bismillah & salam
Blog ni memaparkan kisah-kisah dalaman kami sekeluarga, just untuk rujukan kami bila terkenang-kenang saat manis sebelumnya; sebab itu ia dijadikan LIMITED EDITION, hanya untuk pembaca dalam kalangan ahli keluarga dan sahabat handai sahaja.

Tuesday, June 16, 2009

WisH meRANGkaK


tengok wish tu...sekarang dah suka merangkak dan memanjat jer, ni nak panjat tangga...wish akan berpaut jer kat mana-mana yang dia boleh berdiri seperti sofa, meja tea, sliding door or walker dia..risau gak kut tercondong ke sisi...tapi sekarang, memang cepat jer sejak fast track gak dia merangkak ni...


ni tempat kurungan baru hehe...kalau ibu tak leh nak pantau sangat, di sini la wish dikurung, kak mea leh jer panjat...alas katil ni terpaksa dicabut sebab kainnya dah terkoyak akibat mea suka now lompat-lompat dalam ni..so, jadi la sangkar pulak katil wish ni huhu...


mea pakai baju tido saper ni, teka? macam lelaki lak anak papa ni bila pakai baju 'orang lelaki' hehe...thanx kat abg nuar sebab bagi kat mea plak ligan baju ni...tapi serebeh gak sikit hehe...(rumah ni bersepah semula, paling cun ialah before keluarga kijal nak mai hari tu, baik punyer kemas hehe)

petang ni papa kena gi kem pimpin siswa kat sg. siput semalaman huhu...sedih la papa nak tinggalkan ibu, mea dan wish...lepas zohor nanti pergi dan dijadualkan balik petang esoknya huhu...ni semua sebab aktiviti pilot untuk pelajar baru nanti yang akaan diwajibkan kepada mereka semua julai/ogos nanti, now we all dulu merasa sonok ke idak huhu...

Friday, June 12, 2009

TeTaMu fROm KiJal


tengahari semalam, ciklah datang ziarah umah mea, dengan che izaminye dan keluarga kijal (kemaman)..rumah mea penuh sekejap hehe...dah lama ciklah dan che izami plan nak ke sini, alhamduliLlah sampai juga, sonok papa, ibu, mea dan wish nak terima tetamu ni...papa yang sememangnya sedang cuti research ambik cuti terus hehe, alah keluarga dari jauh datang ni...datang plak semata-mata ke sini, bangga tul we all marin!


anggota rombongan dijamu dengan nasi beriani kandar...ni ibu masak spesel ni, papa tolong ibu masak dengan pi tunjuk kat 'kayu nasi kandar' hehe...'sedaaap', kata mea..nasi kandarkan sinonim dgn penang, so sekali-sekala belasah apa salahnya, lagi pun kalau ibu nak buat tak reti lagi..sedang elok sampai hampir kul 2 ptg dah, so kita makan duluuuuu....


mea plak bawa geng baru main buai kat rumah sebelah, maklum la umah mea takde buai laei...sonok mea jupe geng baru ni, walaupun baru bangun tidur, terus senyum, ahaks! lain kali mai lagi umah mea dan wish!


after that mea dan wish bawa kuarga kijal seme ke Padang Kota, nak naik bukit bendera tak sempat sebab dah nak balik ipoh semula..maklum la cuti sekolah macam ni, mau 4-5 jam tunggu baru dapat naik train ke puncak bukit bendera, so kansel la..and yet cuba la ambik gak 'touch of penang' dengan ke Padang kota...



haaa...dapat la makan pasemboor di sini...semua enjoy makan nampaknya, mea dah dibelikan air tin tapi masih nak keteik tea o papa...lagu mana ni? lepas makan ciklah dan kuarga nak balik ikut feri tapi sebab dah time orang kuar ofis maka ber'que la kereta...tukar plan lagi, semula la noo...so tenkiu la seme sebab sudi datang ke 'rumah tumpangan' kami hehe...len kali jgn serik datang lagi!


kat sini, mea suka main kat kid-playground sampaikan 'mengamuk' sakan bila papa culik dia ke tempat makan...on the way balik kereta, sekali lagi mea mengamuk huhu sebab we all lalu ikut tempat ni untuk ke kereta...sekarang mea memang 'ganas' tul bila nangis, tak lama lagi kena dera kat papa la kalu macam ni sokmo hehe...

Saturday, June 6, 2009

GaMBar2 CuTi kaT kG


ibu sedang keteik (macam curi la..) anak bunga ciklah utk dibawa balik penang, habis la ibu, mea nak pi mengadu kat ciklah tu heh..heh..


mesyuarat kaum ibu dan wanita mengenai penjagaan pokok bunga berkesan, siapa master-mind ni haaaa...mea ker???


haa...buat apa ni 2 orang ni...dating ka? mea sipu-sipu malu...tak sedar, 'kegiatan ni' dipancar melalui parabola besar kat belakang tuh hehe..


'DUA' macam nii...wish sedang belajar membilang dgn abgnuar, sambil dipangku kakyayah



mea tolong tengok kaklong bungkus buah 'mata kucing' yg ranum, sedaaap...papa plak tukang rasa hehe...memang manis!



gaya pilot and co..and co-co-pilot while travelling hehehe....all in black! only wish yg masih tiada spek...mea yg paling machooo...serius perhati jalan!


ni sekitar gerai fun-fair pesta sempena TM'fiesta mencandat di dataran shahbandar kay tee...


sempat lagi pi tengok stadium rosak, kut-kut mea leh baiki...

Wednesday, June 3, 2009

CuCu SoLeHaH..


kat kemaman, gini la gelagat mea...mea tidak duduk saja...takde la main-main...mea bekerjasama membantu tokwan menguruskan bisnes rempah-rempah..."apa yang penting?..kerjasama..."..hehe...



akhirnya, misi berjaya...mea berjaya bantu tokwan menjemur rempah-rempah yang perlu dikeringkan, sebelum digoreng dan dibawa ke kedai kisar...turut membantu abg mus dan abg basyir (pembantu setia tokwan aka sepupu mea hehe)...tokwan mea jual rempah masak, seperti rempah gulai nasi dagang, gulai nak kahwin, atau apa saja nak gulai laa...meh la beli! mea tolong promosi ni...beli satu dapat satu...

Tuesday, June 2, 2009

toWARds keMAMan


haaa..ni wish nak citer plak, lepas 2 hari 1/2 duk kg papa..now we are moving to kg ibu plak di kemaman..on the way kami berhenti di rumah ayah long di dungun, di pantai kg cacar di paka dan di taman flora (kut?) di paka...banyak nau kena berhenti sebab al-maklum la..jarak k.trg ke kemaman dekat 3 jam kan, lepas la minum segelas dua di tempat persinggahan ni buat penghilang ngantuk hehe...

the best kami singgah di teratak mama-paka, kawan baik ibu (pn. wati)...kat sini banyak nau pokok sayur...macam-macam ada hehe...maklum la tokeh pejabat sayur hehe..


ada banyak lagi pokok terung yg ditanam mama-paka tapi papa-mea tak sempat nak ambil gambar, banyak juga ole-ole yang diberi kpd kami seperti buah terung, aneka benih, baja, dan tak ketinggalan, penyodok tanah, penggembur serta siap dgn tanah kosmos lagi hu3...thanx mama-paka...cuma mood papa terencat sementara kat sini sebab masa tu baru dpt call dari boss hostel yg tak sedar papa bercuti, aikk..siapa plak yg sign surat cuti papa aritu? ekceli bos hostel papa ni selalu tak perasan bia dia sign sesuatu...isunya sekarang kat usm ada kemasukan pelajar ppjj dan depa ni duk menginap di desa semasa cuti ni, so nak kena ada la 'kepala' memantau...mulanya papa ralat gak nak cuti, tapi bila apply diluluskan maka ingat okay la...rupanya k.o huhuhu...takpe la, lesson to me...


kat umah mamapaka, mea dapat kawan dengan haykal..ada tempat gelungsur kat umah dia, yg best dua-dua bercakap tapi sorang dapat difahami, dan sorang lagi cakap ntah apa-apa (mea)..

kami jugak singgah di suatu pantai di kg. cacar,paka...just to get rest and main pasir di tepian pantai...




mea dah tak takut pasir daah...

Monday, June 1, 2009

3rd ANniVERsary


arini, 1hb. jun adalah hari ulangtahun perkahwinan papa & ibu yg ke-3..meaning baru 3 tahun papa dan ibu bersama, kongsi susah senang, pahit maung, dan manis masim hehe..dalam tempoh ni dah 2 kali dah ibu bersalin secara normal aka melahirkan zuriat untuk papa...sakit nak bersalin hanya mereka yang menemani isteri sahaja yang dapat merasanya, itu pun bahu yang memikul tak sama dengan bahu orang yang menengok (iyeke pepatah ni..ala hentam laa)...ibu pun selalu masak pagi, tengahari dan malam untuk papa, maklum la kat penang tak selalu beli breakfast kecuali weekends...ibu jugak selalu teman papa ke hulu dan ke hilir..maka rasanya, patut la papa sinarkan sikit mood ibu tahun ni dengan sesuatu yang bersinar-sinar hehe...walaupun tidak sebesar rantai kapal tapi okay la daripada takde hehe..tak payah bunga la ibu, sebab bunga kan layu...(tak romantik tul papa ni!)...so, thanks ibu for completing papa's life! at least memberikan ketenangan kat papa untuk menghadapi hidup ini...

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin