bismillah & salam
Blog ni memaparkan kisah-kisah dalaman kami sekeluarga, just untuk rujukan kami bila terkenang-kenang saat manis sebelumnya; sebab itu ia dijadikan LIMITED EDITION, hanya untuk pembaca dalam kalangan ahli keluarga dan sahabat handai sahaja.

Thursday, December 31, 2009

CongRatuLaTionS Cik Nah & Pak Din!


Kami sekeluarga ingin mengucapkan tahniah kepada cik nah dan pok din sebab dapat baby pertama arini, girl 3.1 kg (beratnyerr), baby akhir tahun...kalau lewat 11 jam lagi, tentu jadi baby awal tahun! apa pun alhamduliLlah, semuanya selamat wal'afiat...bertambah la sepupu mea dan wish :)

Apa pLaN yEr?

hari ni papa cuti, semalam pun cuti...tapi kuliah dan ofis pergi semacam, sebab rumah dalam kampus...rasa 'puas' plak duk rumah lama-lama hehee...dengan mea yang asyik ngekor jer kalau papa online kat rumah...tahun depan cuti lagi (esok), nak buat apa ekk? nak keluar jalan-jalan lagi ker?? online tengok hotel di genting semua penuh...alahai, ntah la nak gi mana?? tapi masalah lainnya, papa kena jaga hostel huhuu sebab bos no. 1 ke Turki till 7 januari...ermmm....tengah fikir nim...


ingat cuti 3 hari nim nak pindah barang kat ofis tu sebab kena pindah bilik pejabat, tapi bilik baru tu belum dipasang karpet...so, malas lagi la nak angkut buku-buku! lagi tak pasang karpet seperti diminta, tak mo pindah ofis lagi...pandai sangat suruh pindah, bengang gak kat staf pentadbiran nim...dia ingat macam dorang pindah jer nak kena angkat fail jer, kitorang kena angkat buku2 semua yang banyak tuh huhuuu..3 bilik kat area bilik papa semua kena pindah dan sekarang tinggal papa jer lagi yang tak pindah...biarkan...biarkan...

Monday, December 28, 2009

CaMeroN HigHlanDs


plan nak ke cameron highlands untuk kutip teh di ladang boh akhirnya berjaya jugak direalisasikan hujung minggu baru-baru nim..dengan travel 'balik hari' terasa quit tough jugaklah, dan mea sempat la wat perangai on the way balik ke penang, ala biasa la tuh semek nim, mesti ada perangainya tuh..


di samping beli sayur-mayur yang banyak dibesarkan dengan 'bahan kimia', strawberri picking adalah antara xtvt di sini, wish suka bebenor nampaknya...cuma nak citernya ramainya orang dan banyak giler kereta, cuti sekolah kan, dan lagi hari minggu! so apalagi..jem boleh tahan jugak sebelum setiap stop terutama before pasar atas bukit tu, dekat sejam gak semua kereta merangkak-rangkak jer, nasib baik gear auto...


di sini, mea dapat strawberri paling besar...pokok bunga kobis belakang dia ni pun lebih besar daripada mea huhuu...

Saturday, December 26, 2009

TetaMu dari KamPunG


inilah tetamu yang datang ziarah mea dan wish sejak kelmarin dan semalam, uncle yoma sekuarga yang duk di rumah di Teluk Menara, Manir...semalam satu penang kami dah pusing daripada batu feringgi sehinggalah sampai naik feri pun ke butterworth...bukan apa, mereka aritu datang lalu ikut jambatan, kalu tak dibawa naik feri, nanti feri dilupakan sedangkan feri ada disediakan hehee..


inilah moyang (to'yang) mea dan wish yang turut datang ke penang, uncle ma tinggal serumah dengan to'yang..so alang2 uncle ma nak mari, papa suruh ajak sekali to'yang, biar dia tubit jalan-jalan luar negeri atek...aritu to'yang pernah datang ke penang tapi lama dah semasa makngah mea konvokesyen kat sini tahun 90-an...masa di sini, mea menjadi manja lak, asyik duk kat riba dan bercakap dengan to'yang yang sesekali tersalah dipanggilnya 'tokwan', maybe teringat tokwan kat kemaman...


geng baik nim...damea nur jasmine sedang menerangkan kepada mea maisarah agar bila makan nasi, nasi mesti dihabiskan...mea maisarah okay gak mmakan, mea jasmine nim kurang mmakan, nanti kena potong la dari segi saiz badan!

Wednesday, December 23, 2009

AirCoNd KeTe


habis kopak depan kereta ni, duit pun kopak sama bila aircond buat perangai, panas semacam jer..dulu ingatkan compressor jem/rosak seperti biasa, rupanya...


rupanya alat menatey ni yang bocor...so setelah ditangguhkan berhari-hari, maka rasanya sampai la masa untuk ditukar baru, tengok kaler pun beza noo...kesudahannya kopak habis duit bonus papa tahun nim huhuu...

Tuesday, December 22, 2009

xTvT peTaNg


ini kumpulan mat basikal sekitar perumahan ini, mea kocik sekali! takpe, bersosial tu penting...


now, pecut...mea jauh ketinggalan di belakang...hehee, nanti kena beli basikal betul baru laju sket! buat masa nim okk dulu.

Saturday, December 19, 2009

rUmAh No. 17


pandangan rumah dari arah hadapan


tanah menghala ke arah depan


tanah menghala ke arah belakang

Sunday, December 13, 2009

SaWaDee KaaP..



welcome to suvarnabhumi airport, bangkok! sawadee kaaap! we all selamat sampai di bangkok after penerbangan sejam setengah dari penang, masa di sini kurang sejam daripada malaysia, so sama la dengan time kat solo aritu!

chulalongkorn university


tasik dengan gambar raja tu adalah taman depan universiti...bangunan kat belakang ni pulak ialah mahachulalongkorn building, tempat seminar berlangsung..bahasa utama dalam seminar ni bukan english tapi siam huhuhuuu, sampaikan keynote speaker in siamese language...tapi ada la translation in english (kena ambil alat pendengar di kaunter urusetia)


kiri dan kanan jalan besar ini adalah universiti chulalongkorn lagi (orang sini sebut 'chula' for chulalongkorn)...banyak aliran sains di sini...ada juga pelajar dan pensyarah muslim di sini yg pompuan kenal sebab pakai tudung, dan lelaki kalau bagi salam or pakai kopiah..muka lebih kurang, hok comel pun ada..comel lote mcm pengerusi sesi semasa papa present, ppehhh...jeles sapa ibu mea/wish hi3...



sekitar seminar dan parallel session dalam bangunan mahachulalongkorn ni...ramai orang mai kat seminar ni dan dewannya pulak kocik jo...seminar yang papa hadiri ni adalah bertajuk 'the phantasm in southern thailand: historial writings on patani and the islamic world'...papa kena bentang kat dewan besar tuh huhuu...

jalan2 kota bangkok

mau pergi mana ya..semua directions ada di belakang hehee...so, papa pilih kita semua pi kenali masjid jakapong yang tersembunyi di belakang bangunan2 di salah satu lorong kecil di sini..actually banyak masjid di bangkok, dikisahkan dulu ramai tawanan perang Islam dibawa dari selatan ke bangkok untuk gali terusan..



lepak sat di tepi sg. menam chao phraya berlatar belakang jambatan rama 8..masa ni balik awal, bawa depa jalan2 sat sekitar bangkok, sian jugak, kalau tidak, terperuk dalam hotel jer la...we all duduk hotel muslim (ada staf cakap slang patani lagi), so makan just tempah kat hotel jer la, tak gaduh cari makanan halal...

apa yg mengejutkan di hotel ni, dalam banyak2 saluran tv-nya..ada jugak saluran rtm1...macam tak caya, tonton berita perdana tapi kul 7.00pm la waktu bangkok (waktu malaysia cepat sejam)!


ini istana raja thai...ramai orang pakai baju pink, dan berkumpul ramai2 sejak 2 hari lepas sebab menyambut birthday raja, start kul 6.00 pm banyak jalan ditutup, selalu teksi yang papa naik balik dari chula stuck huhuu...mereka ni datang dari luar bangkok utk merayakan birthday raja ni, sayang giler kat raja depa!



river cruise tour





menelusuri sungai menam chao phraya dan terusan-terusan sekitar bangkok...sempat gak naik long tail boat 4 beranak sewa khas ronda-ronda, takde dibekal life jacket pun, dah la papa sorang jer yg pandai berenang...

floating market


oleh kerana papa kena present 1.00pm pada hari kedua, so paginya we all ke floating market di taling chan sat kira-kira setengah jam naik bot panjang tadi, curi masa sat untuk jalan2, nak pergi floating market yang terbesar tak sempat sebab luar bangkok, so yang kecik pun jadi laa...


we all beli udang galah bakar cicah air lada kat sini..sodaaaap beb, just B100 jer for 5 ekor...


lepas naik teksi dan bot, masih sempat merasa gak naik tuk-tuk...semua nak rasa bila duk jalan2 kat sini hehee...


chatucak market

sebelum check-out arini, flite pun kul 2.15pm..we all ke chatucak market dulu after breakfast..ia adalah market yg masyhur di bangkok ni, kata sorang member "tak sah kalau ke bangkok kalau tak ke sini"...sini macam pasar chowkit la kalu kat malaysia, cuma besar giler...macam2 ada...

(banyak lagi gambo, tapi tak larat dah nak upload)

Wednesday, December 9, 2009

ProGRaM di RauB

lepas sampai dari solo kul 3.00 pm, papa sempat tidur sejam before bertolak pulak ke bentong untuk perasmian program baktisiswa usm esoknya, sampai kul 12.00 am pusing 2 kali bandar bentong cari hotel...nasib baik ada lagi bilik kosong walaupun katilnya tak macam katil queen pun hu3, saiz king jauh sekali!


mea posing depan rumah rehat raub, tempat penginapan selama di sini...we check in di sini after selesai majlis perasmian utama di bentong..ini kerana desasiswa papa di tempatkan di kg. pampong dalam daerah raub...semuanya ada 12 desasiswa di 12 kampung yang berpecah2 di 3 daerah iaitu bentong (4 desa), raub (2) dan lipis (6)..


dah takde tempat nak main dah...ikut kome laa, janji jangan gaduh! biasa la budak2 kocik nim..over all, 3 malam gak kami tido di sini..mulanya seram gak sebab orang kata rest house ni 'keras'..maklum la, lantainya tile hehee..


ketibaan anak-anak angkat di kampung selepas majlis di bentong, semua pakai vest dan t'shirt khas sampai ADUN tak puas hati vest untuk dia takde hehee...jangan juga tak tahu, di sini takde line h/phone hatta celcom sekalipun...so studen dibekalkan dengan walkie talkie tp 3 jer..berebut la kome guna..


ini barisan orang kuat kg. bukit pampong, dlm mukim dong...berbaju t'shirt putih belang no. 1 berseluar jeans tu adalah Dato' Shahirudin, ADUN Dong dan sebelah kanannya ialah Tok Empat (ketua kampung) kg. bukit pampong, En. Alias...lain-lain adalah ketua dan wakil agensi daerah seperti jasa, polis, risda, jkr dll


semasa memantau program berjalan, papa sempat ke hulu jalan kampung ni, menelusuri hingga ke Lata Jarum yang berada di puncak kaki bukit...kebetulan air besar akibat hujan malam tadi! tu dia...tengok saja laaa...



posing jer laa...wish terpegun tengok air terjun...papa datang sini bukannya apa, malam nantinya papa kena bagi ceramah kat orang2 kampung..siap sembelih lembu lagi sekor sumbangan jasa (jabatan hal ehwal khas), ingat lama la kena ceramah, rupa2nya before majlis tok 4 bagi nota setengah jam jer hehee...mujuqq!

Monday, December 7, 2009

SoLo & GontoR

solo dan gontor adalah 2 daerah di jawa tengah di mana papa sempat menjejakkan kaki di sana jumaat lepas..nak citerkan pengalaman ke sana sungguh mencabar huhuu...dimulai dengan transit di tune hotel kat lcct sebab flite kuala lumpur-solo jam 6.55 am (airasia only). so jam 9.00 pm papa dah amik airasia dari penang dan jalan dari lct ke tune hotel yang hanya 10 minit jalan kaki, kalau naik bas/van RM1 tapi malas nak tunggu..nak masuk tidur cepat2 sebab esok nak check ini awal. sebut nama solo, maka papa pergi pun solo laa..kecuali kawan papa pergi berduet sebab dia suami isteri akan jadi presenter di sana.


papa datang ni sempena Wacana Pendidikan Islam siri ke-7 yang dianjurkan bersama oleh UKM dan Pondok Modern Gontor (dikenali juga Institut Studi Islam Darussalam atau Universitas Gontor)..flite dari kl ambil masa 2 jam setengah ke solo dan masa di sana kurang sejam dari malaysia, meaning kalau landing kul 9.30 am, kena putar jam jadi 8.30 am.


sampai di airport adi sumarmo, rupanya ramai member papa dari universiti-2 di malaysia yang turut hadir menaiki flite yg sama as Dr. Zawawi Ismail UM (member SMKA Tok Jiring), Ust. Kamarulazmi Jasmi UTM (member UMKL), Dr. Aderi Che Noh UKM (senior Kisas), Mejar Azmil Hasyim KAGAT (senior Kisas) dan rakan-2 UPM dan UKM yang biasa jumpa jika ada seminar mengenai pengajian Islam...so, suasana di sini rancak dan penuh sembang laa...kami semua diisi dalam 2 bas pendek...dengan perjalanan dari airport ke Gontor mengambil masa 3 jam dengan jalan berliku-liku..


ni wisma Gontor 1 yang jadi tempat penginapan kami..ada lagi Gontor 2 yang jadi tempat belajar pelajar foundation, di mana sebahagian besar pelajar sini juga adalah dari Malaysia dan Patani yang membentuk 4000 pelajar Gontor...yuran pondok di sini paling murah iaitu pendaftaran RM1000 dan bulan RM120 sahaja, just for food!


perkarangan CIOS-centre for Islamic and occidental studies di ISID-Institut Studi Islam Darussalam..dikenali Gontor 3 rasanya, di sini menyediakan pengajian level universiti..pondok di sini bergerak atas biaya wakaf dan aset perniagaan yang menanggung semua pembangunan dan gaji guru-gurunya..jenama barangan pondok moden ni ialah "la tansa" yang mempunyai toko buku, mineral water, syarikat percetakan, dusun dll..


siapa sanggup makan? dahsyat...depa ni manfaat semua bahagian ayam...bahagian peha dengan kaki dan kuku terus tanpa dipotong huhuuu...ada member yang selidik ayam ni ta proper disembelih huhuu...apasal la urusetia berhenti kedai nim??



solo adalah kota batik...ni sekitar pasar klewer di benteng, solo...sebahagiannya jual harga pass (harga tetap), batik sutera pun ada..papa beli untuk ibu 4 meter Rp200,000 comeeeel hehee...


tanaman jagung bertingkat..orang jawa ni suka berkebun, di sekitar rumah pun banyak bertanam


rakan dari upm pagi2 dah meronda dengan kereta kuda


kesibukan kota surakarta (solo) di pagi ahad, ni masa nak ke airport balik Malaysia...memang suspen giler pagi tu bila supir yang ditunggu sejak 3 pagi hanya 4.3o pagi baru mai, hp plak di'off huhuu..dah la airport jauh..bimbang terlepas kapal terbang jer...bila check in airasia plak tak boleh check in terus ke penang, kena check in sekali lagi di lcct, risau papa kut tak dan sebab transit hanya sejam setengah jer..alhamdulillah flite sampai awal setengah jam, so selamaat...

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin