bismillah & salam
Blog ni memaparkan kisah-kisah dalaman kami sekeluarga, just untuk rujukan kami bila terkenang-kenang saat manis sebelumnya; sebab itu ia dijadikan LIMITED EDITION, hanya untuk pembaca dalam kalangan ahli keluarga dan sahabat handai sahaja.

Monday, March 9, 2009

xTVt di bayView feRinggHi


ceramah n presentation...biasa la ni xtvt semasa berbengkel, dengar jer sat..pastu pasti ada jamuan dan minum2 dulu hehe..


haa..pantang masuk bilik (hotel), main suis lampu la semek ni...


cepaat, mari urut mea ni...lenguh urat-urat badan mea ni, asyik main jer hari-hari he3


ibu dan wish juga berjaya dipujuk datang, hadiahnya sepucuk jagung bakar cap teluk bahang...ermm...kaw punya bakar ni, spesel pernah masuk tv!


mea dah tak takut pasir, dulu anti-pasir halus sebab melekat kat kaki.


main air laut dengan papa, nanti besar sikit papa ajar berenang kuak kupu-kupu ekk hehe..adik wish plak papa nak ajar main skate-board lawan ombak hehe...

Saturday, March 7, 2009

BayView..Batu FeringGhi...

AlhamduliLlah, mea, wish, ibu dan papa selamat kembali semula ke Penang hehe...dengan bangun seawal pukul 4.00 am kami bersiap untuk ke airport sejam kemudian dengan abang taxi yang papa dah book awal...bukan apa, takut takde taxi pagi2 buta..kan terlepas laa flite...dua orang budak ni behave okay semasa penerbangan dan tiada lagi turbulent (cuaca tak baik) hingga menggoyangkan flite seperti aritu, bukan apa...kuat gak gegaran dan naik turunnya flite elak benda tu...sejuk dada waser...

petang ni ada bengkel plak di bayview, batu feringghi sehari semalam..papa sedang pujuk ibu untuk temani papa ni hehe, bukan apa..kalau papa nak ulang-balik jauh gak..kira-kira 45 minit, dah tu pula...usm dah sedia bilik...apa lagi ibu..challooo...



nampak pesennya, hotel ni lebih comel drp kat k.k. kelmarin...pastu leh gi main pantai kut sekejap...jom la ibu...hehe...mea tolong pujuk ibu sat! wish pun nak ikut ni...

Thursday, March 5, 2009

HaRi keDUa seMINar

inilah bangunan kompleks kerajaan persekutuan di likas, kota kinabalu ni..sebijik macam bangunan di putrajaya bah, thats why orang sini panggil putrajaya...

rasa-rasanya depa gunakan pelan yang sama, ni kalau dalam akademik tak boleh ni bah, dinamakan 'plagiat' (tiru orang len punya) hehe...


hari kedua seminar di sini, dan begitulah lazimnya di mana-mana pun, bilik seminar biasanya menjadi semakin lengang...hanya tinggal beberapa kerat audiens, kadangkala pembentang membentangkannya pada pembentang lain juga...the rest, maybe dah balik ke pejabat masing2 yg mungkin mengejar tugas atau ada mengambil kesempatan shopping-mopping...tapi bagi papa..papa masih stay calm ikuti seminar sini hehe..


papa tunggu majlis penutup..saja nak greet member2 lama before berpisah, iye la, lambat lagi boleh berjumpa semula...majlis penutup pun tak buat di dewan lagi kerana dah kurang peserta, ramai yang tinggal adalah urusetia...

Kota Kinabalu from Our Eyes...
.

ini menara tun datu mustafa..salah satu mercu tanda k.k...kami just lalu jer bila nak pi town from our hotel...kat sini jalan2 we all pakai taxi, nampaknya semua taxi kat sini tak pakai meter huhu...jalan tak sampai 5 km dah charge RM10..mahal tul!


haa...see bas kat sini, tapi kami tak naik la sebab ada baby...tapi senang jer nak naik bas sini sebab dia tulis semua destinasi tuju di dinding bas...kalau silap naik bas lagi tak tahu la bah!


ibu dan wish bergaya sat kat depan pasar ikan masin, ermmm...banyak ker ibu borong ni bu...?hehe...rasa-rasanya tak beli sekor pun, ahaks! we all kurang makan ikan masin ni...elak kencing manis (kata mea) hehe..sebelah pasar ikan ni ada pasar filipino (philippine market) yang juga banyak menjual souvenier seperti kristal, mutiara dan baju...leh la we all lalu sambil jenguk-jenguk hehe..


haa..ni pemandangan belakang philippine market, macam dermaga tempat kapal2 nelayan berlabuh...macam cun jer sini untuk bela ikan dalam sangkar hehe...tak boleh bah! (kata musa aman)


ni pulak semasa window shopping kat dalam 1 borneo...dalam ni best lagi daripada pasar terbuka tadi, sejuk dan nyaman bah! haa..nak bagitau...cuaca kat sabah ni rasanya panas sangat la daripada penang...terik jer panasnya...


mea possing depan kamdar dalam 1 borneo...bukan kat bukit jambul jer ada kamdar tau, kat sini pun ada bah! tapi kat dalamnya tak se'gah di bukit jambul...so need more stuff to fill up yea bah!


mea drive kat sini...bila papa masukkan token untuk hidupkan kereta ni, mea takut and panjat papa huhu...rugi guh semek ni...pastu bila nak chow ke area lain, menangis besar dia...leceh guh hehe...2 hari kat sini, mea wat perangai jer bila jalan2...mungkin emosi tak stabil sebab dah 3 hari dah tak berak...


after jalan-jalan ni, tentulah letih...mea tertidur keletihan dalam taxi, malam tu gitu gak after shopping kat kg air...sekarang mea mudah penat...papa dan ibu apatah lagi...esok, we all akan balik ke penang with direct flite kul 7.00 pagi, ermm kena bangun awal la untuk check-in huhu...bye-bye sabah...

Wednesday, March 4, 2009

MaRi BerSemiNAr di SabaH


Sesi perasmian Seminar Serantau Perkembangan Islam di Borneo 2 yang diadakan di Kompleks Kerajaan Persekutuan Kota Kinabalu, bangunan kompleks ni seumpama bangunan putrajaya tapi ada 2 building besar jer...Seminar ni dianjurkan UiTM Sabah sebagai kesinambungan seminar tahun lepas yang diadakan di Kuching (anjuran UiTM Sarawak)...siri ke 3 seminar ni tahun depan akan diadakan sama ada di Brunei or di Kalimantan...ermm...boleh plan lagi tu untuk sertai...hehe

Sebelum perasmian yang bermula pada pukul 10.30 pagi, sesi perbentangan selari pertama telah bermula pada jam 8.30 am di mana papa sebagai pembentang pertama di bilik seminar 1...so, ada 3 pembentang semuanya di mana 2 orang lagi dari UKM dan kedua-duanya Prof. Madya...sebab mereka P.M. maka mereka dapat banyak soalan cepu mas daripada audiens hehe, papa dapat satu...okay la, nantikan berniaga tak laku pula...

Apa yang best bila datang seminar ni ialah dapat jumpa sifu-sifu dan rakan2 lama semasa belajar dahulu...dapat juga bina 'network' untuk jaringan kepakaran antara universiti jika saling perlu-memerlukan pada masa mendatang...inilah sebahagian daripada dunia akademik! di samping merelaks'kan papa sedikit drp kesibukan di desasiswa dan dewan kuliah...hehe...tadi pun ada dapat call (desa) nak ajak buat spot-check kat kafe tapi nak buat camner, papa jauh di seberang laut china selatan...

Tuesday, March 3, 2009

TraVeloLita to SaBah Bah...


mea sedang tolak troli...pagi tadi mea skuarga awal-wal dah sampai airport bayan lepas to catch flite to kota kinabalu hehe...papa ada tugas di sana dan mea, wish serta ibu datang bagi sokongan kat papa...semoga papa dapat bentang paper-nya dengan sukses...

dalam flite tadi wish dan mea bergilir-2 wat perangai, menangis tadok ubat huhu...susah nau kalau nak tidur, sampai sorang pasenger kat belakang seat kita orang pindah seat ke tempat lain, pindah la mea & wish tak kisah hehe...oh..ya, now airasia dah ada nombor seat...ermm okay laa, tak lah ada setengah penumpang tu berebut2...macam takut kena berdiri jer, mentaliti terburu-buru akibat banyak makan al-bab kut huhu..

hotel kita orang kat 1 Borneo...ia macam 1 Utama la...shopping complex yang member kat sini kata like mid-valley, giant pun ada...leh la beli makanan nak kunyah sikit semasa bertapa dalam bilik...sat lagi lepas maghrib kawan papa nak ajak pi pasar malam kg. air tapi tak pasti lagi wish & mea larat, sebab sejak sampai tengahri tadi mea lum tidur lagi, asyik main on-off lampu jer huhu...puas tutup semua langsir dan lampu ajak tidur, tapi masih meng'kelawar huhu...wish follow gak perangai mea...mangsanya papa dan ibu tak leh tidur gak la huhu....

Dan ini waktu solat kat sini...awal sejam lebih kurang drp penang...
Tarikh Hari Subuh Syuruk Zohor Asar Maghrib Isyak
03-03-2009 Selasa 5:11 6:27 12:30 15:46 18:29 19:39
04-03-2009 Rabu 5:10 6:27 12:30 15:45 18:29 19:39
05-03-2009 Khamis 5:10 6:26 12:29 15:45 18:29 19:39

sambung citer...lebih kurang kul 8 pm...member papa pun sms dan mereka telah tunggu di pizza hut kat 1 Borneo ni...jadinya, dinner we all di sini la seadanya, tenkiu kat shah & jiha yang dah bayar dulu bil...susah2 ajer...hehe


anak jiha & shah...darwisyah (semacam nama wish) seronok makan kek dan mushroom sup, darwisyah ni sebaya dengan mea, cuma mea tua dari segi bulan...namun darwisyah lebih cepat bercakap dan makan pun selera...suami isteri ni kerja kat lkim, sorang asal ganu dan sorang perak, blog mereka pun ada dilinkkan kat sini


unlike darwisyah, mea kat pizza ni just 'bawa hal dia' dengan menukarkan air pepsi papa menjadi pepsusu...dengan dia tambah mushroom sup ke dalam air ni huhu...makan sikit pun tak! macam mana la nak besar...


after that, shah & jiha bawa we all ke pasar malam kg air kat town...jauhnya dalam 20 minit la dari 1 Borneo ni...di sini banyak dijual kristal, mutiara dan baju t'shirt...ala petaling street or jalan tar jer laa...mungkin, pasar malam ni sesuai dengan jiwa wanita yang suka aksesori hehe...so let ibu choose la...

Sunday, March 1, 2009

JuAL beNDi...


nampaknya pokok bendi mea dan papa dah berbuah...buah pun semakin banyak, kelmarin dah digoreng first edition hehe...nampaknya, masih banyak di pokok tuh..


so apalagi, jual...jual...diskaun murah-murah jer...sutir 10 sen hehe...kalau beli lebih daripada 10 butir, akan diberi diskaun 100% hehe...mea nak sedekah jer ni! contact mea segera untuk tempahan...book and carry hehe...

petang tadi mea ditemani ibu dan wish, disupirkan oleh papa ke Queensbaymall untuk promosi awal bendi-bendi ni hehe...mana tahu kut ada penangit yang mahu datang ke rumah borong banyak-banyak hehe...

nampak tak tu, mea tengah fikir jauh...apa nak beli kalau untung besar ni hehe...baby doll or kamus dewan hehe...

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin