Blog ni memaparkan kisah-kisah dalaman kami sekeluarga, just untuk rujukan kami bila terkenang-kenang saat manis sebelumnya; sebab itu ia dijadikan LIMITED EDITION, hanya untuk pembaca dalam kalangan ahli keluarga dan sahabat handai sahaja.

Sunday, June 27, 2010

the LosT woRLd of TamBuN


walaupun peserta2 yang berminat untuk ke famili day @the lost world of tambun, ipoh memenuhi 1 bas shj, papa as chief organiser aka pengarah dah puashati..dapat jugak jalankan 1 program untuk staf ppik sekalipun sokongan daripada ramai staf esp staf akademik sangat tak best..datang for free pun tak mau! rugi...rugi korang...nasib baik staf sokongan banyak berikan sokongan, patut la nama post depa staf sokongan he3. sebenarnya pada awalnya papa mau kansel jer program ni bila mana nama yang dihimpun tak berapa ramai, tapi memikirkan 'buat apa nak ramai2' hehe..maka kita buat cara tak ramai..tapi bila tengok team lain yang juga datang berfamili day di sini, berbondong-bondong..maka papa simpulkan ppik masih lemah dalam hal ehwal kekeluargaan, ramai yang cakap tak serupa bikin, bikin tak serupa cakap, nak bentuk 'team' tapi 'team' yang mudah macam ni pun tak mampu melibatkan diri...aik, macam meluahkan perasaan pulak hi3, lupakan..lupakan, janji program dah tamat.


so yang happy tentunya di kecik dan mereka yang datang hehe...apa taknya, bila sampai semua cepat-cepat tukar baju sedangkan acara ceramah 'team-building' oleh Pak Wan Khair baru nak start..semua anak-anak tak sabau nak mandi, even ada yang masih seronok bermain air bila time orang dah berjalan balik untuk berkumpul kat bas...nasib baik mea tak buat hal nak mandi lama-lama, cuma di awalnya mea excited nak main gelongsor air, bila papa bawa gelongsor..ermm takut plak dia ha3, apa pun perjalanan 2 jam pulang ipoh-penang tidak memengantukkan papa apabila menyedari budak2 ni berjaya dibawa berseronok dan program papa settle diuruskan walaupun tak sehebat mana he3...so next program bagi kelab kebajikan & sosial ppik ialah lawatan ke jakarta/bandung. tunggu la laporannya november ini. setakat ini peserta memberangsangkan, semua nak shopping and jalan-jalan.

Monday, June 21, 2010

CataTan ke FrankFurT


perjalanan ke frankfurt malam selasa lepas sungguh tidak selesa setelah lama tidak melalui penerbangan jauh, maklum la tidur dalam keadaan sempit dan menyakitkan pinggang..frankfurt dekat sedikit dari london, penerbangan hanya 12 jam 15 minit sahaja berbanding 14 jam ke london...imigresen jerman sangat mudah, just cop visa per-entry tanpa tanya apa-apa, very good..cuma hotel yang kami book just boleh check-in kul 3.00pm, so simpan dulu beg di hotel dan keluar semula jalan-jalan round city. maklum la jam baru dalam 10.30 am.


di sini ada 4 jenis pengangkutan awam iaitu tram (macam kat atas ni), underground, sub-way train, teksi dan bas..oleh kerana di hotel ni papa bertiga, maka kami beli group travel card for one day yang boleh naik sebanyak mana nak naik ke mana-mana destinasi dalam area city ni for just 9.50 euro. masalah kat sini yg besar ialah penggunaan bahasa inggeris yg terhad, dan papan tanda, announcement dan kenyataan boleh dikatakan 90% dalam bahasa jerman, dan rakyatnya ramai yang tak fasih inggeris...sukar la sedikit untuk tanya jalan dan direction hu3. bagaimanapun budaya percaya-mempercayai tinggi di mana tiada langsung tempat touch-ticket untuk naik underground, tram dan bas,tapi bila spot-check tiket maka kompaun bagi yg tiada tiket pun berbaloi iaitu 40 euro he3, baru kome ingat, ahaks!


untuk ke kampus westend (sebut west-end), university of frankfurt papa and d gang terpaksa naik tram no. 17, then tukar ambik underground U4 dan diakhiri dengan bas no. 36..masa yg diambil dalam 35-40 minit saja untuk sampai ke kampus sebab sekejap2 ada je pengangkutan dia, excellent! ini semua kerana tak tahu kedudukan hotel dengan kampus masa book online dari penang aritu sama ada jauh atau dekat, bagaimanapun bagus jugak sebab meluaskan pemandangan kami mengenai sistem dan pemandangan di sini.


info yang penting jugak untuk di-share ialah pasai makanan. yang halal banyak jugak cuma kat area city centre, sekitar hauptbahnhof (sekitar train station). di sini ramai turki, pakistan, lebanon dll seumpamanya, and even we all jumpa kedai thai muslim. pasaraya pun kalau di area ni banyak jual daging halal. bagaimanapun, 1st day di sini we all masak apabila ada geng dari usm-kb bawa beras dan barangan nasi kerabu termasuk la budu hehee...so makan nasi kerabu la malam tu di frankfurt hehe..malam2 lain makan kebab dan briani jer yg banyak kat city. makan tengahari makan daun-daun (salad) dan kentang kat campus, bila habis seminar we all meronda city till gelap datang, sebab summer maka dalam 9.30 malam baru acu nak gelap...jadi amsa jalan-jalan panjang la, cuma kebanyak kedai dah tutup around 8.00 pm eventhough hari masih cerah! biasa la mat saleh..malas nak berniaga.


sampai kena kejar kat t-rex masa jalan punya-punya jalan sekitar frankfurt...tapi akhirnya t-rex tewas jadi rangka, ahaks! ambik kau! semua ni di natural history muzium yg ditulis dalam map sbg. senckenberg museum, so kalu takde orang bagitau..mana kan dapat cari hu3..inilah sukarnya di sini..bahasa3


sian t-rex kalah kejar papa he3...kat sini tempat shopping yg happening adalah sekitar hauptwache dan konstablerwatche..tahu sini bila terjumpa masa 1st day yg main redah jer he3...pastu bila tanya orang kat kampus esoknya, confirm la area sini jer...harga baju t-shirt mahal2 kalau convert duit kite, dalam 20-60 euro, tapi baju kot murah plak dalam 30 je sepasang..pelik-pelik...apa pun, rasanya kalau nak datang sini, dalam 3 hari ni cukup dah hehe sebab takde apa sangat di sini berdasarkan 3 hari memori di frankfurt ni..maybe berlin ada penarik lain utk papa discover next time...gambar-gambar lain boleh tengok dalam facebook papa yang akan diupload lagi...so kpd sesiapa yang berminat diucapkan selamat ke sana! nistahallestella..

Saturday, June 12, 2010

fRoM BeSeRah to PeNanG


di mana lagi kami jika bukan di penang...as you all can see the ferry behind tuu! inilah antara team kuarga a.mat dan a.chik yang telah menziarahi kuarga mea dan wish di penang kali ni dan terase 'hidup' rumah kami di sini, yang sebelum ni dihuni 2 setengah orang jer...maaflah jika ada kekurangan, terutama apabila nak masuk bilik air yang terpaksa 'que' sedikit...


radix pizza house at lagenda heights, sg. petani...boleh tahan gak rase pizza hpa nim, sampai terpaksa order lebih daripada 'family meal' yang ditempah...semuanya makan dengan seleranye, seranum dan sesuai dengan c.c. yang dimiliki hehee...memang best bila jalan-jalan satu family nim! so, next time please do come again mengimarahkan rumah kami yg akan 'lebih selesa' soon...jangan serik ya!

Monday, June 7, 2010

KayTee2010


Bercanda di tepian pantai teluk ketapang sat petang semalam lepas mencari keropok lekor di seberang takir...release sat after penat di majlis kenduri kawin man makyam, dan suasana hingar-bingar di rumah tetambah...
.


laluan baru di belakang rumah, pasni leh cari pancing untuk kail haruan or puyu di taliair belakang rumah ni...kali ni ada 4 team berkumpul yang mana telah cukup me-nightmare-kan cicak, tikus dan anai-anai yang sebelum ini bermaharajalela...maklum la bilangan 'tentera' daripada usia 1 tahun setengah hingga 9 tahun cukup menggamatkan!

Wednesday, June 2, 2010

ANniverSary ke04


1.6.2006-1.6.2010 adalah merupakan tarikh keramat tapi biasa sahaja, sebab bukan ada hikmat dan kuasa apa-apa pun hehee...cuma tarikh ini penting bagi kami sebagai memori dan untuk 'ulang ingat' pada majlis akad nikah yang diterima oleh papa daripada jurunikah untuk menjaga ibu sebagai isteri papa di mana majlis ini telah diadakan di masjid geliga, kemaman. Pada tarikh inilah juga, 4 tahun yang lalu sepupu papa juga berkahwin..awal sedikit daripada majlis akad nikah papa dan ibu, dan kini beliau telah kembali ke rahmatulLah tanpa sempat mendapat zuriat, inna liLlah wa'inna ilayhi raji'un.
.
Actually bila anniversary ni, orang akan fikirkan apa 'hadiah' dan apa 'makan spesel' yang dienjoy oleh pasangan tersebut. So, apa yang kamu dah buat 'papa'? hehee...nothing! just nothing except beli burger untuk ibu pada malam tadi! Tapi sebenarnya ada something untuk ibu, takde sambutan dan 'ulang-ingat' macam ni pun ada something untuk ibu..as tukang picit, tukang masak, tukang kemas, tukang jaga anak dan lain tukang yang ibu buat dalam keluarga nim...cuma not tukang kayu hehee...papa dah belikan hadiah in advance untuk ibu sebenarnya kira-kira sebulan yang lalu, iaitu perfume terbaru! [sebab ada jusco sale hi3]...ibu juga telah diberikan pakej insurans yang spesel bersama anak-anak demi perlindungan luar jangka...akhir tahun ni plak, papa dah 'book' pakej percutian dan pershoppingan ke luar negara untuk ibu...so, kira banyak doh ni pakej 'ulang-ingat' bagi menghayati tempoh perkahwinan ini dan semuge semuanya diberkati!

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin