Blog ni memaparkan kisah-kisah dalaman kami sekeluarga, just untuk rujukan kami bila terkenang-kenang saat manis sebelumnya; sebab itu ia dijadikan LIMITED EDITION, hanya untuk pembaca dalam kalangan ahli keluarga dan sahabat handai sahaja.

Saturday, December 31, 2011

ShiPpiNg...

Berada jauh di luar negara dan dalam jangkamasa yang tertentu boleh mencambahkan barangan yang ada, jika baju bawa tiga helai..tentu akan bertambah kepada 4 atau 5 helai, sekurang-kurangnya...maka bertambah lagi jika berkaitan dengan akademik, seperti bahan fotostat, buku yang dibeli dan jika bawa keluarga, maka pertambahan lain akan turut berlaku....





biasalah yea...ianya tidak lain dan tidak bukan...senarai pinggang-mangkuk atau puyuk-belanga yang mesra microwave dan berjenama ni hehee...ada juga permintaan daripada sanak-saudara terdekat, maka bercambah-cambah lagi la barangan yang bakal dibawa pulang...semua ini jika tidak dilakukan penghantaran secara kapal (shipping), tentu tak termampu la nak bayar excess luggage yang hanya berjumlah 80 kg untuk kami berempat!


semua pertambahan dengan pinggan, kuali, buku, nota, printer, baju sejuk tebal2 dan sedikit mainan berjaya memenuhkan 5 kotak, 2 lagi kawan punya...itu baru 5 bulan! plus kiriman sedare-mare...pandai ambik kesempatan ekk...


kotak pun que nak boarding untuk balik ke Malaysia...estimate perjalanan adalah selama sebulan setengah, paling lama pun 2 bulan...khidmat ini adalah secara door to door...iaitu syarikat yang uruskan shipping ni datang ambik kat our door di London, dan akan dihantar straight to our door at Malaysia...3 box di alamatkan di Terengganu dan 2 di Penang...


kotak dimasukkan ke lori....syarikat yang uruskan ni dinamakan Mira D Services, syarikat orang Melayu Malaysia yang diusahakan oleh Encik Nik yang tinggal di Stoke-on-Trent, 2 jam setengah daripada London....kalau siapa pernah dengar nama stoke-on-trent, tentu akan tahu ia popular sebab apa....apa lagi kalau tak pinggan-mangkuk berjenama.....itu lah dunia hari ini he3

Thursday, December 29, 2011

Bila LaPaRrr.....


bila lapar, kita makan ajer...biasanya kalau keluar bekerja (research)..makanan dibungkus bawa dari rumah, cuma buah, roti and air jer yang beli....


kat bandar, beli pizza pun sodaapp...for vegetarian...buat alas perut sebelum balik rumah, makan betul-betul...

togok jer air kalau dahaga hehee...oh! my dear son...



air nescafee di sini sedap drp Malaysia, ia kurang terasa kafein....



di hotel, makan jer yang tidak meragukan...


tapi yg paling best ialah bawa bekal sendiri...sekian. Hai, boring la bila library cuti panjang sangat nim....

Wednesday, December 28, 2011

SekiTAR XmaST & BoXinG Day





tengok signboard tau dah di mana ek, inilah pasar Kilburn...actually, jarang papa shopping sini sebab mahal jugak, serta rasanya depa ni ambik barang di Primark jugak (style penjaja kecil di Malaysia la yang ambil barang di Mydin hehee..)...cuma nak tunjuk depa jual pokok krismas untuk hiasan sempena hari natal yang kan menjelang beberapa hari lagi atas tuu....


kat depan bank ni banyak lagi pokok krismass dijual...esok dah nak krismass, hai boleh laku ke mike? macam setambung lagi hihii...dok pekdah sungguh orang putih ni beraya...kalau malam lalu ikut rumah depa, boleh tengok lampu kelip-kelap yang dililit pada pokok ni di ruang tamu rumah mereka, jika dibuka langsir (nak nunjukk)...kat depan pintu juga ada lingkaran daun krismas yang membulat dengan lampu kelip-kelap juga, meriah juga....takpela...lakum di-nukum, waliya-din...(bagi kamu agama kamu, dan bagiku agamaku)




panorama sekitar bandar Kilburn, bandar terdekat dengan rumah kami...dari Willesden, kena naik bas no. 98 untuk ke sini...kat sini banyak lagi kedai untuk shopping seperti kedai baju, kasut, argos, kfc halal dan kedai buku pun...


di Kilburn ni jugak ada Poundland...kedai golongan marhaen macam kami hehee, inilah kedai 1 pound (everything 1 pound)...nak murah barangan, masuk jer sini...actually, ada benda murah dan ada benda mahal....so beli la yang rasa murah, dan jangan beli kalu serre mahal...as simple as that! biasanya stationary, dictionary, mainan budak2, certain coklat, cermin muka, maflar, glove, shower gel & ubat gigi baik beli di sini hehee...


ni plak...sekitar jalan-jalan naik bas, duduk depan tingkat atas...sambil ambil-2 gambar yang kelihatan lengang sehari sebelum xmast...eh ramai omputih ni dah balik kampung ker? macam kurang jer kenderaan arini...esok xmast semua pengangkutan awam off, atau makna kata lain, tadok bas or train langsung...kuat giler omputih ni raya, kedai pun semua tutup...dengar citer, dulu ada pasaraya cina (wing-yip) buka...tapi dapat notis daripada council suruh tutup...pendek kata, lumpuh la kita orang untuk berderap time ni...pun gitu, ada jugak kedai yang just buka separuh hari...seperti kedai daging or runcit...kang habis garam kan, tak serre la masak!


ni plak pekan Kensal Rise...sebahagian spot penting juga bagi papa...ia menjadi tempat transit papa untuk pergi ke Public Record...naik bas no. 6 and get off di sini, pastu ambil over ground train untuk menuju ke Kew Garden....di sini juga banyak kedai kebab hehee...tapi tak sebanyak di Kilburn laa...


jalan antara Picadilly Circuss dan Oxford Circuss...antara tempat yang sibuk untuk membeli-belah, juga jalan yang menghubung Oxford Street dengan Chinatown yang berada tak jauh daripada Picadilly Circuss...kawasan ni antara lokasi di tengah kota London, sebab tu macam-macam lampu dan replika sempena xmast bergantung-hayung di antara blok bangunan lama ni, bila malam maka bergemerlapan laaa....as below;



rasanya tengah bulan oktober dah pasang lampu ni...punya la semangat noo...alaa macam di negara kita jugak la, bila nak raya...apatah lagi kawasan ni adalah pusat shopping di Kota London...inilah dia Oxford Street....tahun ni banyak kerja-kerja baiki laluan pejalan kaki di sini, sebab tu ada pagar gitu-gitu tuuu....orang ramai sokmo di sini, rasanya tak pernah lagi lalu di sini dalam keadaan lengang tadok orang...entah dari mana mereka datang nooo?


gambar ni diambil pada 26hb. xmast atau dikenali boxing day...hari ni paling ramai orang ke sini sebab semua pasaraya besar di sini mengadakan jualan murah sehingga 70%...kebanyakan baju branded dan minyak wangi dijual dengan separuh harga...bukan macam di Malaysia yang 50% setelah dinaikkan harga lama (penipu punya!), di sini memang separuh giler....setiap minah omputih dan mek arab bimbit 3-4 beg besar masing-masing...puas hati giler depa borong...ada tu papa tengok depa borong minyak wangi sampai 10 kotak (pack pefume + shower gel)....giler punya borong, sampaikan certain rak minyak wangi kosong daripada shelf pameran...papa pun beli dua kotak jer dalam dok kagum tengok depa ni bershopping....bayangkan perfume yang harga 50 pound, dijual dengan harga 25 pound....yang 29 pound dijual 14.50 pound...Kak Esah citer, masa ni la dia selalu borong minyak wangi sama ada untuk dia dan anak-anak, atau untuk hadiah kat rakan-rakan (dapat hadiah 1 papa dan 1 ibu semasa farewell lunch baru ni...hehee tenkiu K.E.)


disebabkan ramainya orang London serbu pasaraya pada boxing day ini, kebanyakan gudang yang besar kena beratur nak masuk...sebelum buka, orang dah keliling blok beratur...my fren pukul 7 pagi dah keluar rumah untuk berebut que ni sebab certain barang yang dijual murah giler2 ni tak banyak, first come first serve laa...kat tepi dinding ni adalah orang beratur nak masuk Selfridges & Co...masuk Next pun kena beratur dan lain-lain laaa...guard hanya benarkan sekelompok tertentu masuk, sehingga yang lain keluar...baru kelompok baru dibenarkan masuk...sebab terlalu pack, papa tak jadi beli baju ke budak2 ni sebab tengok que nak bayar pun berbelit-belit panjang...sampaikan suasana dalam pasaraya hangat semacam, papa rasa selesa lagi duduk di luar walaupun udara sejuk berbanding di dalam shopping centre ni...terbalik, jika sebelum ni baik masuk shopping centre to get warm by heater...tapi masa boxing day, baik duk luar bangunan untuk hilang bahang hangat...papa rasa, ni mesti ramai yang datang shopping ni tak mandi pagi hehehee...including me, ahaks!


tadi pagi, papa ikut mcik yah ke Asda (kat Malaysia macam tesco or giant laa)...beli pampers untuk awish yang kuat nau kencing di musim sejuk ni....laju jer salin pampers sehari-hari...sambil tu nak beli coklat dan teh untuk souvenir buat balik Malaysia, 3 weeks to go! sempena jualan murah akhir tahun masih ada...dapatlah save money sikit! kebetulan cuti xmast yang panjang hingga new year...our campus off from 23 dec to 2nd jan hu3....pun begitu, boleh jugak la papa ikut Mcik Yah kali ni ke sini, kalau tak..susah nak berkebetulan dengan jadual Mcik Yah shopping and papa free...so tak payah la papa bimbit barang naik bas dengan hasil belian yang berat nanang nimmm....


haaa...sempat tadi snap kaunter jual daging halal di dalam asda...see, sape kata payah nak dapatkan daging halal di London...so easy and it almost at every nook and corner....ada kaunter khas lagi yang diselia untuk staf pakistan or arab yang domisil di sini...di dinding ada besar poster yang kehalalan produk di sini dipantau oleh agensi khas, so dun worry!....papa biasa beli daging untuk steak di sini, balik suruh ibu buat...ermmm yummii....

bIRTHDay & faREWell





last saturday we celebrated an advance birthday party for ibu, as well as a farewell lunch, two weeks before the exact date...bakpe jadi gitu? hehee...sebabnya pada mula tuan rumah kata dia nak balik Malaysia by end of this month, so sebelum dia balik kami nak buat la makan-makan...then, dia tukar pulak tarikh balik...kita nak tukar tarikh jugak dia kata tak payah...sebab dia dah telefon ramai kawan2 Melayu di sini...takpe la, jalan jugak...sebab nanti pun akan celebrate juga...


selain kek coklat buah tu...ibu masak nasi ayam, best sampai ada tetamu yang tambah nasi 3 kali...baguih-baguih...Makcik Yah masak pulut kuning, and Aju sponsor rendang daging dan popia, Kak Esah bawa kek epal...okay la tu, itu pun kekenyangan masing-masing...cuma sleck kat air, yang hanya air panas...tapi sejuk-sejuk ni sesuai air panas jer untuk memanaskan badan...


dari kiri, Pakcik Husin (tuan rumah), Pcik Mokhtar (tetamu), Que and Kak Esah (ibu Que)...mereka ini adalah antara komuniti Melayu di sini...Dulu arwah suami Kak Esah kerja di Malaysian High Com...papa kenal masa datang 2003 study phd...now membesarkan 2 anak sebagai ibu tunggal mengharungi dunia England ini dengan sokongan kawan-kawan komuniti Melayu...yang mereka ini intim ibarat saudara-mara...saling tolong-menolong dalam kelompok kecil dunia komuniti Melayu London...


dari kiri, Dr. Nik (2nd tenant), ibu, Aju (menantu Mcik Yah), Abg Zul (anak Mcik Yah) and Zack (anak Kak Esah)...sembang-sembang dan bertukar cerita...biasalah bila dah berkumpul, macam-macam isu muncul..kadangkala tak sedar isu yang sama diulang-tayang balik...ialah, kelompok kecil sahaja...berapa banyak sangat cerita yang ada untuk di circulate among us hehee...cuma diberi nafas baru, dan pendekatan yang berbeza...apa pun, kemesraan tidak memerlukan kebernasan idea tapi mencukupi dengan saling mendengar dan menghormati pandangan setiap pihak...

Saturday, December 24, 2011

Jum'At PraYer at LonDoN



ini gambar sekitar tempat sewaan kami, iaitu Willesden High Road...jalan utama, menjadi laluan bas ke banyak destinasi...di London Halal Meat ini la (signboard hijau gelap) kedai biasa kami dapatkan stok halal bagi ayam, daging or kambing...ia milik Pakistani dan kalau nak beli paratha yang sejuk beku pun boleh di sini, bawang besar dan buah2 limau, epal & pesimons (pisang kaki)....then, selang satu kedai tu, yang ber-signboard biru tu plak...



haa yang tulis Darul Ta'alim Cultural Centre ni adalah juga sebenarnya surau/masjid di area sini, musolla yang terdekat dengan rumah sewaan...kelihatan di luar ia seperti lot kedai biasa, tetapi di dalam..especially pada hari jumaat, haaa...padat dengan orang. first time cari masjid ni memang tak perasan, bila tanya mamak jual ayam tu baru dia tunjuk, ingatkan kedai cyber cafe sungguh...rupanya sikit sangat yang cybernya...di belakangnya saf yang bersusun...



memang design dalam lain....di negara kafir kan, nak buat guaner...so, papa kebanyakannya datang solat di sini, sebabnya terdekat, khutbahnya boleh faham dan panjang sedikit dengan isi yang menarik...khutbah pertama biasanya dalam bahasa arab dan khutbah kedua pula dalam bahasa inggeris, masjid ni kecil saja...sebab itu kalau datang lambat...sure, kena solat kat tempat letak kasut hu3...tapi papa tak pernah lagi...makmum di dalam ni kena squeezze giler time nak dirikan solat, ramai beb...so kalau rajin dan rasa nak berjalan jauh sikit, papa pergi ke masjid pakistan..masjid brent centre, tempat solat idul-adha aritu...



haaa....ni baru masjid betul, atas ada kubah lagi...warna hijau plak tu kubahnya! luas, karpet tebal dan bilangan safnya plak banyaaaaaak...cuma, ceramah sebelum khutbah dan zikirnya dalam bahasa urdu., bila tuan syeikh tu bercakap di depan macam cerita hindustan bila depa bersyair, merdu dan syahdu., tapi sepatah haram pun tak faham hi3..nehi fahem-hee...cuma kalau nak selesa iktikaf jer baru papa ke sini....masjid ni bermazhab Hanafi...sebut mazhab ni, bukanlah nak bezakan cara solat...tapi nak citernya, waktu solat di sini juga berbeza ikut mazhab, terutama waktu zohor, asar dan isyak...subuh & maghrib waktunya sama sebab tubit dan terbenam matahari = tak beza mana...tetapi waktu-waktu lain yang berdasarkan bayang dan garis merah, ia berbeza besar...biasanya waktu solat mazhab Syafie awal sejam or setengah jam daripada waktu Hanafi...kalau asar syafie (winter time) pukul 1.36 pm...asar Hanafi adalah 2.36 pm....waktu solat jumaat di musim sejuk di sini juga berbeza....biasanya masjid2 di sini akan solat jumaat pada jam 1.00 or 1.15 pm walaupun waktu zohor dah masuk sejak 11.50 am lagi (syafie) dan 12.30 pm (Hanafi)...sebabnya depa tunggu orang Islam rehat daripada bekerja (1.00 - 2.00 pm), lain la dengan Malaysia yang rehat awal pada hari Jumaat, cuma di Malaysian Hall di sini lain...



ni Malaysian Hall di Bayswater, waktu solat jumaatnya awal iaitu sebaik masuk waktu solat...lebih kurang jam 12.00 pm...kekadang delay sikit bila ada Sultan atau Kerabat Raja mari...so tunggu vvip ni mari (sokmo lagu tu deh!)...di sini dewannya dibuat tempat solat jumaat., kalau raya dibuat solat raya...di samping itu, ada juga bilik sewa tapi untuk short stay, rasanya maksimum duduk 3 malam saja...pastu kena check-out (tak boleh stay lama)...dan ada sebuah kafe menu Malaysia juga di sebalah dewan solat ni...normally ia menjadi tumpuan student dan orang Malaysia yang rindu pada lauk-pauk dan kuih-muih Malaysia...sebut jer nak makan apa, insya-Allah ada kat sini, tapi harga dalam pound la yer...satu lagi, kalau rindu nak jumpa ramai muka Malaysia....datang la di sini..ber-riokk-wo' orang Melayu...terasa macam duk kafe di Malaysia jer rasenya...hehee...


ini la dewan solat jumaat di Malaysia Hall...kalau sesiapa pernah datang ke Malaysian Hall lama yang berdekatan dengan Marble Arch dulu (now tutup sebab tempoh pajakan sewa dah habis), dewan solat di situ lebih besar...rasanya dalam 3 kali ganda luas dewan ni...kat Bayswater ni kecil sangat, dan jika melimpah orang ramai datang...maka dihampar sejadah di sepanjang siar-kaki di dalam blok ini....sempit sengoti. Papa baru sekali datang sini ikut Pcik Husin, tuan rumah...dia selalu solat jumaat di sini...tapi papa tak berapa selesa solat di sini, sebab tu, lepas sekali dulu terus papa tak ikut lagi, sebab utamanya papa rasa no point duduk sini tapi masih dengar khutbah dari Malaysia...baik den balik duduk Malaysia saja...papa minat kelainan dan sentuhan international hehee...iyer tak?








Thursday, December 22, 2011

DUIT UK



ini currency yang diperlakukan dengan nilai di UK...cuba perhatikan note £5 di atas, terdapat 3 bank yang keluarkan duit ini yang berbeza-beza iaitu Bank of England, The Royal Bank of Scotland dan Clydesdale Bank. Begitu juga note £10, yang berbeza tetapi 'laku' jika membeli-belah sama ada di England atau di Scotland...pekedai biasanya akan guna sejenis pen untuk 'toreh' atas note ni untuk pastikan sama ada ia tulen, atau palsu...jika tak berbekas, maka 'tulen la bang'...so, jangan terkejut kalau keluarkan duit kat ATM Bank of Scotland or Clydesdale Bank jika note yang keluar tidak sama dengan yang biasa dipegang. Begitu juga kalau ke Scotland, dan dapat change dengan note berbeza...dengarnya Ireland juga mempunyai otonomi untuk keluarkan note sendiri....takpe la, asal laku sudah!


Seperti yang dimaklumi, nilai £1 adalah bersamaan lebih kurang RM5.00 pada rate sekarang ni (2011). Jadi bila membeli-belah di sini, even though nampak tag harga barang macam murah saja, contohnya baju dan jeans kanak-kanak dalam £2 hingga £6, namun bila diconvert dengan Ringgit...lumayan juga, especially bila barang tu dijual mahal kat negara kita. Di sini, nak beli pakaian kena tengok tempat, ada yang murah..memang murah giler seperti di Pasaraya Primark...tetapi kalau di shopping centre, harganya mau sama saja seperti antara £15 hingga £100. Biasanya studen Malaysia yang nak simpan duit, akan ke Primark sahaja...ia seperti Mydin laa tapi lebih kelas darpada segi penampilan dan dekorasi dalaman, iaitu koman sikit jer daripada Marks & Spencer, Debenhams, House of Fraser dll...cuma orang terlalu ramai di dalam Primark, nak jalan or pilih barang pun susah...worth datang sini kalau nak beli baju sejuk, misalnya kalau di Winter Shop di Malaysia jual dalam anggaran RM300-450, di Primark baju yang sebanding boleh dibeli antara £25-£35 sahaja (equal to RM125-175)...berlainan kalau ke Harrods, pasaraya yang khas untuk golongan elit dan kaya...kat sini, kami beli gula-gula jer :)


Kalau mula-mula datang UK, setiap kali membeli-belah...kepala akan ligat mengira berapa amaun Ringgit yang akan atau telah dibelanjakan pada ketika itu...dan setiap kali begitu, aktiviti semasa membeli akan sangat la berkira...apa taknya, walaupun nampak sedikit yang dikeluarkan, namun hakikat tukaran dan perbelanjaannya adalah sangat besar. Misalnya, ais krim kon dijual dengan harga antara £2 hingga and £2.50 dengan satu scop ais krim saja, sangatlah mahal sebab itu dah bersamaan dengan RM10-12.50...sedangkan di Malaysia, baru RM1 saja, itupun kadangkala dapat 3 scoop ais krim....peliknya, harga £2.50 ini boleh dapat seekor ayam yang bersaiz kecil di kedai-kedai halal meat...atau separuh ayam panggang dan salad jika masuk kedai kebab pak-pak Arab (tapi di luar zon 1 dan 2 London) laa...


Di sini, kad kredit diterima dengan syarat yang rendah...siapa ada kad boleh belanja sakan...sebab pembelian dalam kadar £10 pun dah boleh guna secara kredit...ada mat salleh tores kad minta cash....papa tak pernah lagi dibuat sebab komisennya tinggi...di sini kad kredit UK pakai pin number, berbeza dengan Malaysia yang pakai sign...so ada tempat papa kena guna kaunter, tak boleh guna mesin sel-service sebab tak sesuai untuk kad...seperti pembelian di argos, asda dan saintsburry...best shopping pasaraya di sini, sebab ada mesin bayar barang sendiri...orang pun tak berani nak menipu...mesin pun senang jer terima duit sama ada siling atau kertas, berbeza dengan negara kita yang note kalau renyok sikit..daaaah direject jer duit tuu...ni citer bukan nak burukkan negara kite, tapi kena advance la..guna mesin yang canggih sikit next time in the future nehh....


Susu budak kat sini, papa guna susu saintsburry jer yang harga £1.61 untuk 400 gram. Actually ia adalag dried skim milk for any age, cuma nak jimat....tapi nampaknya, pipi awish dah tembam sejak minum susu nim...hehee.....Pampers pula beli kat jenama Asda kat pasaraya Asda (macam tesco la ada jenama sendiri) dengan 2 pack (44 nappy each) untuk £10. Itu la bila berada di negara orang, dengan elaun yang tidak sebesar mana...berdikit-dikit la dalam berbelanja...


Monday, December 5, 2011

HyDe Park, LonDoN





jalan-jalan di hujung minggu bersambung lagi setelah lama terhenti, ini menyedari apabila hanya tinggal 6-7 kali weekend saja lagi kami akan berada di sini, maka walaupun sejuk..setelah melihat ramalan cuaca dalam 7 celcius dan langit cerah...maka kami keluar ke hyde park yg terletak berdekatan marble arch...ia terletak di penjuru utama kawasan membeli-belah utama di kotaraya ini, di sini ada taman yang hijau seluas-luasnya, selenguh giler kaki berjalan...thats why today kami bawa 2 stroller, for both of my kids...so no excuse sakit kaki anymore! hajat di hati nak bawa ibu melihat sudut hyde park corner yang menonjolkan pendebat-pendebat bebas yang berceramah on any issue dalam dan luar london...dengan duduk di atas sebuah kerusi, seseorang yg ingin bercakap akan bercakap dan berceramah bla..bla..bla...sambil dikerumuni oleh pelawat di taman ini, no police akan ambil tindakan and no permit perlu dipohon kerana ia menawarkan kebebasan bercakap dan berhimpun...maybe kerana kami datang lepas zohor, makan orang dah bersurai...biasanya akan ada 2 atau 3 port kumpulan ini, termasuklah daripada pendakwah Islam....jangan tebeng maeng di sini!


walaupun luas menghijau, pokok-pokoknya semakin banyak yang gondol...tidur dan tidur semasa suhu semakin menghampiri sifar ini, tangan kami pun kebas pada masa ni, semua tertinggal sarung tangan kat rumah huhuu...tahan jer laa....yang menakjubkan, semasa jalan2 ni ada terserempak dengan sorang mat salleh lingkungan 50-an sedang jogging dengan berseluar pendek dan baju singlet tanpa lengan...papa cakap kat ibu, "mesti dia lari tak berhenti dah nim, maklum la supaya badannya tak kesejukan!"...tak tau la dia rasa macaam mana, sebab dalam seluar jeans kitorang pun ada selapis lagi seluar untuk cover hawa dingin (yang disebut long-john)...maybe kampung diorang, bak pepatah "alah bisa, tegal biasa"....



pada masa ni boleh dikatakan london di ambang xmast, di mana-mana ada sale...semua penjual nak let go tapi by suruh kite beli hu3, orang beri la percuma...dan kerana itulah yang boleh dikata dengan lihat idol ni...ingatkan mulanya ada fun-fair biasa kat tengah hyde park ni, rupanya ia dinamakan winter wonderland sempena winter dan xmast...banyak game ala disneyland ada di sini, sama ada untuk yang thriller or family, satu pun kami tak sempat naik sebab nak kejar masa, maklum la 3.50pm dah maghrib...just sight seeing sekeliling dan beli chips serta donut saja untuk alas perut yg belum lunch...ramainya mat salleh, ingatkan sejuk-sejuk begini ramai terkurung dalam rumah, rupanya pakat datang berpesta di sini sambil minum-minum...banyak stall arak dan aneka jenis burger dijual, kami pekena teh o panas ajer la hehee...


hyde park serpentine lake...walaupun dingin, berhenti jugak sat di birai tasik ni, tengok itik dan angsa berenang-renang...kelihatan besar white wheel kat tapak winter-wonderland di belakang sana...kami sebenarnya jalan-jalan sambil cuba pusing keliling park ni...


di belakang ni bukan sebarang aliran air, tetapi ia merupakan sebahagian daripada lady diana memorial...just simple jer, di semi lereng tanah ni, dibuat bulatan longkang air mengalir dengan sedikit lekuk kat bahagian tengah sana yang bergerigi...itu aje...mungkin memfilosofikan bahawa semuge ruh lady diana ni tenang dan sentiasa hidup seperti air yang mengalir...or semangatnyer dulu agar hidup...entah la...ikut pandai korang la ekk...kami nak rest jap sambil minum tea panas nim....hehee...


Royal Albert Hall...sempat dijengah sat before last misi ronda-ronda petang ni, kat depan ni lalu bas no. 52 yang lalu area rumah kami, so cepat2 cross jalan dan balik...kat rumah telah menunggu rakan papa yang datang ziarah, lama tak jumpa beliau...now telah ada 5 anak dan bisness sendiri dalam bidang solidworks di kota london nim...malah, ramai european bekerja di bawah beliau...yang sekarang sedang menyiapkan proposal untuk projek 100-120k (pound) dalam menyiapkan interior design kedai yang diberi nama "makan" menawarkan juadah Malaysia....cayalah!

ULaM & SaYuR...





koleksi untuk masak bila-bila masa iaitu daun bawang dan daun kesom (layu doh..), kat sini daun bawang murah sangat, dalam 4 ikat 1 pound...sekali beli, terus membiak..lagi dan lagi...best gaul untuk telur dadar...manakala daun kesom tak tahan dengan cuaca sejuk, mula2 mencambah gak akarnya, pastu daunnya terus kering dan mati...hu3, dah 2x ke China-town dan wing-Yip tapi tak terserempak dengan jualan sayur nim...kesian ikan patin (kat wing-yip dilabel pangasius - nama saintifiknya) yg menunggu geng untuk dimasak, mesti tak bangkitlah bau tanpa-nya...


ini daun bawang yang ditanam di belakang rumah, mulanya punya la semangat untuk mengusahakan area garden belakang rumah mcik yah ni, tapi malang tak berbau, ada petualang rupanya...2 ekor kucing jiran, warna hitam bulunya tebal....jahat punya kucing mat salleh...diberaknya sekeliling pokok yang papa tanam nim...sampai tak termakan daun ni hu3..."sampai hati kau kucing, jangan ingat nak membaja ekk!"...so terbiar la pokok ni, daun bukan main segar lagi walaupun dibungkus kedinginan winter...namun untuk dikerat dan makan jauh sekali bila terjadi begini...



haaa..ni plak ialah kacang botol (pantai timur) atau disebut juga kacang kelisa (penang) merupakan ulam kegemaran papa...gemar makan sebab ia crunchy, dan boleh makan begitu tanpa perlu dimasak...ada sesetengah orang suka goreng berlada, or sayur lemak putih, aghhh...tak sedap la wat gitu! best makan berlaukkan budu, nyum..nyum......hi3...kat rumah di penang, papa ada tanam sebelum fly ke sini dan dengar ceritanya ia dah berbuah sakan..mesti melintang-bagai-rimba di atas pagar antara rumah papa & rumah jiran...mesti jiran marah nanti, tapi jiran kami belum masuk rumahnya...malah hutang pagar pun belum bayar lagi kat papa, (berani kau nak marah he3)...apa pun, very lucky sebab minggu lepas papa jumpa ulam ini kat china-town di sini..punya la happy sampai borong dua (ingatkan 10 tadi!)...

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin