bismillah & salam
Blog ni memaparkan kisah-kisah dalaman kami sekeluarga, just untuk rujukan kami bila terkenang-kenang saat manis sebelumnya; sebab itu ia dijadikan LIMITED EDITION, hanya untuk pembaca dalam kalangan ahli keluarga dan sahabat handai sahaja.

Wednesday, September 12, 2012

KemBali MenjenGaH...

Assalamu'alaykum semua penjenguk blog ini...isyhh lama betul noo blog ni tak berkarya, lebih kurang 8 bulan agaknya sejak keluarga tintapendeta balik dari London. Mungkin rasa kebas musin sejuk di sana masih terasa di jari-jemari ini hi3...

Sekarang kalau nak update kisah keluarga kami, rasa tentu berlembar-lembar la yang perlu ditaip...pelbagai perkembangan, perubahan dan pertambahan yang berlaku....so malas la pulok, nanti banyak sangat hal ehwal peribadi kami yang diketahui orang secara percuma. Nanti kalah keluarga Menteri dan ahli politik hari ni yang saban hari cuba memenangi hati semua khalayak hehee...maklum la, dah terlalu hampir nak pilihanraya.

Petang ni rasa nak tulis jugak di sini, sebab sambil tungu upload perbualan telefon dengan Tan Sri semalam ke dalam emel. Kali ni tak mainlah perbualan biasa, perbualan tahap vvip dah hehee...tapi vvip ni bukanlah figure yang dikenali ramai, melainkan dalam kalangan mereka yang concern berhubung dengan perundangan syariah di Malaysia. Tan Sri Sheikh Ghazali bin Haji Abdul Rahman, adalah otai dalam pentadbiran undang-undang syariah di Malaysia. Beliau pernah bertugas sebagai guru di Maktab Mahmud Alor Setar, sebelum memasuki pentadbiran kadi, mahkamah syariah, majlis agama Islam wilayah Persekutuan, jabatan kehakiman syariah malaysia dan sekarang di Jabatan Peguam Negara sebagai Penasihat Perundangan Syariah. Beliau telah pencen daripada perkhidmatan awam pada 30.11.2007, dan sehingga kini memberi khidmat secara kontrak di pejabat AG ini.

Pada asalnya, hasrat untuk berbual dengan beliau dicitakan oleh calon ijazah doktor falsafah yang saya seliai bagi mendapat gambaran sebenar halatuju dan persediaan negara dalam memartabatkan pentadbiran undnag-undang syariah di Malaysia. Justeru, apabila green light telah diperolehi daripada pembantu khas tan sri, maka semalam walaupun sempena september, 11...saya naik juga kapal terbang ke putrajaya untuk membantu my supervisee sekiranya kekurangan soalan temubual, di samping membantu penyelidikan saya dalam bidang ini sepanjang usia ini, insya-Allah. Bukan senang nak jumpa tokoh yang ulung ini. Cuma selepas berbual dan meninggalkan cenderamata, terlupa pula untuk bergambar bersama, padahal niat telah terpasang daripada awal. Kini antara tokoh perundnagan syariah silam yang masih ada adalah tan Sti dan Prof Monir, setelah Prof Ahmad Ibrahim meninggal dunia. Kami sedang menunggu sebuah buku baru yang ebrkonsepkan coffee table book akan dikeluarkan tidak lama lagi yang memuatkan mengenai perjalanan dan perkembangan tan sri dan kumpulannya, antaranya melalui jawatankuasa teknikal hukum syarak, khusus dalam penggubalan dan penyelarasan hukum syarak di Malaysia.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin