Blog ni memaparkan kisah-kisah dalaman kami sekeluarga, just untuk rujukan kami bila terkenang-kenang saat manis sebelumnya; sebab itu ia dijadikan LIMITED EDITION, hanya untuk pembaca dalam kalangan ahli keluarga dan sahabat handai sahaja.

Monday, December 27, 2010

DafTaR PasTi


pastinya papa dan ibu fikirkan yang terbaik untuk anak-anaknya...maka bila usia begini, tiada lain yang perlu ditanam melainkan ajaran agama dahulu..awwalu al-din makrifatulLah...maka, papa dan ibu decide mea patut ke pasti (pusat asuhan tunas Islam) untuk mendapat didikan pertamanya..tempat ni tak jauh dari penempatan baru kami, just round the corner cuma sulit sedikit untuk masuk/keluar sebab ada traffic light berdekatan...perkhidmatan van disediakan.
.

ini la pakaian seragam damia nanti, full spect of busana muslimah except tak berstokin...mia sangat berminat nak pergi sekolah dan harap-2-nya minat ini sampai bila-bila...nampak bersemangat anak papa dan ibu ini sampaikan susah mau ditanggalnya baju ni selepas dipakai. nampaknya imej mea selepas 3hb. januari ini akan berubah...daripada berambut tocang, kepada berambut simpan di dalam tudung he3...
.

perkarangan sekolah mia nanti...kelihatan ibu tengah tawar-menawar bayaran sekolah supaya dikecualikan yuran dan mea disediakan segala keperluan belajar bertaraf 'anak menteri' hehee...merapu jer papa nim...saja la tanya, macam mana persediaan, silibus, exam, tuisyen, makanan, kantin dll...masa belajar di sini ialah 8.30 pagi hingga 2.00 petang dengan dua modul iaitu modul pasti dan modul iqra' + fardu ain...pasni leh la mea balik ajar adik wish baca iqra untuk disseminate ilmu itu...amin.

Sunday, December 26, 2010

KejaDiaN MaLaM HaRi


semalam cuaca baik, so we all ke pesta muda-mudi tua-bangka hehee..sebab semua golongan ada daripada budak kecil se-usia baby (tak sampai setahun) sehinggalah tok ayah yang berjalan tak berapa laju...lama tak bawa ibu, mea dan awish ke pesta pulau pinang, rasanya dah 2 tahun depa off ke sana...kali ni dengan kedatangan mcik sa, cuaca baik, very lapang dan sementara duduk dekat-dekat sini..maka kami go to party ourselves....sebelum maghrib dah ada di sana sebab nak dapat parking yang sesuai dan lepak di sana hampir 3 jam lebih....ramai giler manusia, dan banyak giler duit yang dihabiskan masing2...
.

.
.

siling pecah...lantai atas...ruang dapur...very messy...terkejut bila sampai di rumah, ingatkan ada orang terobos rumah ni melalui siling semasa kami ke pesta, darah tiba-tiba menerpa ke muka ni...rasa takde apa-apa yang bernilai sejak operasi pindah rumah ni then tiba-tiba teringat kat laptop...cemas...alhamdulilLah laptopku masih ada...then jumpa tahi binatang 2 tiga tompok, dan rasa'lah yang ini semua bukan kerja manusia tapi perbuatan musang yang suka main dan bersarang atas siling...so housekeeping lor...

Thursday, December 23, 2010

PiNDaH & anGKuT


malam rabu lepas, operasi mengangkut barang-barang besar dan berat dilakukan. Oleh kerana lori yang datang ni tak berapa besar, pasu-pasu bunga tak muat lori huhuuu...
.

semua 'staf papa' diturunkan pada kali ni untuk membantu mengangkat dan menyusun beg, kotak serta bungkusan plastik...tak sampai setengah jam setel.
.
setel cepat sebab papa dan ibu ada 3 staf yang berjasa ini...semua nak tolong buat...sorang diimport dari Kg. Besut, Kemaman...yg ringan sama dijinjing, yg berat sama didekpong...malam before Kak Nurul pergi temuduga & register di Insaniah University College. Lepas setel, we all pi pekena makan lewat malam di char koaw teow udang di simpang kat luar...yummi...




Tuesday, December 14, 2010

MinGgu-minGgu AkHiR



[Gambar: Taklimat ibu bapa semasa pendaftaran pelajar baru sidang akademik 2010/2011, duduk di sebelah TNC Prof Dato' Omar Osman dan penggawa sedang berucap, En. Nazru Hj. Ismail ]

tak berapa lama lagi akan berakhir la tempoh tugas papa di desasiswa aman damai...sure akan terasa aman damai selepas ini daripada tugas-tugas kepenolong-penggawaan...sure juga papa akan merindui saat-saat mesyuarat hingga ke dinihari, berada dekat bersama dunia pelajar, girang bersama gelak ketawa depa dan tak ketinggalan juga saat-saat gaduh, sedih dan penat yang mereka tonjolkan...idea-idea lucu dan spontan yang diluahkan...begitu juga rasa susah dan payah ketika menjayakan acara dan program demi semangat kedesaan...panggilan telefon yang tak kira masa memanggil datang [esp.tengah sedap tidur]...semuanya best untuk dikenang dan tentu papa akan merasa sangat 'kehilangan' semua ini terutama apabila bersendirian menyeberangi jambatan untuk ke/balik ofis/rumah sendiri...
.
apa pun, semuanya tidak akan berkekalan...ia akan dilepaskan jua suatu hari dan papa memilih melepaskannya ketika mood elok, bukan kerana gaduh dengan bos dan bukan kerana tidak puas hati dengan pentadbiran desasiswa...aik, macam kisah Dr. Mahathir plak hehee....semuanya menarik dan indah...tapi papa lepaskan demi memiliki kehidupan yang stabil dan tenang, peace untuk famili dan diri sendiri, bebas membuat keputusan tanpa terikat dengan banyak pihak yang mengawal dan paling penting, untuk performance yang lebih baik dalam bidang sendiri. betulkah? ini yang bakal menjadi cabaran pada diri ini untuk next two to three years ahead...everything mesti ada sasaran dan ini la sasaran dan halatuju papa buat masa ini. full stop.

Sunday, December 12, 2010

PaSaNg...


pasang yang dimaksudkan bukannya pasang-surut air, bukan juga pasang perangkap burung hehe...tapi pasang katil dan lemari baru..yang dibereskan 2 hari hujung minggu ni...
.
ada 3 katil single yang baru dipasang dengan kos yang cukup murah sebab papa dapat katil free hehee...kebetulan nak jadi ke rezeki, aman-damai nak lupuskan katil2 kayu untuk digantikan dengan katil besi, so semasa proses peleraian oleh kontraktor yang dilantik, papa pergi cupp dulu 3 katil...kira jimat la di zaman yang miskin ini hehee...katil pun okay lagi, yang dibuat daripada kayu pure...so berat gak mengangkut, untung gak wish bersedia menampung semua beban ini...
.
lemari yang dipasang arini bukanlah bahan lupus desa pulak, bedo'oh lalu semua amik hok desa hi3...lemari ni beli kat tesco jer...ada 3 daun pintu yang slim-mlim gile tapi berbaloi la untuk letak bilik bawah...untung jugak sebab masa tengok kat tesco di penang harganya RM169 lebih kurang, tapi harga kat tesco seberang jaya harganya lagi murah RM129...hi3...berbaloi walaupun masa nak angkat, berat nanang rasanya...nampaknya, rumah ni dah hampir penuh dengan perabot yang beraneka jenis sama ada 1st hand or many hand dah sentuh hehee...whatever, yang penting...leh dimanfaatkan buat masa ini...

Wednesday, December 8, 2010

TinTeD...



oleh kerana ada tingkap-tingkap yang tidak memerlukan langsir, maka ia telah di-tinted-kan agar mengalih pandangan luar yang ingin di-blokki. pemasangan tempatan sahaja iaitu sendirian berhad, ini berdasarkan pemerhatian orang pasang tinted kereta aritu hehee...cuma plastik tinted diorder dari kulim, sebab kedai ni diperkenalkan oleh tukang langsir kami, kebetulan orang kulim...so ada la paten yang berkenan kat sana, cuma setelah diorder..rupanya out of stock...dapat paten lain tapi pilihan kami jugak sebab mula-mula dikatakan paten n design ni dah habis...so pasang la kat dapur mostly, dan ni yang lebih pasang atas pintu masuk utama...

Monday, December 6, 2010

SurVey...or...BeLi TeRus...


[ini la sofa yg status mulanya hanya survey tetapi berakhir dengan beli terus...harganya adalah 2x bajet asal yg diperuntukkan. rugi tapi comel hi3]
.
kali ni papa nak citer pasal tabiat or gelagat yang menghantui papa..iaitu payoh benor nak jadi survey itu survey, melainkan pi beli terus..eg..nak survey katil..last2 tak sampai 2 kedai, dah beli katil...gitu jugak bila nak beli apa pun yang lain, nak lantik/upah orang, dan gitu jugak nak kahwin (iyeker?) hehee...
.
kembali ke topik asal, papa memang tak tau nape jadi lagu ni...sejak dulu-dulu time zaman beli baju, beli baldi dan lain-lain, dok nohor nok survey, bila hajat nak beli, nampak..beli terus..gelagat lagu ni sedikit sebanyak merugikan jugak sebab selalunya kena harga yang mahal dan kualiti yang tidak sebagus bandingan yang boleh dapat dengan citarasa dan harga begitu..faham dok ayat ni? he3..entah laa....tapi itu la yang papa bagitau kat ibu, dan ibu nampaknya berjangkit penyakit ni dengan papa...atau papa berjangkit dengan ibu? ahaaa...mana satu ni..entah laa..cuma petang terakhir 1431H ni, nak bawa muhasabah sikit perangai lama ni dan semuge tirai baru di maghrib nanti, papa akan berubah...biar la survey menjadi survey, tidak menjadi membeli. sekian, wassalam.
.

SELAMAT TAHUN BARU HIJRAH 1342H, TAHUN BARU IBADAT DIPERTINGKATKAN!

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin