Blog ni memaparkan kisah-kisah dalaman kami sekeluarga, just untuk rujukan kami bila terkenang-kenang saat manis sebelumnya; sebab itu ia dijadikan LIMITED EDITION, hanya untuk pembaca dalam kalangan ahli keluarga dan sahabat handai sahaja.

Tuesday, March 30, 2010

HePi BirthDay MeA

Arini ulang tahun ke-3 mea...happy birthday anak papa sayang!









ceriaaaaaaa.....

Monday, March 29, 2010

TOT KE 36


mea melawat khemah tot aman damai, siap bawa bekal lagi...mea suka benar tengok orang lari berpagar...maybe one fine day, mea akan jadi atlet jugak! takpun jadi mcm papa,jd ketua kontijen sudah la..duk jer bawah khemah he3


pasukan sorak aman serba kuning, get ready to sorak pasukan aman...acara lari 100m dan 200m (w) aman dapat emas wooo...harapkan atlet ni la sorang sejak 2 tahun lepas, tahun depan tak tau la sebab 'dia' ni dah graduate...


mea nak lompat pagar, acara lari berpagar..hingga terpaksa guna khidmat papa sebagai pengangkat...orang buat acara penutup dah, baru nak lompat!


kedudukan pingat di akhiran tot...tahun ni emas dapat 2 jer, berbanding 4 tahun lepas rasenyer...ranking pun no. 5..

Friday, March 26, 2010

Khalayak...


khalayak rakan sepermainan..biasanya aktiviti petang, lepas pukul 6.00 pm adalah masa riadah bagi anak-anak papa dan ibu...mea dan wish akan dilepas bebas bersama anak-anak jiran untuk berkongsi idea mencari kesukaan masing-masing, at least mereka bersosial sesama sendiri..perkembangan untuk jati diri mereka towards dunia yang semakin mencabar hari ini.


ni plak khalayak mereka yang akan memeriahkan temasya olahraga tahunan (tot36) yang akan bermuala malam ni, jumaat malam sabtu..sejak dua tiga malam ni papa keluar malam je pi tengok persiapan khemah dan sebagainya untuk pasukan atlet aman damai, perkiraannya nak dapat 3 emas at least, janji tak la jadi pasukan desasiwa yang tercorot sudah hehee...

Monday, March 22, 2010

DarWisy


ini la yang dikatakan masuk bakul sendiri...tapi ini bukan 'bakul' tapi 'besen' yang spesel dibeli untuk muat ikan, daging, ayam dan udang jika ke pasar..bagi wish, janji dapat main, tak kisah!

papa pun tak kisah.

ibu pun tak kisah.

tapi mea kisah, apa yang wish ambik dan main, dia pun nak, dan dia nak kuasainya. selalu rebut barang yang adik main. hasilnya, kena katok kat papa dan ibu. suka nau sakat wish, sian anak papa yang semakin machoo tapi manja nim.

Thursday, March 18, 2010

TetaMu BeseRaH


Keluarga Taman Beserah sampai juga di rumah kami hari selasa lepas, untuk meninjau-ninjau area Penang pula. Sebenarnya takde apa sangat di Pulau Pinang ni melainkan beberapa tempat sahaja...dan mea sekeluarga membawa keluarga beserah jalan-jalan ke akuarium penang, pasar chowrasta untuk membeli jeruk, baju dan buku, berkelah di feringghi beach, solat di masjid terapung tanjung bungah dan tak lupa makan mee udang dan rfc (radix fried chicken) di dua sungai yang berbeza iaitu sg. dua dan sg. petani.


1. akuarium penang di batu maung. drive ke sini menggunakan gps ayahchik, wow! terus papa terkenan nak beli jugak, cuma malangnya..hari rabu akuarium adalah hari off untuk masuk dalam dewan pameran, so main kat luar jer hu3.


2. nasi kandar 'line clear', walaupun kedai ni tepi lorong gitu-gitu jer, 'line clear' dah masuk jalan2 cari makan tv3 tau..di sini, kami bungkus jer untuk makan di tepi pantai..kire berkelah makan nasi briani laa, cuma pedas laa lauknya, tak berapa clear jugak la kalu macam ni!




3. berkelah di batu feringghi...sempat la makan-makan, pekena air nyiur muda, mandi laut dan budak2 main pasir..korek jangan tak korekk...ibu jadi penunjuk-cara, ahaks!



4. sebelum terlupa, pekena radix fried chicken di sg. petani..maklum la yang datang ni adalah orang kuat hpa...so, jangan main-main...mesti beli hpa sokmo hehee..

Monday, March 15, 2010

TetaMu Tak DisaNGKa


lain yang ditunggu, lain yang hadir..ingat tetamu dari Beserah yang datang weekend baru nim, rupenye tetamu yang jauh lagi iaitu dari London dan Melaka...pun begitu kami sekeluarga menerima dengan amat berbesar hati..memang tertunggu-tunggu bila makcik Yah nak mari bertandang ke teratak kami, tahun lepas kami dah mengunjungi Melaka semasa Mcik Yah pulang...kali ni rumah mea/wish diziarahi oleh Mak cik Yah London dan Mak Ngah Melaka (kakak mcik yah). Ibu takut-takut sebab jadi cheff kat dapaur, kut masak tak best maklum la Makcik Yah ni pandai masak..komen pun pandai hehee..

Mulanya pada pagi hari sabtu lepas, papa pagi-pagi dah ke pasar sebab esok lusa or tulat rumah kami akan menerima kunjungan tetamu dari beserah, so cari la lauk-pauk yang menarik sedikit..maklum la tetamu membawa rezeki dan rahmat ke dalam keluarga!
...tup-tup sedang papa dan mea bersiap nak ke ofis sat ambik barang yang tertinggal, dapat call dari kawan mengatakan Mcik yah ada kat Malaysia, dan kini berada di Nibong Tebal rumah mcik siah (kensal rice) kerana ada majlis kahwin anak saudara Macik Siah...Makcik Yah suruh datang ambil dia di sana, so petang tu, kami sekeluarga pi la ke sana iaitu di Permatang Keling, dan tidur la kat rumah ni selama 2 malam...semalam, kami bawa depa jalan-jalan ke Sg. Dua, Chowrasta, Batu Feringgi dan Hospital Kulim hehee...kenapa Hospital Kulim? haa...nanti citer lagi...

Monday, March 8, 2010

WeekEnD yang BuSy


dua orang anak papa ni pantang dilepaskan ke padang..terus sakan berlari! ni sketsa tika kami pergi ke Kampus Kejuruteaan di Nibong Tebal kira-kira 40 minit dari Pulau Pinang, sebab papa pi bagi sokongan kat pasukan bola baling (w) aman damai yang akhirnya jadi juara keseluruhan..ada gak game lain di sini seperti ping-pong dan ragbi tapi tak score sangat melainkan ragbi sehingga semi-final..papa ajak dorang ikut sekali bukan apa, sunyi nak drive sorang ke sana...bukan dekat tuh, so dua hari 2x ulang-alik dari penang ke sini...leh gak tukar hawa, on the way balik pada hari pertama, dang lagi gi tengok rumah kat sg. dua sambil bungkus lauk gulai kawah hehee..


di weekend ni juga...sebelah pagi dan malamnya sama ada kena jadi hakim atau datang bagi sokongan kat pasukan debat aman damai yang berjaya juga sehingga semi-final, sedih jugak sebab tak ke final walaupun saingan yang diberikan sudah dirasakan mencukupi untuk menewaskan pasukan lawan...nak buat macam mana takde rezeki pada tahun nim...kat sini jer tak ajak mea or wish, sebab kut depa lak yang berdebat, ahaks!

Wednesday, March 3, 2010

LiPaN


ini lipan. tersesat dalam bilik air semalam masa wish nak mandi. ibu pun call papa kat ofis. papa balik ingat nak pukul jer terus lipan ni, tapi amik gambo dulu..ni kali kedua ada lipan dalam bilik air, dulu besar lagi...

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin