok jalan di sana daripada di melaka...papa stay with them a year in 2003..


A Famosa...tak sah kalu datang melaka tak mai sini, so we all pi la sini then chow masuk dataran pahlawan ada kedai-kedai...dulu area ni adalah padang orang naik kereta lembu masa papa datang tahun 1998...10 years back! sedihnya kat sini, kete kena saman parking, ingatkan macam kar penang ada tiket-man datang huhuu...signboard pun takde suruh beli tiket, hampeh lahabau mbbm..



masjid selat, melaka...sebiji macam masjid kristal, cuma tak berkristal jer...comel mbengg masjid kristal lagi laa hehee..




eye on melaka...nak naik bayar RM10 dewasa, kanak2 under 3 years old free...papa mulanya gayat hehee...ingat lepas pusing sekali stop la, rupanya 5 kali pusing huhuuu..tahaann jer...malu kat mea dan wish!

Putrajaya


lagak macam gadis litar sepang jer..mentang-mentang la papa bawa lalu ikut litar F1! from Port Dickson, papa lalu ikut jalan biasa sepang-klia untuk ke putrajaya..jauh gak, dalam sejam lebih nak sampai ke putrajaya..seperti biasa, bergambar laa di sini...



gaya wish yg machoo..



dalam sejam gak pusing keliling sini, tak sempat naik cruise tasik..we all ke hentian sg. buloh untuk lunch, pray and then berdecuu ke penang...

Wednesday, July 15, 2009

DarwiSy d hErO


hehe..saje ni wish nak wat havoc sket..nk perasan glamor gitu..cewwahh..sebenarnyer skang ni wish sedang keboringan dok kat bilik EQ nie..nak g swimming pool, kak mea tido lak...so swim dalam tub je la..itu pun wish dah cukup suke...wish x sabo tunggu papa balik nak g jenjalan lak...skang dok mengarut dengan ibu je..hihi..sian ibu nak tulis blog pun sambil pangku wish...sayang punyer pasal..wish ni manje, pantang nampak ibu mule la merengek...macam la ibu tinggal die sorang2..

Monday, July 13, 2009

3rd Islamic Economics System Conference di USIM

Mea dan Wish akan ke Nilai, Nogori Sembilan...papa present paper kat 3rd Islamic Economics System Conference di Universiti Sains Islam, Malaysia di Nilai bermula 14-17hb. Julai.


pintu masuk USIM..mudah cari sebab banyak signboard dan pintu masuk ni kat jalan mati huhuu..so you can go nowhere except usim with this way..


haaa..inilah blok fem..fakulti ekonomi & muamalat, actually this building baru siap 2 minggu..depa ni baru jer masuk bekerja dan belajar di sini, so we all pun turut merasa 'kebaruan' ini..


Sesi perasmian oleh Prof Datuk Dr Muhammad Muda, TNC Akademik & Antarabangsa USIM..teks katanya mengambil masa 2 jam lebih tapi bila diolah, jadi 20 minit jer, baguss...tak yah panjang berjelaa...


sesi perbentangan paper masing-masing...papa kena hari pertama (petang), legaaa kena awal...pada hari kedua, ada sorang presenter ni bentang 1 jam dia sorang, sedangkan untuk parallel session tu 9.30-10.30 am melibatkan 3 orang, penat moderator bagitau masa habis, mamat ni keep on talking...curik masa presenter lain, mesti tak pernah present paper...orang len kali cakap gesss paper jer, apa yang penting jer...ni bukan kuliah, audiens plak dah scholar semua, haiyya and haru betul! kesian pembentang ke-2 dan ke-3...sabor2...

Sunday, July 12, 2009

TiDuR HoTeL


mea bawa bantal busyuk tunggu papa sedang check-in, malam ni we all tido kat hotel evergreen laurel, gurney drive, penang sebab papa ada workshop geran ru-ppik, lepas check-in, ke plaza gurney jalan-jalan, shopping-mopping...dapat la t'shirt selai sorang hehe...pastu makan thai-fried-rice kat secret recipe, sedap dan pedas...


bila balik wish dah letih, so mudah tido dalam baby-cord...


ni mea berlagak selimut..bila time tido betul, tak guna pun selimut...mea tido dalam baby cord sebab wish jer dibenarkan tido di tengah-tengah katil...selesa sket!


ni kat rumah...bergandingan tengok vcd kesukaan "jim jam & sunny"...

Thursday, July 2, 2009

PasPorT HiLaNG???


pasport-pasport..mea nak jual pasport, hai mana boleh jual pasport, nanti polis tangkap maa...mea sedang kira pasport ni, actually, pasport papa hilang huhuhu...tak tahu ke mana letak dan perginya, papa suspek dicuri oleh geng wiring baru ni (masa we all ke Taiping)..tapi suspek jer baru dan tak baik tuduh-tuduh...sebelum nim, mea memang suka main dengan pasport ni, kitorang plak letak atas laci atas meja jer...buat masa ni nak cari dulu, pastu baru nak wat report polis..sayang pasport papa, ada setahun lebih lagi tempoh sah laku! sayang gak kenangan cop-cop mohor di dalamnya...


ni plak bibir mea pecah, mea terjatuh depan tv sambil botol susu di mulut...so, jadi la macam ni..sian anak papa nim...now dah baik, risau gak kut jadi ulser plak, kalu gitu mesti sakit nak makan...tapi mea kurang makan, sehari tak sampai se'aun pun nasi masuk...asyik susu..susu...pastu, susu...bila la nak besor anak papa nim...

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin