bismillah & salam
Blog ni memaparkan kisah-kisah dalaman kami sekeluarga, just untuk rujukan kami bila terkenang-kenang saat manis sebelumnya; sebab itu ia dijadikan LIMITED EDITION, hanya untuk pembaca dalam kalangan ahli keluarga dan sahabat handai sahaja.

Saturday, August 16, 2008

Pesta KonVokesyen USM


Arini mea ke tapak pesta konvokesyen usm, melihat dan melilau..sajer je ziarah kedai-kedai jualan, sampai tak tahu nak beli apa..or nak apa..ada kuda padi nak bagi mea naik, tapi tak yakin mea akan leh naik hehe..papa naik yakin boleh! tapi kecik sangat kuda tu...jalan punya jalan, pusing punya pusing, ibu mea beli laksam kat gerai permata tapi ada rasa-rasa lebih asam, ermmmm...papa beli nasi dagang tapi letak nyiur goreng atasnya, mesti stail kelate ni...mea plak dapat beli belon cunnn!



suka nau mea dapat belon, senyum memanjang..dalam kete on the way balik asyik dengan belonnya, tak kacau lagi nak duk atas papa yang tengah drive dan jemm dalam kampus ni, perjalanan ke rumah yg kebiasaannya 3-4 minit menjadi setengah jam huhu...apa nak buat, sebab tu ada sorang geng papa tu, setiap kali majlis konvokesyen berlangsung, setiap kali tu la dia akan bercuti...tak mau terlibat dalam jemm, bukan setakat jemm, parking pun problem sampai parking staf dicerobohi parents...parking Dekan pun terpaksa letak kon, kalau tak...mesti kena 'pau' punyer...

Wednesday, August 13, 2008

IntAi nYiUr MuDa



intai sungu-ti ni..demi iklan tv, tengah kerabat tangga pun leh bagi tumpuan lagi, itu la perseverance mea!


petang semalam, mea dapat minum air nyiur mude...ada studen aman-damai mai umah jupe papa and last sembang2 nampak nyiur muda belakang rumah...ada la 2 pokok yg telah menghasilkan buah...apa lagi, mat yub tolong pulas buah yg rendah ni..mea tunggu kat bawah!


mat bob nampaknya cekap membeloh, bukan macam papa yg beloh terbalik hu3 (patut la liat semacam jer)...mea tukang ambil isi lembutnyer utk dikumpulkan dalam jag hehe..ibu mea plak tukang perabih, maklum la dah lama teringin nak nyiur muda ni...so di akhir acara, dpt 2 jag...bahagi dua antara mea dan mat bob/mat yub...yummi!

Sunday, August 10, 2008

DiaRi MeA meMbeSar


ini usia mea sehari..masih cool...senyap jer dan banyak tidur, masa ni belum ada tanda2 jaundice, pastu keesokannya baru la dikesan..mea kena tahan dekat 4 hari gok bawah lampu biru...


selepas 2 bulan...mea dah mula berisi! apa taknya, makan tido jer, lagi pun orang hidup kan..mesti la minum susu, masa ni fully breast feeding...ikut pesan nurse!


then usia mea menjangkau 7 bulan dah...wajah pun mula berubah...kulit mea mula menyerlah, sebab masa kecil semua orang kata mea ni 'tak putih' tapi rupanya sangkaan depa semua meleset, mana mungkin mea tak putih...baka baik punyer! mula jalan dalam walker...praktis awal ni...


gambo ni semasa usia dah setahun, iaitu sehari sebelum birthday mea..Happy Birthday Mea...dah boleh merangkak...masa ni, licin la lantai dimoopnyer...


Mea today, usia 1 tahun 4 bulan lebih...dah pandai bermain sendiri, berjalan dan bermanja sakan...sikit2 nak dukung!

Saturday, August 9, 2008

BuLan MerDeKa!


Mengikuti jejak langkah Chekde Noor dalam blognya, maka tidak ketinggalan la rumah mea cuba menyahut seruan cintai negara dengan mengibarkan "jalur gemilang"...walaupun ia tidak wajib tapi mea nak tonjol semangat sikit demi mendapatkan tambahan iman as was said, hubbul watan minal-iman... Perasaan cinta dan sayangkan negara ni kan begitu terasa jika anda berada di luar negara, so mea punya papa..sangat la bersetuju dengan tulisan Che Det dalam kolumnya mengenai perasaan ni..sebab tu papa mea heran bila ada dua rakan papa kat ofis tu beria-ia benar nak berhijrah dan tinggal di luar negara.


Mea selalu gak termenung jauh menerusi jeriji dapur, apa yang akan mea buat bila dewasa nanti!..nak berhijrah ke luar negara gak ker? isyh takkan la...cuma mea banyak fikir masalah dunia hari ni..ceewah, kelas anak papa ni...ialah kan, sekarang ni hambatan dunia semakin kencang...manakala ikutan akhirat semakin renggang...semoga mea tidak tergolong dalam golongan mereka yang lalai dan terbengkalai, mea nak memiliki kualiti insan yang first class, to be number ONE! jangan kome ingat mea yang selalu wat muka lawak selamba ni koman spanar..actually, mea selalu berfikir...berfikir untuk mempertingkatkan prestasi diri, mea nak setiap hari adalah hari terbaik untuk mea...kalau semalam dah baik, arini mea nak tambah nilai supaya lagi baik...hehe!

Wednesday, August 6, 2008

KaSut BaRu Mea


Inilah 2 pasang kasut/selipar baru mea..sebagai ganti yang tertinggal kat umah tokki kemaman, susah atek nak wat jalan...beli kat tesco jer ni alang2 mencari beras semalam, lagi pula kasut mea yang dah ada pun dah seasons...actually yang kasut terbaru ni ialah yang jenis boleh keluarkan bunyi, priit..priit...macam Farah AF tu! apa pun, kelas lagi priit..priit kasut mea...hehe

Monday, August 4, 2008

Mea BaLik KamPunG

Pagi rabu lepas mea balik kampung, spesel for kenduri cik Lah...we all bertolak jam 6.45 am tapi sampai kat kul 5.00 pm kat Manir. Lewat ni bukan apa, cuma papa dan ibu singgah kat Mydin Mall kat KT dulu, patutnya dalam kul 2.00 pm leh sapa doh...kat mydin, jumpa la tok sedare mea kat situ, cik ndon hehe...nasib baik jupe sebab tok cik ndon ingat tarikh kenduri 7hb instead of 2hb…so dapat wi correction la….rupanya cik ndon peminat setia mydin jugak hehe, kat sini mea dapat selipar baru (tapi tertinggal semalam kat rumah tokki hu3)

Biasa la...kebiasaan balik, papa akan bermalam di manir dulu...leh rest jap after long distant drive, sambil tido umah tokki manir yg lama kosong...papa mea ada ambil banyak gambar kat kampong manir ni tapi ada dalam kamera cik Lah, gmbor ni plak telah dicopy ke laptop takif...maka sekarang gambar2 ni berada somewhere di Putrajaya, sayang nau…kalau tidak, leh post kat blog mea ni...ada la gambo pokok rambutan sedang berputik, ermm best la dalam dua-tiga minggu lagi, boleh la mangan....mea lak sempat diziarahi anak pcik yoma, mia maisarah...nama pun dekat 2nak sama dengan mea, apa la pcik yoma ni...esoknya sebelum ke kemaman, mea singgah umah tok yam di teluk menara, mkngah di marang dan mklong di dungun...sampai kemamn dalam kul 2.00 pm, langsung lunch!

majlis kenduri cik Lah sungguh grand continental, cik Lah plak cun melepak, dapat suami yang tough perkasa hehe...tahniah mea ucapkan for cik Lah! mea tak banyak tolong cik Lah melainkan merengek jer tak mo kat orang lain...alhamduliLlah, majlis berjalan dengan baik..tiada lauk yg tidak cukup as last wedding...pekerja tambahan pun ramai dan cemerlang esp from Taman Islam, salute for them! tugas papa as supervisor air basuh tangan pun dapat dilakukan ketika-tika tertentu jer sebab mea asyik nak naik dukung jer, dah la tak mo kat orang len…ibu mea lak so busy as juru make up disamping mendukung “Darwisy el-Jauhari”…jelasnya, everybody memberikan kerjasama yang sesungguhnya untuk memastikan majlis tidak "tallaaa" kata orang ganu...memang kalau nak perfect tak dapat la, tapi okay dah tu...actually, contribution dalam menjayakan majlis ni adalah daripada segenap sudut…so far, five star la mea bagi hehe….masa ni, gambar2 bersama pengantin telah 'miss' untuk dimemorikan oleh mea skuarga...sayang guh! kalut ratik semasa siang harinyer, campur keletihan dan ketertiduan akibat pelbagai chores…

kali ni, memang ramai anak-beranak, adik-beradik, ipar-duai dan sedare-mare si pengantin balik…dari sejauh-jauh penang hingga la sedekat-dekat yang duk kat rumah kemaman hehe…akibat keramaian orang ini, maka sebahagian besar telah “rela-suka-paksa” mengambil inisiatif untuk menyewa bilik di Shafura untuk mendapatkan space and spacial yang lebih selesa esp. saat2 privacy...khususnya kalangan mereka yang sampai lewat sedikit, mea balik awal so dapat la bilik...ini la keluarga besar kemaman...malam after kenduri, mak order durian plak untuk dijamu kepada anok-beranok...maka merasa la durian kijal termasuk la mea...itu la kisahnya balik sempena kenduri kahwin cik Lah!

Satu perkara yg di-discover semasa balik ni ialah “nasi dagang” kat Cabang Tiga…sungguh kaw! Semasa aler mai dah beli and on the way balik pun beli lagi, punya la best sampaikan ibu mea beli 2 bungkus for her and Darwisy el-Jauhari!

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin