bismillah & salam
Blog ni memaparkan kisah-kisah dalaman kami sekeluarga, just untuk rujukan kami bila terkenang-kenang saat manis sebelumnya; sebab itu ia dijadikan LIMITED EDITION, hanya untuk pembaca dalam kalangan ahli keluarga dan sahabat handai sahaja.

Sunday, March 1, 2009

AnJinG LiaR...geRam guH Waser!

Akhir-akhir ini, anjing2 liar semakin banyak dalam kampus ini hingga la merayau dan mencari rezeki di sekitaran perumahan mea & wish. Actually ada sebahagiannya dibela sebab ada rantai kat tengkok tapi tuan tak reti nak jaga, main lepas bebas jer..


nak jadi ke citer, ada bahagian tertentu kat pagar kampus ni plak yang terkuak, terjuih dan tersendeng akibat tak rapat ke tanah...maka mudah la anjing2 ni boloskan diri, ini ditambah pula dengan rumah mea/wish ni duk kat corner lot...


lubang anjing masuk keluar..lubang ni gak dulu jadi short-cart ke tesco extra yang hanya memerlukan beberapa langkah jer...utuk elak semua ini,petang tadi papa cuba tutupkan sekali lagi, ini kali kedua setelah minggu lepas...


banyak pelepah nyiur kering papa sumbatkan jer...tak tahu la kalau anjing banjingan2 ni boleh buka lagi...

apa yang menyebabkan papa nak marah, actually memang dah marah pun hehe...hingga papa pantang tengok jer anjing2 ni...papa baling jer apa yang ada berdekatan eg batu, kayu, tin susu dll...apa taknya, malam2 anjing banjingan ni akan mari kat depan pintu...kadangkala naik atas kereta yang parking kat porch, main rebut2 kasut dan selipar yang ada kat rak tu...habis rosak kasut dan selipar papa...


inilah kasut jogging papa yg putus talinya..huhu..camno la papa nak jogging dgn mea kat tasik aman nanti..


dan selipar papa yang menggerutu jadinya, jauh papa cari selipar ni missing...terfikir di benak, mesti banyak air liur anjing jahanam tu masa menggonggong selipar papa ni hu3, najis mughallazah ni...hu3...tak pakai doh la selipar ni...tunggu simpan nak wat baling ke anjing2 tu nanti, tunggu kome!


bukan setakat tu, malah penyapu yang papa buat sapu kat laman pun diheret dan gonggong, mungkin berebut-rebut antara sesama anjing liar ni (mungkin disangka tulang dinasour kut)huhu...hasilnya, kemek penyapu ni...sebab digilis kereta akibat terbiar atas jalan pagi2 hari...semua ni biasanya berlaku lepas 12 tengah malam, sebab selalu terserempak duk kat porch bila papa balik mesyuarat desa...apa lagi, papa kejar la sambil baling apa yang ada.....geram tul! ingat nak tembak jer...tapi masalah la pulak, senapang takde hehe...

Saturday, February 28, 2009

SeNi BerPaNTun



Burung merak berjalannya santun,
Lenggok si dara memetik kekwa,
USM kini semarak berpantun,
Memilih juara antara desasiswa.


Depan laman menanam bidara,
Tersalah tanam aku tak mahir,
Desa Aman tak mungkin la juara,
Bila kalah di arena suku akhir.


Beli tauhu nak makan tauhu,
hu..hu...hu...hu...

Friday, February 27, 2009

pERkhabArAN


Hello...hellooo tokki, apa khabar? mea ni hehe...mea rindu kat tokki, tokwan, cn dan cl kat umah tu hehe...itu la kut yang mea nak bagitau, biasanya tepon ni terpaksa dicabut tali sebab mea suka heret/bawa ke mana-mana untuk senang call...ni pasai papa atek lum lagi beli hand-phone untuk mea huhu...


Mea masa tepon tu actually nak citer yang mea selalu lumba kereta petang2, kalau tak hujan la (sebab lately selalu hujan di kala petang)...lawan sparring mea..tak lain dan tak bukan, jiran mea la..kak sofea...


mea jugak nak citer kat tokki yang mea ke sunshine aritu, sakan mea jalan-jalan, pilih2 baju sambil bawa barang belian...


gini la jadi bila dah letih shopping...ahhh, tadok idea nak tulis apa sebenarnya! sibuk sket lately! tapi sebenarnya ada gak perkara nak share dalam blog ni..nak citer ke tak ekk...ermmm takpe la, citer la sebagai tempat luah perasaan...

actually tadi papa ada meeting besar kat school ni, so ada la 2 berita yang relate closely to papa...ada yang happy dan ada yang sedih hati huhu... yang happy-nya, artikel papa yg ditulis bersama sorang member yang terbit dalam buku di upsi telah terpilih untuk dapat anugerah artikel terbaik hehe...dapat la sedikit ole-ole masuk akaun bank papa sebagai penghargaan drp school hehe...alhamduliLlah, rezeki untuk berbelanja minggu depan...nak travel somewhere sat, nak tau ke mana? teruskan ikuti perkembangan blog ini next week hehe...suspens!

yang tak happy-nya, papa telah dicalon dan terus ditutup pencalonan untuk menjadi pengerusi kelab kebajikan & sosial di school ni huwaaa....dah la papa bertugas untuk desasiswa, ini kena pulak kat sini...fening la papa...memang kat school ni, kalau nak cadang apa-2 jawatan hanya akan bagi cadangan 1 nama and then terus tutup...kesiannya papa...papa bagi excuse pun, tidak diterima lagi huhuhu...biasalah, siapa la nak pegang post yang memberi makna you have to work more than other people...papa bukan apa, sebab papa rasa tak ikhlas...tak rasa gembira nak pegang, lain la kalau post ada elaun hahahahahahaha....dok baik guh papa ni! tapi, itulah kan...masa...masa....bermakna masa papa kat ofis kena curi utk masa meeting lain yg tak berkaitan sangat dengan apex universiti ni huhu...ni nak balik kg pun takde masa huhu...sorry la papa bercerita problem sket kat sini...nak citer kat mea pun, kut mea tak faham hehe...tapi dah terlanjur tulis ni, ermmm baca la noo...hehe

Tuesday, February 24, 2009

TeLATah NaKAL


nampak tak hidung mea kemerahan?...sian anak papa, terhantuk hidungnya semasa papa brek kereta...kena alas lengan antara seat depan...itulah bila tak pakai tali pinggang keledar sbgmana yang kerajaan suruh hehe...ni baru brek biasa semasa jalan sesak dari stadium pisa ke traffic light bukit jambul pada petang ahad baru ni...masa tu mea tengah main kat belakang, and papa kena menyelit sikit sebab nak tukar lorong...mulanya ingatkan kepala yang tersembam, rupanya hidung yang mancung terkena, alahai...ropong dan kemek la sket huhuhu...takpe mea, nanti papa letak minyak but-but hpa hi3...


actually, mea ni memang ganas dan lasak...tengok ni mea memanjat sofa, then dia akan terjun atas papa yang sedang landing huhu...landing plak tuju perut papa huhu...lagi la kurus papa ni, ahaks! kalau anak pompuan macam ni, tak tau la lagu mana bila wish membesar nanti...


buat masa ni wish cool ajer, tidur pun sambil meniarap dan bergaya lagi bila aritu wish tidur pakai kasut lagi hehe...macam anak dato' jer hehe...tapi iyeker anak dato' tidur pakai kasut, tak class mana la gitu! takpe wish, jangan peduli orang..tidur lama-lama sket, hehehe...


ini gambo wish yg hensem..susah nak dapat gambar wish semasa dia duk steady ni...luckily petang tu dapat juga hehe...okay wish, be a good boy yaa...

Sunday, February 22, 2009

KurSUS Pra-PeRKahWInan


dua hari ni di hujung minggu, desasiswa aman damai menganjurkan kursus pra perkahwinan kali ke-17...ermm bermakna dah 17 kali aman menganjurkan program ini dengan kerjasama pusat Islam usm...semalam pun, mea sempat menjenguk tempat program, memastikan kehadiran peserta dan penceramah tepat pada masanya hehe...tapi mea sukar didekati, asyik takut kat orang..so, mea fail siang-siang lagi daripada kursus kahwin ni hehe...

saja jer nak kongsi dengan semua...kursus yang menjadi agenda wajib kepada pasangan pengantin ni..menjadi tiket rasmi untuk menerima qabul daripada juru-nikah, dan menjayakan proses pentadbiran lainnya di majlis agama Islam...takpe la semua, pergi la berkursus demi keberkatan dan ilmu yang bakal dikongsi bersama dengan penceramah yang veteran dan berpengalaman dalam liku-liku rumahtangga...

iyer la kan, kahwin memang seronok dan menimbulkan keterujaan apabila dipandang daripada sudut tertentu sahaja...tapi jangan lupa, di sana ada kewajipan dan tanggungjawab, beban yang ringan sudah menjadi berat..apatah lagi apabila zuriat mula berbaris menyusul ke muka bumi...maka tujuan kursus tidak lain dan tidak bukan, adalah sebagai pedoman untuk mencari arah tuju bak rumah api dari lautan membiru...alah nak memandu pun hari ni nak kena ambil lesen memandu yang bisa menelan ribu ringgit, maka jangan la berkira pada ilmu untuk memandu keluarga ke jalan yang Allah restui...

pengalaman papa sebagai orang bujang dan suami orang sangat berbeza...walaupun pepatah petitih ada mengatakan bahawa suami isteri tu ibarat 'dua hati menjadi satu'...namun proses untuk menjadikan 'satu' itu bukan semudah 'bersatu' kita teguh hehe...di sana kena ada tolak ansur yang tidak mungkin berkesudahan sepanjang hari-hari mendatang...maka komitmen untuk menyelamatkan kapal dengan layar yang bisa ditiup angin ke hulu dan ke hilir perlu tega dan kecekalan yang tinggi, di samping saling memahami dan memaafi...ringkasnya, 'dua hati menjadi satu' mesti benar-benar menjadikan dua hati tersebut jinak dan bisa memahami kehendak hati pasangan, pada masa yang sama tidak lari daripada prinsip Ilahi dan insani (adat)..insya'Allah, kehidupan kan dapat ketenangan then bisa mencetuskan kebahagian..amin. (macam berkuliah plak!)

Saturday, February 21, 2009

HaPPy BirtHDaY Papa..


Today is my birthday, but i feel not so happy...entahlah sebab apa..maybe kerana usia semakin tua hehe dan amal pula tak seberapa..beberapa musim ini misi asyik tergendala saja..tapi, fikir-fikir balik, itulah kehidupan...kadang kala apa yang kita impikan boleh dipenuhi dengan mudahnya, kadang kala pula..misi tinggal misi, masih ada usaha dan ruang yang harus ditekuni..

Setakat ini, papa feel happy dengan laluan yang telah papa telusuri, cita-cita yang dicipta sejak tahun pertama melangkah ke universiti telah berjaya papa kekalkan sehingga ke hari ini di mana kaki masih di dalam universiti...malah, kalau tiada apa-apa keperluan atau desakan, dalam seminggu..kaki ini hanya berlegar dalam pagar universiti saja...maklumlah, rumah dalam kampus hehe..

Diam tak diam..dah 35 tahun papa menghirup udara percuma di muka bumi ini, mula menjengah hiruk-pikuk dunia sejak 70-an, start belajar di era 80-an, ke universiti pada tahun 90-an dan bekerjaya hanya pada era 00-an...tak lupa berkahwin, di lewat pertengahan 00-an juga...kalau kira banyak gak yang papa dah saksi dan teladani, melalui zaman susah, zaman mudah dan zaman senang, zaman ke sekolah berjalan kaki 2 km semasa di tahun 1 dan 2 banyak memacu diri ini agar mengubah status diri dan keluarga...itulah kenangan yang pernah harungi kepayahan, keperitan dan kelenangan...banyak berjaya daripada gagal, namun..itulah, masih ada yang dirasa tidak dicapai especially bila dah berkerjaya dan berkeluarga...masih ada jer rasa sesuatu yang kurang lengkap, kurang sempurna dan kurang mantoppp..sebab tu today rasa macam tak berapa happy on my birth day..

so tiada kek birthday untuk papa for today huhu..tapi ibu mea sangat memahami, dalam keseriusan wajahnya kerana menjaga wish, mea dan papa..sempat gak dia masakkan sesuatu untuk papa...deng..de..deng..karamel...thanx ibu! okay la daripada beli kek, kut jadi macam aritu yang tak habis...maklum la penghuni rumah ni slim-melim semuanya, jumlah makanan diambil dicatu oleh selera masing-masing walaupun jumlah yang tersedia untuk dihadam cukup extra-vaganza..apa pun, syukur atas rezeki yang dimurahkan sejak januari aritu...

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin