Blog ni memaparkan kisah-kisah dalaman kami sekeluarga, just untuk rujukan kami bila terkenang-kenang saat manis sebelumnya; sebab itu ia dijadikan LIMITED EDITION, hanya untuk pembaca dalam kalangan ahli keluarga dan sahabat handai sahaja.

Friday, October 30, 2009

HaPPy BiRthDay WisH


Today is the first birthday party for my son (complete 1 year),and this time papa seek something nicer but weird till mea menangis mula-mula tengok semua orang pakai mask ala robin but not batman hehee..wish sporting, ikut jer la orang nak pakai apa kat dia as long as matanya boleh tengok...so walaupun kalut ada bengkel kat vistana, namun sempat gak celah on the way balik belikan kek slices yang different rasa..wish pun makan kek!


aik, actually who's party is this? orang lain plak bergaya sakan...nak buat camner wish, masa papa budak-budak dulu..bukan saja tak celebrate menate birthday nim, kekadang lupa dan tak ambik kisah pun ada..budak-budak sekarang ermmm...kan main sambut, abang nuar mea sejak sehari sebelum dah call to wish something for wish, and semalam tepon semula wishing back on a real day for birthday...semangat tul abang nuar, thanx...sorry la entry kali ni berserabut dengan kalimah magris sebab papa sedang tulis paper untuk ke Bangkok Disember ni bawa ibu, mea dan wish sekali...jalan-jalan hujung tahun!

Monday, October 26, 2009

PaPa gi KursUS

Lama blog ni menyepi sebab papa kena gi Kursus Kepimpinan Pensyarah Muda anjuran Kem. Pengajian Tinggi dan Intan (Inst. Tadbiran Awam Negara) di Intan Sg. Petani sejak 21-26 oktober 2009. Walaupun nama 'pensyarah muda' tapi yang hadir ada yang dah berhidmat 10 tahun dan ada juga baru sebulan setengah dilantik, papa dah 3 tahun setengah..Huhuhuu...sedih nak tinggalkan mea, wish dan ibu 6 hari dan 5 malam tapi sudah diwajib-paksa, otherwise showcause letter to vc dengarnya huhuu...so, pergi jer laaa..ambil yang positif thinking and try to explore apa yang nak diberi...


ini kumpulan LDK papa kat sini..nama kumpulan kami "marjan" yang maksudnya permata/intan maklum la kursus kat sini [dari kanan duduk; Ust Shariman (UMK-Bahasa Arab), Dr. Abd Rashid (UTM-Kejuruteraan Elektrik), ZulHazrin (UM-Fizik), Faizal (UPNM-Kejuruteraan Mekanikal); berdiri dari kanan; Khamsi (UiTM-Ekonomi), Connie (UMK-B.Mandarin), Dr.Rohafiz (UUM-COB), Dr. Fatin (UTM-Pendidikan)]..kat sini walaupun papa nampak muda tapi papa paling tua dari segi umur...kumpulan kami juara game dalam LDK hehee...semua sporting, active and bijakk! antara pengisian ceramah ialah integriti, hubungan luar negara, kepimpinan, keselamatan negara dan protokol/istiadat..


ni semasa penutup semalam,semua happy sebab dah nak habis kursus..dah lama tinggalkan anak bini/laki masing-masing..papa pun rindu bangat doh kat wish, mea dan ibu, main tepon jer tak padan..aktiviti kembara pagi marin paling tough yang dibuat di Pengkalan Hulu..sejam lebih dari sini naik bas intan...kami dibawa jalan dalam gua itik dan gua gendang yang kedua-duanya gelap gelita sambil mengharungi air dari setakat merangkak hinggalah yang dalamnya hingga ke leher...haiyyaa, letih lesu badan dah ler kena paksa menyelam macam yang pernah papa buat kat student pimpin hihihii..now we all semua kena! lencunnn satu badannn...


Bersenam...jadi pembantu leader fren from sains sukan uitm duk depan, kami ikut jer hehee..



ativiti menaikkan bendera setinggi mungkin menggunakan sambungan paip dan sokongan tali dari segenap penjuru...we all berjaya 26 kaki jer! bimbang kut patah memandangkan tiang semakin tinggi semakin belok-belekor, maka we stop and nyanyi lagu negaraku! semua ni nak lahirkan semangat kerjasama antara kami, young lecturers although some of us not young anymore!

Monday, October 19, 2009

MenaNGis dan Tok SuNah


inilah dua orang anak papa, yang kedua-duanya kini makin ligat dan lasak, pasni leh la lumba kat luar rumah pulak...yang tak bestnyer, dua-dua ni koho lama koho makin suka menangis, menangis depa ni bukan menangis ala jalaluddin hassan yang just menitis air mata..tapi menangis depa ni sampai suara jadi serak2 basah! huhuhuu...malam tadi wish 3 kali bangun tidur menangis semacam jer, bagi susu tak mau, bagi nestum tak mau, bagi minyak urut tak mau, bagi penampau baru tau hihii...kalau macam ni, pasni kena quarantin la daripada balik kampung kejap, iya la kalau menangis lagu nim, takde ubat...malu la ibu dan papa dengan orang kampung...ada anak yang susah nak control! sebab tak leh cakap lagi...so, baik mea/wish cakap cepat kalau ada masalah apa-apa...kita diskas, ahaks!


semalam keluarga kami dikunjungi Tuk Su Nah mea/wish yang datang bersama 2 anak bujangnya [Gambar: wish rapat dan leh main-main dengan thaqif sambil diperhatikan oleh Tok SuNah yang terpaksa dicensoredkan gambarnya]...tidur semalaman di rumah mea/wish dan semasa di sini, Tuk Su Nah mengimbau era beliau ke Penang suatu waktu dulu, ketika zaman bekerja as protokol masterwoman di samping kes suami dan sorang anaknya yang pernah study di sini...di USM ini...hadirnya ke sini pun kerana anaknya ingin menyelesaikan sedikit 'masalah' dengan USM, so Tuk Su Nah tumpang untuk kenali rumah mea/wish...

Friday, October 16, 2009

jaMuaN RaYer


hari ini ada 3 jamuan hari raya yang diadakan oleh pusat pengajian papa, desasiswa papa dan juga isdev..selepas viva pelajar master kursus hadith as internal examiner, papa just mampu pergi dua tempat saje dan itupun sudah cukup memenuhkan perut yang kecil ini hingga terasa membuai-buai sepoi-sepoi bahasa ketika khutbah dibaca khatib tengahari tadi..mula-mula papa hadiri jamuan kat school sebab penganjur utamanya ialah kelab kebajikan yang papa pengerusikan, walaupun pengerusi ada sejam yang pertama saja hehee...sebab papa pi jamuan kedua plak di desasiswa, kat sini papa ajak ibu dan wish. Sampai di sini ramai yang bertanyakan mana sorang lagi? mana mea? hehee..mea kena tinggal keseorangan kat depan tv sebab tidur..nak kejutkan kesian sebab baru tidur setengah jam, so kamikaze laa papa bagitau ibu, kita pi sat jer...bila balik, alhamduliLlah mea masih lena dibuai mimpi sekalipun posisi tidur sudah berubah sikit..okay la gitu!


wish kena kidnap! 2 exco mpd aman cuba mengaku depa ni ibu dan papa wish sebab pakaian mereka bertiga hampir sedondong...kaler kulit tu bey..not kaler baju yang jadi ukuran hihii...lain bonar nampak eeh..hahaaa...kreatif gak studen nim! semua berpakaian baju raya...we all staf jer yang pakai baju kerja, baju lamer tapi kaler baru! so selamat hari raya idul fitri maaf zahir dan batin...

Thursday, October 15, 2009

Ke KliNiK


semalam satu keluarga pi klinik minta ubat, sebelum klinik buka kami dah sampai sebab nak kejar masa..papa ada kelas beberapa jam lagi, doktor cakap dia gabra tengok semua datang nak jumpa dia, dia takut kena H1N1..wish amik ubat perut memulas (ada ker?)...doktor bagi panadol utk baby jer as pain killer, [wish suka nau menangis tengah2 malam macam habit kakak mea dulu], mea plak ambik ubat batuk dan selsema, ni mungkin berjangkit dengan papa yang dah lama batuk akibat habuk kuih raya huhuuu...ibu plak ambik ubat menyusu dan papa ambik ubat batuk especialy antibiotik...banyak botol dah minum tapi still batuk lagi..so dapat la se-bundle ubat untuk dihabiskan pada pagi tu...itu la kisahnyer!

Sunday, October 11, 2009

1SisWa 1MalaySia


pagi tadi kena pergi stadium sebab ada walk 1siswa 1malaysia, walaupun hujan gerimis sejak subuh..pergi jugak sebab dah tugas, awal lagi bos dah call suruh gi tengok pelajar kut depa tak turun, maklum la hujan..semua dah dibekalkan sehelai t'shirt (biru) sebagai insentif untuk penuhkan keperluan peserta aman damai 100 orang, aler ke tengahari panas mula datang..ni tengah wat senamrobik, puhh..berpeluh gak papa! biasa papa eksesais tak berpeluh, pelik plak hehee...apakah??

actually, bagus gak bila ada senamrobik ni, dan kena paksa gini, at least menyihatkan papa...pasni we all round usm hingga ke luar kampus melalui tesco extra as walk 1siswa, huh lagi la berpeluh...balik lepas zohor, down zzzzz....


malam tadi ada malam perasmian, ada cabutan bertuah tapi tak bertuah walaupun papa pegang 5 nombor hehee..keylat! before tu ada sambutan pesta tangung dan cahaya sempena bulan tanglung dan deepavali, ni pun dalam minggu 1siswa 1 malaysia....papa gi sat jer malam ni sebab banyak nyanyian dan dancing, kureng la sket mende2 ni...lagi pun, berglewok student duk main api dan tengok show.... papa lari awal keh3, janji papa telah datang...kalau bukan rasmi, tak suka aktiviti malam2 ni...baik duk kat rumah, baca draf tesis studen or tengok astro movie hehee...

Friday, October 9, 2009

SeliParKu daH KahWin


selipar papa yang pada mulanya pergi ke masjid al-malik khalid usm berstatus bujang, bertukar status tak semena-mena jadi "kahwin" lepas jer solat jumaat hari ini ...entah la lahabau mana yang tercuri atau terambil, hingga menyebabkan terduduk gak la papa sat di bangku kat luar masjid tu menunggu 'selipar bujang'ku datang kembali, namun hampa...tadi dah terfikir dah semasa nak pakai selipar raya, risau kut hilang lalu disarunglah selipar 'lama' sket, rupanya yang lama yang kena kidnapped huhuhuu...hilang pulak di masjid universiti tempat bersolat dan beribadatnya para ilmuan dan cerdik-pandai...ermmm...tak tau la nak kata apa cuma harapkan kalau ada yang tersilap ambil, dapatlah kiranya dipulangkan kembali my bachelor slipper...nak balik punya pasal, papa pinjam la sat selipar tandas masjid ni yang dah kahwin!

Tuesday, October 6, 2009

KonVoKeSyeN SePu


haa..inilah al-kisahnya, we all ke utara tanahair ni sebab meraikan konvokesyen pakcik mea iaitu pakpu aka pcikpu yang menerima skrol kosongnya bagi ijazah teknologi maklumat...tak bestnya pada hari tu, hujan sepanjang hari hingga terpaksa la we all possing di kawasan lindungan hujan iaitu depan library uum sahaja...bahagian kaki pun tak sedap sebab basah kuyup walaupun berpayung huhuhuu...ada jugak kelihatan beberapa kerat student dan famili yang bergambar di tengah hujan, sabau jer...hujan ni berterusan sampai la bila kami sampai penang di petang tu, dan berpecah dengan keluarga ayahlong kat sg. petani yang nak terus balik ke dungun..


sehari sebelumnya, kami sempat rewang ke kuala perlis mencari makan dan bersiar-siar ala parawisata..lagi pun jarak ke sini dari uum hanya setengah jam..


kat sini we all makan apa yang takde di tempat lain, so yang paling takde ialah siput ni...rasanya kureng lagi daripada kerang..apa pun, makan jer la..



ni la peserta rombongan besar kami ke k. perlis nim, mea pun sempat berposing dengan haziq yang bergaya sakan..


sebelum tu pada mula-mula sampai lagi, kami ke bukit kayu hitam untuk shopping-mopping hehee...boleh la banding-bandingkan harga pinggan mangkuk daripada correll ke carningware...murah jugak laa, dan okay la cuma kat sini kebanyakan orang thailand pun ramai datang, siap bayar duit siam lagi..


sepanjang 2 hari 1 malam di changloon ni..kami tidur di homestay yang disewa sepu, rumah teres kos rendah ni ada 2 bilik setengah, siap dengan tilam bantal tuala semua, okay la untuk kami melepak semalaman...

Saturday, October 3, 2009

RouND PuLaU


awal sabtu aritu, tak tau nak pi mana so ketua pelawat minta nak pi tengok ular...papa pun bawa la depa ke tokong ular, nasib baik aritu ada juga pertunjukan ular tedung selar maka dapat la tengok mamat ni cium ular...pastu pusing pulau ke teluk bahang dan feringghi..


oleh kerana masa pusing pulau hampir sejam, maka we all makan tengahari di batu feringgi pekena laksa penang, kaw jugak kuahnya...mea pun makan sama..


sebelum sudah solerah jalan-jalan arini, lepas gi queensbay dan relau, pusing semula ke utara sebab peserta rombongan nak minum petang di padang kota sambil makan sotong goreng kangkung dan kerang bakar...

Friday, October 2, 2009

TeTaMu RaYeR..


arini mea dapat tetamu yang datang beraya dari jauh, nun jauh dari dungun all the way come to penang..papa kata "tetamu mea" sebab mea la yang paling sibuk, sampai time nak mandi tak mau papa mandikan dah..mandi la dengan kakak sepupunya, kak tie..gitu juga bila time makan, dan main..papa dah dilupakan, kalau tak mesti nak duk teppek sebelah atau atas riba papa...actually yang datang ni ialang abang papa, aka keluarga ayah long mea yang datang ke utara ni sebab ada misi penting pada hari senin ni, papa pun dah ambil cuti pada senin ni to join the mission..mission ni kira merai'kan sesuatu yang penting jugak la..kalau tak pi nanti tak best la pulok, nampak sangat tadok orang cakna dan carra antara satu sama lain...hidup ni kan kena ada saling rai-merai dalam kalangan anggota keluarga, baru la ada kemanisan dan keintiman...so kalu nak tau apa mission tu, kena la tunggu entri seterusnya! hehe..biar suspen sket..tungguu naaa!

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin