bismillah & salam
Blog ni memaparkan kisah-kisah dalaman kami sekeluarga, just untuk rujukan kami bila terkenang-kenang saat manis sebelumnya; sebab itu ia dijadikan LIMITED EDITION, hanya untuk pembaca dalam kalangan ahli keluarga dan sahabat handai sahaja.

Monday, April 25, 2011

RoNDa, JaLaN @ HigHLanD



sempat jugak celah ke mutiara damansara untuk lihat rayyan, dah besar barulah sepupu penang dapat jumpa..maklumlah, jadual tak bersembung sokmo bila time balik kemaman...kalau lihat, nipisnya anak papa compare to rayyan...rupanye jalan umah rayyan sama dengan no. rumah awish iaitu antara lorong 17/7 dengan no.17 lorong 7...apa-apa laa....


haa ni plak di banting, kolej matrikulasi selangor...abis keje, check-out, ke ikea (qada' yang malam tadi) dan ke pwtc...jauh jugak nak sampai sini, papa go sampai 'fening lalat' mencari direction dan yg ada setakat bandar banting saja, mungkin takut kena bako..dek tambi-tambi kat sini macam datuk susilawati hi3...apa pun, setelah campur dengan call, sampaikan gak umah 'mak/pak tam' mea yg juga lecturer aka warden kat sini..



heritage hotel cameron highlands...sejuukkk...dapat bilik free sebab 'pak tam' book 2 bilik dan offer kami, so apalagi bak orang mengantuk disorongkan hotel laa...lagi pun takde plan lain dan menghala arah yang sama ke utara...continue cuti jer laa....dapat la praktis rasa aircond free before betul-betul merase musim luruh dan sejuk di uk nanti...



pasar malam...bestnyer beli cendawan, water crest dan asparagus celup tepung...strawberi plak celup coklat, yummi...sambil papa celuk poket bayor hehee...apa pun cuti-kan, rileks laa...yang penting perut diisi dan hati tenang, rase macam best jer kalu mai duk sini wat sabatikal...bakpe la tadok pulok universiti kat sini hi3...



taman ros....



taman kaktus...





taman anggur...tapi tertutup dan tak boleh masuk, aisey-man...ingat nak petik serajuk-dua buat makan sambil ronda-ronda taman-taman di sini he3...



seronok tengok pokok-pokok sayur-mayur kat sini, segar dan besar-besar...kenapa la sayur yang kutanam tidak sesegar dan sebugar di sini...balik-balik sedih bila 3 pokok cili cameron yang ditanam sudah kekeringan dying...bukan sebab tak disiram tapi mungkin penyakit tak boleh hidup lama....

Saturday, April 23, 2011

PesTa Buku LaGi....




ye..ye..pesta buku antarabangsa mai lagi...kami pun pi lagi ke pwtc nim, walaupun dah kepenatan setelah hampir 4 jam round ikea...ulang suara, 4 jam round ikea...ceeewah macam banyak sangat shopping! sebenarnya tak banyak pun-nyer..campur makan-nyer dan solat-nyer sebab itu ajer-nyer....pusing punye pusing, satu buku pun tak sempat beli sempat banyak sangat 'ulat' yang jual produk pendidikan untuk kanak2...dengan setiap kami ada anak kecil, apa lagi..kami diserbu dengan umpan belon supaya dengar dan beli hu3....





di sini terserempak dengan ex-kisas'ian dulu yang glamer benor arini terutama dalam tv9...dulu semasa form 4-5 pendiam saja, tapi kini petah dan hebat memberi santapan rohani...papa tumpang kehebatan kawan2 jer..he3...dia kini bertugas dengan telaga biru (penerbitan buku) dan sebelum ni mengajar di uia...bravo sheikh!


haa...ni sorang lagi ex-kisas'ian..dan bersambung lagi sebagai ex-apium sejak dari nilampuri hinggalah ke kl yang juga tak perlu diperkenalkan lagi..tersohor seantero alam sama ada dengan penulisannya atau idealisme-nya...sampaikan blog-nyer menimbulkan kontroversi dan diblock oleh jakim (citer beliau, tak check lagi)...now beliau bertugas hakiki di atma, ukm...okay la dapat jumpa 2 kawan lama walaupun tak jumpa buku yang diminati....

Wednesday, April 20, 2011

UMKL



lamanyer tak turun KL...sibuk dan menyibukkan sampai macam lupa dah KL hehee...ingatkan cuti research papa tak lulus sekali lagi bila cek dalam sistem, rupanya2 on bila tanya kat ofis sebab dalam negara saja, last minit..esok dah pi...so kalut book hotel, akhirnya book jer la yang dalam UM terus..rumah universiti, senang nak gi mari...bilik pun luas, parking pun tak la berbelit2 sama ada kerabat atas (legend) atau ke bawah (quality city)...



orang yg dikacau untuk dinner ialah orang bujang yg paling dekat dengan UM hehee...nasib baik along bawa kedai yg cepat masak...cepat la tidak lapar hehee...tenkiu along luangkan masa with us walaupun sibuk dgn perancangan hari mendatang yg tak berapa lama dah...

Sunday, April 17, 2011

WiRa KemBaLi


nampaknya wira sudah kembali ke penang setelah hampir 4 bulan merantau ke selatan...datang dengan kaler yang lebih kemas dan tinted yang gelap lagi drp dulu...apa pun tenkiu ke pcik pu yang telah berulang 2x ke penang semata-mata menguruskan wira papa, berhabis duit poket juga untuk rawatan tambahan yg diberikan...bagus-bagus...inilah dikatakan orang berbudi, kita berbahasa...


setiap hujung minggu, ada jer pekerja datang mai basuh kereta papa..maklum la keje penat sampai tak larat nak basuh kereta sendiri hahaaa...tipu jer, ni drebar alza ni yang alang2 dah basuh kereta dia tu, direbakkanlah ke kereta tuan besar...tocey2 pcik pu...len kali amal lagi kerja kemasyarakatan sebegini he3...so pandai2 la jaga kereta tu, jangan tau isi minyak, isi angin dan tukar pelincir saja...


sebagai menghargai tukang basuh kereta & bawa kereta jauh2 dari selangor sana, malam tadi we all outing pekena grill chicken chop...cuma sos dan ayam tak berape best sangat berbanding tempat biasa makan di giant dan pantai seagate, apa pun bila perut dah kosong tu, maka belasah jer...jangan banyak soal...

Sunday, April 10, 2011

BiaSan..KaCa itU...


xtvt biasa yg tidak berkait dengan tajuk di atas...iaitu outing di pantai...anda dah 'outing' this week?...bawa-bawa la outing ratik, keluar jogging or jalan-jalan depan rumah pun takpe, keluar daripada hidup yang klise, streotype, atau rutin yang boleh dijangka harian dan mingguan, create something different and energetic hehee...gembirakan hati dan perasaan sendiri, habis duit pun takpe, jangan banyak-banyak la, kang termenung plak bila kelik hehee...paling koman, main la game zaman kanak2 dulu..main deccok...


nampaknya rumah kami menerima tamu, dengan sebuah kereta baru...wangi dan sebahagian kecil masih berbalut plastik...comel ambik parking sebelah tuan besar hehee...kete ni akan jadi hakmilik kami seminggu nim, ehem...kena ganyang la apsni, kebetulan minggu ni 'study week'...cuti papa pun ada 4 hari lagi before cuti terpanjang dalam sejarah...ke mana ya nanti, ermm...lupa plak yg posting sebelum ni dah berstatus 'defisit' ahaks...tapi pun gitu, peduli apa kalu nak buat something mengejut dan mengujakan deh....see la what happen....

Thursday, April 7, 2011

MayBank2U


kalut semalam bila semasa bertransaksi membayar bil-bil bulanan tru online, tetiba terbayar 2x bil yang sama...ni semua sebab semasa tekan butang confirm tu, ada studen datang, ketuk pintu, salam, masuk bilik...so sambil menerima tamu sambil tu tekan butang yang diingatkan belum dibayar...apalagi, balance yang ada sudah tak mencukupi untuk bayar bil lain hu3...banyak lagi bil tak setel ni huhu termasuk la bil nak ke pasar malam petang ni he3...ingat ya, petang khamis ada pasar malam kat area taman kitorang...minggu lepas dah terlupa, sampai miss murtabak daging yang biasa dibeli...itu la banyak sangat mikior off-late ni...

kembali ke topik asal, lalu papa pun call la talian glamer maybak2u...dan tadi telah menemui pegawai bank kat sini untuk claim for refund...kena buat simple letter, takpe la...janji dapat balik, dah la macam defisit jer bulan ni, sebabnya bulan ni termasuk kos servis kete dan renew road-tax...ayyooo....hutang lagi, harap pada credit card to be my savior! itu la orang sekarang....walaupun moden namun hidup dikelilingi hutang...lebih baik jadi orang dulu-dulu yang walaupun tak moden, hidup hanya dikelilingi hutan saja....hehee...

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin