Blog ni memaparkan kisah-kisah dalaman kami sekeluarga, just untuk rujukan kami bila terkenang-kenang saat manis sebelumnya; sebab itu ia dijadikan LIMITED EDITION, hanya untuk pembaca dalam kalangan ahli keluarga dan sahabat handai sahaja.

Sunday, November 27, 2011

HaRaPaN pada aNak2



Terfikir mengenai apa tanggapan anak-anak pada ibu bapanya, setelah mereka besar nanti? Adakah sama seperti yang difikirkan terdahulu untuk berbakti kepada mereka dan membalas jasa mereka. Bolehkah seorang ibu bapa menagih 'balas jasa' daripada anak-anak mereka? Tidak 'ikhlas' kah para ibu bapa yang gigih membesarkan anak2 tetapi akhirnya dilupakan, tidak boleh disuruh, diminta tolong dsb. Sekiranya ibu bapa menyebut usaha dan penat lelah yang telah dicurahkan dulu, adakah ibu bapa tersebut sebenarnya telah mengungkit tanggungjawab yang diwajibkan ke atasnya? Daripada satu segi ya, perbuatan 'mengungkit' telah berlaku, kerana dengan cara ini tindakan lampau di-rewind kembali, tetapi adakah ia sesuatu yang salah! Ia tidak lebih daripada nasihat-menasihati antara insan...atau menyedarkan akan tanggungjawab yang dialpa...



Daripada segi yang lain, tanggungjawab dalam kelarga bukan terbeban pada sebelah pihak saja, malah di atas bahu anak2 juga ada tanggungjawab ke atas ibu bapa. Tanggungjawab ini wujud secara bersaling (mutual) supaya ahli dalam sebuah keluarga dapat menjaga antara satu sama lain. Berasaskan dogma ini, situasi ini memperlihatkan bahawa ibu bapa telah berbudi dan anak-anak hendaklah membalas budi. Ini sebenarnya tidak lebih daripada dogmatik Melayu, kerana seolah-olah pembinaannya tidak diselitkan dengan pemberat sebagai satu nilai tanggungjawab. Maka lebih sesuai jika dipahatkan mutual practice ini sebagai tanggungjawab keagamaan, di mana setiap pihak bertanggungjawab dan memelihara ahli keluarga masing-masing.



Bagi papa, itulah harapan pada anak-anak...agar dapat belajar rajin-rajin dan dapat menjaga dan membantu kami apabila dah tua nanti. Maksud 'membantu' di sini ialah membantu apa yang patut mengikut kemampuan dan kelapangan masing-masing. Di samping mendengar nasihat, tunjuk-ajar dan disiplin yang diberikan bagi mencapai pengakhiran yang baik berdasarkan pengalaman orang yang lebih tua. Tinggal lagi, anak-anak yang dijaga dan dibela perlu mencipta kejayaan bagi dirinya sendiri, elak daripada berkhayal dan emosi tidak tentu pasal, sehingga akhirnya gagal menunjukkan apa-apa kehebatan diri. Tumpuan utama dalam fungsi ini ialah bagi membentuk diri anak-anak sendiri yang akan senang dan bahagia, tanpa bergantung sepenuhnya pada kejayaan ibu atau bapa masing-masing (seperti anak Dato' atau bangsawan dulu). Dalam hal ini, ibu bapa akan tumpang berbangga, dan bagi keluarga yang dah berjaya, tiada wang ringgit yang diharapkan daripada anak2 tetapi kebahagian dan kegembiraan mereka. Prinsipnya ialah mudah, hidup mereka maka ke atas merekalah yang bina dan fokus untuk destinasi seterusnya.



Bagi selain anak-anak, takkanlah harapan ini nak diraih sebagaimana ditumpu pada anak2. Takkan nak minta daripada adik-beradik dan ipar-duai kerana masing-masing mempunyai komitmen dan keluarga masing-masing, dan yang paling jelas keluar daripada konteks nuclear family (keluarga kecil - ibu bapa & anak-anak sahaja). Melainkan dalam kes adik-beradik yang menghidap penyakit tertentu, sebatang kara di usia tua dan kes-kes terpencil yang lain. Begitu juga dalam kelompok yang tiada hubungan yang boleh disandarkan seperti kawan-kawan dan jiran tetangga. Maka kelompok kedua ini tidak perlulah risau kerana jasa yang perlu dicurahkan tidak setara-mana jika diperlukan pada masa hadapan, atau tiada langsung, jika dibandingkan dengan anak-anak.



Dalam hal ini, jika disorot kembali pada erti keikhlasan, pemberian pada kelompok anak-anak tentu sekali mempunyai 'harapan' tertentu pada masa hadapan, berlainan pada kelompok kedua (adik-beradik, ipar-duai, rakan2 dan jiran tetangga) yang 'harapan' tersebut tentulah tidak seberapa. Justeru, jika tiada keikhlasan dalam pemberian awal yang dilakukan pada kelompok kedua, maka tidak diketahuilah apakah status jasa atau budi yang telah diberi tersebut. Mungkin kerana inginkan projek berbillion-dollar, saham dalam syarikat tertentu atau menjadi penjamin dalam pinjaman yang besar. Dalam kes yang lebih kecil, mungkin kerana mahu pertolongan tertentu seperti menjaga anak ketika umrah, haji dsb. Bagi rakan dan jiran pula, jangan ingat tiada jasa dan penghargaan yang boleh diberi, ada...misalnya tolong menjaga rumah, kereta, kebun, pejabat dan box surat... Pendek kata, dalam situasi hidup kite hari ini, ada sesuatu yang perlu diberi iaitu dalam konteks 'harga dan menghargai', cuma tinggal lagi ia diminta atau tidak, diberi atau tidak.



Kadangkala hubungan antara ibu bapa dan anak-anak 'tidak ngam' seperti ada 'gap' atau jurang yang merenggangkan mereka. Namun, ini tidak menafikan tanggungjawab mutual antara satu pihak dengan yang lain. Komunikasi yang berkesan tidak dinafikan kurang berlaku, hingga kadangkala menimbulkan persepsi negatif, ditambah lagi dengan kesumat dan kebencian di dalam diri, mungkin dorongan tujahan syaitan huhuhuu...apapun, langkah terbaik ialah membina komunikasi dengan baik, bukan main hambur sahaja...kerana jika api yang disembur..maka api jugalah yang bakal terpercik, terutama pada minyak yang sedang menggelegak, akibat penanaman wasangka yang dangkal sejak zaman-berzaman, dan dicatat di nota-nota kegemaran yang ditinggalkan merata-rata. Tentu banyak sumpah-seranah, cita-cita hidup dan rahsia percintaan monyet yang dimasukkan, berat-berat jika begini...



Eh...apa la yang papa cuba bincangkan pada kali ini. Mungkin sesiapa yang mengalaminya, mengetahui rasa tantang apa yang dibicarakan. I cannot include everyone out there! Apa nak cuba sampaikan di sini ialah, yang dalam hidup kita, ada kelompok atau rantai yang dibina bersama, yang menghasilkan tanggungjawab antara dua pihak, bukannya satu pihak sahaja. Cuma bezanya, tanggungjawab itu dilaksana sepenuhnya atau tidak, adalah bergantung pada keakraban dan penyuaraan kehendak dan masalah; juga bergantung pada kesedaran dan tanggungjawab. Memang kealpaan dan sikap tak kisah kadangkala berlaku, namun ia boleh disuarakan dengan pernyataan masalah (kongsi masalah) dalam bentuk yang sewajarnya. Oleh kerana itu, hubungan ibu bapa dan anak-anak pada sesuatu ketika boleh ditahapkan umpama hubungan rakan-sebaya (tanpa mengabai aspek hormat-menghormati), maka begitulah dalam situasi dan kelompok yang lain. Sikap selalu bertanya khabar, eg anak menelefon ibu bapa, adik menelefon abang, rakan menelefon jiran perlu selalu berlaku. Kalau tiada duit, buatlah miss call atau sms tanya khabar, bukan semata-mata minta duit sahaja. Pendeknya, membina kemesraan hubungan perlu berlaku dari semasa ke semasa. Bagaimanapun, jika anda tidak cuba untuk menghormati orang lain, maka diri anda juga tidak akan dihormati. Begitu juga jika anda tidak suarakan keperluan anda, maka bagaimana keperluan tersebut akan dapat dipenuhi. Jika ada cita-cita untuk hidup tanpa mengharapkan bantuan daripada orang lain, maka tidak perlu untuk menyalahkan orang lain atas cita-cita yang cuba dibina itu, kerana itulah mind-set yang anda bina. Hiduplah sedemikian, kerana tentu sekali orang lain tiada akan menagih sesuatu pun dari anda, malu mata la beb.....jika anda memikirkan beratnya nak 'membalas jasa' maka anda tidak perlu risau, kerana kehidupan orang terawal telah dibina tanpa bantuan anda pun...tetapi sebaliknya berlaku dalam hidup anda. Bagi ibu bapa, seorang anak yang engkar..terdapat beberapa anak lagi yang tidak sedemikian. Takkan pada sebiji durian isinya buruk semua, insya-Allah ada lagi isi yang boleh dimakan, atau at least boleh dibuat 'tempoyak'. Justeru ingatlah sesiapa yang bergelar 'anak-anak' terutamanya....dan kelompok kedua, selepasnya...."belum apa sudah berkira!"

Tuesday, November 8, 2011

HoliDay in PaRis





Lima hari sebelum raya idul adha 1432H, kami ke Paris dengan menaiki bas National Express yang menuju ke Dover Port ambik masa 2 jam, then bas naik ferry besar aka kapal percutian ke Calais Port di France yang ambil masa sejam jer tapi tunggu feri tu dekat sejam jugak hu3, dan teruskan lagi perjalanan ke Kota Paris yang ambil masa dalam 4 jam lagi...all together 8 jam, nasib baik bas ada toilet yang bersih dan kemas...saja papa book naik bas on the way ke Paris untuk experience naik feri besar ni kat ibu dan anak-anak....



feri ni memang besar yang memuatkan sebahagian besarnya lori-lori kargo di samping bas dan kereta persendirian...bahagian dalam ada 2 tingkat lagi yang memuatkan coffee house, shopping facilities, bar, atm machines, restoran dan deck tinjau di atas....so masa ni boleh la cari sudut-sudut yang tenang untuk hampar sejadah dan solat, atau duduk di mana saja untuk buka bekal sambil beli tea or cappucino di sini....kami sampai di Kota Paris, Stesyen Gallieni lebih kurang jam 9.30 malam...waktu di France adalah sejam lebih awal dari London, so kena ubah jam yea...kami just ambik taxi untuk ke hotel apartmen kami iaitu Adagio Aparthotel Val D'Europe yang dekat dengan Disneyland...tapi dekat 30 minit gak dari bandar nim...kena 64 Euro gak tambang taxi, fuhhh...meter taxi gerak macam jarum saat, berdebar we all masa dalam taxi, dah ler duit Euro ada 30 jer...so kami bayar bercampur dengan duit pound yang ditambah 40 pound lagu, kaya la driver taxi ni sebab duit pound lebih mahal daripada Euro....tapi sebab dah lewat malam, dan kami pun sudah letih, apa yang tahu ialah nak sampai cepat ke hotel dan buka bekal nasi dan lauk-pauk yang dibawa dari London...bestnya di hotel ini, ada disediakan dapur dan alat memasak seperti periuk, belanga etc...samak dulu, then panaskan lauk...then, makan nyam..nyam...nyammm....



1st place to visit di kota Paris, tidak lain dan tidak bukan ialah Eiffel Tower...untuk ke sini jauh jugak dengan naik bas no. 50 dari hotel ke Disneyland Park yang hanya mengambil masa 10-15 minit saja...bas ini disediakan percuma untuk ke Disneyland spesel untuk penginap hotel ini dan mempunyai jadual perjalanan yang banyak esp. pada pagi dan malam (return)....dari Disney Park ini, ada stesyen keretapi besar yang menghubungkan ke Kota Paris...dan kami naik RER, iaitu keretapi 2 tingkat dari stesyen Marne-la-vallee (Disneyland Park) ke Charles de Gaulle-Etoile (bandar Paris) yang ambik masa dekat setengah jam jugak, then ambik metro underground no. 6 dan turun di stesyen Trocadero yang hanya melibatkan 3 stop untuk ke Eiffel Tower....cuaca mendung dan hujan renyai menyebabkan banyak gambar kami dalam keadaan sedih saje huhuuu...banyak masa dihabiskan di sini, macam-macam posing laa...





sebelum balik untuk lawatan hari ni, kami singgah di Arc de Triumph yang turut menjadi simbol Kota Paris...kalau naik metro (underground), stop di stesyen Charles de Gaule-Atoile...maka jumpa la monumen ni...sekejap saja ronda pada hari ini sebab kami belum solat zohor/asar...oleh kerana kawasan lembap sebab hujan maka kami buat keputusan baik balik solat di hotel...lagi pun, 2 budak ni mengadu letih dan skit kaki...kacau mood nak jalan-jalan...mulanya nak tunggu malam untuk lihat Eiffel Tower berkelip-kelip lampunya pada setiap genap jamnya, tapi apa nak buat, jalan dengan budak kecik hehee...cuma lepas solat di hotel..kami ronda lagi sekitar hotel yang merupakan kawasan shopping centre de Auchan yang bukan main besarnya....



esoknya, iaitu hari ke-3 di sini...kami ke DisneyLand...mulanya tak mau pergi tapi memikirkan ia adalah simbol ke Paris....maka pergi jugak laa....dewasa kena charge 57 euro dan kanak2 3 tahun ke atas 51 euro...mahal giler tapi sebab disneyland punya pasal, masuk jer la...di Paris ni, kanak2 pun depa charge, macam gak naik keretapi, umur 4 tahun dah kena harga kanak2...tak seperti London yang free till 17 tahun....apa pun, berbaloi gak masuk Disneyland...banyak gak game untuk family dalam ni yang boleh disertai, suka damia sebab asyik main saja...hari ni dia tak mengadu sakit kaki sebab berjalan banyak, jika tidak....sakit kaki...sakit kaki....begitu jugak awish yg happy, cuma awish ni jenis tak sabar sikit kalau beratur nak main sesuatu game...




jelas ceria awish dapat naik kuda pusing hari ni dalam disneyland ni...semalam hajatnya tak kesampaian masa nak naik di eiffel tower....lama jugak kami duduk dalam ni daripada jam 10.30 am sehingga jam 5.30 pm iaitu bila hari mula gelap, maklum la maghrib sekarang awal dan masa ni dah masuk maghrib dah...solat zohor/asar pun dalam park ni saja dengan manfaat ruang kosong yang dijumpai...so, sebelum sampai hotel..kami shopping dulu lauk sikit di pasaraya Auchan yang bersebelahan dengan hotel, ibu masak ikan sea-bass rebus lada hitam, ayam goreng, ulam mentimun dan nasi putih hehee...sedap makan panas-panas dan sedang lapar main seharian ni hehee....di pasaraya ni ada sudut halal, maklum la orang Arab ramai gak domisil kat sini...




sebelum balik pada hari terakhir, kami singgah dulu di Museum de Louvre tempat tersimpannya karya agung Da Vinci iaitu, lukisan Monalisa...tang mana yang hebat kat lukisan ini papa tak tau la...tapi rahsianya, kami datang duk kat luar ni jer, malas nak masuk sebab kena charge belas euro jugak untuk ke dalam...kalau semata nak tengok lukisan da vinci tu, tak payah la hehee....baik bersantai kat kubah2 piramid ni udah ler...





kami balik ke London menaiki Eurostar, keretapi laju yang bertolak dari Gare du Nord, Paris. Lajunya eurostar hanya mengambil masa 2 jam setengah untuk menghubungkan dua kotaraya ini, berbeza dengan bas yang ambil masa 8 jam. Eurostar ini melalui terowong bawah laut menyeberangi Selat Inggeris dan hanya mengambil masa 20 minit saja, sangat laju tapi bila duk dalam macam drive kereta 80 km/j saja...Berpadanan dengan kelajuannya, harga tiket pun boleh tahan iaitu dewasa kena charge 62 pound dan kanak2 44 pound...kalau beli awal lagi murah, dan ini pun dah murah sebab ada sampai charge 200 pound sehala jika beli lewat...sampai di London pada malam 'idul adha, bunga api bermercik di sana-sini esp. kawasan komuniti Islam Pakistan, ada juga oleh omputih yang bakar mercun kerana bulan halau hantu (halloween...entah laa...)...happy-nya, Aju dan famili-nya ada bermalam di rumah sewaan dan telah menyediakan makan malam bagi kami, sukanyer ibu-mea/wish...alhamdulilLah!

Monday, November 7, 2011

Salam 'Eid Adha 1432H



menikmati juadah di pagi eid adha, di samping ibu ialah Kak Ju dan Abg Zul, anak tuan rumah yang datang bermalam, masak dan beraya di sini menemani Pakcik Husin yang keseorangan...so, untung la kami apabila balik saja dari Paris, mereka telah berada di sini...makan malam pun mereka telah sediakan untuk kami yang balik merantau hehee..banyak-banyak terima kasih...So, ibu hanya assist Kak Ju menyediakan nasi himpit, rendang, kuah lodeh dan nasi kunyit pada pagi tadi...sedaaapp walaupun daging yg digunakan just frozen meat, not fresh seperti musim begini di hari raya korban...



Before that, papa dengan abg zul pergi park berdekatan kerana ada eid prayer tent yang dipasang untuk memudahkan umat Islam mendirikan solat sunat ini, just walking distance saje...


kami datang awal sedikit, padahal dah pukul 9 pagi...bila ditanya, solat akan dilakukan pada jam 10 pagi...so ada sejam lagi masa menunggu dan orang pun tak penuh lagi dalam khemah besar ni...suhu pulak bukan main sejuk lagi, tangan terasa seperti pegang ais batu saje, atau seperti rasa bila basuh ayam 20 ekor sejuk beku dalam besen besar huhuu...sejuk dan kemerahan, cuping telingan pun kebas...nasib baik papa pakai seluar tebal dan lagging di dalam drp pakai seluar sepasang...so abg zul ajak tukar tempat, ke masjid pakistan dengan naik bas dalam 4 stop saja...


masjid ni terletak sebelah tube station Willesden Green, solat sunat raya diadakan dalam 3 sesi iaitu jam 8.30, 9.30 dan 10.30 pagi...so dapat la solat dengan selesa dan tenang sebab ada heater dan karpet tebal di sini...cuma yang tak bestnya ialah sebahagian khutbahnya dalam bahasa urdu, yg faham hanya "qurbani, Nabi Ibrahim as, Insya-Allah" dan beberapa istilah Arab yang lain...selain itu, nehi fahem hee...solat sunat eid juga berlainan dengan yg dilakukan di Malaysia tentang part takbir kerana mereka hanya lakukan 3 takbir saja pada setiap rakat, not 7 in the first and 5 in the second...takbir pada rakaat kedua plak dilakukan selepas membaca al-fatihah...apapun, lain padang lain belalangnya, begitu la juga masjid dan mazhabnya....apapun, perselisihan ini hanyalah pada perkara cabang (furu') sahaja, bukan pada perkara pokok/asas...so, dun worry...

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin