Blog ni memaparkan kisah-kisah dalaman kami sekeluarga, just untuk rujukan kami bila terkenang-kenang saat manis sebelumnya; sebab itu ia dijadikan LIMITED EDITION, hanya untuk pembaca dalam kalangan ahli keluarga dan sahabat handai sahaja.

Thursday, April 29, 2010

BaCa dan bAcA..

arghhh penat otak rasanya, lepas baca jawapan-jawapan exam..baca pulak draf-draf tesis yang sentiasa que untuk disemak dan diteliti terutama untuk kumpulan mix-mode hadith yang mesti submit pada 14 mei ini huhuu...kalau baca paper kan relax jer rasanyer he3...sesekali buka gak fb untuk release-kan minda ni yang semakin memberat dan heavy...iye la, kalu baca paper tak la sebegini sebab tesis ni kena ensure the pure quality of thesis utk menunjukkan standard seseorang calon untuk melepasi tahap lulus...ia juga menjaga nama baik as supervisor kut dikata 'tak buat kerja' dan menghasilkan pelajar yang 'tak berkualiti'...walaupun jika cemerlang, pelajar yg akan menikmati sbg graduan terbaik or whatever anugerah and hadiah, [actually sbg penyelia..inilah kejayaan/penghargaan bagi kami!] dan supervisor tak dapat apa-apa [dunia emata-mata nim hehee]..namun jika tak baik hu3...buruk nama hang noo...

.

so masa release ni, nasib la kalau sesiapa yang kena usha kat papa dalam fb yang mempunyai tajuk yang catch-catchy tu hehee...bukan apa, just usik mengusik!

Monday, April 26, 2010

PerKeMBanGaN TaNamAN


anak kemangin dan lada...sejak hujan mai sekarang, anak-2 kemangin hidup dengan begitu menggalakkan...tak tahu nak alih ke mana lagi, stok bertambah-tambah dan harapkan ada permintaan daripada sesiapa yang nakkan daun kemangin ni untuk dimasukkan dalam laksa, sayur putih terung or laksam.


kat belakang rumah ada lagi anak-anak kemangin, keladi, limau purut dan lidah buaya..pokok baby tomato pun ada cuma masih belum berbuah, ingat nanti kalau berbuah nak eksport ke luar negara hehee...

MasaK diHuJuNg MinGGU

Saat bila boring di hujung minggu, tiada apa yang istimewa nak buat melainkan sesi masak-memasak. fikirkan apa lauk yang nak dimakan, ke pasar for ingredients then balik 'buat' esp. lauk yang jarang dapat makan, biwi plak tak tau nak buat lagu mana, maka berdasarkan intuisi yang ada, buat saja..janji ada warna dan rasa ala-ala yang pernah dimakan dulu! kalau balik kampung pun, menu yang terngiang di kepala ni tidak terkabul dek kerana ibu papa dah meninggal dunia hu3...so, 'buat' saja...nak suruh adik-kakak pun, depa seme ada suami masing2 yang perlu dipenuhi kehendak menu masing2, maklum la keluarga sendiri2, so sendiri mau ingat la heh3...

actually if nak compare masakan manir dan kemaman ada perbezaannya...masakan manir more to santan, bersayur sama ada sayur putih, ulam or goreng, kadangkala need cat-fish, patin dan aneka gulai as gulai terung, daging + lemak, sup tulang, gulai tenggiri masin dan gulai layer chicken...manakala masakan kemaman kurang santan dan sayur, biasanya ada tumis air, singgang merah [sedap nim], gulai daging/ayam, masak merah 3 rasa, goreng2 ikan, ayam, ikan kerisi dan sup...biasanya lauk yang 'sivik' la dan takde inner-inner part or ikan darat yang maybe ada rasa ke'hanyir'an [mesti ada orang southern yg tak setuju dgn kenyataan papa nim hehe]...ada juga lauk yang hampir sama seperti gulai ayam/daging cuma bezanya daripada segi rempah yg digunakan dan kekerapan masakan bersantan di southern ni kurang sedikit berbanding di northern area he3...mungkin jaga kolesterol hehee..jadi mula-mula dulu adalah keketaraannya dalam menghadapi menu pada masa mula-mula papa check-in kat kg besut, dan mula-mulanya kala ibu datang hidup bersama berasingan daripada keluarga...hingga kini ibu dah hampir tahu kegemaran papa dan lauk yang membolehkan papa tambah makan nasi heh3...instead of must have 'budu'...so, minggu baru ni papa uruskan this inner part of daging...


Thursday, April 22, 2010

WorK HarD or sMarT?


Ada ke patut, kelulusan papa ke Jerman sebenarnya belum diset-aside-kan lagi duitnya daripada peruntukan geran yang ingin dicaj, rupanya pakai lulus saja jer dulu..hasilnya...duit dah habis susut hingga ke paras 13k sahaja lagi drp 180k sebelum ini...cepatnyer duit habis, depa ni berbelanja ke, makan duit nim huhuhuuu...mea pun nampak risau jer tuh, padahal takut ke ular! [apa kaitannya?hihihii]..
.
.
sambung balik, ini semua silap papa sebab tak buat pembelian segera esp. tiket flite dan wang pendahuluan, haiyaaa...semuanya hampir 10k kalau buat, and now semua nak cover dengan apa nim.?.?.kerani dah tunjukkan lejer kewangannya, dan memang nyata hampir licin, tinggal sisa-sisa claim jer lagi termasuklah yang papa ke kedah dan perlis baru nim utk claim...hai, jangan tak boleh plak claim duit minyak dan makan tu hehee..so now, papa terpaksa wire untuk menggunakan geran lain, yang papa ketuai, tapi at d 1st place enggan guna, sebab actually geran ni nak simpan wat pekasam, tapi dah ikan takde nak buat pekasam [apa kaitan?], so papa guna jugak la geran ni...orang atas bukit sana (rcmo) kata okay, so okay la..janji dapat ke jerman hehee, kertas kerja dah siap dah long time ago...dah la ke manila ditangguh sebab sponsor tak banyak, dan ke kambodia tadok geng plak untuk ku-join huhuhuu...mesti pergi! chaiyyukkk... sebab itu dalam hidup ni mesti ada kerja yang terancang, ni ada yang tak plan elok-elok la nim...kena alert pada sebarang perkara luar jangka...
.
.
Di antara hadis Rasulullah SAW yang menggambarkan 'pentingnya perancangan' ialah pesan Rasulullah SAW kepada seorang sahabat Shaddad bin Aws iaitu, "Syam akan dibebaskan, dan BaitulMaqdis akan dibebaskan, di sana kamu (Shaddad bin Aws) dan anak-pinak kamu akan menjadi imam, jika Allah izinkan"...supaya Sahabat bersedia menjadi ketua/imam di sana.....dan setelah wafatnya Baginda SAW..Shaddad bin Aws RA benar-benar menjadi imam dan begitu juga Baitul Maqdis telah berjaya dibuka oleh Saidina Umar 5 tahun setelah wafatnya Rasulullah SAW..

Wednesday, April 21, 2010

PerLis Sat..



Dalam kesibukan papa gi jumpa Pengarah JAIPs dan Timb. Pengarah Penyelidikannya, dann lagi dengan saki baki petang yang ada ke Taman Ular. Actually suntuk gak masa bila menuju ke sini petang tu iaitu masa dah 4.20 pm..tapi hasil bantuan satelit, we all direct sampai ke sini tanpa sesat at 4.45 pm dan terkejut tahap kancil, rupa2-nya masa melawat habis 5.00 pm, ingatkan pukul 6.00 pm huhuu...nasib baik staff taman ni baik setelah dipujuk rayu oleh mea dan wish, maka we all manage to enter till 5.30 pm...hehee, tq yaa...semput gak nak habiskan ronda walaupun taman ni kecik sahaja. [lihat fountain mulut ular tu, macam citer anaconda jer]




Sedikit pengisian rohani, diriwayatkan daripada Abdullah bin Mas'ud r.a katanya: Kami pernah bersama Nabi s.a.w di dalam sebuah gua. Di dalam gua tersebut, Allah berfirman kepada Baginda: "Demi Malaikat-malaikat yang diutus untuk membawa kebaikan". Kami berhasrat untuk mengambil buah kurma yang berada di depan gua tersebut, tiba-tiba keluar seekor ular. Nabi s.a.w bersabda: "Bunuhlah ular itu". Kami bergegas untuk membunuhnya, namun ular tersebut sangat pantas sehingga terlepas. Rasulullah s.a.w kemudian bersabda: "Rupanya Allah telah melindunginya dari kejahatan kamu, sebagaimana Allah telah melindungi kamu dari kejahatannya".




ini la tempat kami menginap dan ini jer hotel paling besor di kangar, kat kuala perlis sana ada gak tapi jauh plak papa nak berulang ke pejabat agama, actually, walaupun dah 3x mai ke sini..inilah baru 1st time berkesempatan menginap di sini..kesian ke mea dan wish, rupanya dalam hotel yang macam gah ini rupa-rupanya takde bath tab utk anak-anak papa berendam..dah la suhu sekarang hangat bangat jer, air-cond kat bilik pun slow yang amat...siang harinya tak tido la budak 2 orang tu...ish2 macam tak sum jer dengan tersergamnya bangunan ni hu3...

Monday, April 19, 2010

Di AloR SeTarrr...


takde tempat istimewa nak poi sebab masa ada sejam je sebelah petang...so ke sini je la yg jaraknya dekat saje..tapi pusing pinar gak sekejap sebab gps suruh pusing kanan, padahal temptnya kena pusing kiri, so berpusing-pusing la sat situ, mesti sett salah dalam sistem gps ni, sure yg buat sistem ni bukan orang yg suka kat 'penamaa..ni'..apa-apa la...

Ragam wish, kreatif dia gunakan laci tu...


selepas diturunkan, dia main tang lain pula..buka tutup lampu, habit mea dulu...pastu pi buka laci plop..ish..issshhh...mamat nii...

Saturday, April 17, 2010

NorTH BouND


senangnya cari lokasi tujuan esp. hotel sekarang, tak payah pusing-keliling...itu la bila maju ke depan bersama teknologi satelit pada hari ini. Terpikir jugak, kalau satelit boleh tunjuk se-clear gini, tentu la lagi clear CIA, FBI, KGB etc duk skodem negara2 Islam utk set nak boom kat mane, dan Maha Clear Allah yang lebih nampak apa yang kita sedang dan akan lakukan...insaf-insaf!

Haaa..nampak tu menara alor setar, makna katanya...we all at kedah already...papa ada mission 2 hari di sini, pastu perlis plak...'we all' maksudnya = kami sekeluarga hehee...lama tak jalan jauh sket, apatah lagi utk tidur hotel plak...kadangkala outing begini boleh relax-kan minda even though esok, lusa dan tulat ada beberapa orang yang perlu papa temubual, rasanya kerja yang terancang, fokus tapi santai good for our health hehee...apa kaitannya? entah le...mungkin stress dengan rutin dan kpi...now semua orang cakap pasal kpi...cuma ibu je yang cakap pasal kpli hehee...apa-apa laa...

Thursday, April 15, 2010

القضية المعاصرة





مسرور الوجه عندما أويش وأبوه -أنا- نتلاعبا معا. هذا من البرامج اللازم فيما بيننا أن نبداء بالسري والجري على قدمين كل مساء. وإضافة على ذلك, من الغرض أيضا أن نحقق إبني وبنتي كلاهما فى صحة ودوام كل زمان ومكان

gambar ceria ketika wish dan papa main bersama (kat depan rumah)..inilah aktiviti biasa papa bila petang-petang sambil jalan-jalan atau berlari...tambahan pula, ia bertujuan untuk memastikan wish dan mea ni sihat sokmo dengan bersenam dan keluarkan peluh petang-petang [terjemah over plak!]



هذه الصورة نتصور حينما نحن ذهبنا إلى فيسا بمناسبة معرض الكمبيرتر التى أقامتها الحكومة المحلية. فى هذا الصباح ذهب أنا مع ميا فقط وأم ميا فى البيت مشغول بأمور الأسرة. وحمل من بعد آلة التصوير أو يقال أيضا سكنر حتى يسهلني فى عملي هذا اليوم
gambar ni diambil ketika mana we all pergi ke PISA (Penang International Sport Arena) kerana ke pc fair yang dilaksanakan baru-baru ini. Pada pagi itu, papa pergi dengan mea jer dan ibu tinggal dumoh dengan wish uruskan masak-masak, senang bila balik boleh makan terus hehee..di sana kami bawa balik 'scanner' bagi memudahkan kerja-kerja papa esp. isi SKT tahunan huhuu...

Friday, April 9, 2010

BBQ AmanDamai

malam tadi ada BBQ aman damai bagi menghargai jasa semua crew dan pelajar yang menjayakan program2 desa sepanjang sidang ini, kali ini di buat di perkarangan desasiswa pula, malam kelmarin kat hotel tak semua yang pergi...so untuk cover ramai lagi, untuk kira-kira 2oo orang pelajar lagi, menu-menu seperti ayam, sosej, ketam, fish-ball, jagung, bihun, kacang, kek bla...bla...dihidangkan panas-panas...dan kali nim papa ajak ibu, mea dan wish turut serta. sebab semua staf lain malas nak mai...so apalagi, makan..makan...dan makan...wish so happy sebab dapat keluar rumah, pusing-pusing seluruh kafe dan ramai akak-auntie yang ingin berkawan, gitu gak dengan mea...after that, papa bawa pusing bukit jambul sat before balik rumah, sebab sian depa ni tak puas naik kereta....hehee..

start minggu depan, dah study week...bagi papa actually minggu ni dah study week hehee...silibus habis dan dihabiskan awal, bukan apa...strategi...pas setel belaka sereme, leh la papa outing wat collect data plak, plannya ke Kangar dan Alor Setar...next to K.L...insya Allah, semuge berjaya la plan ni...

Thursday, April 8, 2010

DinNer Aman Damai

semalam papa gi dinner aman damai, diadakan di Cititel Hotel, jalan Penang...majlis bagi mengenang jasa para pelajar desa ni rupanya sudah kali ke-3 papa hadiri, ini bermakna sudah 3 tahun papa berkhidmat di desasiswa ini, dan selama tempoh ini juga la ibu dan apatah lagi mea dan wish tak dapat join serta majlis dinner nim...sesekali rasa kesian gak tapi rasionalnya memang tak boleh nak bawa datang sebab dua budak itu sangat la susah nak dikawal dalam jangka masa yang lama...

ulasan tentang majlis ni, ermm... makanan memang tak best..pasni jangan sesekali lagi buat dinner di sini, dengan pelayan yang hilang di saat nasi tambah amat diperlukan, kesian staf pejabat yang sorang2 makan banyak kali tambah tu hehee...terpaksa la depa bangun ambik sendiri! ingatkan duduk kat meja vip dilayan macam vip la...huhuuu...mungkin ada staf hotel yang tuang kerja kut! apa-apa laa...janji makanan memang tak best...ibu masak kat rumah lagi best, walaupun sambal nyiur berlada masih dok jaddi lagi, ahaks!

Tuesday, April 6, 2010

MinuM PeTanG


petang tadi we all tukar selera, biasanya ibu sediakan minum petang di rumah sama ada jemput2...kopok lekor...kayu keramat...sandwich or apa-apa laa...namun kali ni kami tukar lokasi, we serbu "restoran kayu nasi kandar" pekena roti tisu (wow 3 pinggan untuk tampung), roti canai dan teh tarik kaw-kaw punyer! burrbbb....legaaa....alhamduliLlah syukur nikmat!

Friday, April 2, 2010

HuJaN & PokoK

sekarang cuaca tidak sepanas dulu, tiada lagi kehangatan dan kekeringan hingga jadi "panas so'oh" sangat...boleh dikatakan sejak dua tiga hari lepas, hujan mula turun lewat petang hari..alhamduliLlah, semuga hujan yang datang membawa rahmat dan manfaat [Allahumma soyyiban naafi'an]. jadi waktu bermain petang anak papa menjadi pendek sedikit, iya la..bila mana hujan mula nak turun, semua kena masuk dalam rumah, beriktikaf. kedatangan hujan ni menjadikan tanaman segar dan hijau, malah rumput yang kering jadi green, cili pun dah mula berbunga, pokok kemangin beranak-pinak, betik-betik mula berpucuk dan hijau daunnya cuma satu pokok ni sahaja yang semakin sujud dan tumbang...

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin