Blog ni memaparkan kisah-kisah dalaman kami sekeluarga, just untuk rujukan kami bila terkenang-kenang saat manis sebelumnya; sebab itu ia dijadikan LIMITED EDITION, hanya untuk pembaca dalam kalangan ahli keluarga dan sahabat handai sahaja.

Monday, October 31, 2011

LonDoN-ScotLanD TouR

Sempena cuti deepavali di Malaysia beberapa hari lepas, kami telah melakukan percutian meneroka ke utara UK iaitu menjelajah berkereta dari london sehingga ke fort augustus, iaitu kira-kira 600 km ke utara. Keluarga papa disertai oleh seorang kawan iaitu Dr. Nik yang juga sedang bersabatikal...setelah plan demi plan dilakukan, dengan meniru itinerari seorang rakan yang telah pergi seminggu sebelum itu, maka papa pun mula book hotel demi hotel, begitu juga kereta...sukanya papa bila kereta yang dapat ialah volvo hehee....




kaler koko ialah perjalanan pergi (north bound) dan kaler merah ialah perjalanan balik (south bound)...perjalanan pergi jauh sedikit sebab ia dilakukan tanpa bantuan gps yang mulanya 'menggila' sehingga menyebabkan kami kerugian 2 jam di motorway...sebab ia membawa kami ke kawasan perkampungan mana ntah hu3...so, co-pilot terpaksa bertugas membaca peta untuk menghala ke scotland, alhamdulillah papa ada beli buku peta sebagai langkah alternatif...


kerana kesulitan ini, maka kami sampai lewat ke edinburgh dan hampir-hampir kena denda sebab check-in lewat (after 2200 time). Hotel yang dibook di sini rupanya hanya bilik 3 katil dan bilik air di luar yang terpaksa share dengan bilik2 lain, mujur ada 3 bilik saja yg share so taklah jemm pada pagi hari esoknya...bestnya perjalanan ke scotland ialah pemandangannya, maklum la negara orang maka tentu la pemandangan juga lain daripada biasa...yang biasa bagi orang, adalah luar biasa dan menarik bagi kite as foreigner nim...


sepanjang motorway dari selatan ke utara dan kembali ke selatan nim, dengan lorong jalan sehingga 4 lorong, tiada 1 penny pun dikenakan bayaran tol...malah plaza tol pun takde sepanjang lebuhraya yang bukan main luas nim...cuma harga diesel di sini lebih mahal drp petrol, mungkin akibat tiada subsidi drp kerajaan seperti di Malaysia...kereta volvo yang disewa juga menggunakan diesel, not petrol...




kias angin besar ni banyak terdapat on the way ke scotland....esp. area bukit-bukau...kelihatan cantik jer bila ia berderet di sekeliling bukit-bukau tuu...







di tepi pergunungan scotland ada beberapa kotak kuning yang berisi pasir dan garam diletak di kaki-kaki jalan...nak tahu untuk apa? ia adalah untuk mencairkan salji dengan cepat sekiranya salji turun, kerana ia boleh menyebabkan jalan licin...semasa kami travel ni ada bawa bekal 2 bungkus ayam masak kicap, lauk ni la yg kebanyakan dimakan sepanjang 3 hari nim apabila tak jumpa kedai nasi briani di edinburgh dan fort william...di glasgow baru jumpa...




di edinburgh, kami ronda bandarnya sekejap...terjumpa sebuah kedai menu Malaysia iaitu Kampong Ah Lee..seperti namanya, maka pengusaha dan tukang masaknya adalah suku sakat ah lee la gamaknya, tak tahu la halal ke tidak sebab kami tak pergi jenguk pun...cuma cari kedai kebab saja sebab yakin la sikit kehalalannya...harga kebab di edinburgh ni adalah termahal jika dibandingkan dengan glasgow dan london, tak sangka harga di london adalah paling murah...maybe akibat bilangan komuniti muslim yg lebih ramai di london berbanding 2 bandar di atas...di edinburgh juga kami sempat meninjau castle-nya dan university of edinburgh sebelum menghala ke kawasan pergunungan dan tasik (loch) di sekeliling pergunungan ini...





perjalanan edinburgh ke fort william ni mengambil masa lebih kurang 3 jam dan melalui jalan-jalan kampung dan lereng gunung yang memukau pandangan. beberapa kami berhentikan kereta untuk bergambar dan ada juga yang terpaksa buat u-turn untuk kembali ke lokasi yang kami rasakan perlu berhenti takut kempunan nanti hehee...di fort william, hotelnya cantik sikit cuma sempit hehee...di sini disediakan breakfast percuma so kami makan roti, jem, planta dan omellete, telur separuh masak...kira okay la buat alas perut.


antara kemuncak di pergunungan ben navis...darwisy menangis tu hehee...sebab kesejukan dah plus dia terduduk atas lopak air akibat tiupan angin kuat yang menolak-nolak kami...rasa macam nak terbang..bestnyerrrrr, so dia mungkin rasa sejuk punggung (berpampers) yang tentunya rasa seperti ais memenuhi punggung...lepas tu terpaksa la kami turun cepat-cepat...




track ke puncak...bye-bye puncak, sayang rasa dah kena turun...memang sejuk giler dengan angin berais yang dirasa...biasanya di sini akan ada salji bila betul-betul winter sampai...kami datang awal sangat ni hu3, kalau tidak leh main ski....hujung sana ada gondola for people yg nak main ski ais...tapi maybe akhir disember or awal januari sure penuh memutih di sini...kami naik gondola juga untuk ke atas ni dengan kos 11 pound seorang, tak gayat seeprti yang dirasa di langkawi kerana tiang gondola di sini rendah-rendah saja, cuma beberapa kali gak ia terhenti kerana tiupan angin sejuk yg kuat....











kadang-kadang pelik juga, bila melihat di sekeliling pergunungan ini ada tasik..padahal ia adalah tanah tinggi drp aras laut...itulah kuasa Allah s.w.t....di mana air ini drp air hujan atau salji yg mencair, manakala gunung-ganang di sini kebanyakannya gondol saja...tidak seperti di negara kita yang berpokok untuk menyimpan air...so, bagaimana air ini boleh kekal?



teringat semasa di sini, kami belum solat zohor dn asar...terfikir nak ambil wuduk kat tasik ni tapi takut kami akan menggigil dan tak boleh solat, maklum la suhu sejuk giler...alhamdulillah, bila drive beberapa ketika terjumpa kawasan rehat (services), boleh la kami ambil wuduk dengan air panas dan solat di area parking sebelah kereta...hampar surat khabar elok2, pastu letak sejadah kat atas....tengok kompas kiblat then, Allahu Akbar....







kawasan pergunungan north scotland memang memukau mata memandang, sayangnya ruang lingkup coverage kamera kami tidak selebarnya, maka ini saja hasilnya...ternampak banyak gak kereta berhenti dengan membawa kamera yg bukan main besar, serta stand-nya sekali....so dinasihatkan kepada yg nak datang sini, sila pastikan kamera anda berkualiti tinggi dan kalau boleh duduk la 2-3 malam di sini, berbaloi menikmati suasana yg indah dan tenang....





di glasgow, kami sempat menziarahi centre mosque of glasgow, science centre dan university of strathclyde...malamnya kami tidur di etap hotel yang dibook melalui booking.com, peliknya harga book ialah 50 pound untuk 3 katil semalam, tapi yang dibayar hanya 43 pound saja...peliknya lagi ialah tandas dan bilik mandi diasingkan dalam bilik ini, manakala sink pula kat ruang tamu....katil plak double decker....apa pun, tidur ajer laa....habis di glasgow, maka kami pun bertolak la balik ke london....bungkus dulu ayam goreng dan burger di glasgow, terpaksa tunggu kedai pakistan buka kul 12.00 pm then vrooom....solat zohor & asar sekali lagi di area meja makan luar yang dikosongkan....apa pun, bersyukur kerana tiada berlaku kecelakaan jalan raya semasa meronda jauh ni, terserempak juga sebuah kereta yang berpusing dan melompat menyeberangi divider motorway ke sebelah, namun drivernya okey jer keluar drp kereta, itu la kereta yang 'keras'...bukan buatan Malaysia tu hehee...

Saturday, October 8, 2011

PubLic ReCorD OffiCe


minggu ini, papa beralih untuk buat kajian di Public Record Office (P.R.O) , di Kew Garden. Untuk sampai ke sini, papa naik bas no. 6 sehingga ke Kansel Rise (tambang 1.30 pound), kemudian naik keretapi overground dan turun di Kew Garden (1.40 pound). Di Kew ni ada 2 tarikan, 1. taman pelbagai musim yang boleh dilawati dan 2. public record office (P.R.O)...untuk ke taman tu, nanti papa bawa ibu dan mea + awish...let me do the research first neh!



P.R.O adalah merupakan Britain National Archive, or kalau di Malaysia disebut Arkib Negara. Sesuai dengan nama arkib, bahan-bahan yang disimpan di sini adalah dokumen sejarah yang sebelumnya dikategorikan 'sulit' tetapi selepas 25 or 50 tahun, kategori ini dijadikan status 'terbuka/open' dan boleh dilihat/baca. Sesiapa pun boleh masuk di sini for free untuk 3 tahun keahlian, dengan buat kad sekejap jer dengan tunjuk i/c or pasport bagi buktikan nama, muka dan alamat adalah betul. Selepas tu swipe saja kad tu untuk masuk dewan penyelidik, order dokumen, book meja dan semak tempahan...sangat sofistikated dan percuma. Tengok tu, besar bangunannya dan ia memuatkan berjuta dokumen yang disimpan sejak tahun 1700 tahun, yang sebahagiannya masih disimpan dengan baik, sebahagiannya telah diawet supaya dapat dibaca generasi penyelidik hari ini.



So, apa yang papa cari di sini? good question hehee...di sini papa membaca dua rekod iaitu, rekod-rekod dariada Colonial Office (CO) dan Foreign Office (FO) yang mencatatkan segala peristiwa dan kejadian berlaku dalam senggang tahun 1850-1950, iaitu sejak sebelum kedatangan British ke Tanah Melayu sehinggalah kedatangan Jepun dan juga kedatangan balik British dan era sebelum merdeka. Semua ini dicatat oleh penjajah dahulu mengenai keadaan di Tanah Melayu dan semua negara yang mereka pernah berada/jajah. Catatan yang dicari ialah berkenaan segala undang-undang, akta, perisytiraharan, penyelesaian kes, kedudukan mahkamah kadi, peranan Sultan, pengaruh kuasa penasihat lnggeris ke atas pentadbiran berdasarkan kes-kes tertentu, termasuklah insiden di Kuala Brang dan sebagainya di bawah keyword - pentadbiran undang-undang, hukum Islam dan statut yang digubal. Atas hujah ini, maka papa dibenarkan untuk bersabatikal di London semasa temuduga sabatikal usm hehee...


Haaa...ini antara dokumen yang papa tengok, rasanya ia berhubung segala akta yang pernah digazet oleh British pada tahun 1867-1870. Kandungannya masih baik, cuma kadang2 terbersin jugak dengan bau kertas lamanya....era ini merekodkan banyak undang-undang yg telah dilaksana di India (juga jajahan British) telah dibawa masuk ke Negeri-negeri Selat, yang kemudiannya diterimapakai pula di Tanah Melayu...di sini nak tempah rekod ni adalah melalui online dan kena tunggu 30-40 minit...berbeza di arkib negara di Jalan Duta or di arkib negara cawangan Terengganu yang order rekod memakan masa sampai 2-4 jam huhuu...pastu, order pulak secara manual khususnya di cawangan...dokumen pula tidak secara binding seperti ini dan ada yang hilang dan koyak....untuk murah, segala rekod ini papa guna kamera jadikan pdf fail dan simpan dalam komputer, sebab jika fotostat pihak P.R.O akan caj 42 pence sehelai (RM3.00)..Bagusnya, kamera dibenar untuk dibawa masuk untuk tujuan demikian secara percuma, dimana hal ini tidak diamalkan di Malaysia...so, Arkib Negara Malaysia kena follow la cara P.R.O nim dan berilah ruang yang mudah kepada penyelidik kite...1Malaysia!!! ini antara dokumen yg dicatat bila Inggeris datang ke Trengganu pada 1855, dan apa yg dilaporkan...

Wednesday, October 5, 2011

Tower Bridge



hujung minggu baru ni sampai la kami ke tower bridge of london, iaitu setelah mengambil 'tube' (keretapi underground)...yang kosnya 1 day 7.30 pound sorang or satu trip 2.50 pound. lecehnya naik tube ni sebab kena jalan jauh kalau melibatkan pertukaran tren dari satu stesyen ke stesyen yang lain, lebih-lebih lagi jika hujung minggu yang sesetengah stesyen ditutup, terpaksa naik replacement bas tetapi padat macam sardin...kalau ada roti, boleh gak cicah sardin nim hehee...di sini, sempat kami menyaksikan bridge ni diangkat untuk membolehkan kapal layar lalu....










Tuesday, October 4, 2011

3rd WeekEND



hujung minggu lepas, seperti biasa jadual ronda kota London...mulanya plan nak ke london tower bridge, tapi sebab silap direction yang diterima menyebabkan bas no. 15 tak jumpa cari...we all cari di oxford street rupanya bas tu start di trafalgar square hu3...so, papa ajak jer ahli rombongan naik bas no. 7 untuk ke British Museum hehee..okay la, nanti kena datang jugak, so datang awal drp plan asal...dalam ni banyak mumia purba zaman mesir, iraq, syria dll...ruang bangunannya sangat besar, tengok tiang jer la deh, besor macam pokok balak! di sebelah tangga ada lift simple untuk naik menggunakan wheel chair and push-chair, kelas gitu!



pastu jalan kaki jer ke next door building, kampus papa...wow! tak sangka keluarga kecil papa sampai jugak ke tempat papa bertapa dulu (2003), dulu keseorang je papa bergambar di sini and now sudah berempat...nanti salah sorang anak papa akan datang sini jugak untuk further study, dan setiap sorang lagi akan ke europe, ireland or middle-east buat engineering and medical hehee (berapa orang anak nanti ya?)...apa pun, jangan main kuat sangat ya anak2 papa, cepat pergi menelaah pelajaran! kurangkan tengok upin dan ipin...:)


pastu papa bawa diorang ke regent's park...santai dan lepak...dulu pernah sampai ke sini, now bawa diorang sebabnya tempat ni memang comel dan mendamaikan...lebih2 lagi cuaca yang elok dan tak berapa sejuk ni, all right la datang hujung minggu...ramai mat saleh pakat baring jer atas rumput di belakang sambil makan minum dan bercanda...dun skodem ekkk! mat saleh ni tak kira tempat kalu depa nak buang tabiat tuu, even dalam train yg padat pun beromeng selamba badak jer hu3...memang badak la depa nim hi3...terkejut ibu aritu!


antara penarik di sini ialah taman rose yang pelbagai kaler...kuning macam ni, putih, merah, pink, samor dll...bestnya kalau boleh wat balik rose-rose nim dan tanam keliling rumah, sure comel dan menawan garden kitorang nanti...sure jiran rapat pun nak anak pokok rose ni untuk di tanam di dalam pasu di porch-nye heheee....



sini di setiap taman dan tasik, mesti ada burung merpati, itik, angsa yang pelbagai spesis...jinak betul tapi 1 jer tak best, berak merata....awish geram nak naik bot dengan mea...takpe la ya, nanti semula la kita naik bot, tak mahal sangat just 3.50 pound untuk 20 minit, cuma kami mengejar masa sebab perut mula lapar untuk lunch, dan waktu zohor hampir luput...



haaaa...ada pun masjid di belakang sana (nampak tak kubah sejid tu?)..., inilah dinamakan ronda-ronda yang penuh keinsafan sebab diakhiri dengan solat zohor dan asar...nama masjid ni ialah masjid central london atau regent's mosque...actually, lepas univ. of london tadi nak datang masjid terus, tapi tersilap naik bas yang lalu ikut regent's park (no. 74), sebab tu la masuk ikut belakang ronda taman dulu...sepatutnya we all naik di jalan lepas selfridge & co kat oxford street tu (bus no. 274 or 82)...itu la perancangan dan kejadiannya...

Menu MaLAySia

Entri kali ni nak citer pasal makan...sebab makan itu penting, tanpa makan perut akan lapar dan segala kerja tak boleh nak buat. Lumrah siapa yang mula-mula datang ke tempat yang berbeza time yang besar macam di London ialah, perut yang selalu berbunyi, berkriuk-kriuk...nak kata lapar, tidak lapar, nak kata tak makan, memang makan sokmo, tapi perut dalam 2-3 minggu pertama memang selalui bergesel antara angin dan makanan, entah la sebab apa? maybe time perut bekerja berubah jugak ke 7 jam lewat daripada biasa...plus menu dan rempah yang sedikit berbeza, maybe laa...


ni restoren menu malaysia terbaru di oxford street ni (kwsn city centre), so sesiapa mengidam tomyam, nasi lemak, laksa dan segala masakan panas segera ada kat sini, dilabel halal dan ramai la muka malaysia dalam ni waima melayu, cina or india...so kalau perut selalu sangat bergeseran tu, kena la mari sini kut...ratenya dalam 3.50-7.50 pound sejuadah, boleh la bagi mereka yang tak boleh nak masak masakan malaysia di hostelnya, dan asyik ratah chicken cottage, kebab or briani arab jer, maka sebulan or 2 minggu sekali boleh la menjengah di sini...



ni plak restoren yang lebih lama dan glamer, situasinya di luar sedikit drp kwsn city iaitu edgware road (arab street)...dulu nama restoran ni ialah 'mawar', but now menjadi 'melur'...papa belum masuk ke dalamnya kali ni (melur) sebab dengarnya tokeh melur skrg ni cina, dulu semasa bawah mawar tokehnya orang melayu kedah di maan dia jual 3 lauk + nasi putih = 5 pound... tapi yg ni tak banyak nasi berlauk tapi lebih pada masakan panas...masa papa singgah sini masa nak tukar bas, harga menunya boleh tahan mahal terutama kangkung goreng belacan yang berharga 7.50 pound...lauk2 lain seperti tomyam dll just 3.50 pound jer...memang sebenornye harga kangkung segar mahal kat sini, sebungkus dalam 3.50 dan berbeza dengan rege sawi yang baru 2.00 pound or kacang buncis dan bendi yang boleh dapat dalam 1 pound...yang paling murah ialah bawang besar kuning yang 1 beg plastik jala tu just 1.60 pound...macam tak caya! itu la bawang yg kami guna menggantikan bawang besar/kecil merah.


ni plak bukan di mana2 restoren tapi masa jamuan di rumah aju beberapa minggu dulu...laksa penang dan pulut rendang, dan kek coklat...sempena apa tak tau jamuan, maybe sempena we all baru datang masa tu (baru 2 minggu sampai)...gitu juga minggu baru ni aju ajak makan lagi dengan nasi tengahari...murah tul rezeki, ibu pun pernah masak nasi ayam semasa diorang datang rumah...tukar2 la wat makan sesama kite semasa di sini sambil tukar2 resepi...sini ayam murah saja, seekor baru 3.50 pound, biasanya kami beli 3 keping bahagian peha dan dada (drp seekor ayam yg dipotong 4) dengan harga 3.50 pound laa....


ini kebab yang papa makan tengahari tadi (lunch) semasa ke British Library, harganya 3.99 pound tapi kalau kat sekitar rumah just 2.50 pound, beza sedikit harganya sebab beli di tengah pusat bandar iaitu di zon 1, sekitar rumah murah sket sebab berada di zon 3...apapun belasah jer, asyik makan nasi jer hehee... nak habiskan ni, mene'eh kekenyangan....

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin