bismillah & salam
Blog ni memaparkan kisah-kisah dalaman kami sekeluarga, just untuk rujukan kami bila terkenang-kenang saat manis sebelumnya; sebab itu ia dijadikan LIMITED EDITION, hanya untuk pembaca dalam kalangan ahli keluarga dan sahabat handai sahaja.

Monday, March 30, 2009

meMORi SepANJang KarNiVaL AD

memang banyak acara sempena karnival aman damai ni, papa dapat pelbagai daripada pujian kepada komplen pun ada...ini kerana terlalu ramai orang datang, ada datang dengan cukup pakaian dan tidak kurang juga yang kurang berpakaian esp. minah2 motor superbike...papa tak dan dan tak tercover part ni sebab tak berada di tempat kejadian, tapi kalau ada pun, apakan dayaku....


mea bersama kanak2 untuk acara bersama kids...acaranya ialah emwarna tapi mea main belon jer, belon siapa yang punya? mea punya not man-belon...hehe


skuad era avanza pun berjaya dijemput dan dibawa dari KL...tapi time ni hujan mula turun dengan lebat, habis kuyup semua...


ibu & wish kat gerai jagung rebus student...tiap2 hari papa beli jaguang cawan utk mea dan ibu...hari last tak sempat beli, terpaksa ke pasar malam kat sebelah terminal untuk pekena juga jagung cawan ni hehe...


antara jemputan ialah pelajar oku yang dibawa dari Taiping...mereka diberi tidur kat usm/desasiswa semalaman...ni adalah pelajar oku kategori slow learner sedang bernasyid...sedap suaranya!


tak ketinggalan kanak2 down-sindrom yang juga dijemput untuk buat persembahan...lucu depa ni...macam2 ragam dan telatah!


ni plak grup scooter klasik penang...antara tugas mereka ialah mengiringi bas usm yg bawa kanak2 oku tadi...kira gempak la satu kampus meronda dengan bas dan ada escort lagi...yang tak tahan, asap berkelum hitam hasil buangan scooter2 ni...tak lestari!


ini acara paint-ball yang rasanya paling berprestij dalam karnival ni...kosnya pun rasanya paling tinggi....mencecah 6k untuk minima penganjuran, tapi pihak aman dapat spesel diskaun sebab hanya 10 team sahaja muncul pada hari kejadian huhu...


pentas karnival...mea pun nak cuba bernasyid...ibu jadi body-guard takut mea terlupa lirik hehe...


antara persembahan lain ialah persembahan penghuni blok..ada 8 blok penginapan, so membawa kepada 8 kumpulan...ni antaranya yang bersajak dan bernasyid...


antara lain, student seni yang menunjukkan kebolehan bermain biola dan apa ntah yg besar tuh, pandai depa main...sedap dengar lagu klasik inggeris...

Happy Birthday Mea....

Today, 30.3.2009 adalah ulang tahun birthday mea yang ke-3...eh, silap...yang ke-2 tahun la actually...papa tak sabar nak mea besar sebenarnya hehe...happy birthday mea! semoga panjang umur dan sihat sentosa...malam tadi papa lupa nak wish sebab ada persembahan blok kat desa sempena karnival aman damai, balik rumah 12.40 am dah, mea pun dah tidur lena...so, apa plan arini for my cute daughter ekk...(nanti)

Friday, March 27, 2009

AkSi mEa


mea berspek hitam...bergaya tak? hehe...sekarang ni papa dan ibu sedang cari spek yang mak achik mea bagi semasa kat kelantan aritu..ntah kat mana letak semasa kalut2 berkemas nak balik aritu...spek yang mea pakai ni adalah spek ibu lama..ermm bergaya gak ibu mea ni ekk hehe...


mood mea yang mudah gelak dan mudah menangis...tak percaya, kena percaya gak hehe...tapi dengki kalau papa dukung adik masih ada especially bila keadaannya tak stabil, time nak nangis or time nak ajak pergi jalan-jalan...


[kat belakang tu ada banner pasal earth hour iaitu malam esok antara jam 9.00-10.00 mlm usm akan bergelap selama sejam sebagai menyahut usaha ke arah penjimatan elektrik...usm bergelap lewat sket not 8.30 pm sebab nak bagi cann solat isyak dulu esp. kat masjid (kira islamic la)....ni mea tengah tunggu bas kat depan desa aman, tapi masa ni bas tak lalu dah sebab semua jalan dah di-block, sebabnya...


haaa...sebabnya sebahagian besar jalan damai dah dijadikan tapak khemah untuk karnival yang start petang ni hehe...ramai gak penjual yang register, so dapat jual 24 buah gerai lebih kurang...harap projek ni dapat untung la...sebab duit mpd dengarnya dah kering hu3...

Tuesday, March 24, 2009

ciTRawaRNa


malam minggu baru2 ni, sambutan citrawarna peringkat usm diadakan yang juga mempertandingkan antara desasiswa...kumpulan desasiswa aman damai tak ketinggalan ambil bahagian..


namun pada tahun ni, aman damai gagal memenangi sebarang bentuk hadiah...juara dan naib juara kekal dimenangi sebagaimana tahun lepas iaitu desasiswa bakti permai dan desasiswa jaya...boss komen kata "kita berlatih lewat tahun ni..", papa setuju jer...

akhir minggu ni akan ada projek besar kat desa aman damai, iaitu desa aman akan menganjurkan karnival aman damai..program ni beroperasi dengan mengadakan booth2 jualan barangan dan makanan, permainan seperti paint-ball, pameran scooter dan motor-bike, dll...hiburan hedonisme pun ada sebagai bunga2 sakura di malam hari hehe...skuad era avanza pun akan datang nanti...besarnya projek ni sampai pukul 1.15 pagi semalam kami pihak pengurusan dan sekretariat pelajar meeting...fening kefala papa...sampaikan papa dah silap hitung minggu study, papa ingat minggu depan dah study week..rupanya ada lagi seminggu untuk kuliah/tutorial...alahai, sampai camtu sekali semester ni...so apa pun, semua dijemput ke usm penang this weekend untuk memeriahkan karnival ini..slekey!

Saturday, March 21, 2009

BeRaRak ke PaSIR mAS..


mea di perkarangan masjid deris jusoh, jertih

lepas meeting minggu suai-kenal usm untuk intake 27 jun 2009 ni,papa terus menuju ke kampung..after 7 hours drived, sampai la ke rumah di Tetambah, Manir lebih kurang 12.15 am..sempat gak jumpa 2 ekor anak gajah kat grik,papa nak amik gambo tapi maghrib dah gelap, kereta pun berjujuk masa ni..tidur di manir dulu menemani sepu dan mekmah yang dah bermastautin di sini...esoknya after sepu gi praktikal dan mekmah ke kay tee uruskan permohonan studinya, papa pun berdecung ke kemaman to see mea, wish n ibu..

Esoknya, grup konvoi ke rantau panjang bermula dengan papa skuarga bertolak dulu dalam kul 8 am sebab nak singgah amik kak nurul kat kudqi..so, leh singgah jap kat rumah manir sekali lagi...kali ni ramai ada, ayah long dan mak ngah mea ada sekali...leh la gathering sat sambil breakfast...ayahlong mea mari baiki tile bilik air tang terkopak...after tidur sat, we proceed north pastu berjumpa dengan kumpulan konvoi 4 kereta lain di masjid deris jusoh di jertih...dapat la mea rasa naik lif untuk ke dewan solat..canggih mu deris wat sejjid! tapi tak tahu la tahan lama mana lif ni...then, perjalanan sampai di nur inn rantau panjang dalam kul 5 lebih dan check-in dulu...malamnya we all ber-bufet kat rumah kakak ayah-chik mea, ermmm yummi tomyam and belede buah...


masjid rantau panjang...mulanya papa ingat kuil buddha

masa terluang di sebelah pagi keesokannya papa ajak ibu, mea dan wish ziarah member lama kat area rantau panjang ni, iaitu house-mate semasa papa buat master/phd dulu..namanyer, merey dan mah! suami-isteri...merey ni kira kamcing papa la sebab masa tu ke mana-mana akan ajak merey, maklum la papa masa tu dah keje dan berkereta, pergi rewang la hujung2 minggu...sambung citer, tengahari baru gi berarak ke pasir mas konvoi dengan kete pengantin jadi kepala, sibuk nau pekan pasir mas...then petangnya after sudah solirah semua...we all shopping sakan di rantau panjang, yabeda-beduu kata ibu....


mea memilih selipar yang melekat dihatinya..

keesokkannya, kereta papa berpecah balik ke penang whereas yang lain balik ke kemaman dan kuantan...berhenti lama gak kat grik sebab tunggu mea yang kesembelitan lagi huhu...bila sampai usm, ibu plak muntah2 dan diarea...lesu ibu, papa terpaksa la jadi 'ibu' sat untuk semalam dgn selepasnya...lepas ke klinik okay sket 'mual' ibu, tapi masih nak jeluok untuk makan, now dapat tahu rupanya hampir separuh ahli keluarga yang berarak ke pasir mas kena food poisoning macam ni (kata klinik) hu3...persoalannya, naper separuh? tak semua? adakah semuanya separuh itu berperut nipis hehe...atau ada yang makan, ada yang skip...sama-sama la kita fikirkan, ahaks! apa pun misi berjaya walaupun dengarnya, pengantin kite cn turut kena food poisoning, sian plopp orang baru...

Sunday, March 15, 2009

Cik Nah NiKoh...


arini cik nah nikah, tahniah cik nah! papa dah sms pagi tadi ucap tahniah and say sorry sebab tak dapat balik...cunnya cn lepas dimekap...sebelum tu pun comel gak hehe...ibu ke mekap ni? biasanya ibu mea memang suka kerja touch-up2 lagu ni...dengarnya majlis akad pukul 10.00 pg tadi..tentu dah sah dan selamat semuanya...mesti sibuk, ceria dan letih muka masing2 ahli keluarga hari ni kerana ramai tetamu, maklum la mak dan bak 'aktif' di kampung maka kenalan dan taulan sure tak terhingga..tak jemput sorang, kan tak sesuai pula kan...maka, beribu orang la kena jemput seantero buana...


dengarnya jugak, mea asyik teriak jer duk kat kampung...sukar nak berbaik dengan orang lain, ni la pasai yang papa plan nak hantar mea ke hadhanah usm ni, supaya reti bersosial...kat kampung ibu citer, mea suka berkebun macam papa hehe...anak papa kan...bagus, tapi takkan berkebun bawah rumah dear hehe..


wish okay, ibu cakap nak kat orang...maklum la wish kan lelaki, kena romeo sket hehe...rindu papa kat korang...esok, lepas meeting papa terus cabut balik ekk...papa kena hadir jugak meeting esok sebab aritu dah orang lain ganti kerna ke sabah, esok segan silu la plok nak cari pengganti, asyik ada 'masalah' jer papa nanti orang kata!

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin