Blog ni memaparkan kisah-kisah dalaman kami sekeluarga, just untuk rujukan kami bila terkenang-kenang saat manis sebelumnya; sebab itu ia dijadikan LIMITED EDITION, hanya untuk pembaca dalam kalangan ahli keluarga dan sahabat handai sahaja.

Friday, January 29, 2010

MenGunDi di USM


28.1.2010 PILIHANRAYA KAMPUS...kata seorang rakan, 'kita yang penat, depa yang seronok menang!'...staf-staf yang terlibat kiraan undi terpinga-pinga jer bila ada kumpulan yang bersorak girang menang..team mana? oooh tidak tahu...tapi macam boleh teka! kali nim sampai pukul 3 pagi baru la pengumuman keputusan penuh diumumkan, fuhhh, beleh mata..kerja sejak 7.30 pagi lagi huhuu..nak lari awal, big bos asyik melilau jer macam jerung keliling kapal hehee...tapi papa sempat gak cilok sejam lebih hehee balik umah sat, tapi lambat la kiraan kali ni...semua ni pasai sistem pilihanraya manual lagi yang masih dijalankan di usm dan banyak kali berlaku kiraan silap, ada meja sampai 7 kali kira sebab tak tally dengan jumlah keseluruhan undi dalam peti undi, guaner wat tangg!

Wednesday, January 27, 2010

WisH BerJaLAN


gaya wish berjalan..wish semakin minat berjalan sekarang ni, walaupun kadang-kala lenggoknya sedikit kelakar...maklum la baru boleh 'kaki'...kak mea pulak sekarang ni asyik main kat luar rumah jer, pantang tengok anak jiran kat luar, dia pun nak keluar...tadi dah boleh buka pintu sendiri keluar....hai dah besor dah rupenya...wish pun selalu nak ikut pi main sekali, nanti leh 'jalan betul' dulu ya wish!


ini pula hasil ujikaji yang pertama papa belajar buat jeruk petai...bukan apa, sebab yang makan petai nim sorang jer, biasanya kalau beli paling sikit 3 papan seikat, dan biasanya juga sepapan atau sepapan setengah akan kecut-liut sampai hitam dan tak sempat dimakan...so untuk elakkan sedemikian, ini la yang dilakukan keh3...pasni leh la wat setabung dan jual kat kafe aman-damai.

Sunday, January 24, 2010

ADiK & KakAK


mau pergi mana nim? biasanya mea akan datang bersalam before going somewhere hehee...konon-kononnya, jauh nak pi tuu...kali ni adik wish menjadi pembonceng...tapi,

boleh jadi ker kalau adik wish jadi pilot? mungkin jugak tapi tak jalan laa...

Saturday, January 23, 2010

AdiK & PaNTuN


darwisy tidak takut lagi menaiki basikal, sambil dibantu oleh mea yang sudah dapat basikal baru..tapi sayang, kaki wish masih tak berapa nak jijak..



sopan-santun penenang jiwa,
hingga berkenan untuk me'ym,
pesta pantun antara desasiswa,
acara tahunan peringkat usm.

gempar georgetown dek perahu naga,
ramai berduka kehilangan tersayang,
sertai berpantun dah memang kuduga,
tapi tak sangka 'Aman' kalah diganyang.

berlaku insiden 'bantahan' ketika papa menjadi ketua hakim petang semalam apabila tidak menolak markah pasukan yang terlebih masa ketika membeli pantun, akibatnya desasiswa yang sepatutnya menang tidak menang. juru-audit pun tidak berhati-hati ketika membuat audit markah, saling percaya-mempercayai, kesannya kena bantah. Bagaimanapun, setelah jawatankuasa dasar bermesyuarat (semua penggawa desasiswa), keputusan telah dikekalkan kerana 'keputusan hakim adalah muktamad' dan tiada bantahan rasmi dibuat melainkan pihak urusetia (Restu) telah bertindak sendiri 'memeriksa markah yang berstatus sulit'. Pun begitu, rasa bersalah tetap tertera juga di hati ini..kesian Restu! so, papa dedikasikan dua rangkap pantun untuk Restu...

rumah tepi sawah, dinding berdaun duku..
papa rasa bersalah, restu berkubur di suku (suku akhir)...hu3

Wednesday, January 20, 2010

PiNdaH BiLiK




perabot yang membezakan bilik baru dan lama papa...huhuhuuu dah 3 hari mengangkut barang proses pindah nim, dari blok C20 ke blok C11 atas bukit tu, sungguh memenatkan, angkat kotak-kotak ke atas troli menuju ke kereta, then drive ke atas bukit, park, angkut pula ke bilik baru...memang tough! setelah papa ketegaq sebulan lebih, akhirnya papa akur (ceewah, nada kecewa..memang kecewa yang bersangatan!!)

tidak mengapa laa...dah sifat 'staf baru' yang bak mentimun, bergolek dan digolek..ia tetap melecur...karpet yang dipohon, tinggal jadi kenangan..walaupun bilik ni lebih besar, tapi berlantaikan simen kosong, maka kosong la jiwa papa (jiwangnyer!)...tiada ihsan sebab 'kena paksa pindah' melainkan kata-kata kosong daripada pihak atasan, manis mulut jer...yang lebih menjaga imej untuk peringkat antarabangsa daripada meraikan hati staf sendiri, di US, UK tiada pun macam nim, label je lebih...bilik sekretariat yang berfungsi 5-6 kali setahun dihias melebihi bilik staf yang saban hari berteleku menulis sesuatu untuk menaikkan nama universiti..bukan mahal pun, tapi 'mentaliti' yang double-standard golongan yang bakal pencen nim! huhuuu...memang tak puas hati...

Monday, January 18, 2010

kE RauB laGi...


sabtu kelmarin papa dan beberapa studen (1L, 4P) berserta seorang driver HEPP turun ke Raub untuk perbincangan program susulan yang akan dilakukan bersama anak-anak keluarga angkat.[t'shirt hitam di aats ialah Tok Empat Kg. bukit Pampong-En.Alias].. Planning kali nim nak bawa budak2 sekolah ni ke usm pulak...so papa tinggal la ibu and kids sat, semalaman jer...letih la nak memandu, kali nim jadi co-pilot...nikmat dunia, leh rehat, makan, tidur semahunya...


ni gaya membakar ikan agar cepat masak hehee...jangan buat apa2 just pandang kamera! mesti masak elok ikan tuh..actually saje jer ni, beraksi...suruh studen perempuan ke tepi sat, ahaks! di kampung bukit pampong ni, berebut keluarga2 angkat nak ajak pi makan nasi rumah depa, tapi menang kuarga pak imam sebab 3 orang anak angkat dia datang sekali pada kali nim, so mai makan sini laaa...


tengok tu, banyak hidangan disediakan oleh keluarga pak imam..ada siput sedut masak kicap, masak lemak batang keladi, kerabu pucuk paku, kerabu jantung pisang, ayam masak pedas/merah, ikan kembong bakar, petai mentah/rebus dan nasi...lupa daa apa lagi, sampai tak tahu nak suap yang mana dulu hehee...pendek kata, semua kekenyangan dan bila balik, van sunyi sepi..semua orang lena semacam jer hehee...alhamduliLlah!

Friday, January 15, 2010

HaPPy BirTHDaY iBU


Today is the special day for ibu mea dan wish, hari temu-tika kelahiran seorang baby perempuan kira-kira 30 tahun yang lalu. Now baby perempuan itu telah melahirkan pula sepasang baby baru, iaitu mea dan wish. Bukan senang mengandung dan melahirkan dua orang baby nim, bermula daripada alahan itu-ini hingga la ke kesakitan semasa nak melahirkan. Papa masuk labour room bagi kedua-dua saat ini untuk 'berkongsi' kepayahan itu walaupun papa tak rasa apa-apa, hehee...

Thanx ibu sebab banyak jasa as ibu dan isteri, semuge terus bekerja keras mengasuh mea dan wish dan sediakan makan-minum papa...jangan garang-garang, semua mereka nim ikut perangai ibu jugak dulu masa kecik2 hehe, ikut papa sikit2 jer...hahahaaa...semuge dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki buat isteri papa tersayang! Flying kiss untuk ibu daripada mea...mmmuah...


Ermm..untuk hari yang spesel arini papa x sempat nak sediakan meal yang enak2..bukan papa x sayang...cume kekangan waktu dan urusan pejabat yang senantiasa menghambat yang membuatkan papa x senang duduk...ibu pun faham..hehehe..so ibu pun cume order prosperity burger dr papa...dlm kesibukan, papa pun mencelahkan diri p beli sendiri instead of order delivery..ini pun dah cukup buat ibu sayang kat papa...:) thanx... kalo ikutkan nak makan kat luar la celebrate..tp susah ngan budak dua org nie, bukan tahu nak dok diam,last2 kite makan x kenyang.. itu pasal laaa... papa plak malam ni nak kene packing nak p raub esok..luse balik, so weekend dah full..huhu... neway, ibu dah cukup bersyukur papa ingat bday ibu... hope we'll always happy n happy forever n ever...ever n ever...ever n ever...

Wednesday, January 13, 2010

BesKaL BaRu di TaHun BarU!


beskal ni tak tau sempena apa? actually dah hampir separuh bulan tahun baru berlalu...maybe sempena birthday mea in advance yang bakal menyusul 2 bulan lebih lagi...hehee...kali ni kalau mea berlumba kat luar dengan rakan-rakan, tak laa lagi dapat nombor corot!


mea membonceng 'baby' jalan-jalan...bantal, toto adik wish dll. terpaksa diletakkan di atas sofa sebab beskal mea nak lalu...jangan menghalang lalulintas yea! nanti disaman.

Sunday, January 10, 2010

BeLuM


weekend baru nim mea ikut papa ke Belum Rainforest Resort, kat pulau banding, grik, perak sebab papa ada bengkel 2 hari 1 malam...tempat ni sebelum ni biasa lalu ajer untuk ulang-alik antara K. Trg-Penang...now ada peluang bermalam percuma hehee...mula-mula masuk kat bilik sini, papa dah terkejut sebab dalam bilik takde tv huhuhuuu..."macam mana la anak biniku nak habiskan masa dalam bilik nim nanti ketika papa ada bengkel?", so papa gi tanya kat kaunter, lalu dijawab mereka di kaunter, "kami di sini nature!"...huhuuu tergamam den.


suasana 'nature'..dalam ni ada ikan temoleh, dengar citer orang yang pernah memancing kat sini..ikan ni ada yang pernah ditangkap sebesar tong dram...tak tahu la betul ke tidak, tapi ikan nim antara yang makin pupus! kolam ikan toman pun ada, tapi gambo tak clear..so, pihak penerbit tak luluskan untuk siaran.


vroomm...jom kite ronda pulau banding nim...area resort nim tak la besar sangat, walaupun mengutamakan 'nature' untuk penghuninya, namun kelengkapan 'shower' bertaraf-taraf, ada class laa..besar showernya dan lebat air turun mencurah! hampir sama dengan bilik air di tune hotel...tapi sini besar lagi!


jom main air! bersedia semua dengan jaket keselamatan...ini acara team-building selepas xtvt dalam dewan, so semua petang ni main air...


horeyy dapat naik bot! tumpang kumpulan rescue semasa ikut mengawas geng lain yang berakit.., at least terubat jugak la hajat nak masuk ke tengah tasik temenggur nim..


kira papa jadi pembantu life-guard la dengan mea, kelihatan di air tu dua rakan sekerja papa sedang berusaha keras untuk sentuh tiang jambatan pulau banding, semangat depa nim berakit..papa tak join sebab tak bawa seluar track, bawa selai betul, ni la gara-gara tak baca habis tentatif program sebelum pi..


sebelum balik ke usm, kami dibawa keliling pulau banding ni dengan bot dan ini la rafflesia yang dijumpai di salah sebuah pulau di tasik temenggur, Perhutanan Belum ini...mungkin sebab di Hutan Belum, maka bunga ni 'belum' kembang molek lagi!

Tuesday, January 5, 2010

TerTingGal SoRanG


semalam mea kena tinggal semasa tidur lepas maghrib, bila three of us senyap-senyap ke tesco-extra sejam untuk beli beras yang kehabisan...biasanya mea akan tidur sejam, so ingat selamat la dengan we all pun pi betul-betul sejam...tetapi,bila balik, ibu cepat-cepat masuk bila dengar suara mea menangis, rupanya mea menangis dah teresak-esak sambil duk atas tangga between tingkat atas dan bawah dengan botol susu di tangan, penat dah kut cari papa, ibu dan wish tapi tak jumpa. Kesian plak mea...itu laaa, lain kali jangan tidur masa orang dah plan nak keluar! tapi, soalannya, adakah mea tahu plan papa dan ibu? hehee...tak tahu laa....

Sunday, January 3, 2010

Nur'ain Malisa

comelnyer nama..bak nama ibu mea kalau terlebih "i" pada patah pertama nama ini, itulah nama yang bakal tertaip di surat beranak si kecil ini nanti, jika betullah perkhabaran yang diterima semalam hehee..mungkin akibat kedekatan nama inilah yang memanggil-manggil ibu mea agar pulang juga ke kuantan untuk bertemu-muka @ bersemuka, mendukung dan men'cara si malisa semalam...


papa, mea dan wish sedar keinginan ibu penang ini..lagi pun jasa cik nah pada kuarga kami di penang nim sangat la besar jika ingin disebut-sebut, cik nah la yang jadi peneman dan penguat semangat kat ibu dulu tatakala ibu dimasukkan ke hospital bersalin pulau pinang kerana mea tak sabar menjengah keluar...sebelum mak dan bak sampai penang, cik nah dulu berada di sini mem'prepare serba-sedikit hal ehwal di rumah..pernah, duduk dengan penuh bosan tunggu atas bangku di luar hospital sebab ibu lambat bersalin, ahaks!...gitu jugak la bila wish mengacah-ngacah ingin keluar seminggu sebelum raya tahun dulu, cik nah jugak la yang diimport naik firefly bersama kak long di akhir ramadhan! [pakai mudah jer import anak-anak orang nim hehee]....


dan cik nah jugak la yang men'cara as nanny kat mea ketika ibu berpantang bila wish lahir, semasa ibu, wish dan mea di kemaman dan papa di penang...sampaikan masa tidur cik nah sudah porak peranda akibat tugas tangkap muat ini...so, atas kenangan itu, jasa itu, bakti itu, sempena hari ini hari untuk cik nah, maka we all balik la untuk jengah sekejap, dapat la ibu berbakti seketika walaupun tak sempat lebih-lebih, mungkin menurunkan ilmu dan pengalaman untuk dikongsi walau tak seberapa...hehee....[actually orang lain pun bantu juga tapi sebab entry kali ni dedikasi utk bekas penjaga mea dulu, maka sebut cik nah ajer laa, nanti sampai masa orang lain kita sebut nama orang lain plak hehee, okei noo...], beberapa lagi wajah malisa yang berjaya dirakam lensa h/phone kami..

macam muka siapa?

ini wheel chair cik nah yang dipinjam oleh mea dan wish, mereka nim digelar OKU yang diberi tafsiran baru as "orang kurang usaha"!!! tapi mereka usaha doh bbenornya bila asyik suruh papa tolak huhuuu...

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin