Blog ni memaparkan kisah-kisah dalaman kami sekeluarga, just untuk rujukan kami bila terkenang-kenang saat manis sebelumnya; sebab itu ia dijadikan LIMITED EDITION, hanya untuk pembaca dalam kalangan ahli keluarga dan sahabat handai sahaja.

Sunday, August 30, 2009

BBQ DiNneR IfTAR


hi guys, jumpa lagi! ni mea nak citer ni yang mea check-in sekali lagi di Hydro Majestic Hotel kat Bt. Feringghi ni semalam sebab papa ada bengkel desasiswa aman damai, syokk dapat tukar katil..


wish pun happy sebab dapat tukar-tukar view hehee...tak la selalu duk terperap kat rumah jer, yang paling best kali ni dan tahun ni dapat berbuka pose di hotel, bbq dinner lagi walaupun wish tak dapat makan apa2 except sedut buah..


seminggu sekali yg paling best di hotel - bbq dinner la tapi malangnya mea hanya tau minum tea o dan jus jer, sampai tertumpah 1 gelas jus limau..wish plak tak sporting asyik nak mendukung, rasanya sikit jer leh makan nasi...tapi best dapat meratah lauk...segala aneka panggang daripada ikan, daging, udang, ketam, sotong, ayam dibelasahnya...makan betul-betul punyer hehee...indahnya nikmat makan ni, alhamduliLlah! wa'ala rizkika aftorna...masa sahurnya, papa dan ibu secara kamikaze tinggal jer wish dan mea tidur kat bilik...cepat2 both of us turun makan, iyer la risau gak kut wish terjatuh katil...fa'alayHi tawakkalnaa...syukur, bila naik..depa masih nyenyak tidur, lalu kami habiskan bekalan nekbat yang ibu bawa dari rumah (tengok, ke hotel pun ibu bawa bekal nekbat), rasanya ada 2 biji lagi nekbat berbaki yang belum dimasak..nak kena ring2 ke kampung doh nim hehee..

Monday, August 24, 2009

AwaL RamaDHaN

Dalam hadith disebut "Bagi orang yang berpuasa akan mendapat dua kegembiraan: Kegembiraan ketika berbuka puasa dan kegembiraan ketika menemui Tuhannya"..dan kegembiraan ketika berbuka puasa antaranya ialah sebab dapat merasa nikmat "makan" setelah menahan lapar seharian, kadangkala makanan tu biasa saja..tapi sebab berpuasa, maka nikmatnya tak terkata..di sini, erti lapar dan syukur diterapkan agar umat Islam sentiasa syukur dengan rezeki, dan pada masa yang sama tahu perit-jerih perut insan-insan yang malang yang sukar nak dapat makan..

serentak dengan ingin merase nikmat berbuka inilah, papa bawa famili di weekend baru2 ni balik ke kampung kemaman instead of balik terus ke penang (sebab dari KL), ialah cuti weekend masih ada 2 hari..seramai 5 kuarga besar dan kecil berkumpul rumah mak bak untuk sama-sama berbuka pada 1 ramadhan tu...Chef Kak Dah sedang memanggang ayam tuh untuk sediakan juadah ayam percik, larisss ayam ni hingga tinggal 2 ketul jer semasa sahur heh..heh..hehh (memang berpuasa benar lagu nim)


haa..ni bubur lambuk cap pasar ramadhan kemaman..papa main tunjuk jer, bubur lambuk terengganu berbeza dengan negeri lain sebab kite (ganu kite) letak banyak daun ulam/sayur seperti pucuk paku, pucuk midding, daun kadok dll dalam bubur nasi ni...so lebih sodapp dan bersayur-mayur la...juadah ni biasa ada di bulan pose jer, jarang orang buat di bulan tak poser...


gitu jugak la dengan netbak..hanya sale on ramadhan...so dikesempatan balik ni, ibu mea yang kaki netbak telah memborong sampai habis netbak kak makcik tuh...ganas2 ibu...heh3...sebenarnya ada 4 kuarga order sekali hehee...apa pun, netbak memang okei la, dapat tambah tenaga...masa 1 ramadhan aritu, tak sempat orang habis terawih, 40 biji netbak di dapur telah sold out...memang permintaan tinggi tul, apakah?


haa ni ketupat pulut daun palas terengganu...papa beli kat pasar ramadhan kemaman 3 for 1RM...dulu masa papa kecik2 tahun 1980-an dengan duit 1RM boleh dapat 12 biji, itupun nenek papa yang buat ketupat ni dah rasa macam susah nak laku...tapi kini, beza nau harga dengan masa kini...mahal macam bedil! apa pun nak makan punya pasai, beli jugak..ialah..untuk menggembirakan orang yang berbuka puasa..tapi ingat, jangan sampai membazir! so selamat berpuasa dan berbuka...

Friday, August 21, 2009

Lagi...di Kay EiL


inilah kesukaan wish dan mea, berendam dan berenang dalam tab...semuanya sama nak masuk air jer, kalau mea tu..pantang papa/ibu nak masuk bilik air, dia pun nak angkat baju sebab ingat nak mandi...kali ni tak sempat ke swimming pool sebab papa tak dan masa, terkejar-kejar kumpul bahan di arkib dan di UM (semak tesis)...semalam terjumpa studen degree usm kat arkib...jauh dorang datang untuk menulis kertas projek, baguih-baguih...


selepas check-out, papa ajak ibu pi lunch di ikea...just untuk merase sweedish meat-ball yang disajikannya, aka tukar selera ratik asyik makan nasi jer...so, this is for the first time we all ke sini dengan nawaitu not for shopping hehee...but terbeli jugak selepas tu baby chair yang murah! nak wat guaner starang!

Marhaban ya Ramadhan!
sempena esok 1 Ramadhan, kami sekeluarga ingin mengucapkan salam Ramadhan kepada semua pengunjung blog kami ni, actually ramai yang bertandang ke sini tapi tak royat hehee...kami mohon ampun dan maaf kiranya sebelum ini dalam dunia nyata atau maya, ada tersalah silap, terlajak bicara dan terguris sukma..maafkanlah kami, bagi la kami melalui Ramadhan ini dengan bersih dan sentiasa menambah amal di sisi-Nya, kami juga memaafkan semuanya...marhaban ya Ramadhan!


jom sama-sama kita membaca 1 juzuk al-Quran sehari = 30 juzuk...khatam!

Wednesday, August 19, 2009

MiSSioN KaY ElL


mea dan wish bergandingan...ni dalam kereta on the way ke lembah kelang, papa ada research plan kat arkib negara for two days, plan ni dah lama tertunggak..so dikesempatan student usm mid-term break, papa ambil inisiatif untuk selesaikan penyelidikan geran school ni dulu, pada masa yang sama ada gak bengkel kat bayview batu feringghi anjuran desasiswa, tapi first come first laa..priority should be given to 'tugas hakiki' as lecturer...ingatkan bila cuti semester, cuti laa...actually banyak tugasan, jemputan jadi pengulas 'ingraw isdev' terpaksa ditolak gak pasai ni...bagaimanapun ibu, mea dan wish tak boleh tolak pelawaan untuk temani papa ke KL, itu 'tugas hakiki' anda hehee...


ibu dan mea borong sate kajang haji samuri kat restoren jejantas sg. buloh..lame nau tak merase sate kajang nim..tapi kali ni, kuahnye terase masyam sket, entah mengape? dulu masa student um, biase la pergi 3-4 motor ke kajang just untuk pekena sate, masa tu tak banyak cawangan lagi...

Monday, August 17, 2009

CiLi LaDa


lama betul mea tak bertugas kat belakang rumah ni, banyak buah lada masak belum dikutip..ada yang ranum di atas pokok jer..maklum la sebelum ni petang2 asyik hujan jer, bila tak hujan..papa pulak keletihan after works, atau selalu balik malam bila keluar jalan2...pokok bendi dan anak2 betik terbiar jadinya...tak disiram dan dibersihkan daripada rumput-rampai...


tengoklah pokok kangkung sebelah mea ni, jadi kurus panjang jadinya...aritu sawi jadi pupus apabila kena hujan lebat 2 hari...sayang tul...

Saturday, August 15, 2009

FLy tO TaiPinG


vroom..vroom...wish fly to taiping arini gi jumpe cousin wish yang sedang kursus dalam perkhidmatan di sana..girangnya hati wish dapat keluar rumah, terutamanya dapat kuar daripada hiruk-pikuk penang bagi mengecapi kehijauan lembahan bukit larut (maxwell hill) yang sentiasa lembap dan freshy...


sebab tak mahir jalan dan bandar di sini, papa beberapa kali pusing keliling tasik taiping...mulanya pusing tempat nak lunch, pastu pusing cari masjid, pastu lagi pusing cari taiping sentral yang dah terserempak sebelumnya, peliknya...cari semula susah nak jumpa huhuu...so benarlah, mari pusing-pusing kat taiping!


ambil k.long pi makan tengahari, tak tau nak pi mana so we all makan nasi briani dan kari kepala ikan...tapi tak berapa best sangat sebab tak mahir kedai makan best area sini..takpe la, janji masyuuuuk...wish seronok sekali jumpa engineer muda kat sebelah kirinya, pastinya wish mengidami 'sesuatu' daripada sepupunya di hari lebaran nanti hehee..tak maluu wish!


selepas puas ronda taiping sentral, sambung plak ronda ke tesco taiping...ini kerana sukar gak kak long nak kuar pasni dapatkan 'bahan keperluan' semasa di pusat latihannya...masa ni, wish dan mea keletihan dah..maklum la, jadual tidur dan makan nestum lari...malam ni leh qada' ekk...dun worri...

Friday, August 14, 2009

PeSTa kONVoKeSYeN 2009



petang selasa, sewaktu papa bawa ibu, mea dan wish round usm dengan wish...we all berselisih dengan kereta kuda yang dinaiki vc dan pembesar lainnya, sempena pesta konvokesyen usm rasanya sebab esoknya, rabu 12 ogos hingga ahad ni 16 ogos adalah istiadat konvokesyen di universiti sains malaysia...ber-riuk orang bila papa sempat menjengah semalam, tak bawa lagi ibu, mea dan wish ke tapak pesta setakat ni...risau gak, perlukah bawa? maklum la sekarang ni wabak H1N1 sedang hangat diperkatakan, semalam jugak nampak sticker2 hijau terpampang di baju mak ayah yang hadir kerana telah di-scan sebagai "tidak demam"...keduanya sebab terlalu banyak bear, bunga, belon dan yang paling ditakuti kids playground yang mungkin bakal menggamit mea untuk stay lama nanti...kalau barang2 tu okay lagi, lepas beli...setel...tapi kalau bab tempat main ni...huhuhuuu...haru sebab lama la kena tunggu...


haaa..ni plak aktiviti wish yang tak habis-habis lagi meneroka, yang kelakarnya...wish terlekat atas beg yang dinaiki ni dan tak boleh turun, jadi kemek beg yang separa kosong nim...sebab lekat, maka menangis la wish minta tolong, so sebelum selamatkan wish, ambik gambo dulu heheee...panjat lagi len kali!

Tuesday, August 11, 2009

HP ibu RosAK

HP ibu rosak...screen gelap dan tak leh baca apa-apa...nak baca sms tak boleh, nak tengok no. dial pun tak boleh, apa-apa nak tengok pun tak boleh...so nak call payah la sebab tak leh tengok nombor, except terima call...leh la tekan button ok...dah puas on off, hentak slow dan kuat, semua tak jalan huhuu...papa ada hp lama, tapi masalahnya tak tau letak mana, cari dah 2 hari tapi still in vain...rasanya baru lagi usia hp ibu ni, sebaya dengan usia hp papa sebab dulu beli sepasang...entah la, sama ada ibu guna lasak sangat, atau mea dan wish tolong guna sekali..

Monday, August 10, 2009

PimPIN LaGi..


hujung minggu baru ni, sekali lagi papa kena pergi kem pimpin siswa tahun 1 selama 3 hari 2 malam, di kem yang sama..kem palas, titi hayun, yan...inilah pondok papa tidur, sebelahnya tempat mandi...masa ni air tinggi sket sebab hujan lebat before we all arrive...


haaa...banyak laa aktiviti kat sini till dinihari, ni adalah perkumpulan semula dalam kul 2.30 pagi...ada trainer kat depan yang akan bawa we all merunut hutan di kegelapan malam...


di siangnya, semua masuk pertandingan masak-masak...semua diberi ayam hidup dan pelbagai ramuan yang terhad...do the best yang kome boleh create laa...peserta leh ambil bahan/ulam/rempah yang ada di sekeliling kem seperti lengkuas, serai, daun limau nipis, bunga kantan and even ada yang ambil bunga betik huhuu...


jungle trekking di petang hari..see how big the tree...ini namanya pokok kempas yang antara lain buat penahan rel keretapi...wat rumah lagi kukuh kut nooo...apa pun, ini la alam di sekitar kaki gunung jerai..


disulami jungle trekking ni dengan halangan darat...so merangkak la belake sereme except yang bijak melarikan diri seperti papa hehee...


bukan di darat saja, di air juga ada halangan...so kena menyelam semua yer...papa masa ni chow pi menyelam sebelah pondok urusetia, lagi best air lagi dalam hehee..


malamnya diakhiri dgn bbq, ada ayam, sosej dan jagung...yummi!

Thursday, August 6, 2009

AktiFNya WisH


jika dulu mea yang suka memanjat tangga, now sikap ini diturun pada wish...pantang jer pagar tangga tak di-lock, ke atas la wish memanjat...setakat ni dah 2 kali wish terlepas ke tingkat atas, 1st masa ibu memasak kat dapur, tup-tup dengar bunyi orang tepuk katil kat bilik atas...dicari-cari, maka dia la wish...2nd, bila ibu jugak kat dapur dan papa online internet kat depan tv, tup-tup dengar orang tepuk lantai...itu jugak wish yang dah berjaya duduk di bahagian teratas sambil pandang tangga ke bawah...hai bahaya tul, wish tak reti lagi cara nak turun tangga, dah beberapa kali ajar tapi still tak reti...so, pintu pagar tangga kena always lock untuk pastikan wish tak ke atas...begitu juga pintu toilet, dah berlaku kes wish masuk toilet dan sebahagian kaki dah masuk lubang toilet cangkung kat bilik air bawah...dengar-dengar dah nangis huhuuu...


tabiat suka explore wish ni berlaku di mana saja pelusuk rumah ni...hatta kat rak buku yang telah dikosongkan ni pun wish nak merangkak masuk...hai, semua tempat nak diredahnya....perasaan ingin tahu yang tinggi ni!

Sunday, August 2, 2009

HyDRo MAJesTiC


Petang jumaat lepas, papa check-in kat hydro majestic miami beach, feringghi sebab ada bengkel pemantapan diri desasiswa aman damai untuk sidang ini, kali ni semua staf terlibat, gitu juga pimpinan pelajar...kali ni jugak papa dan staf profesional lain dapat bilik single, so leh bawak bala tentera laa...especially my two kids! sonok sakan wish dan mea dapat tukar angin...ibu pun dapat makan hotel cuma sayang tak kena time bbq dinner (malam esoknya), silap time...


Lepas minum petang, mea dapat mandi dan swimm dalam pool, wah sakan mea (swimming suit mea lebar sket,so meleleh bahu)...jumpa geng anak-anak arab, melayu dan cina..sonok mea mandi, mulanya takut gak mea nak swim, pas seketika baru berani, 3 orang anak tuk arab suka main dan cakap dengan mea, seperti biasa, mea pun cakap ratik dengan slangnyer hehee..ada sorang cuba kiss mea, nasib baik mea dapat elak, kalau tak jadi less la anakku, ahaks! yang tak sonok masa ni ialah nak ajak mea naik ke bilik, sangat sukar dan terpaksa dipaksaa...huhuuu...till gelap dalam 7.30 pm papa tunggu, baru dukung paksa...

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin