bismillah & salam
Blog ni memaparkan kisah-kisah dalaman kami sekeluarga, just untuk rujukan kami bila terkenang-kenang saat manis sebelumnya; sebab itu ia dijadikan LIMITED EDITION, hanya untuk pembaca dalam kalangan ahli keluarga dan sahabat handai sahaja.

Tuesday, January 22, 2013

Turki VisiT


Minggu lepas, saya sempat ke Antalya, Turki yang memaksa saya menaiki 4 penerbangan dan transit di 3 airport untuk sampai ke destinasi. Dengan bangun seawal 4 pagi, saya bersiap seadanya untuk ke airport bayan lepas bagi menaiki first flite ke kuala lumpur pada jam 6.50 pagi. Semasa check-in, saya diberitahu yang bag hanya sampai ke Istanbul, dan bukannya ke Antalya. Saya dikehendaki melakukan bag drop di Istanbul untuk ke Antalya. Boarding pass yang diberi hanya setakat kuala lumpur, dan boarding pass seterusnya di ambil di kaunter pertukaran di klia, sebab bertukar daripada MAS ke Emirates Airlines. Di klia, saya mendapat baki 3 boarding pass iaitu bagi penerbangan kuala lumpur - dubai, dubai - istanbul dan istanbul - antalya. Dua penerbangan yang pertama ini adalah dengan Emirates dan penerbangan terakhir menggunakan Turkish Airlines.

Ini adalah pengalaman pertama saya menaiki Emirates, komennya "not bad". Cuma makan more to roti. Ada jugak nasi masa on the way ni tetapi lebih terasa muak makanannya. Apa pun saya makan habis hehee sebab lapar. Untuk sampai ke Dubai, ia mengambil masa selama 7 jam, so sempat diberi 2 kali makan iaitu sandwich dan nasi. Menkala di Dubai, walaupun transit...semua penumpang terpaksa melalui security check sekali lagi dengan tali pinggang, lap top, ipad terpaksa dikeluarkan daripada bag masing- masing. Leceh betul! Selepas 2 jam lebih kurang dan sempat solat jamak taqdim di sini, saya boarding sekali lagi Emirates untuk ke istanbul pula. Kali ni melibatkan perjalanan sekitar 4 jam, dan kami dihidangkan biskut dan sekali makanan berat (nasi). Di Istanbul, transit selama 4 jam dan selepas ambil bag dan dropkannya semula di kaunter Turkish Airlines, pergi solat jamak maghrib isyak pula. Masa ni sebenarnya walaupun dalam jam 7 - 9 malam di Istanbul, tapi sebenarnya jam 12 tengah malam di Malaysia. Letih tak tahu nak cakap laa...ditambah plak dengan announcement flight delay huhu for 30 min. So bila boarding Turkish Airlines, tido jer dan sedar-sedar dapat sandwich dll...alhamduliLlah, makan dulu before sambung tidur walaupun flite just 1 hour and a quarter. Nampaknya pemurah Turkish Airlines drp MAS punya domestik flight. Pelik juga makanan turki ni bila ada terung kiub yang dimasak merah dhidang sekali dlm flite ni, kek keju bersalut strawberinya sodappp....

After landing dan ambik beg, terus cari teksi ke Hotel Rixxos yang telah dibook sebulan sebelumnya. Oh ya, imigresen telah dilalui di Istanbul dan mudah saja. For Malaysian, tak perlu visa, hanya dicop saja oleh pegawai imigresennya tanpa tanya apa-apa. Tak seperti di UK yang banyak sekali soalannya, so di sini mudah saja. Dalam 30 minit, sampai ke hotel, check in dan terus sambung tidur. Masa ni pukul 12 tengah malam waktu Turki, dan waktu Malaysia ke hadapan 6 jam. Makna kata, orang Malaysia dah bangun tidur, den baru nak start tidur (yang rasmi). Hotel ni 5 star, dah terasa mewahnya bersendirian tidur dalam bilik ni hehe....

Pukul 5 pagi dah jaga, walaupun masih letih...tapi jetlag tak dapat nak dielakkan. Tak boleh dah nak tidur, even dipaksa-paksa. So bangun jer and hidupkan wifi yang disediakan hotel untuk whats-up biwi di Penang. Free kan, apa lagi......Waktu solat di sini lebih kurang di Malaysia juga, so relaks sambil tunggu subuh and get ready untuk my presentation today which is scheduled at session 9.00 am - 11.00 am. Berdebar juga, maklum la audiens international....

To be continue......

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin