Blog ni memaparkan kisah-kisah dalaman kami sekeluarga, just untuk rujukan kami bila terkenang-kenang saat manis sebelumnya; sebab itu ia dijadikan LIMITED EDITION, hanya untuk pembaca dalam kalangan ahli keluarga dan sahabat handai sahaja.

Monday, May 24, 2010

TRavEL to CaMBoDia


pengembaraan ke cambodia mendebarkan jugak on the way apabila turbulent menggegarkan jugak airasia yang sememangnya kocik, hingga masing2 rase kecut tika flite menurun elak angin semacam tika roller coaster menurun hehee...kecut jantung dibuatnye! jadualnye, turun di siem reap then menuju ke phnom penh, sambil singgah jap di kampong cham di mana letaknya majoriti komuniti melayu dan islam...

Bandar Siem Reap

bandar siem reap dari udara...kebanyakan tanah di sini ialah sawah padi dan beras di sini sedaaap, setanding beras wangi tapi membujur macam herba-poni taj mahal...cuma kelihatan tiada sistem pengairan spt taliair yang baik, so pertanian sukar untuk 2x setahun...


mendarat di siem reap's international airport...yang pakai jersi biru muda kat belakang tu adalah team ini, cuma papa jer tak mboh pakai hehee...masa ni mengantuk lagi sebab flite kul 7.00 am tadi (penerbangan 2 jam), kul 3.30 am dah sampai lcct hu3...masa sini lambat sejam drp malaysia.


Angkor wat di Siem Reap..panasnyer suhu di sini dalam 42cc, terik bangat! air yang diminum terase habis sekejap jer..inilah kebanggaan cambodia...dengar citernya, asal dulu angkor wat ni adalah kuil hindu dan kemudian menjadi kuil buddha...hingga kini, buddha kuasai dan adalah agama majoriti di sini (87%)..ia menjadi perkara sensitif orang sini jika dipermainkan.

Kampong Cham

Masjid al-Mubarak, Bu'baen...bila papa tanya studen madrasah kat sini dia sebut pup'ang..entah la mana yang betui...dalam kampung ni terdapat 46 buah keluarga muslim, semuanya miskin-miskin sahaja sebagai pesawah dan petani...


pemandangan di perkampungan di kg. bu'baen ni macam di Malaysia in 70's or awal 80's, masih bertanah merah dan rumah sebagiannya dibuat daripada kayu dan buluh. Di sini ada program sikit dengan masyarakat Islam di sini, antara usm, majlis belia dan komuniti melayu sini...orang Islam di Cambodia ada dalam 9% dan sekitar cambodia ada lebih kurang 600 kg muslim kalau tak salah maklumat setiausaha mufti kemboja yang turut hadir...sambil dinasihatkan, sebarang sumbangan kepada mereka hendaklah melalui pejabat mufti supaya tidak dibolot oleh orang yang berkepentingan...


ini juadah yang disediakan orang kampung ni, bukan menyusahkan sebab kami bayar dulu kos before datang he3, menyelerakan gak dengan sup ikan (ala ikan haruan), gulai daging, ikan bawal goreng asam, itik goreng dan lain-lain...sementara di bandar seam reap dan phnom penh, we all makan di kedai mamak dan kedai muslim yang kebanyakannya berasal dari Malaysia atau salah seorang orang Malaysia tapi kawin orang sini..so tak miss la masakan ibu sangat! cuma jangan lupa, ada menu spesel jugak di cambodia ni macam di Kampong Thom yang terletak antara siem reap dan phnom penh ada sebuah market yang jual makanan exotic ni...


inilah makanan spesel yang dijual di spider market...jenis goreng-goreng saja, spider, cengkerik, burung, anak ayam, katak, kumbang dan spider hidup pun ada hu3...papa merase jugak cengkerik nim, rasanya macam udang goreng, siap bawa balik lagi 4-5 ekor untuk ibu, mea dan wish untuk rase hehee...secetong harganya 2000 riyel or equal to setengah dollar.

Bandaraya Phnom Penh

Di Phnom Penh, we all ke universiti ni..kat sini studen ada dialog sementara papa and the gang gi lepak kat cafe sambil sembang dengan orang-orang di phnom penh ini...most of them berpendapatan purata USD1-2 sehari, kesian. Kat sini matawang yang digunakan ialah dollar (USD) dan riyel (tempatan). Biasanya, dollar la...sebab kalau penjual, depa beli barang2 pun dengan dollar!
.

sketsa di bandaraya phnom penh....selagi boleh muat, 4 orang pun jadik! driver saja yang wajib pakai helmet ...itulah Phnom Penh (sebut 'peng') yang dibagitau banyak 'corruption'...if you pay, you can get through! betui ka...entah laa...


tak lupa ziarah wakil negara kite di Malaysian embassy..ada sesi temubual bersama Duta Besar dan pegawainya, banyak diberitahu peranan Malaysia dalam membantu membangunkan Cambodia, termasuklah dalam pembinaan Nagaworld yang ada produk ala casino royale hu3...


turut melawat tuol sleng genocide museum yang asalnya adalah sekolah, kemudian ditukar menjadi penjara dan tempat siksaan...ini adalah gambar mangsa-mangsa yang dibunuh oleh regim pol-pot..mereka diambil gambar sebelum dibunuh dengan kejamnya, demi elak kerugian peluru, ada mangsa dicangkul, tikam, siksa dan sebagainya...masih kedapatan kesan darah dan sempat berjumpa dengan mangsa tahanan yang menceritakan kekejaman regime khymer rouge dulu...di mana pol-pot mengamalkan 1 pandangan mao-tze-tung supaya membunuh semua golongan menengah (yang cerdik dan terpelajar) bagi memastikan pemerintahannya berkekalan lama..




lewat petangnye...kami dibawa menelusuri sg. mekong yang wujud dari pertemuan 4 batang sungai iaitu sg. mekong, sg. tonle sap dan sg. basaac...di sekitar sini bandarnya kelihatan okay sikit, comel dan tersusun..ada kawasan yang padat dan sedikit tak kemas...macamana tak kemas, haaa korang kena mai tengok sendiri laa..

Lensa dan Panorama
di sini pemanduan adalah left-hand drive...selamat memandu!






Monday, May 17, 2010

1st InsPecTioN


pagi tadi, papa ibu, mea dan wish cilok sejam ke sg. dua, butterworth untuk inspection rumah baru kami hehee...dan yang paling gembira antara kami ialah dua orang budak ini laa...semua angle, pintu, lantai, mozek, cermin dll diperhati-tengok kut-kut ada yang tidak ada kepuasan dihati...turut mengekori seorang staf daripada pemaju/kontraktor untuk catat any defect yang dikenalpasti...


gembira mea duk dalam bilik air utama...terkejut kontraktor tu bila ibu komplen 'bath-tab' takde hehee...mea dan wish komplen nak 'jakuzi' sekali...papa memadai lepas untuk bersuci hehee...cuma bilik air di tingkat bawah yang dikomplen betul-betul sebab takde poin lampu...takkan mandi bergelap kut bro!
.

haaa...ni pemandangan dari dalam rumah, ermm...luas gak kalau dilihat semasa semua masih lengang ni...diberitahu, komplen ini akan dibaiki dalam masa 21 hari, dan jika puas hati boleh la masuk...dan daripada tarikh ini, ada beberapa bulan lagi jika masih dikesan defect...so, okay laa...tak sabar dah nak renovate serba sedikit! cuma yang paling tak gembira dalam kegembiraan ini ialah start bulan depan dah mula bayar penuh instalment ke bank huhuhuuu...


antara defect yang dikomplen, harap diperbetulkan segera sebab mea dan wish dah tak sabar nak masuk!

Tuesday, May 11, 2010

GH cuTi kuARGa



setelah berulang-kali lalu lpt-gohtong jaya-batang kali-tjg malim-plus, kali ni memng papa peruntukkan 1 hari drp cuti yang diambil utk naik skyway-menginap semalam sambil main2 di 'atas bukit' ni...dengan cari time harga bilik yg the 'best deal'...dpt la jugak masa ke sini! release sat walaupun ada lagi draf tesis yng keep-on masuk dalam mailbox utk disemak, maklum la dead-line serah soft-cover jumaat ini...tapi bukan papa yg slow, depa ni yg suka wt kerja bertangguh, now masing2 tak cukup tido...papa nak tido lena malam ni hehee...mea dah down after menggigil dalam 'snow-world' tadi, cuma wish still maintain segar-bugar!



genting skyway...park kat bawah jer sebab nak enjoy pemandangan hijau! susah dah sekarang ni nak dapat panorama macam ni...semua ditebang, tebas dan gali...


snowworld..bagi mea dan wish menggigil-gigil hehee...walaupun di kemaman panas dan berpeluh aje, tapi di sini habis kebas dan sejuk ketorr...itu baru ciptaan manusia yang nak tiru ciptaan Tuhan, bab salji turun pun dok jaddi doh...tapi takpe la, itu la 'man made'.

Monday, May 10, 2010

HaRi IbU...


Selamat hari ibu pada ibu mea & wish...hai, pepagi bebenor dah ke Chendor Beach...selebrek hari ibu di tepian pantai hehee...papa tadok hadiah spesel utk ibu melainkan membawa ibu berjumpa ibunya sendiri di kampung! rasanya 'spesel' la tuu...to feel great as ibu ialah dengan melihat ibu sendiri, dapat pahala tatap wajah ibu gitu jugak bapa...macam mana dulu susah payah membesarkan anak-anak maka now 'ibu' merasa sendiri walaupun baru dengan 2 anak...bayangkan mak membesarkan 10 anak! so, hayati dan hargai sementara sempat...ini kerana berkhidmat kepada orang tua melebihi pahala jihad fisabilillah seperti sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: Daripada Abu Abdul Rahman Abdullah bin Mas'ud beliau berkata: "Saya bertanya kepada Nabi SAW. "Amalan apakah yang paling disukai oleh Allah SWT? Baginda bersabda: Solat pada waktunya, saya bertanya lagi: Kemudian apa lagi? Baginda bersabda: Berbuat baik kepada kedua orang tua. Saya bertanya: Kemudian apa lagi? Baginda bersabda: Berjihad di jalan Allah." – (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)


termenung panjang mea, mungkin menghayati tugas berat yang menantinya sebagai ibu kira-kira 25 tahun lagi...banyak kisah dikisahkan dan kisah untuk dikongsi bahawa Rasulullah SAW pernah menitiskan air mata mendengar pengaduan seorang lelaki tua mengenai anaknya yang menderhaka. "Wahai Rasulullah, anakku telah aku didik tetapi setelah dewasa dia menzalimiku. Lelaki itu kemudian menyatakan kesedihannya dengan untaian syair yang memilukan:
"Ketika engkau masih kecil, tangan ini yang memberimu makan. Engkau minum juga aku yang tuangkan. Apabila dirimu sakit, aku berjaga semalaman. Kerana sakitmu itu aku mengeluh kerisauan. Tetapi, di saat engkau dewasa dan mencapai tujuan. Kulihat pada dirimu apa yang tak ku harapkan. Kau balas aku dengan kekasaran. Seakan-akan nikmat dan anugerah engkau yang berikan."
Mendengar bait-bait syair lelaki tua itu, berlinanganlah air mata Rasulullah SAW seraya bersabda yang bermaksud: Kamu dan hartamu milik ayahmu." – (Ditakhrij oleh Ibnu Majah 2357, Imam Ahmad dalam al-Musnad 6883, Ibnu Hibban dalam sahihnya 409, 4182. Al-Baihaqi dalam al-Sunan 16054)
- Al-Fatihah utk arwah bonda papa yg kembali ke rahmatuLlah pada 1996/ dan ayahanda 2005.

Sunday, May 9, 2010

MotiVasi d RauB




wish di Raub rest-house lagi..ntah la kali ke berapa entah wish datang sini..escort papa yang escort studen aman damai yang adakan progrm motivasi akademik di SRK Tanjung Putus, jalan ke Ulu Dong, walaupun nama sekolah macam 'putus' jer tapi khidmat usm sejak baktisiswa aritu tak mau putus-putus, kelestarian tu penting atau 'istiqamah' dlm membantu anak-bangsa, itulah antara intipati apa yang papa sembangkan dgn guru besar SRKTP semasa program ini berlangsung..



alhamduliLlah, sambutn menggalakkan...seramai 80 orang pelajar darjah 4, 5 dan 6 hadir daripada keseluruhan 200 ++...maknanya, almost 1/3 pelajar komit untuk belajar hingga ke menara gading, smpaikan driver hepp usm pun depa amik autograf hehee...

Sunday, May 2, 2010

Ustaz Long Mai PenaNg


[versi papa] Tengah papa berpeluh-sakan membasuh kereta-kereta di porch, ibu telah menyejukkan papa dengan berita abg. ma ada di penang...so, setelah dilakukan 'standing-meeting', kami sepakat menjemput ustaz ma 'and the gang' untuk makan tengahari di rumah, semua 'gang' ini adalah 'gang mmegang' la kat Taman Islam, Kemaman yang menyediakan pendidikan ala pondok moden. Bukan apa, berkat la rumah kami apabila bukan sahaja disinggahi oleh tetamu yang menjadi darah daging ibu sendiri, malah dari kampung ibu dan mereka pula ustaz-ustaz yang masyhur dalam mendidik anak bangsa tanpa memikirkan laba dunia yang begitu mementingkan ukuran gaji dan kemewahan...

kami sediakan lauk biasa-biasa jer berdasarkan bahan mentah yang ada dalam peti ais...iaitu gulai ayam pencen, goreng ikan temenung, sayur kobis goreng, telur dadar, sambal durian dan sambal bawang, dan air dua rasa hehee...alhamduliLlah, kaum lelaki semua menambah 3 kali! rupanya tekaan lauk yang disediakan 'menjadi'...tahniah kepada jurumasak walaupun yang mendapat pujian memasak-nye 'sorang jer' huhuu...hehee...kalau tahu 'main course' dibuat oleh siapa, sure semua tak percaye ! hehee..tau takpe..
.
[versi ibu] moning2 ibu tgh bace paper..tokwan call ckp abg ma ade kt penang..so ibu pon call la kekanda then ajak la dorang lunch kt umah..hasil meeting-dating ibu n papa terciptalah masakan yg dah diuraikan oleh papa..tp ade secret dat only ibu n papa know..hehe..
after lunch n solat n driver pun sempat berdengkur kejap, we all escort 'd gang' p memborong jeruk yang menjadi trademark penang ni haa...ibu pun borong same la, memndangkan stok kat umah dah zero..
skang ni umah dah sunyi balik seperti sediakala..begitulah bile sesekali sanak sedare n tetamu datang menjengah...walau letih tapi gumbire kerana keberadaan kami di sini dapat 'berfungsi' seadanyer.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin