bismillah & salam
Blog ni memaparkan kisah-kisah dalaman kami sekeluarga, just untuk rujukan kami bila terkenang-kenang saat manis sebelumnya; sebab itu ia dijadikan LIMITED EDITION, hanya untuk pembaca dalam kalangan ahli keluarga dan sahabat handai sahaja.

Saturday, September 12, 2009

BuBur LaMBuK AD


hari ni desasiswa aman damai (AD)adakan majlis masak bubur lambuk, iaitu kerjasama pihak pengurusan dan majlis perwakilan pelajar AD..menggunakan duit tabungan dan sumbangan serba-sedikit daripada mereka yang inginkan ganjaran di kendian hari..papa seperti biasa, sebelum ke ofis..menjenguk kejap semasa staf sibuk menyusun dapur dan perkakas nak masak, pastu terus ke ofis hehee sebab ada 2 mesyuarat menanti..pastu bila call petang tu dah masak pun 2 kuali, tak sempat la papa nak tolong (apakah??)...gambor atas ni semasa sesi masak ketiga sebelah petangnya yang sempat papa kacau dua tiga pusing sebelum diambil alih oleh studen yang beratur nak kacau..so papa tak mau la kcau depa masak lama-lama...sedap gak bubur lambuk ni, udang pun besar-besar yang diletakkan dalamnya, papa bagi A- sebab takde pucuk paku merah dan daun-daun ulam seperti buatan terengganu..ala kulli hal, syabas buat staf dan pelajar AD, well done!

Thursday, September 10, 2009

WiSh TuRuN TanGGa


ni nak tunjuk step yang wish buat bila nak turun tangga...lama dah papa, ibu dan even mea ajar wish, semalam baru 'ingat dan reti' nak buat...biasa wish akan menjerit bila sampai sini panggil orang nak turun sambil hongek-hongek badan..


step diajar ialah jatuhkan kaki dulu...we all selalu jerit, "kaki wish...kaki turun!", dan mea akan ikut sambil kata "takii...takiii..." sambil tunjuk kaki dia..tapi wish wat selamba jer menjerit suruh tolong dia...


pastu baru turun tangan, biasa bila sampai kat tengah ni wish baru ingat, tapi bila mula-mula di atas tadi memang 'geram' kat wish...wish slow sikit daripada mea dalam progress turun tangga ni, papa bagi B+ jer kat wish...aci gitu? hehee...


last, wish berjaya...suka hati kami semalam! well done dear son! mmuahhh...

IfTaR deNGaN RaJa


petang semalam, for the first time ever sejak duk usm ni papa pi ke majlis berbuke pose bersama Raja Perlis dan Sultan Kedah. Turut hadir TYT Pulau Pinang aka Gabenor dan Pak Lah. mulanya tak mau pi tapi sebab bila rsvp sehari sebelumnya dah kata nak pie, rasa bersalah plak. boss plak stress 'wajib' pi sebab TNC wajibkan. so, dengan berat hati papa pi meninggalkan ibu berbuka pose dengan mea dan wish, papa menapak jugak ke khemah berhias ni...papa duduk jer di meja yang kosong bersama pegawai dari IPT lain yang turut hadir sempena pelancaran 1 siswa 1 malaysia ikut idea PM, papa sampai plak awal ikut tentatif, rupanya ramai lagi yang datang lewat even selepas tuanku al-sultan mai masih ada berduyun-duyun...hampeh tul! biasalah, bila makan kat luar macam ni bukannya selera sangat, malam tu balik rumah..papa goreng mee spesel untuk ibu, papa dan mea hehee...sedap lagi!

Wednesday, September 9, 2009

Bazar Ramadhan


setiap hujung minggu papa bawa ibu, mea dan wish ke pasar ramadhan yang jauh sket iaitu di Bayan Baru..pasar ramadhan ni paling besar kut berbanding di sekitar usm seperti di depan kompleks RST, depan Sg. Dua, Gelugor, Medan Suri atau pun di Taman Saadon/Brown..apa yang biasa kami beli ekk, biasanya kuih2 jer la seperti murtabak dan takut nak beli lauk kut yg entah bila dibuatnya (yang tak laku)...cuma aritu pernah beli lauk udang besar, bestt walaupun mahai...


satu malam lepas, papa dijemput ke malam BBQ studen aman-damai yang berjaya dan menang pertandingan pentomin peringkat usm baru-baru ni...dengarnya depa dapat hadiah duit yang banyak jugak walaupun di tempat ke-3, so selepas terawih pi rasa ayam, sosej, ketam bakar dulu hehee...tahniah dan terima kasih!

Saturday, September 5, 2009

FiRe-dRiLL


Apa khabar semua pembaca blog ini? diharapkan semua baik-baik..kali ni wajah wish plah enter frame, yang sekarang duk main sorang-sorang sebab kak mea tengah tidur dalam buai, wish ni tido sekejap2 jer...only 30 min...kalau kak mea tido lama gak, dalam 1 jam..leh la papa dan ibu relaks sekejap, bukan apa...depa ni suka ajak main dengan depa, macam mea suka nau ajak papa naik kereta mainan bonceng dgn dia, penat huhuu...ni silap aritu la cuba berbonceng walaupun tak muat hi...


dan bila nak drive kerete kecik dia tu, mea akan pakai penutup rambut ni ala-ala orang nak mandi tab gitu...tak tau la kut ini dijadikan helmet...apa pun, sekarang musim kena main bersama-sama mea plak...mungkin sebab wish kecik lagi, asyik kena buli di kak mea...so mea mencari mangsa lain, papa & ibu! hujung minggu ni penang sekali lagi cuti 3 hari, apa pengisian ekk? nak shopping baju raya...dah siap pun...assignment ada buat balik sket untuk marking tapi tak diusik lagi, ermmm...nanti laa...hehee...


pagi tadi dalam 12.30 am papa dikejutkan oleh guard, boss dan collegue pasai firedrill sedang dilakukan di desasiswa, mamai rasanya nak bangun sebab baru tido dalam sejam dan juga setelah ambil ubat selsema, paracetamol dan ubat batuk...ni sebab kelmarin papa dapat mc 1 hari walaupun suhu just 36.7c shj, sebagai langkah jaga2 dikhuatiri H1N1..na'uzubilLah...so turun jugak la, dan rupa-rupanya staf desa papa sorang jer yang turun huhuuu...dalam kemamaian tu, pihak keselamatan yang buat operasi firedrill suruh gak papa berucap, entah apa laa yang dapat diucapkan...papa pakai belasah jer dengan idea yang masih lesu akibat drowsy ubat ni...huhuuu...

Wednesday, September 2, 2009

BoSS LaMeR PaPa..


ini adalah Prof. Datuk Dr. Ismail Salleh yang baru meninggal dunia dan semua orang kenal...papa pun kenal sebab dia bekas boss papa semasa papa mengajar di Kolej Twintech di Sri Damansara, sekarang dah dapat status Universiti International Twintech dan lokasinya masih di S.D...papa kerja sini start 12 Julai 1999 dan berhenti 27 Disember 2002 kerana ke London untuk penyelidikan phd papa, so selama 3 tahun setengah ni banyak suka duka pahit manis berada di bawah boss Prof. Ismail...yang respectnya, beliau menjadi peransang untuk papa siapkan phd papa masa tu...iya la kan, dia dengan tak nampak pun boleh berjaya, takkan kita yang celik tak boleh berjaya hehee...last papa jumpa dia ialah tahun 2006 semasa present paper kat Evergreen Laurell Penang, walaupun buta, Prof masih kenal papa punya suara dan sempat la sembang dung..dang...dung..dang..

sebut pasal kerja..hari ni papa and the gang pi rumah sorang staf desasiswa yang dah berhari-hari tak datang kerja, bulan lepas saja hanya datang 4 hari...bulan sebelumnya datang 15 hari...bulan ni belum datang lagi, keilat betul...sayang la muda-muda dah main tuang kerja, so before tindakan lanjut dikenakan maka penyampaian by hand harus dilakukan, sebelum ni dah 2 kali surat register dihantar tapi terbiar sepi...so, kena pergi jugak la bertandang sat..itulah kan, bukan senang nak senang...melainkan jika tubuh syarikat sendiri, itu pun lagi bukan senang nak handle staf!

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin