bismillah & salam
Blog ni memaparkan kisah-kisah dalaman kami sekeluarga, just untuk rujukan kami bila terkenang-kenang saat manis sebelumnya; sebab itu ia dijadikan LIMITED EDITION, hanya untuk pembaca dalam kalangan ahli keluarga dan sahabat handai sahaja.

Wednesday, October 5, 2011

Tower Bridge



hujung minggu baru ni sampai la kami ke tower bridge of london, iaitu setelah mengambil 'tube' (keretapi underground)...yang kosnya 1 day 7.30 pound sorang or satu trip 2.50 pound. lecehnya naik tube ni sebab kena jalan jauh kalau melibatkan pertukaran tren dari satu stesyen ke stesyen yang lain, lebih-lebih lagi jika hujung minggu yang sesetengah stesyen ditutup, terpaksa naik replacement bas tetapi padat macam sardin...kalau ada roti, boleh gak cicah sardin nim hehee...di sini, sempat kami menyaksikan bridge ni diangkat untuk membolehkan kapal layar lalu....










Tuesday, October 4, 2011

3rd WeekEND



hujung minggu lepas, seperti biasa jadual ronda kota London...mulanya plan nak ke london tower bridge, tapi sebab silap direction yang diterima menyebabkan bas no. 15 tak jumpa cari...we all cari di oxford street rupanya bas tu start di trafalgar square hu3...so, papa ajak jer ahli rombongan naik bas no. 7 untuk ke British Museum hehee..okay la, nanti kena datang jugak, so datang awal drp plan asal...dalam ni banyak mumia purba zaman mesir, iraq, syria dll...ruang bangunannya sangat besar, tengok tiang jer la deh, besor macam pokok balak! di sebelah tangga ada lift simple untuk naik menggunakan wheel chair and push-chair, kelas gitu!



pastu jalan kaki jer ke next door building, kampus papa...wow! tak sangka keluarga kecil papa sampai jugak ke tempat papa bertapa dulu (2003), dulu keseorang je papa bergambar di sini and now sudah berempat...nanti salah sorang anak papa akan datang sini jugak untuk further study, dan setiap sorang lagi akan ke europe, ireland or middle-east buat engineering and medical hehee (berapa orang anak nanti ya?)...apa pun, jangan main kuat sangat ya anak2 papa, cepat pergi menelaah pelajaran! kurangkan tengok upin dan ipin...:)


pastu papa bawa diorang ke regent's park...santai dan lepak...dulu pernah sampai ke sini, now bawa diorang sebabnya tempat ni memang comel dan mendamaikan...lebih2 lagi cuaca yang elok dan tak berapa sejuk ni, all right la datang hujung minggu...ramai mat saleh pakat baring jer atas rumput di belakang sambil makan minum dan bercanda...dun skodem ekkk! mat saleh ni tak kira tempat kalu depa nak buang tabiat tuu, even dalam train yg padat pun beromeng selamba badak jer hu3...memang badak la depa nim hi3...terkejut ibu aritu!


antara penarik di sini ialah taman rose yang pelbagai kaler...kuning macam ni, putih, merah, pink, samor dll...bestnya kalau boleh wat balik rose-rose nim dan tanam keliling rumah, sure comel dan menawan garden kitorang nanti...sure jiran rapat pun nak anak pokok rose ni untuk di tanam di dalam pasu di porch-nye heheee....



sini di setiap taman dan tasik, mesti ada burung merpati, itik, angsa yang pelbagai spesis...jinak betul tapi 1 jer tak best, berak merata....awish geram nak naik bot dengan mea...takpe la ya, nanti semula la kita naik bot, tak mahal sangat just 3.50 pound untuk 20 minit, cuma kami mengejar masa sebab perut mula lapar untuk lunch, dan waktu zohor hampir luput...



haaaa...ada pun masjid di belakang sana (nampak tak kubah sejid tu?)..., inilah dinamakan ronda-ronda yang penuh keinsafan sebab diakhiri dengan solat zohor dan asar...nama masjid ni ialah masjid central london atau regent's mosque...actually, lepas univ. of london tadi nak datang masjid terus, tapi tersilap naik bas yang lalu ikut regent's park (no. 74), sebab tu la masuk ikut belakang ronda taman dulu...sepatutnya we all naik di jalan lepas selfridge & co kat oxford street tu (bus no. 274 or 82)...itu la perancangan dan kejadiannya...

Menu MaLAySia

Entri kali ni nak citer pasal makan...sebab makan itu penting, tanpa makan perut akan lapar dan segala kerja tak boleh nak buat. Lumrah siapa yang mula-mula datang ke tempat yang berbeza time yang besar macam di London ialah, perut yang selalu berbunyi, berkriuk-kriuk...nak kata lapar, tidak lapar, nak kata tak makan, memang makan sokmo, tapi perut dalam 2-3 minggu pertama memang selalui bergesel antara angin dan makanan, entah la sebab apa? maybe time perut bekerja berubah jugak ke 7 jam lewat daripada biasa...plus menu dan rempah yang sedikit berbeza, maybe laa...


ni restoren menu malaysia terbaru di oxford street ni (kwsn city centre), so sesiapa mengidam tomyam, nasi lemak, laksa dan segala masakan panas segera ada kat sini, dilabel halal dan ramai la muka malaysia dalam ni waima melayu, cina or india...so kalau perut selalu sangat bergeseran tu, kena la mari sini kut...ratenya dalam 3.50-7.50 pound sejuadah, boleh la bagi mereka yang tak boleh nak masak masakan malaysia di hostelnya, dan asyik ratah chicken cottage, kebab or briani arab jer, maka sebulan or 2 minggu sekali boleh la menjengah di sini...



ni plak restoren yang lebih lama dan glamer, situasinya di luar sedikit drp kwsn city iaitu edgware road (arab street)...dulu nama restoran ni ialah 'mawar', but now menjadi 'melur'...papa belum masuk ke dalamnya kali ni (melur) sebab dengarnya tokeh melur skrg ni cina, dulu semasa bawah mawar tokehnya orang melayu kedah di maan dia jual 3 lauk + nasi putih = 5 pound... tapi yg ni tak banyak nasi berlauk tapi lebih pada masakan panas...masa papa singgah sini masa nak tukar bas, harga menunya boleh tahan mahal terutama kangkung goreng belacan yang berharga 7.50 pound...lauk2 lain seperti tomyam dll just 3.50 pound jer...memang sebenornye harga kangkung segar mahal kat sini, sebungkus dalam 3.50 dan berbeza dengan rege sawi yang baru 2.00 pound or kacang buncis dan bendi yang boleh dapat dalam 1 pound...yang paling murah ialah bawang besar kuning yang 1 beg plastik jala tu just 1.60 pound...macam tak caya! itu la bawang yg kami guna menggantikan bawang besar/kecil merah.


ni plak bukan di mana2 restoren tapi masa jamuan di rumah aju beberapa minggu dulu...laksa penang dan pulut rendang, dan kek coklat...sempena apa tak tau jamuan, maybe sempena we all baru datang masa tu (baru 2 minggu sampai)...gitu juga minggu baru ni aju ajak makan lagi dengan nasi tengahari...murah tul rezeki, ibu pun pernah masak nasi ayam semasa diorang datang rumah...tukar2 la wat makan sesama kite semasa di sini sambil tukar2 resepi...sini ayam murah saja, seekor baru 3.50 pound, biasanya kami beli 3 keping bahagian peha dan dada (drp seekor ayam yg dipotong 4) dengan harga 3.50 pound laa....


ini kebab yang papa makan tengahari tadi (lunch) semasa ke British Library, harganya 3.99 pound tapi kalau kat sekitar rumah just 2.50 pound, beza sedikit harganya sebab beli di tengah pusat bandar iaitu di zon 1, sekitar rumah murah sket sebab berada di zon 3...apapun belasah jer, asyik makan nasi jer hehee... nak habiskan ni, mene'eh kekenyangan....

Wednesday, September 21, 2011

SeMingGu di LonDon: RuTiN


jalan rumah kami berada....setelah seminggu lebih berada di bumi Inggeris ni, maka masalah jet-lag kami sudah mula hilang. Tidak lagi terkejut pada pukul 3 pagi dengan mata yang keras dan segar-bugar. tapi, sekali-sekala papa masih terjaga seolah teringat jagaan minggu sebelumnya. Kini kami mula mencari keselesaan, menetapkan kebiasaan dan menghargai setiap keluarbiasaan. Macam mana tu ya? Begini, kami mula tetapkan rutin harian..setiap daripada kami mempunyai tugas especially papa dan ibu la. Mea dan awish tak masuk book hehee...


soas tempat papa bertapak untuk sabatikal ini...membolehkan papa mendapat status dan id card as temporary staf...kena present paper kat sini sekali pada awal disember ini, no hal laaa...


Papa kena selalu ke kampus untuk memanfaatkan library dan fasiliti yang diberikan, sebab telah membayar bench-fee iaitu USM telah bayar £800 kepada SOAS untuk papa berada 5 bulan di sini melakukan research. Ini melayakkan papa untuk akses ke dalam kampus University of London dan cawangannya, layak meminjam buku sehingga 50 buah buku dalam tempoh 5 bulan sebuah (huh lamanya!), membentang satu paper dan juga menghadiri series of seminar yang diadakan di sini dan memanfaatkan pc yang berada di mana-mana ceruk dalam library ini. Hari-hari papa ke SOAS iaitu isnin ke jumaat dengan mengambil bas pas seminggu iaitu £17.80. Ia lebih murah jika mengambil bas pas harian yang bernilai £4 sehari, seminggu dah jadi £28.00, kalau papa pergi 5 hari pun dah jadi £20.00. Dengan bas pas ini, papa boleh naik mana-mana bas, ke mana-mana destinasi, naik banyak ribu kali mana pun antara 1 bas ke 1 bas, tak risau sesat atau tersalah naik bas, tetapi kebebasan ini dalam zon yang dibenarkan sahaja iaitu zon 1 sehingga 4. Buat apa nak ke zon lain sebab area rumah papa duduk zon 4 dan area bandar/kampus zon 1..So, sangat convenient, mudah dan murah...Hujung minggu, ibu beli 2 hari bas pas so £8.00 dan papa bawa gi mana-mana tempat yang menarik untuk shopping dan wandering hehee.


ini bhgn depan russell square, depan soas...last stop bagi bas no. 7 yang papa akan ambik untuk sampai dan balik...tapi kena naik separuh jalan jer, tukar bas no. 6 di oxford street untuk ambik bas no. 6 balik rumah...masa balik biasanya sejuuuk, sebab hampir malam dan angin pun lebih rasa ke'aisan'nya...kat sebelah kiri sana lepas 2 bangunan pula ialah british museum yg simpan mumia...belum bawa diorang lagi ke sini, banyak masa lagi..


manakala rutin ibu pula di rumah ialah memasak dan membasuh baju. Sejak seminggu lepas, mak cik yah aka tuan rumah telah fly balik Malaysia, maka tugas memasak diambil alih oleh ibu. Actually ibu masak untuk kami anak beranak sahaja sebab pak cik dan anak bongsunya tak makan nasi, cuma kami buat extra lauk sebab kadangkala depa makan lauk dengan roti. Ibu juga diajar dan dibenarkan guna mesin basuh, so setakat ni kami belum ke laundrette untuk basuh baju. Lagi pun, sinar mentari masih ada buat masa ni even musim luruh sudah hampir dan masuk dah pun..ada dah sikit-sikit daun yang mula kekuning dan kemerahan. Tak lama lagi gugur la ia dan masa tu tentu lagi sejuk sebab at any time salji boleh turun. Apa pun, janganlah salji turun semasa papa berada di kampus, takut berlaku insiden tahun 2004 dulu bila mana papa terpaksa balik jalan kaki akibat bas, keretapi dan teksi tak boleh berjalan akibat salji dan licin. Kembali pada rutin ibu, hasil breakfast yang ibu buat dapat la sebahagiannya papa buat bekal ke kampus. Maklum la ia bukan saja dapat jimatkan perbelanjaan kami, malah menyelamatkan papa daripada makan tak tentu kalu akibat makanan yang mungkin mengandungi kod e...e..yang belum tentu halal...Kadangkala makanan kat kafe ada jugak halal seperti roti dengan tuna atau kebab, tapi kebiasaannya cepat habis, sebab sikit nau dibekalkan. Bagi memasak, banyak kedai daging halal di sini dan boleh dikatakan di segenap penjuru lot bangunan kedai ada jual. Termasuklah yang senang nak makan ialah ayam goreng, fries (di sini disebut chips), nasi briani dan kebab...kerana most of the seller di sini ialah muslim dari Pakistan dan Arab (esp. di edgware road yang dikenali arab street).


Tengok tu sign "halal" tinggi...ni sekitar weekend market di Wembly, kat sini saja ada lebih kurang 4 hingga 5 gerai kebab, berger dan briani...Makanan timur pula seperti ikan kembung, sardin, ikan tenggiri, maggi, sos cili (sini ada sos tomato jer yang disebut ketchup), sayur sawi, kangkung, belacan, budu, aneka jenis mee dan bihun, rempah-ratus adabi dan lingam boleh dibeli di kedai cina atau di chinatown.


Inilah pasaraya Wing Yip...tertulis wing tai tu restorannya, takpayah la makan sini pulak yaa...beli groceries jer...pintu masuk yg tengah kat orang ramai tu, kami terdatang awal, dia buka 11 pagi...So, no problem sunguhti la pasal makanan halal ni. Ini kerana kami berada di London, bukan country side yang dengarnya terpaksa travel 30 minit hingga sejam untuk dapatkan produk halal.


(mea dapat baju tebal anak aju tuuu..diberi pinjam; tq...awish naik jer pushchair mudah je tido bila kena tiup di aircond yg merata nim) seterus rutin dua orang budak, eh anak kami laa...tiada lain dan tiada bukan, kebiasaannya menonton upin dan ipin. Papa dah belikan stok vcd ini cukup banyak jugak semasa di Malaysia, dan kni ditambah dengan bekalan dalam youtube yang tiada kehabisan yang termasuklah alif baa taa, boboi boy dll. yang sewaktu dengannya, maka itulah yang biasanya mereka mengadap. Mereka juga mendapat push-chair atau stroller panggilan di negara kita sorang satu sebab letih berjalan. Papa dan ibu pulak tak larat nak mendukung, maklum la kehidupan di sini banyak menggunakan pengangkutan awam yang efisien. Kalau terlepas sesebuah bas, bas yang seterusnya hanya dalam 3 atau 5 minit sahaja. Pendeknya, tak risau la cuma beban terasa bila daripada satu tempat ke satu tempat, memerlukan hayunan langkah dan bimbitan tangan yang tidak kurang tak ringannya.


main kat playground di villiers road dgn anak2 aju...menantu tuan rumah yg kami sewa...usia si kembar yg berdiri 2 orang tu adalah sama dengan usia papa berada di sana tahun 2003 hehee...masa aju mengandung dulu, papa biasa yg teman dia ke klinik check perut hu3 sebab abg zul kerja...tapi rumah dia kat lain iaitu di neasden...

Sunday, September 11, 2011

Ke LoNdoN 2011





akhirnya plan sampai ke hari jadinya, perjalanan ke London direalisasikan pada 6.9.2011 dengan penerbangan KTr-LCTT-STansted. Kami membawa 3 beg dan 3 kotak untuk luggage, dan 3 beg galas...beg luggage saja beratnya 81kg, lebih sekilo = RM30.00 kena tambah huhuu...perjalanan jauh ni bermula sejak awal pagi, 4.30 am dah bangun untuk flite KTr-LCTT jam 8.15 am dan dihantar oleh ayahchik mea/wish sekeluarga, yang seterusnya tolong menjadi kereta putih. Transit di KLIA-LC atau LCTT dalam 6 jam untuk flite jam 3.00 pm, dan kami ditemani oleh cikde & ayahde mea/wish. Semua yang hantar risaukan di-bongsu ni yang terlalu aktif dan ligat sampai ayahde wish belikan ubat tahan mabuk supaya dapat rileks sikit hi3 (tq)...macam2 aksi wish dalamflite hingga sempatlah kena cubit sekali di papa, lepas tu behave sampai mek salleh yang duduk belakang seat papa puji yang anak-anak behave...nak gelak rasenye, sebab dia tertipu hehee...


mea mencuba penutup mata, bantal leher dan selimut yang dibeli...mea memang behave, cuma dia selalu tanya bila nak sampai? dah 3 kali tidur dan bangun, masih tak sampai-sampai lagi...keseluruhan penerbangan dari KL ke UK adalah 13 jam 45 minit. Tak syoknya naik airasia x ini ialah kita tak tahu di mana kita berada kerana kedudukan satelit flite tidak ditunjukkan, kedekut nak mampus airasia ni...letaklah satu at least penumpang tahu dah lalu Laut Andaman ka, India ka, Iran ka....satu lagi ramai komplen masa mula2 fly yang aircond kuat sangat, rupa-rupanya ada maksud iaitu airasia nak semua penumpang agar beli dia punya selimut hu3...politik jugak! ramai mat saleh tak beli...(kedekut jugak org putih ni)


depan rumah kami di Harlesden Road, di area North West (NW), dalam pentadbiran borough of Brent (senang citer mukim Brent mo'ohnyer)...ketibaan kami yang sampai jam 9.45 pm waktu sini (Malaysia 4.45am) telah ditunggu oleh Pakcik Husin, tuan rumah yang kami nak tumpang. Setelah selesai imigresen dan ambil beg, serta ibu, mea & awish merase hembusan dan kedinginan suhu sini yang mencucuk isi dan tulang hehee maka dalam 45 minit sampai la di rumah. Makcik Yah dah tunggu dengan hidangan kari ayam dan nasi putih beras basmathi. Lepas makan semua keletihan dan masuk tidur, walaupun bukan mudah untuk kami tidur kerana jam di Malaysia sudah hampir 6-7 pagi...inilah dinamakan jet-lag, iaitu masih terikut dengan masa tidur di Malaysia walaupun di UK baru masuk 12 tengah malam...


sebut jet-lag ni, sejak kami sampai hingga sekarang masih terkejut jam 3 pagi dan mata sudah tak boleh nak lelap...semua segar bugar...mea siap minta nasi setiap kali bangun masa ni...bila la nak hilang jet-lag supaya aktiviti jadi ok seperti di tanahair...dalam gambar di atas ni ialah pokok epal di belakang rumah...wat temeng jer nim, sebab rasanya tak best sangat...hi3


arini weekend (sabtu), papa bawa ibu, mea dan awish ke bandar untuk hilangkan boring yang sebelum ni asyik round sekitar rumah dan kedai-kedai sekitar saje. Saja la kut nanti bila papa dah rajin ke kampus, boring la depa duk terkurung dalam bilik or ruang tamu rumah. Kami pergi trafalgar square (naik bas no. 6 dari rumah kami), kemudian jalan kaki ke buckingham palace tengok pertukaran pengawal istana, pastu ke parlimen house, big ben dan eye of london. Oleh kerana budak2 ni tak sporting esp. awish yang asyik nak dukung, maka we all balik awal. Penat beb kalau main dukung sajer...dah la kebanyakannya berjalan kaki...uhh, i really miss my car! masa mula2 sampai di airport stansted awish dan mea dah tanya, mana kereta papa?


Monday, August 1, 2011

Ramadhan 1432H

alhamdulillah, Allah telah menerima kami lagi sebagai tetamunya di ramadhan kali ini. cuma pada tahun ini, ramadhan dirai'kan di tempat yang berbeza iaitu di kampung halaman. namun sebenarnya sama sahaja walau di mana pun kami menyambutnya kerana tetap melibatkan kami berempat, di penang kami, dan di manir pun kami. sebab itu seronoknya berada dalam kalangan kami ini, iaitu sebuah keluarga kecil daripada keluarga yang besar.

.

agenda ramadhan kami seperti orang lain jugalah dengan memenuhi bulan ini dengan amal ibadat. bukan setakat puasa, yang boleh dikatakan bersifat fizikal dan jasmani, tetapi melibatkan tindak-tanduk yang lain seperti solat, tadarus, sedekah dan pemeliharaan hati. dalam semua-semua ini HATI adalah yang paling penting, sebabnya dengan hati yang baik, maka barulah muncul niat yang baik, keikhlasan yang murni dan semua pemikiran dijustifikasikan pada perkara yang positif. jika HATI tak baik, maka solat akan jadi nak niyer ke orang, tadarus pun begitu, asal habis baca tanpa dikira tajwid dan makhraj yang betul, dan sebagainya. justeru, marilah dikesempatan ini kita semua pakat mendahulukan puasa pada HATI, supaya sentiasa mengiringi hati dengan istilah yang baik seperti baik hati, mulia hati, ada hati, dll; dan jauhi hati daripada gandingan yang tidak baik seperti hati jahat, hati busuk, hati batu, hati koes endang...haaa itu dah tersasul...maklum la puasa. so SALAM RAMADHAN diucapkan kepada pembaca blog ini. sekianlah tazkirah kali ini.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin