bismillah & salam
Blog ni memaparkan kisah-kisah dalaman kami sekeluarga, just untuk rujukan kami bila terkenang-kenang saat manis sebelumnya; sebab itu ia dijadikan LIMITED EDITION, hanya untuk pembaca dalam kalangan ahli keluarga dan sahabat handai sahaja.

Friday, October 2, 2009

TeTaMu RaYeR..


arini mea dapat tetamu yang datang beraya dari jauh, nun jauh dari dungun all the way come to penang..papa kata "tetamu mea" sebab mea la yang paling sibuk, sampai time nak mandi tak mau papa mandikan dah..mandi la dengan kakak sepupunya, kak tie..gitu juga bila time makan, dan main..papa dah dilupakan, kalau tak mesti nak duk teppek sebelah atau atas riba papa...actually yang datang ni ialang abang papa, aka keluarga ayah long mea yang datang ke utara ni sebab ada misi penting pada hari senin ni, papa pun dah ambil cuti pada senin ni to join the mission..mission ni kira merai'kan sesuatu yang penting jugak la..kalau tak pi nanti tak best la pulok, nampak sangat tadok orang cakna dan carra antara satu sama lain...hidup ni kan kena ada saling rai-merai dalam kalangan anggota keluarga, baru la ada kemanisan dan keintiman...so kalu nak tau apa mission tu, kena la tunggu entri seterusnya! hehe..biar suspen sket..tungguu naaa!

Wednesday, September 30, 2009

MooD LePas RayeR


Lepas raya semua steady, mea pun steady duk study buku nama-nama buah dan binatang..papa dan ibu pun steady dengan rutin biasa..cuma wish jer, suka wat perangai...setiap masa asyik nak dukung ajer, lepas molek seketika pastu mesti merengek nangis! nak kata tak cukup duit raya, belana doh orang bagi..kuih raya pun berbungkus doh wat balik semula ke penang hasil lebihan kat kampung...so, pasai apa ni wish wat perangai lagi? tiru la cam kak mea...steady duk terlentang atas pelampung dia tanapa hiraukan orang lain hehee/...

Saturday, September 26, 2009

SeMingGU BerHaRi RaYer...


Ketupat daun palas terengganu...kesukaan ibu,papa dan mea...ini semasa kat rumah mak sedare papa kat manir, ramai sedare papa berbisness ketupat during Ramadhan dan seminggu selepas raya, maklum la skill 'orang lamer', sepupu papa ning pandai sorang membungkusnya, so papa borong untuk dibawa beraya ke Kemaman..gitu juga untuk dibawa pulang ke Penang nanti..


bila Hari Rayer..budaya ziarah sangat la bagus dan digalakkan, mengeratkan silaturrahim...ni semasa umah a.ma...bak dan mak tengah makan laksa penang tuh, ibu pun mamoh something...semasa di kemaman, sempat kitorang pi beraya di kijal, beserah dan felda neram 1...sementara di manir, sempat berayer di marang, kuala besut dan chalok...hai, sakan berjalan dari selatan ke utara...


haa...ni tengah belajar bakar sate semasa beraya kat kijal, sedap sate ni...tahun depan nak lagi..tekun kaklong & achik membantu 'mak kijal' membakar sate...(apakah???hehee..)


mea santai di bawah rumah di kemaman, iyer la kan..takkan nak berjalan jer..nak jugak sesekali rest-kan minda dengan main-main..papa jadi mangsa, kena tarik tangan untuk temankan mea ke bawah rumah, mungkin tak nak keseorangan..masa ni a.nwa dah balik ke r.panjang!


mea dan wish mandi kolam di beserah...jangan tengok lama-lama...mea segan! panas2 jalan best gak berendam...ibu tolong pegangkan wish...suka nau dengan air!


sempat juga kawan papa yang kerja kat dubai (orang cheras jer) datang beraya semasa papa kat kemaman...dia ni nak sangat makan sata dan otak-otak tapi masa dia datang raya ke-2, kedai sata dan otak2 masih bercuti raya...tak sempat nak sediakan menu best, jamu dengan sate dan ketupat ganu...best jugak tuh!


di manir, mea sempat berayer rumah to'nyang (moyang), ibu kepada ibu papa...tengok tuh! setabung kerepek bawang dipulunnya...memang kesukaan mea! mea bukan apa, nak tolong to'nyang habiskan kuih-muih dan kerepek ni..


di rumah di manir juga, papa and the geng kena masuk kerja sket iaitu pasang pagar yang dah reput, kebetulan ada 4 tenaga lelaki yang perkasa berkumpul serentak di cuti raya ni, we all pakat la baiki mana yang patut persekitaran rumah pusaka ni, maklum la hari biasa rumah ni tak bertuan, so security kena la tight to ensure everything selamat!



mea dan sepupunye di manir...bila berkumpul, gamat la satu rumah yang sebelumnya terdengar bunyi cicak sajer, apa pun mea dan wish nampak hepi dapat jumpa sanak saudara...besok dah nak balik penang, habis daa rayer...rumah ni akan kosong serentak besok pagi apabila we all sama-sama chow ke destinasi masing2...tunggu raya haji pula untuk berkumpul bersama!

Sunday, September 20, 2009

SaLaM iDulFiTRi 1430H


Salam idulfitri kepada semua pelawat blog ini daripada kami berempat sekeluarga, kami semua mohon maaf zahir dan batin daripada anda semua jika ada terkasar bahasa, tersilap bicara, terkata tak sepatutnya...semoga pada hari mulia ini kita semua bergembira menyambut kemenangan berjuang sebulan dalam Ramadhan..tahun ni kami semua beraya di Chukai, Kemaman..kampung ibu mea...



malam tadi, seronok wish dapat main bunga api dan mercun...dam..dam..dum...mercun berdentum tapi mea lesap sembunyi dalam rumah dengan ayah chik dia, mea penakut dan menangis bila dengar dan tengok mercun berdentum, berlainan dengan wish...tapi semalam, orang dewasa ngalahkan bebudak duk main mercun dan bunga api, paling banyak simpan stok mercun ialah a.lie...heheee...

Wednesday, September 16, 2009

CeRITa-CeRITi


CERITA 1: pagi semalam, lepas bersenang-lenang dalam ofis after meeting tetiba dapat call dari ibu yang gunakan no.phone umah jiran, sebabnya mea tertekan kunci tombol pintu depan sewaktu ibu kat luar rumah tengok-tengokkan pokok bunganya dan sapu laman..maka terkuncilah pintu dan terjadilah episod menangis di dalam rumah antara mea dan wish, mea menangis lebih kuat daripada wish, haiyyaa...patut kakak tolong tenangkan adik, tapi sebaliknya berlaku huhuhuuu...ibu takde arah nak masuk rumah, terpaksa la call papa..then, terkucu-kucu savior balik...dulu, papa ada letak spare-key kat luar rumah untuk elak incident gini tapi masa tu tak ler terjadi lagu ni...pasni kena letak balik la..

CERITA 2: pagi kelmarin,papa dapat sms daripada geng lama papa, classmate degree dulu yg suruh check emel, masa tu tengah que kat bank nak tukar duit raya, so dia suruh papa baca emel dia dulu..so, petang tu after masuk ofis (sebab tengahari tu ada sedikit aktiviti kelab staf), terbacalah emel ni:
"Salam Jash,...kawe email personal ni. kawe rasa ada bersalah dgn demo. hutang lapok yg dah berlapok2 puluh thn dulu agaknya. maaf lah jash kawe x terbayar dulu2. niat kawe nak byr doh 2-3 thn lepas tp malu plk. sempena bulang baik ni kawe nk byr lah. tp kawe dok ingt starang brape jumlah dia termasuk bunga sekali kot.hehehehe!!! demo kaabo deh dan bg no akaun sekali. kalu ada maybank lagi comel.blh tt terus. ok jash demo email deh....."
sukeenya papa...terus papa check diari 2001 untuk ascertain the accurate hutang tu, so dapat la RM300 duit papa kembali, lepas doh nak buat pasport baru hi3, thanx to my old fren..


CERITA 3: citer ni tak seronok sket iaitu berkaitan kereta wish papa, on the way balik dari Teluk Kumbar selepas menghantar sumbangan kelab staf kepada ibu tunggal terpilih sempena nak raya ni, wish papa telah digesel oleh sebuah van yang tiba-tiba tukar lorong yang sedang berlumba dengan satria...so, lebam la sket wish huhuu...geram waser, dan member yang duk sebelah suruh kejar tapi papa fikirkan keselamatan kami bertiga dalam kereta, so cool...sabar di Ramadhan moge-moge dapat keberkatan, walaupun confirm kereta dah tercalar! ini la sikap tak bertanggungjawab pengguna jalan raya, kalau depa excident masa tu patut jangan ada yang tolong...biar depa sndiri lak gi berlumba ke hospital pilih katil mana nak duduk...apakah??

Sunday, September 13, 2009

Mea HiLaNG di QueENSbaYMall???


tengahari tadi we all ke Queensbaymall dan masuk jusco untuk cari tambahan baju raya casual for mea dan wish, sebelum ni hanyalah baju kurung dan baju melayu saja..hai, banyak 'guh baju raya dua budak ni..maklum la biasa dorang ni pakai baju 2 pasang sehari, bestnyer kalu depa pakai sepasang untuk 2 hari or sepasang seminggu, mesti tak perlu baju banyak-banyak..


episod yang mendebarkan sukma papa dan ibu hari ini ialah bila mea tiba-tiba hilang dari sisi kami, ini bila mea tak mau duduk lagi dalam kereta sewa spesel ni, masa papa berpaling nak bayar harga seluar..tup-tup ibu tanya mana mea? papa paling belakang dan sebelah papa pun takde...apa lagi, gelabah..letak seluar dan berpecah dengan ibu dan sorang salesgirl jusco untuk cari mea...papa pusing ikut lorong-lorong takde, ibu gi tempat kanak2 main pun takde..debor giler beb! papa pusing ke lorong utara pun takde, dekat 3-4 minit gak puzzle-wizzel...pastu baru la ibu jumpa mea duk celah tempat game kanak-kanak yang sedang main lompat-lompat tuh, legaaa...kalau hilang tak jumpa-jumpa, huhuu nangis la papa & ibu kat sini, tak pun berbuka kat sini huhuuu...apakah???

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin