Blog ni memaparkan kisah-kisah dalaman kami sekeluarga, just untuk rujukan kami bila terkenang-kenang saat manis sebelumnya; sebab itu ia dijadikan LIMITED EDITION, hanya untuk pembaca dalam kalangan ahli keluarga dan sahabat handai sahaja.

Monday, July 26, 2010

3 KiSah BaRu


mea tahan diurut oleh mak chaq kat kg. sg. ara...papa bawa ke sini bila mea kesakitan sebelah tangannya selepas bangun tidur petang tu, ingat terseliuh...bila sentuh jer sakit mengadoi-ngadoi...lengan macam tak boleh nak pegang langsung, risau...mula-mula petang tu bawa ke klinik, bila masuk je bilik doktor..keajaiban berlaku, semua yang mengadoi dn tak boleh disentuh tadi tiada lagi..doktor pegang dia diam saja macam tak sakit apa-apa...malu plak papa, so doktor bagi ubat demam/tahan sakit...tapi bila naik kereta dan sampai rumah, sakit semula dan tak boleh sentuh...isyhh budak ni, ingat kut dia tahan sakit je depan doktor! so malam tu bawa jumpa mak chaq...masuk jer dalam kereta on the way ke sana, tangan tadi elok-elok pegang pintu hu3...sampai sana seolah dah baik, tapi suruh gak mak chaq rasa...itu la antara lakonan dan realiti damea...
.


rumah di sg. dua sedang hebat dikemaskini aka renovation aka upgrading hehee...ada orang mai pasang grill, wiring dan plaster ceiling serentak, so banyak la kereta dan lori depan rumah ni...pasni comel la umah mea dan wish ni, tinggal beberapa kerat lagi yang belum di setel such as kitchen kabinet, pagar dan garden, apa pun akaun simpanan papa semakin susut dengan bertambahnya aksesori kat rumah ni...itu la, we have to lose something in order to get something else...yor loo ko? iyoko..
.

ni kisah pcikpu yang aritu datang bercuti di penang, dia dapat cuti 2 hari daripada kem dia so dapat la budak2 ni berkawan sat. seperti biasa..mula-mula pcikpu naik kereta papa masa amik kat jeti, semua menikus, mea yang sedang duduk depan terus sembunyi sebelah papa..teruk papa memandu dengan kongsi seat with mea kat sebelah pintu, nasib baik malam hu3...darwish kat belakang pun malu-malu...lepas malam tu, semua dah jinak dah!

Saturday, July 17, 2010

BuRuh MenGEcaT



arini agendanya ialah mengecat rumah, which should be started since last week lagi...namun akibat pelbagai program yang tidak berapa boleh dielakkan..maka this weekend, papa pastikan mission ini berjaya dilaksanakan...so pagi-pagi we all ke kedai cat, pilih colour yang bersesuaian dengan tema 'rainbow' hehee...maka ini la colournya untuk bilik wish! dalam dua jam lebih kurang ermm siaplah kerja-kerja mengecat bilik ni...tanpa perlu tunggu orang lain, mea telah memuji, "ooo...tomei-nye bilik ni.." he3...memadailah pujian dari mea, papa puas hati, ibu pun lagi la puasnye...ibu tolong gak tau, tolong cover yang sipi-sipi dan bancuh cat...jangan pandang ibu sebelah mata, bekas kontraktor mengecat rumah kg. besut tu he3...esok kite cat kaler lain plak ibu...challoooo....on the way balik, singgah makan roti canai dan tea tarik kat subaidah, alhamduliLlah!

Friday, July 16, 2010

iKEa



masuk...masukk...setelah hampir dua hari mea dan wish berkurung dalam bilik hotel, maka sampai la masa mereka berlibur...bukan disko dan bukan juga kelab rasa sayang, ini kelab barangan rumah hehee...so, as always, before departing to penang, borong dulu apa yang patut..
semasa di sini, ramai jugak jemput ke rumah masing-masing tetapi atas keletihan berseminar seharian, papa tak larat la nak penuhi...selama dua hari lebih kurang, selama itu la papa menghadapi jemm...ada kala merangkak-rangkak dan adakala stuck terus...balik hotel kena bawa 'keluar' sat budak-budak dan ibu agar 'minda' diserbu oksigen luar sedikit hehee...apa pun, good trip seperti selalu!

Wednesday, July 14, 2010

CinTa SaTe...from KajaNg



(wish tengah wat muka busyukk) dua hari ni, papa hadiri konvensyen kebangsaan perancangan dan pengurusan harta dalam islam di dewan senat, ukm anjuran jabatan syariah, fakulti pengajian islam..so alang-alang menginap di kajang maka makanlah sate kajang, hj. samuri punya! actually saja papa book hotel area kajang supaya berjarak sikit dari bangi, tak mau duk equatorial bangi sebab bilik kecil rege mahai without breakfast (bilik layak), satu lagi privacy sikit kut terserempak dgn teman2 ukm...plannya dua hari di ukm before move to kl for research leave, cari bahan2 utk kajian plak...rase release sat dapat kuar dari kesibukan penang...ermm actually tak la sibuk sangat penang, sini papa merase la jemm on the way ke/balik dari ukm...sonok duk usm lagi, nak balik rumah dalam 2 minit jer hi3

Tuesday, July 13, 2010

Kem Palas Siri 1/2010


ini bukanlah zombi kg pisang, tapi mungkin juga mereka adalah zombi kem palas, yan, kedah. mereka adalah sebahagian peserta dan pelajar baru usm yang sedang mengikuti kem pimpin siswa pada sidang ini. kesian mereka ni kena dera kat jurulatih kem, terkejut jugak papa datang tengok, kalau sidang lepas..memadai depa dipaksa menyelam sungai...ini semacam sudah lebih, tapi lepas ni mereka dapatlah menyelam sungai seligannya. papa no comment dan nasib baik tidak dipeluk oleh studen-studen ni sebagaimana mereka kemudian perlakukan fasi dan jurulatih kem, baru tau hi3!


banjir lumpur? habis khemah ni...tapi ada 1 orang yg berkuasa kat kem ni mengatakan ini bukan banjir, tapi 'air naik' kata sorang mamat ni...hu3...pengalaman di kem ni pada hujung minggu lepas mempertemukan papa dengan manusia pelik yang marah-marah tanpa alasan yang munasabah. semata-mata mengatakan kem ni tak banjir, dan menafikan hebahan bahawa 'kem banjir' telah menyebabkannya seolah2 hilang pertimbangan...ayat 'aku yang berkuasa di kem ini' meloyakan papa hi3...ambik! ambik! siapa kisah...kesan daripada hebahan tersebut bukannya menjadikan apa-apa pun, tapi gempitanya melebihi ruang udara pada kedinginan malam tersebut...attitude tersebut amat menjengkelkan papa...dari itu, papa memutuskan boleh blah! hahahaaaaa....

Monday, July 5, 2010

PenGhuNi BaRU

Sibuk nau akhir-akhir ni sampai nak tulis something dalam blog ni pun tiada masa. Sibuk bukan sebab kerja sangat, tapi sebab rasa rest tak cukup walaupun kelihatannya jam tidur semakin meningkat hu3...apa pun, tidur itu ibadat jika dimanfaatkan untuk menambah kekuatan pada ibadat!

.


Dua isu penghuni baru yang teringin ditulis kali ni ialah mengenai pendaftaran pelajar baru di desasiswa khasnya, dan usm amnya,. Sabtu lepas, 3hb Julai...aman damai menerima kira-kira 230 penghuni baru dalam sesi kemasukan pelajar baru tahun 1 ke usm bagi sidang akademik 2010/2011 ini. Tak ramai mana. By 11.00 tengahari suasana dah lengang di meja-meja pendaftaran dan by 12.00 komputer dibungkus semua (tahun ni pendaftaran online terus ke sistem pusat). Gempaknya pendaftaran tahun ini, aman damai dijengah oleh dua orang kuatnya iaitu NC dan TNC HEPP dan sempatlah berucap dan menjawab soalan-soalan cepumas daripada para ibu bapa. Tahun ni juga tiada lagi ibu yang membawa tilam ke padang untuk dijemur dan ditepuk-tepuk hi3...so petangnya, dapatlah papa tidur.

.



Kisah penghuni baru kedua ialah mengenai rumah no. 17 lorong seri murni 7...berita baiknya, pokok serai yang ditanam hidup dengan baik hasil limpahan hujan beberapa hari kebelakangan ini. cuma anak pisang dan kari tidak menunjukkan hayatnya berpanjangan, semuanya gersang dan kekeringan. Pagi ahad baru ni sempatlah tanam beberapa anak kemangin dan sedikit menerah dan membuang rumput-rumput yang panjang. Orang buat grill juga berjaya dipanggil walaupun harga yang diberitahu sedikit mengejutkan compare rumah unit tengah. Inilah nasibnya bila beli rumah tepi yang tingkap dan pintunya hampir sekali ganda banyaknya dengan orang lain. Jiran sebelah rumah pun sudah disalami, dan berpakat untuk sama-sama membina penghalang antara antara kami. Semuge kuranglah bau setanggi or bau-bau yang menajamkan hidung kami nanti ya Mr. Ramesh.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin