Blog ni memaparkan kisah-kisah dalaman kami sekeluarga, just untuk rujukan kami bila terkenang-kenang saat manis sebelumnya; sebab itu ia dijadikan LIMITED EDITION, hanya untuk pembaca dalam kalangan ahli keluarga dan sahabat handai sahaja.

Tuesday, January 24, 2012

EnD DaY at LonDoN



inilah flite yang mengkandaskan kami selama kira2 19 jam di sekitar gatwick airport...penantian yang dianggap sejam menjadi 2 jam, 3 jam dan berjam-jam lamanya...kesnya coil untuk jana kuasa utk pesawat terbakar dan perlu diganti [lewat malam kedai dah tutup]...so flite dari jam 2220 dilengahkan ke 2300 dan kemudian ke jam 1300 keesokannya, dan kemudian ke jam 1500...jam 1530 baru dipanggil untuk boarding...




tanpa diketahui peristiwa malang ini, jam 1830 kami dah sampai airport, dengan menyewa kereta pakcik Husin dengan tambang £60.00. Mulanya kaget bila kami diturunkan di north wing, sedangkan kena check-in di south wing...tersilap tak tengok boarding pass yang telah diprint awal2...nasib baik ada tren yang menghubungkan antara dua wing ni, yang boleh memuatkan troli sekali...seperti yang menghubungkan terminal satelit di klia...so berdecung jer kami ke sana...




inilah muka2 yang menjadi mangsa delay...ramai yang terlepas their connection flite, termasuklah flite kami yg menuju ke K. Terengganu. Pada hal senggang masa antara flite sudah lama kerana ikut jadual asal, kami akan landing di lcct pada 18.1.12 pada jam 1910 dan flite ke kay tee pada 19.1.12 jam 0700 keesokkannya...tapi terlepas juga, akibat delay yang terlalu lama...nasib baik lagi [better say, alhamdulillah] kami mengambil juga airasia...so dengan mudahnya kami mendapat gantian tiket, jika connection flite ambil mas, sure tak dapet nak nolong...bagaimanapun penginapan kami di tune hotel lupus begitu saja...



apa yang menjadi trauma pada kami ialah menunggu dan menunggu...serta announcement, risau jika diumumkan delay and delay...apa yang menyebabkan tension ialah hand luggage yang tidak kurang berat, papa saja pikul 2 laptop, tak termasuk barang2 yang ibu bawa lagi...selepas diumumkan flite delay malam itu dan dianjak ke jam 1300 keesokkannya, kami dikehendaki melalui laluan imigresen seolah-olah baru tiba, di semak passport seperti biasa, ambil luggage semula ke dalam troli dan beratur semula ke kaunter check-in....fuyooo....dah la masa tu dah menjangkau jam 0030 pagi..



ditambah dengan karenah 2 budak kecik ini...memang tough terutama si-kecik, yang agresif sepanjang malam hingga ke pagi...berlari sekeliling, ke sana sini...berguling2 dsb...semua penumpang memerhatikan saja, termasuklah kami kerana tak mampu lagi nak suruh diam..biar la depa kepenatan hehee...sampaikan seorang penumpang perempuan Cina keesokkannya menyapa kami semasa beratur semula untuk check-in keesokkannya pada jam 1000...yang dia dapat tahu kaunter untuk daftar pada pagi ini [yang berbeza drp malam tadi] kerana tengok 2 orang budak ini hehee...



akibat keletihan tidur jugak...tapi ni saat boarding kali kedua, mungkin energy dah berkurangan, tidur pun kurang dan letih...ini juga bermakna kami semakin letih kerana terpaksa mendukung si kecik untuk masuk flite...hampir sepertiga penerbangan baru si awish ni sedar...letih betul dia...



barisan panjang selepas diumumkan flite delay ke jam 1300 esoknya...semua beratur untuk dapat 1. voucer makan £25 seorang..so kami dapat £100 untuk 4 orang, tanpa kira kecik atau besar (seperti harga tiket flite laa), 2. penyata insurans yang cover kami untuk penginapan dan diberi bilik di Hilton Gatwick, just sebelah bangunan airport...so easier laa...3. kad phone untuk kemudahan perhubungan....



cuma barisan kami ke belakang lagi daripada tadi di depan...setelah hampir 2 jam lebih beratur, maka dekat jam 0330 pagi baru la kami dapat semua, dan terus check-in hotel....bagusnya, takde sorang pun antara penumpang yang marah2 atau meroyan...everyone profesional, ialah kan...siapa nak benda ni semua jadi...mungkin ini ujian, dan juga hikmah...



hikmahnya, dapat merasa duduk di Hilton di UK hehee...as we are 4 person, so ada 4 beds for us...dengan bilik yang luas dan lega memang mengujakan, tapi masuk bilik sebegini dalam keadaan letih, jam dah hampir 0400 pagi, pukul 1000 pagi nak kena check-in balik...subuh pun lagi 2 jam...lapar pun ada sedikit...esok kena beratur panjang lagi untuk check-in...apa nak beli dengan voucer tu yang sukarnya nak cari yang halal...terfikir connection flite yng mungkin tertinggal...terfikir "mereka" yang akan menunggu-nunggu di airport dengan perasaan hampa...hai banyak nak fikir, maka rasanya sejam jer kut kalau terlelap pun...



budak2 ni pun dapat their personal bed hehee....heater dalam bilik ni pun boleh tahan, tak terasa sejuk di luar yang menjangkau 1c masa tu....keesokkannya semasa keluar dalam jam 0900 pagi, kabus menutup hampir keseluruhan airport...



semasa check-in kali kedua...flite didelaykan lagi ke jam 1500 petang, so semasa di kaunter..kami diagihkan lagi £15 seorang, menjadikan kami dapat kumpul £60.00 untuk lunch..alahai, duit semalam tak luak mana...sayangnya tak banyak makanan/minuman yang boleh dibeli...kami makan di McDonald saja (fish o'fillet & fries), fish & chips, kekacang dan air...tak tahu apa lagi, kami borong coklat tongkat saja hehee berpound2....hehee...setelah genap jam 1500 sebagimana diannounce, gate untuk kami belum diumumkan di papan kenyataan...semua macam hampa dan ramai omputih dah baring di lantai...papa risau jika melarat ke malam sebab macam dah lemah longlai dah...akhirnya jam 1530 baru keluar di skrin "gate 19"...semua penumpang bertepuk tangan...alhamdulillah, flite kami diconfirmkan akhirnya!


Kawan yang ditinggalkan


petang sebelum kami berangkat ke airport sehari sebelumnya (yang disangka hari terakhir kami di London), kami telah ke sekolah kawan2 mea & awish..menunggu mereka pulang...maklum la lepas ni susah la nak jumpa lagi, maybe after years....mungkin "penunggu" di sekolah inilah yang melewatkan kami dengan merosakkan coil flite kami malam tu hi3....





Deretan Building yang ditinggalkan


atau mungkin "penunggu" yang berada di sekitaran building lama di Willesden High Road yang meyebabkan kepulangan kami menjadi delay, who knows? sama ada...




kawasan rumah sewaan kami di Harlesden Road NW10 2BB ini...atau di deretan lot-lot kedai yang biasa kami meronda mencari buah-buahan segar, daging, ayam, kebab atau post office...











atau tong "garam pasir" yang menunggu untuk digunakan bagi mencairkan salji yang mungkin akan turun at any time pada winter ini...akhir kemungkinannya ialah sebelum march...pastu spring akan muncul pula....

Tuesday, January 17, 2012

HaRRodS



ada lagi posting dari London...sementara berkemas tunggu nak berangkat tonite, lambat lagi...upload dulu kisah ke Harrods semalam, nantikan malas pula bila dah sampai Malaysia...mesti akan kena jet-lag semula untuk sesuaikan semula waktu tidur yang berbeza, mesti jam antara 8 am - 2 pm di Malaysia merupakan time mengantuk giler bagi kami kerana saat tidur di ukay (12 am - 6 am)...



semalam naik bas saja, no more tube sebab nak jimatkan pound yang ada dan habiskan baki-baki dalam oyster kad...oyster kad ialah kad yang diguna untuk naik bas, tube atau overground dengan cara touch saja kat panel yang disediakan, ia mudah dan murah daripada bayar tambang secara cash...sebab nak balik, nanti nak pulangkan balik kad ni dan boleh dapat 5 pound kembali hehee...mana tau nak shopping lagi kat duty-free di airport...



ni belang2 tajuk harrods tak citer pun lagi pasal harrods....okay, kat lower ground shopping mewah ni ada tugu peringatan untuk anak bos harrods ni dengan gemulah lady diana...budak dua orang ni asyik tengok dalam air di situ ada banyak syiling dicampakkan manusia...selalu ada kepercayaan pelik gini, nasib baik kami tak seluk ambil sepound dua hehee...



area yang paling suka di harrods ialah bahagian coklat or candy....macam2 jenis dan pelbagai bentuk...ada yang murah dan ada yang mahal....masa ni ada sale lagi sempena awal tahun baru, boleh la beli 3 dan bayar untuk 2 sahaja....boleh la wat bekal naik flite malam ni kalau2 budak2 ni meragam esp. si "yaakub" tuu....risau dan merisaukan...hopefully dia tidur lena tonite, dan nak biarkan dia main saja pagi dan tengahari ni biar kepenatan....easier nanti...



packing dah pun siap, rasanya tak seberat masa datang aritu...max 85 kg...semasa ni, ada auntie zana datang meraikan kami nak balik malam ni, thanks...jauh auntie datang daripada Ilford, 3 kali tube tukar dan 1 bas...seronok duduk di sini dan kenal beberapa komuniti Melayu di sini, sebagaimana dinyatakan sebelum ini, mereka sangat mesra dan mudah mesra, serta banyak membantu kami....sehingga jumpa lagi, this year or next year...maklum la duit geran pun banyak tu hehee....tapi for reason la....

Monday, January 16, 2012

RonDa PeRaBiSANG...



last week we went to shepherd's bush market...mcik yah always pronounce as "cepat bush" hehee...whatever...as long as it is refer to similar place...kami datang jalan-jalan saja untuk meneroka tempat, bak kata pepatah "jauh merayap, panjang la sayap" hehee...di sini banyak dijual pakaian, daging halal dan beg-beg....sebut nama market, macam market hujung minggu di mana-mana laa..cuma jualan kat sini took place nak-nak hari...bagi pasar minggu betul yang only on sunday, anda semua boleh pergi ke liverpool street ataupun ke wembley market, kat sini jacket dan jumper murah belanaa...kalau macam liverpool street, terdapat banyak jualan murah untuk t'shirt dan souvenier yang lebih mengagumkan...anda boleh dapat harga yang 4x ganda lebih murah daripada shopping di kedai2 souvenier di oxford street...murah sengoti...daripada kedai biasa yang boleh dikatakan bisa mencekik pound anda...sengoti ni...nak ke liverpool street/wembley/shepherd's bush mudah saja, kalau naik tube, naik saja tube yang bersesuaian dan memang akan stop betul2 di market2 ini....





kami suka beli baju di Primark lagi, sebab ia murah dan banyak pilihan...terutama baju untuk budak2...ppehhh rambang mata, rambang tangan....asyik nak capai jer....tapi apa maksud sebenar "rambang" tak tahu la...tapi memang rambang, cuma pound jer yang "rumbing"...biasanya tores jer hehee...ni nak balik Malaysia 3 hari lagi pun masih sempat jengah Primark...ini semalam la ni bila ada kawan ajak ronda Wood Green...wow! di sini memang ramai komuniti Muslim, bagus untuk siapa yang nak sewa rumah di area ni...bekalan kebab, daging halal, pasaraya, kfc halal dan juga kedai 99 pence [sen] belanaa di sini...good for studen! bagi yg kaya not so good laa...tapi for tourist yang miskin2 okay gak...for tourist yang kaya atau cuba berlagak kaya, elok la ke Harrods [besok nak pi hehee..]

Ralat
Cuma ralat satu jer lagi, snow besar-besaran belum lagi turun...aritu hanya sempat tengok snow renyai-renyai saja dan turun pun in only 5 minutes...pastu stop sebab diganggu hujan...ermm...lusa dah nak balik, nampaknya tak sempat dah nak merasa snow...main2 plekong salji antara kami, kalau tak ambil buat ais kepal pun hu3...mungkin seminggu atau 2 minggu lagi snow akan turun kut...sebab sehari dua ni suhu menurun balik dengan siang sekitar 5c dan malam merosot ke -1c...memang sejuk dan membeku sehingga pagi-pagi akan kelihatan frost atas rumput dan kereta...





dalam nak merasa snow ni, didoanya jangan la pulak turun pada hari kami nak balik nanti...kang naya perjalanan nak menuju ke airport huhuu....airport Gatwick lebih jauh daripada airport Heathrow, merisaukan juga...maybe next time kalau teringin sangat, kami pergi main snow di Switzerland, atau Kashmir, atau Beijing...atau paling koman sekali kami hanya ke Genting Hingland, masuk dalam snow world hehee...



suasana frost di garden belakang rumah, habis la pokok daun bawang [dalam bulatan merah] yang papa tanam aritu....tak check lagi, adakah di bawahnya sudah membesar bawangnya? hi3...at least, boleh buat jemput2 bawang untuk dicicah sos cili lingam...[mungkin ini post terakhir dari Kota London, lepas ni sibuk doh....sibuk nok kelik!]

Friday, January 13, 2012

SOAS LibRaRy


ini gambaran dalam library soas...ada 6 level, a b c d e f...dengan pelbagai koleksi buku yang library universiti lain juga miliki... so picture atas ni ialah [dari atas] level a, b, c dan d...koleksi arab ada di level b dan koleksi malaysiana ada di level c...level d ada ruang pc tempat menaip dan check emel, serta bahagian undang2...


ada lebih kurang 80 buah pc untuk digunakan secara percuma (padahal bayar yuran)...di sini la biasanya papa cari ilham mengarang paper or print something, untuk akses kena ada id studen/staff sebab setiap individu yg mendaftar mempunyai kod laluan khusus...dan untuk print kena masukkan duit dalam sistem, maka mudah saja untuk menekan arahan print...kemudahan untuk 'scan' juga disediakan...so bagi scan borang sbpa baru2 ni, leh la papa guna kemudahan di sini...


level c yang mengandungi bahan malaysiana ni...setentang dengan apa yang dilihat ni, koleksi tersebut berada di 4 rak iaitu di shelf 88-92 kalau tak salah...di sini novel melayu pun ada, termasuk novel yang kontroversi dalam sukatan sastera baru2 ni (interlok), so sempat la papa pinjam untuk ibu membaca di rumah...bila baca, rasa tercari2 jugak..hai kat mana la yang si keling ni marah sangat...semua bangsa dikritik oleh si penulis menerusi novelnya menerusi kacamata beliau sewaktu itu, nampak pun memang itulah realitinya :)


ruangan sisi juga masih ada pc tapi tidak sebanyak dalam lab di atas tadi...ruangan ni yang terdapat di mana2 level selalu penuh, sampai ada yang terpaksa membaca di celah2 rak buku...susah nak cari suasana begini di Malaysia, or maybe sebab di sini la tempat lepak paling baik untuk mengelak daripada diterjah angin sejuk di luar sana...so tak boleh la nak lepak kat kafe or di foyer2...so itulah realitinya...


to add the flavour...buku papa juga ada dalam koleksi library soas, mulanya tak sangka juga...tapi sebab papa yang donate sebiji tempohari, maka ada la hehee...bukan apa, tambah koleksi kat bahagian law for malaysian, sekarang ada sebelah rak saja di level d tu....biar la banyak sikit, lagi pula...tidak semua orang putih ni tak tahu baca bey emm...depa tahu sebab di sini juga ada kelas bahasa indonesia, yang diajar oleh orang malaysia dari sepang, iaitu Dr. Salehuddin...actually ramai juga orang Malaysia yang bekerja di soas ni termasuk head, centre of south east asean studies yang menerima kehadiran papa bersabatikal di sini, yang berasal dari Negeri Sembilan. Di samping ada yg keje part time, dan keje di bahagian pentadbiran...cuma all in all, ada seorang saja melayu hehee..

Wednesday, January 11, 2012

OxFoRDSHiRe



sabtu baru-baru ni kami telah ke Oxfordshire...bandar oxford, yang telah lama masuk dalam plan awal sejak berada di Malaysia lagi...malah, papa mula2 mohon untuk bersabatikal di sini, tetapi malangnya ditolak kerana tiada supervisor yang mempunyai satu bidang dengan papa...kalau tidak, sudah tentu di sini la tempat kami bermukim selama 5 bulan...ada ofis-mate papa yang menjadi felo di sini tetapi malas la papa nak contact dia, kami nak bersendirian sendiri hehee...



antara timbal balas sama ada nak sewa kereta or train, nampaknya menang train...kami pergi dengan first great western train, sebabnya kos lebih murah dan mudah...just surf internet, book awal, pilih time yg harga paling murah (cheapest 8 pound return), tick, bayar dan esoknya tiket sampai kat rumah...untuk kanak2 bawah 5 tahun, free jer...so tiket untuk 3 dewasa saja (plus auntie mea yang suka follow us jalan2 hehee...)...pagi2 dah bangun dan ibu sediakan bekal nasi minyak dan ayam goreng hehee, then solat subuh...terus chow ke paddington station with tube...jubilee line + bakerloo line...sampai in 20 minutes only!



dari oxford train station, kami terus dapatkan sightseeing punya bas yang caj £13.00 seorang untuk sepanjang hari (24 jam), so hop on and off di mana-mana yang disukai...senang dan selesa...akibat payah nak solat, selepas ke oxford centre for Islamic studies pun tutup untuk tumpang solat, maka atas bas jugak la kami solat huhuu...duduk di bahagian atas bas dengan musim winter begini..hohooo...tahan jer sapaan deruan angin sejuk ke muka...mungkin sebab tu awish demam malam tu!



ni area paling ramai orang...just untuk pejalan kaki...deretan pasaraya dan kedai makan, merasa gak fish o'fillet kat mcdonald sini...walaupun bawa bekal, makan mc-d dulu untuk kumpul daya meredah city oxford ni dulu...kecil saja bandarnya dan ramai yang kata ia mempunyai bangunan lama dan kota akademik...papa nampak biasa saja, maybe lain mata, lain bicara...or mungkin kami datang sebentar saja...



di England ni...biasa la, ada castle dan bangunan church yang besar..dengan senibina silam yang mengagumkan, kebanyakannya sejak 1700 lagi dah tersergam...




lembu oxford pun comel...hehee...dulu ke scotland lagi ganas lembunya dengan bulu yang lagi panjang, tapi sayang tak sempat ambil gambar [klik sini nak tengok lembu scottish] sebab ingatkan nak amik on the way balik, rupanya balik lalu ikut jalan lain...sebab tu kali ni ambik gambo cepat2 hehee...



ini style orang oxford naik pushchair...sebenarnya ini gaya naik untuk elak muka kena tiup angin sejuk, so ubah jer posisi muka...clever boy! sememangnya rasa di oxford ni lebih sejuk dari london...mungkin kurang kenderaan kut, atau kurang maksiat hu3...akibat banyak sangat kena bahang sejuk di sini, lepas puas ronda denga bas sightseeig tu..kami pun turun semula di train station...terus balik hari ke london...hotel kat sini la mahal sangat, mau £90 untuk bilik 3 besar...so balik saja laa...maybe kalau datang dengan kereta boleh dapat yg murah, esp. yang jauh dari bandar oxford ni sikit...takpe la, laen kali papa datang semula untuk seminar etc...

Thursday, January 5, 2012

NeW YeaR VisiT



happy new year mike! tentu peminat coretan di blog ni tertunggu-tunggu kisah kami seterusya, sambil mejenguk mail-box dan update status masing2 di fb...datang juga membaca di sini, tecey2...dengan tahun baru ni, bermakna tarikh untuk kami fly balik for good semakin dekat...dan semakin itu kami menjadi semakin ceria...1 beg telah peuh dengan muatan souvenier yang menjangkau ratus lebih pound jugak hu3...takpe la 5 tahun sekali...gumpalan di hati terase ingin segera meninggalkan bumi aircond tahap maximum ini sooner, tapi bila mikiorkan salji belum kunjung datang, terase seperti ralat...dah la hari2 sejuk mencengkam urat-saraf...angin pulak semakin hari semakin kuat bertiup melumur bersama kesejukan tahap gaban, salji saje main jual mahal! hehee...sebab tu kalau time jalan-jalan, kena jalan laju2 supaya panas dapat dibiakkan...


kembali ke cerita new year visit pada ahad baru ni...kami membentuk 'rombongan cik kiah' menuju ke Dagenham Heatway, yang berada di west london, bagi memenuhi jemputan fren of mine, Mr. Aswat sekeluarga untuk ke rumahnya...dah 2x dia mai rumah mcik yah dan pernah sekali dia menjejakkan kaki ke rumah ayah papa di Tetambah, Manir dulu...kini papa ajak ibu & co ke rumah dia plak...alhamdulillah pada new year ni ada tube seperti biasa, so kami naik jubilee line dari dollis hill station menuju ke baker street, dari situ naik pula hammersmith line ke barking...ingatkan district line tutup, rupanya ada...so kami sambung balik naik district line hingga ke dagenham heatway station and get off kat situ!



district line ni lengang jer...dapat la mamat ni bawa diri feeling jauh daripada kami ramai2...ada citer lucu masa nak sampai di sini, iaitu apabila sampai di station dan sebelum sempat kami semua get off daripada tube ini..tiba2 pintu tube ditutup dan tertinggal la ibu, mea dan kak esah yang belum sempat turun...then tube bergerak meninggalkan papa, awish, mcik yah dan anak kak esah...terpaksa la depa turun di station di depan sana dan dapatkan semula tube untuk ke kembali ke tempat kami...nasib baik bukan mea sorang yang tertinggal dalam tube tu, sebab lambat turun nak ambil glove dia yang tertinggal atas seat...kalau tidak entah mana dia lompat turun dan merayau! oleh kerana bilangan tube banyak, maka tak tunggu lama untuk mereka yang terlajak jalan tu untuk kembali semula...



dari dagenham heatway station, kami tunggu Mr. Aswat dan nak jadi cerita tahun baru juga...on the way dia nak mari ambik, tayar kereta dia pulak pecah...kesian dia terpaksa tukar tayar sendirian dalam kesejukan persekitaran yang membungkus...semua perkhidmatan AAA or what so ever takde kerana weekend plus new year mood...terpaksa la kami menunggu beberapa ketika di sini, banyak kedai yang tutup pada hari ini...




berjaya juga sampai ke destinasi...menurut my fren, kawasan neighbourhood ni ramai orang putih dan diketuai oleh parti politik yang tak suka Islam...tapi pun begitu, dah 4 tahun dia bermastautin di sini...peduli apa suka tak suka, jadi kite suka kan??? rumah dia pun lorongnya ke dalam sikit, sukar kalau naik bas dari station..so dapat la merase naik stream di london heh3...



kami dijamu spesel oleh kak yaya, yang keseorangan masak nasi tomato, ayam masak merah, ayam goreng, sup ekor, kek, salad dan ibu bawa cik mek comel dari rumah...burrppp...alhamdulillah, kekenyangan sambil bumi di luar disirami hujan yang lebat...musim sekarang ni kalau tak hujan tak sah, tapi kalau hujan best jugak kerana selepas itu suhu menjadi tidak sejuk sangat...mungkin akibat air sejuk dalam undara telah dibawa ke bumi sebahagiannya....cuma tak mau kalau berjalan dalam hujan, sebab dah la basah...sejuk menggigit pula....akhirnya, masing2 menggigit bibir mengiyakan kesejukan badan...


ruang tamu rumah Mr. Aswat ni luas dan banyak mainan untuk awish menjarah...sesuai dengan bilangan anak member yang dah 5 orang....anak yang lahir di sini best, sebab dengarnya mendapat benefit (bantuan bulanan), dan kalau tak salah dibagitau oleh pakcik (tuan rumah) ialah £80 seorang...tak kira sama ada ibu bapanya ada pasport or PR British atau tidak...wallahu a'llam...bagusnya dalam ziarah kami ini, kami diikuti oleh mcik yah, papa ceria bila mcik kata dia nak ikut sehari sebelum tu...sebabnya, mcik yah suka balik awal..jadi tak la lama kami dipegang oleh Mr. Aswat sekeluarga hehee....setelah bertarik-tolak, akhirnya lepas maghrib kami dihantar ke tube station. Thanks Mr. Aswat & kak Yaya...semuge dimurahkan rezeki kerana menjamu kami!

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin