Blog ni memaparkan kisah-kisah dalaman kami sekeluarga, just untuk rujukan kami bila terkenang-kenang saat manis sebelumnya; sebab itu ia dijadikan LIMITED EDITION, hanya untuk pembaca dalam kalangan ahli keluarga dan sahabat handai sahaja.

Sunday, February 27, 2011

WiRa Tak Lagi WiRa...

Macam tak nampak rupa dah hu3....
.

.

.


ini kali kedua my wira masuk workshop, tahun 2004 dulu dah masuk sekali lepas exciden kat Kuala Pilah, sempat la merase dirawat oleh cik-cik nurse di Hospital Pilah semalaman, apo nak dikato...dan rasanye dekat 5 bulan gak my wira duk tersadai di k.pilah untuk dirawat hingga yang asalnya kaler silver, keluar menjadi hitam hu3....ni kena lagi kat subang dan dah 2 bulan dah, tak siap-siap lagi huhuuu...
.
penangan my wira jugaklah, 2 hari lepas papa dan mea telah bertapa hampir 2 jam gak kat Pejabat Pos Bagan Luar Butterworth untuk que bayar saman, nak kejar diskaun 50% hehee....tapi ada rasa ralat sikit sebab my wira only did 1 kesalahan saja dan 2 lagi saman datangnya daripada wira lain yang menggunakan i.c papa juga huhuu [my another wira]...lagi haru bile kesalahan itu bukan kesalahan pemilik kereta itu sebab beliau (adik ipar) ada alibi yang kuku iaitu satu di JB yang tidak pernah pergi dan satu lagi di Banting yg kena pada masa ofis hour. Nak tambah sadis, semalam dilaporkan ada lagi saman parking yang dikompaun oleh MBJB kononnya my another wira tadi melakukan 9 lagi kesalahan parking di Johor Bahru, dengan tarikh berbeza pada tahun 2005 (11/5, 20/10, 7/11, 28/11, 8/12, 12/12, 29/12) dan 1 pada 27/1/2006. Tidak logik pada akal kami berada di sana sekerap itu. Rasanya ada malaun/syaitan/jin/driver hantu yang menggunakan no. plate my another wira dan melakukan beberapa kesalahan....ni nak kena buat repot polis ni! sampai bila nak tanggung kesalahan orang daripada kereta orang....
.
dun ever give others using your name for buying car...or cars....but yes for house hehee....

Sunday, February 20, 2011

MawLid...BirthDay...


bulan februari ni, ada dua mawlid a.k.a birthday untuk disambut iaitu mawlid al-rasul dan mawlid al-papa....myself la hehee...dan atas ni ialah semasa berceramah di SMK Sg. Nibong...kerana dah malu-mata dengan jiran lama yang selalu ajak papa untuk berceramah, dan selalu itulah papa tolak dengan pelbagai alasan, kali ni tak tau lagi macam mana nak menolak, maka dengan ikhlas yang sesungguhnya papa beranikan diri...actually bukan tak berani nak bercakap di khalayak ramai, sebab memang itulah profesion papa...namun kerana dikacau-ganggu oleh 'morning sickness' yang melampau apabila berdepan dengan tugasan baru, maka papa biasanya cuba mengelak selagi terdaya, kerana yang terseksa mengharungi ini semua ialah myself sendiri....walaupun tidak dinafikan tugas ini mulia to disseminate knowledge tapi masing2 ada kekangan yang tersendiri yang hanya difahami oleh individu yang terdekat dengan papa, for me you can't do everything, sesetengah orang have their own limitation...so yang tak tahu papa punya limitation tu..maknanya tak dekat lagi la dengan papa...hehee...
.
dalam menelusuri sambutan mawlid al-rasul nim, persoalan yang ditimbulkan ialah ia tidak disambut oleh Rasulullah saw...hingga menjadikan sambutan ini bid'ah...papa kurang menyokong gagasan ini bergantung kepada bagaimana perspektif kita terhadap sambutan ini...maklumlah di akhir zaman ini, manusia semakin jauh daripada syariat dan sangat alergic dengan seruan ke arah Islam...malah sebahagian kita sudah kabur tentang maksud 'sederhana' dalam Islam, hingga berlakunya salah faham untuk tidak amalkan Islam sepenuhnya kerana 'ingin bersederhana'. Kalau amal semua anjuran Islam itu menjadikan terlalu 'warak' dan 'alim'. Pelikkan? Mereka yang full-package amal Islam dianggap dan dipandang sebagai amalan kelompok tertentu dan bukan amalan kelompok majoriti, khususnya Melayu Islam di Malaysia. Maka untuk tidak mahu dicop ekstrem maka sebahagian Muslim ini mengamalkan hanya sebahagian daripada ajaran Islam yang dirasakan sesuai dengan jiwanya, dan bukan melihat kesesuaian tersebut daripada perspektif al-Quran dan al-Hadith. Keadaan ini sesuai dengan suatu sabda Rasulullah saw:
.
بدأ الإسلام غريبا وسيعود غريبا كما بدأ فطوبى للغرباء
Maksudnya: Islam itu bermula dengan keadaan 'dagang' (pelik), dan akan kembali dengan keadaan dagang (pelik) sebagaimana ia bermula, maka beruntunglah orang-orang yang dagang (kelihatan pelik itu).
.
Contoh pelik ialah macam jawab bersin, hari ini orang moden dan terpelajar bukan jawab bersin dengan kata 'alhamduliLlah' tapi kata 'excuse me'...banyak persepsi negatif diberikan jika amal Islam, kononnya kalau amal sunnah banyak sangat dikatakan cuba jadi warak, kalau bagi nasihat dikatakan busy body, pakai pakaian tutup banyak sangat dikatakan ketinggalan zaman, dan sebagainya tohmahan negatif hasil acuan barat, hai tak faham betui laaa......

Wednesday, February 16, 2011

PaNTai MerDeKa


.



.



suasana di pantai merdeka...berbekalkan GPS yang mencatatkan 30km from our house, di negeri kedah...lebih kurang setengah perjalanan ke sini...that day we'r there!
.



ni plak di pantai bersih tak jauh dari bagan ajam...namanya je bersih, haraaaam [kata johan raja lawak]...apa pun, our kids always happy on outing time!

Friday, February 11, 2011

DuIt..dUit..duit..DUIT...

eja macam mana pun, duit tetap diminati ramai...
.
orang miskin nak duit, orang kaya pun nak duit, malah perkiraan orang kaya terhadap duit lebih besar daipada orang miskin. orang miskin tentu akan fikir kegunaan duit dalam kemampuan kemiskinannya, jadi tentulah dalam kadar duit yang dia pernah berurusan..seribu atau puluh ribu. kalau bagi sejuta kat orang miskin, sure depa akan termenung berbulan, penat memikirkan how to spend that amount of money! Namun bagi orang kaya, yang dah biasa main duit juta-juta..tentu perkiraan duit bagi mereka lebih daripada itu dalam perkiraan yang tak terfikir oleh orang miskin tadi. Bagi sejuta or 100 juta, itu hanya dihujung wallet depa sahaja. Namun apa pun, semuanya waima kaya or miskin, semuanya berkehendakkan duit, sama ada duit itu di sisi mereka sebagai wasilah, wakalah atau bantai'lah janji dapat dibelanja.
.
oleh kerana blog ni papa punya, tentulah papa pun sekarang duk fikir pasal duit. sebab papa tadok masa nak fikir apa orang lain fikir pasal duit. masing-masinglah kan. mungkin papa teringat-ingat dan terpana dengan iklan dalam tv akhir-akhir ini bila duit RM50 berterbangan depan cermin kereta, atau semasa jalan-jalan...dan keutamaan pada masa itu kelihatannya lebih baik bersembang rather than to grab that flying notes! simple-nya hidup dibayangkan. tanpa perlu berkejar ke sana-sini mencari duit, tanpa perlu berjaga malam membina duit, atau tanpa perlu menanam pokok duit-duit sebab terlebih duit. apa kaitan nim?. entah la. hehee..
.
kembali kepada isu, betul la kan..dapat duit banyak pun takkan pernah cukup. hadith pernah kata kalau dibagi sebukit uhud emas pun, seseorang itu akan nak lagi sebukit jambul emas. sebukit besar emas. sebukit bendera emas. sebukit marak emas. [minta maaf kepada bukit yang tidak disebut]. maksudnya akan minta dan minta lagi. atau usaha lagi untuk dapat. seolah tak pernah cukup. tapi usaha untuk dapat duit itu bagus. lebih baik usaha untuk tambah duit daripada usaha untuk perabis duit. orang berduit lebih mudah dan cepat masuk syurga kalau kena dengan cara dia menduitkan pahala dirinya. secara positifnya, bukanlah negatif kalau kita asyik fikirkan bagaimana nak berduit macam yang papa sedang fikirkan sekarang. maklum la tiket return london-kl untuk 4 orang hampir 20k hu3....airasia murah sket dalam 14k...
.
thats why lah i keep thinking about duit lately, hehee...

Saturday, February 5, 2011

ChiNeSe New YeAR


nak raya, rambut kena pendek dan kemas hehee...as papa dulu grow up dengan guntingan ibu aka cik papa...maka bagi wish spesel sebab not just papa, ibu juga mahir menggondrolkan kepala wish semahunya hahaaa....janji wish dapat bertahan dan stand still...papa jer tak jumpa lagi kedai rambut idaman di taman baru ini...rambut dah mula panjang, dan mula rasa kefeningan...
.

Bersantai di persisiran butterworth menghala ke penang port, ibu kelihatannya mencari kerang dan mea serta wish mencari cari...bagi kami ini bukan penang port, tapi our port from now on untuk lepaking petang-petang weekend..dapat feel free sat after terkurung dalam gua batu manusia moden kini...ada kelihatan parent yang biarkan anak depa mandi kat sini huhuuu...airnya nampak tidak enak dong!

Wednesday, February 2, 2011

ArNab Kak Mea

Kak Mea pun nak bela arnab. Kak Mea faham dan setuju dengan kata-kata suami ibu yang masih terngiang-ngiang di telinga, "daging arnab harus dimakan". Malah Kak Mea pernah makan burger daging arnab satu ketika dulu.
.
Petang semalam, Kak Mea nekad. Tanah di belakang rumah dibersihkan dan pokok-pokok kecil ditebas dan ditebang. Kak Mea turut pelawa Awis untuk turut serta menolongnya. Awis pun akur dan taat. Akhirnya, kosong dan lengang. Di sinilah nanti akan didirikan kandangan arnabku, getus Kak Mea. Kak Mea puas hati. Sangat puas hati dengan kerja-kerja awalnya. Apa yang dihajati tentu akan dapat dilaksanakan nanti. Nanti Kak Mea akan suruh papa buat kandang yang kukuh untuk arnab. Kak Mea nak kandang itu bersegi empat, ada atap dan ada dua bilik. Satu untuk tempat tidur dan satu untuk ruang makan dan main. Mesti arnab akan selesa. Kak Mea senyum sendirian, alhamduliLlah tak nampak macam gigi arnab sebab gigi Kak Mea kemas dan sama besar.
.
Kak Mea sedang berfikir untuk bagi makan kat arnab Kak Mea. Nanti akan ada 4 ekor arnab. 2 pasang, masing-masing ada jantan dan betina. Kak Mea tak nak arnab-arnab ini kesunyian tanpa teman. Dan tentu sekali tak mahu mereka kelaparan. Kak Mea kesian kat papa sebab pagi tadi papa tertinggal bekal yang ibu dah siapkan. Tentu papa tak dapat makan tengahari nanti. Tentu juga ibu akan habiskan bekalan papa. Itulah cerita sebenarnya post kali ini hehee...papa tertinggal bekal rupanya. Suspen betul!

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin