Blog ni memaparkan kisah-kisah dalaman kami sekeluarga, just untuk rujukan kami bila terkenang-kenang saat manis sebelumnya; sebab itu ia dijadikan LIMITED EDITION, hanya untuk pembaca dalam kalangan ahli keluarga dan sahabat handai sahaja.

Wednesday, March 30, 2011

HePi 4th BirthDay MeA

Today, genap 4 tahun la umur my daughter mia...masih teringat rasenye saat2 menunggu di Hospital Pulau Pinang dulu dengan ditemani makcik mea sorang, lambatnye mea nak keluar....sampai hampir 24 jam gak tunggu daripada masuk wad hinggalah kelahirannya...

.


rasenyer 2 kali mea dibotakkan semasa kecil, masa ni dah lepasi saat2 fening akibat suka nau menangis...kesian semua orang akibat tabiat mea bab nangis ni, sampai uncle2 (terutamanya) takut nak tengok muka mea..kut mea menangis...sampai sekarang pun kalau bab nangis, memang nyaring dan juga sering....


bab buas boleh tahan...memanjat dan menggeledah macam biasa la...maklum la darah Raja Jembal dari Pattani ni...tak tahu la betul ke tidak, tapi itulah kisah orang tua-tua...nanti la kajian susulan akademia akan dilakukan



post mengada daripada mia...masa ni senang dah sikit nak jaga budak kecik nim hi3...masa kecik memang tough la dengan pelbagai ragam, ni tak termasuk kes sembelit dulu...kesian anak papa...



now...banyak dah berubah diinjak usia..ada mood, kalau baru bangun tidur tu kadangkala moody, tetapi kalau mood sedang elok sangat baik dan helpful, dengan adik pun dilindungi kalau papa marah...tapi kalau not in her mood, habiss...


Friday, March 25, 2011

PanDanGan AtAs



pandangan dari atas...walaupun orang atas boleh nampak orang kat bawah lebih kecil daripada dirinya, tapi pada hakikatnya tidaklah semestinya orang di bawah itu benar-benar kecil. Menjadi orang di atas sebenarnya tidak mudah, kerana bukan dia sahaja yang memandang dan menilai orang di bawahnya..malah orang di bawah juga kadangkala mendongak, memandang dan menilai 'orang di atas' itu. Hari ini, penilaian bukan sahaja dipengaruhi oleh hakikat yang diketahui secara khusus, malah ia juga disogok oleh persepsi. Malah kadangkala persepsi banyak mempengaruhi pemikiran dan penilaian yang akan dibuat, hingga melahirkan pemesongan dan penyelewengan pada nilai yang ingin diberi. Justeru, hati-hati dan bijaksanalah kita semua...supaya lebih beretika, penuh tanggungjawab serta tidak mudah memperbodoh atau diperbodohkan. Hal ini tidak perlu dituding pasal sesiapa, kita sendiri pun pada setiap masa sentiasa membuat penilaian, walau secara tidak sedar. Menilai itu normal dan tidak menilai itu abnormal. Kekalkanlah kenormalan itu tetapi secara berhemah dan bijaksana seperti berdiam diri. Pepatah Arab ada berbunyi:
استكثر من الهيبة الصموت والندم على السكوت خير من الندم على الكلام
(bertambahnya kehebatan seseorang dengan berdiam dan penyesalan dengan tindakan berdiam diri adalah lebih baik daripada penyesalan dengan berkata-kata).

Tuesday, March 22, 2011

TaHi CiCaK


inilah tahi cicak yang biasanya memenuhi ruang dapur kat rumah di Manir...maklumlah, rumah ni hanya dihuni sekejap saja oleh anak-anak ayah pada sesuatu masa, maka sesiapa yang balik lepas lama ia tidak dihuni orang, kena la sapu dan mop lantai ni...so tak boleh la kalau sampai rumah, letak beg dan ke dapur cari makanan macam anak-anak orang lain...kena letak beg ambik penyapu dan bersihkan rumah dulu, baru la buka bekal or tapau yang telah dibungkus dari kedai hihii....apa pun, rumah sendiri dengan rumah orang, macam hujan batu dan hujan emas la...baik rumah sendiri! feel tenang dan senang....
.

ini plak kangkung yang hanya menunggu masa untuk digoreng dalam kuali hehee...kali ni kena kasi berjaya digoreng, diharap segala ulat, lintah bulan, siput babi, belalang dan seumpamanya janganlah kome mengacau sayurku ini...yang lebih akan diikat (tanding) dan dijual di pasar-pasar malam dan pasar minggu di sg. dua dan bagan ajam...kalau ada lebih lagi akan dieksport hehee...

Sunday, March 20, 2011

IkaN PaTin



ni nak citer pasai ikan patin, bagi sesiapa yang tak kenal..maka inilah gambarnya. Ia ada mirip ikan sepat dan perutnya boroi sikit, ikan patin mirip macam orang nama 'fatin' yang papa kenal kat usm, berisi hehee...yang papa tak kenal dan tak boroi, please keep ur silent mode, ahaks. lauk ikan ni paling feberet kalu papa makan semasa on the way balik kampung esp. jika lalu ikut temerloh, fuhh...mesti berhenti kat rnr temerloh. minggu lepas semasa berhenti kat sg. perak dah jumpa ikan patin gulai tempoyak dan apa lagiii hehee....then bila sampai rnr temerloh jumpa plak ikan baung, maka pekema baung plak deh he3...
.
sedihnya kat seberang ni tak banyal dijual, aritu kat pasar malam besor giler...tak beli la...kat pasar sg. dua dan bagan ajam pun tak dop sangat...keli, sepat dan puyu banyak...apa pun, yang boleh dan best digulai lemak tempoyak just patin...itu tak citer jenis-jenis patin lagi....

Tuesday, March 15, 2011

PaNtai & SanTai

Saat-saat bercuti sambil berpantai-santai...rileks, lepak dan tenang...semua kami minat nak ke pantai, dan yang selalu sebut ialah darwisy yang dengan telo-nya, 'nak jalan tepi pantai!'...dan darwisy jugalah yang paling takut dengan ombak yang datang...tengok muka bawah ni la! hehee...


eve at Dungun...

.

awish serung...

.

eve at cerating...
.
noon at benteng...

Friday, March 11, 2011

BerJaYa...


akhirnya selepas 2 hari mencuba, day, eve, nite, day and eve...maka berjaya juga menembusi sistem yang blurr itu...now confirm our plan to fly far far away....
.
......pada 8 syawal 1432H
......from KT-KL-Stansted
......4 of us only
......5 months
.

rupanya airasia tidak fly from Kuantan...
rupanya juga kami terpaksa bermalam di tune semalam...
rupanya banyak lagi seat kosong...
.
dijemput sertai kami, fren and family!
airasia pun airasia la...janji 3 orang lagi tu dapat jejak kaki gak di kotaraya london...and be londoner sekejap...

Thursday, March 10, 2011

OnliNe SysTem...

entah berapa kali daa....keinginan yang membuak-buak ini disekat oleh sistem, dah la detail kena isi banyak, tick itu dan ini...akhirnya...yang keluar... error...error....to err is human, ni machine, sausah-susah!

rasanya lebih baik beli manual macam ni, beratur pun takpe...hampir 2 jam doh papa duk main website ni, takut nanti harga berubah lagi...setakat tadi kos return london-kl ialah RM11,255.00 untuk 4 orang, di mana tiket saja ialah RM9,584.00 dan menjadi naik sehingga amaun tu apabila masuk beg 20kg, meal, kits, seat, fee card etc huhuuu, itu tak masuk flite domestik lagi tu...tadi juga dapat sebut harga for mas drp ejen usm iaitu RM7870.00 for sorang...uishhh beza yang amat! papa plan nak buka agensi jualan tiket flite la plak lepas ni, cuba buat bisnes...bagi ibu run...papa jadi manager non-executive...hehee...
.
Berita Baik! perWIRA papa dah sihat dan bersedia untuk diambil...baru dapat pic daripada pokpu...firstly, kena semak dan check betul-betul dulu adakah benar2 complete dan selesai dah rawatan yang diterimanya hehee...pasni, penuh la parking kat sini...
.

aritu suruh tukar ke kaler silver yang asal tapi dah terlewat bagitau huhuu....takpe la, janji merelip balik my wira. no more calar...no more kudis di sana-sini....alhamduliLlah!

.




Sunday, March 6, 2011

CaR WaSh...



hujung minggu, adalah hari aaktiviti padat untuk awish tentunya sebab weekday asyik terkurung saja...pantang buka pintu depan jer, ditanya nak pergi jalan ke mana? mesti boring noo..terkurung saja without anything to do....actually sentiasa ada benda yang wish lakukan tapi asyik menimbulkan kemarahan ibu dan papa jer...biasa la anak lelaki, "terminator!"...keletah ini mungkin nampak memeningkan (mungkin nampak saje), sebab jika tiadanya menimbulkan kesunyian dan kesenyapan pula...
.
apa nak tulis ni ekk hehee...ahaaa...plannya dalam masa terdekat ni nak balik kampung sat la tapi bila free ekk, maklum la nanti papa nak cuti panjang, kena setel beberapa pelajar ijazah tinggi khususnya yang nak serah tesis dan nak bentang proposal..biar mereka ni selesai sebelum papa cuti sakan (yeyee..), setakat ni papa puas hati sebab 3 pelajar master dan 1 pelajar phd under papa dah berjaya submit tesis...tunggu viva saja lagi....ada sorang lagi nak serah tesis jugak tapi papa tak puas hati lagi progress-nya, tapi tempoh pencalonannya dah nak habis tengah tahun ini, macam mana tu? nanti la papa tunggu dia datang dari yala....
.
kekangan nak balik satu lagi ialah sebab minggu depan stat kelas seterusnya, dan komitmen dari open u yang banyak menuntut kerja2 report ni mengekang hasrat nak balik buat masa ni, maklum la nak balik jauh, kos minyak pun banyak, naknya biarlah kos ni menguntungkan dari segi tempoh balik yang lama sikit, baru berbaloi dengan penat drive dan kos yang habis...orang kata masa bersenang-lenang di kampung itu mencukupi...macam check-in hotel la, kalau check-in 12 malam dan check-out kul 6 pg dok imbuh la...
.
sebut pasal dok imbuh ni, kena buwi imbuh la...sebab tu kalau airasia RM2,789 boleh gi balik ke london, sedangkan mas RM6,540 untuk jarak yang sama, kalau plus makan dan layanan 5 star pun...rasanya dok imbuh lagi naik mas...[tiba-tiba tajuk ni]....

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin