bismillah & salam
Blog ni memaparkan kisah-kisah dalaman kami sekeluarga, just untuk rujukan kami bila terkenang-kenang saat manis sebelumnya; sebab itu ia dijadikan LIMITED EDITION, hanya untuk pembaca dalam kalangan ahli keluarga dan sahabat handai sahaja.

Friday, May 8, 2015

Amsterdam & Heidelberg

Lamanya tak tulis di blog ini...sibuk betul lately. Banyak sangat perkara lain yang perlu ditulis dan dibaca. Apa pun curi masa sikit pagi ni, sementara mood lepas meeting dapat dipulihkan, dengan merungkap kembali memori menghadiri conference di Holland pada 11-15 Februari 2015 baru ni. Conference ni ada kebagusan sedikit kerana siap dengan jurnal yang dicetak. So, outcome daripada seminar dapat on the spot untuk dibawa balik sebagai ole-ole kepada penaja perjalanan. Masa ni musimnya masih dingin ke arah bunga. jadi sejuk ketor lagi dengan tangan kebas jika dibiar bebas lepas bergentanyangan di luar poket. Untuk ke Amsterdam ini mudah saja, beli online tiket menerusi mas online dan book hotel melalui booking.com. Saya menginap di Inntell Hotel di Zaandam kira-kira 10-15 minit ke Amsterdam. Hotel ini murah dan selesa, dekat dengan station train dan pusat beli belah murah iaitu primarks. Kedai kebab pun ada, cuma kena berjalan sikit dalam 500 tapak hehe...6 minit sampailah.


Selepas selesai berconference, sebab pergi dengan kawan dan kami pun terlanjur sewa kereta maka pergilah round Europe sekejap turun ke selatan iaitu Germany. Sampai di Heidelberg, rupanya masih ada salji di situ. So, melawat salji sekejap. dengarnya pada tahun ini salji lebat area Germany. Malah, saudagar sewa kereta bila tahu kami nak drive ke Germany telah berpesan supaya mengambil kereta dengan tayar untuk winter kerana takut licin jalan. Alang-alang ke selatan, ziarah kilang Porschee sat di Stutgard sebelum balik semula ke Amsterdam dengan train...arghhh...azab betul naik train yang inter-cpnected ni. Harap anda semua jangan la membelinya jika kesuntukan masa atau ada anak kecil. Dari Stutgard ke Amsterdam Schipoll, saya terpaksa naik 5 train yang berbeda dan diakhiri dengan bas. Ada train yang bersifat express dan ada yang bersifat henti-henti. Bayangkan untuk perjalanan selama 9 jam, di mana kena aware tempat yang sepatutnya kita turun untuk tukar ke train yang lain. Pengalaman betul hu3, seronok untuk diingati tetapi mengantuk untuk dilalui sebab ia melibatkan perjalanan malam ke pagi.

Setakat tengok sajalah kereta Porschee ni....




Wednesday, June 11, 2014

BEIJING, JUN 2014

Forbidden City...real from Beijing. Im here for a conference organised jointly by Beijing of Foreign Study University, Universiti Malaya and Dewan Bahasa dan Pustaka. We have talked about Malaysia-Chinese relationship and to uplift Bahasa Melayu for international spectrum.
Together with me, my bodyguard which brought especially to witness the sights at Beijing. Now we are at Olympic Stadium in the city of Beijing. The building and architecture in here was so marvellous and splendid.
and this is the evidence that I have climbed already the Great wall of China. Feel so exhausted especially when I have to carry about 10 kg, my son to go along to the peak, and witness one of the seven wonders of the world.

Sunday, April 20, 2014

TOKYO 2014

Akhir Mac baru-baru, di saat bahang kehilangan MH370 masih kehangatan....saya sempat terbang menerusi Igari, Laut China Selatan untuk ke Pulau Honshu, Jepun dan selamat mendarat di Narita dengan penerbangan MH88. Penerbangan pada jam 2335 terasa mendebarkan dan penuh cuak kerana masanya yang awal sejam sahaja daripada masa penerbangan MH370 yang hilang sejam kemudiannya. Justeru, pergerakan flight dalam radar di depan seat dan pergerakan penumpang penumpang ke tandas sangat dicurigai oleh saya hi3..Jadi malam itu, untuk mendapat tidur yang lena dalam pekat malam di ketinggian 35,000 kaki dari aras laut sedikit menyulitkan di samping kedudukan seat yang berada ditengah antara 5 seat penumpang. Namun Alhamdulillah, 6 jam kemudian MH88 selamat mendarat di Narita.
 
Apabila sampai sahaja, terus mengikuti plan yang telah diprint daripada google map mengenai perjalanan dari Narita, airport ke Apa Villa Akasuka-mitsuke Hotel. Setelah bertanya kepada information kaunter, tiket dibeli untuk menaiki skyline dan kemudian berpindah menaiki green line train untuk ke stesyen akasaka-mitsuke. Senang sahaja, sampai ke stesyen selepas sejam setengah train tepat sebagaimana time yang ditunjukkan. Kaedah pengangkutan train dan underground di Tokyo lebih kurang sahaja dengan kaedah di London, Paris dan Frankfurt. So, mudah sahaja untuk memahaminya melainkan sedikit sukar pada tulisan kanji yang berselerak dengan tulisan rumi. Daripada stesyen, kedudukan hotel dikesan melalui google map or gps waze. Tapi mula-mula ni sukar sedikit sebab nak mendapatkan line wifi yang hanya ada di stesyen keretapi dan hotel sahaja.
 

Tuesday, April 15, 2014

HAJI 2013


AlhamduliLlah, tahun 2013 memberi peluang kepada saya untuk menjejakkan kaki ke Tanah Suci sebanyak 2 kali. Pertama, untuk menunaikan ibadat umrah. Kedua, untuk menunaikan ibadat haji iaitu rukun Islam yang kelima. Peluang ini datang dengan rahmat-Nya, berkat menceburi pasukan penyelidikan haji di USM. Pada mulanya saya tak menjangka akan dicalonkan bagi mewakili kumpulan untuk ke sini, memandangkan saya antara penyelidik yang junior. Itulah kan, apabila rezeki sudah tersurat, maka alhamduliLlah saya dapat menerobosi giliran yang sepatutnya kira-kira 20 tahun lagi.

Sunday, July 28, 2013

Ramadan 1434H

AlhamduliLlah...tik..tok...tik...tok...dah 19 Ramadan kita berpuasa. Syukur kerana dipanjangkan usianya ke hari ini untuk terus beribadat kepada-Nya. Ramadan tahun ni papa rasa meriah sedikit berbanding tahun lepas kerana telah ada teman untuk berbuka dan bersahur. Ini kerana girl fren papa tidak lagi dalam pantang, setelah kelahiran Diya' setahun yang lalu. Now Diya' dah berusia setahun, dan dah boleh berjalan pun my baby boy. Kalau tahun lepas, minggu pertama puasa adalah minggu yang mencabar bagi papa kerana bukan sahaja Diya' baru lahir, malah Diya' juga ulang-aling masuk hospital kerana sebab biasa bagi new born baby...jaundice...dah la nak-nak hari kena pergi klinik untuk check bacaan kuningnya. So menu berbuka puasa yang biasa ialah kuih-muih tunjuk di bazaar Ramadan. Kali ni, my girl fren masak so selamatlah daripada terkena menu yang dah dimasak beberapa hari yang lalu oleh sesetengah peniaga...

Dalam bulan Ramadan, perkara yang patut difikirkan bukan hanya pengisian untuk perut, yang ni la yang biasa difikirkan, even dalam intro post kali ini he3...yang penting ialah perlumbaan kita untuk menggandakan amalan. Jika sebelum ini kita jarang melakukan ibadat yang sunat, maka di bulan ini kita perbanyak dan konsistenkan ke selepas Ramadan. Misalnya membaca al-Quran, sunat malam, sunat dhuha, berkata yang baik-baik saja dan banyakkan zikruLlah. Semoga pengisian ini dapat kita amalkan dalam kehidupan kita. Nak tahu apa bezanya kita dengan orang lain di sisi Allah, ialah bila kita kata kita kota dan buat dengan seikhlas mungkin kerana-nya. WaLlahu a'llam.

Saturday, May 25, 2013

UMRAH & ZIARAH 2013

AlhamduliLlah, selepas menerjah ke banyak negara asing...akhirnya dapat juga bertamu ke rumah Allah yang menjadi kiblat selama ini. Cuma pakcik dalam gambar ni saja yang jeles dengan papa yang nak bergambar hehe...dia tak tahu betapa gembiranya saat berada di sini dan melihat sendiri hebatnya Kaabah yang dicintai semua umat Islam. Papa hadir kali ni tak bawa ibu, mea, awis dan diya' kerana umrah ini bersempena projek yang papa sertai di usm iaitu geran penyelidikan haji. Justeru semuanya dibiayai oleh geran melainkan kos suntikan Pelalian Vaksin Meningococcal Meningitis yang ditanggung sendiri...tidak mengapalah. Papa fly dari Kuantan sebab meninggalkan famili di Kemaman, dan bertemu dengan 5 lagi ahli team geran ini di klia. Selepas diagihkan pasport, visa dan taklimat ringkas oleh wakil Tabung Haji Travel, maka kami pun boarding menaiki Emirates Airlines. Oleh kerana naik Emirates, maka terpaksalah transit di negaranya iaitu Dubai dan di sinilah kami berniat umrah dan memakai ihram sebelum sambung fly ke Jeddah.

Sekiranya dah berada di Mekah, maka tempat niat adalah di tanah halal. Ini kerana Mekah adalah tanah haram, yang haram dimasuki oleh non-Muslim. Gambar atas ini ialah Masjid Tan'im iaitu lokasi terdekat daripada Mekah untuk berniat umrah, kira-kira 5 km. Di sini terdapat bilik mandi juga bagi sesiapa yang ingin mandi sunat ihram. Kebiasaannya papa datang sini berniat dan selepas solat sunat terus chow balik ke Mekah.

Ini antara prebet sapu untuk ke Tan'im, bagi nak berniat umrah (jika dah berada di Mekah). Papa sempat buat 5 kali saja, di samping melakukan penyelidikan di sini. Kosnya murah saja iaitu 2 atau 3 riyal saja untuk satu hala. Kalau anda kaya dan ingin privasi, boleh ambik teksi dengan kos 50 riyal untuk pergi dan kembali. Malah teksi tersebut akan tunggu anda bersolat sunat sekejap di Masjid Tan'im tadi. Mula-mula papa ke Tan'im adalah menggunakan teksi sebab masa tu pengalaman mula-mula. Selepas dah expert dan tahu lokasi prebet ni ada, maka naik yang murah ler hehe...Port prebet ni ialah kalau anda di menara jam, ia berada di bahagian kiri sekali daripada deretan hotel. Nak senang, just follow mereka yang memakai ihram berjalan ramai-ramai...tapi jangan tersilap, mungkin mereka ingin balik ke hotel masing-masing hahaa....

Selepas kembali dari Tan'im, boleh la mulakan rukun kedua umrah iaitu tawaf sebanyak 7 kali yang bermula dari penjuru hajar aswad. Kalau tak tahu mana penjuru hajar aswad, boleh tengok pada penjuru yang ada lampu hijau didinding masjid. kalau tak tahu jugak, tanyalah orang hehe...setiap kali tawaf ada doa dan zikirnya yang boleh didapati dalam buku panduan umrah yang dibekalkan agensi umrah atau beli saja di mydin. Jika ingin tawaf saja tanpa doa pun masih sah tawaf, cuma zikir atau doa yang berbeza setiap kali pusingan tawaf akan dapat memastikan bilangan tawaf diketahui dengan jelas, sebab kadangkala akan lupa...berapa kali dah tawaf nim? haaa...kan kena tambah lagi pusingan....waktu tawaf yang selesa ialah setiap kali selesai solat, pagi dan tengah/lewat malam, sebab ia kurang panas dan cepat (7 pusingan boleh selesai dalam 20 minit atau 30 minit saja)...waktu tertentu seperti sebelum solat, petang dan awal malam adalah padat dan slow (7 pusingan mungkin makan masa 1 jam atau lebih). Di belakang sana adalah menara jam, sebab ada jam besar di atasnya, di situlah hotel yang papa menginap...sedikit mewah terr...

Selepas selesai tawaf, buat la solat sunat tawaf, solat di multazam atau hijir Ismail sekejap, kalau tak crowded (sebab itu area yang padat), bagi sesiapa yang berniat umrah tadi hendaklah seterusnya melakukan rukun yang ketiga umrah iaitu saie. Ingat, saie start daripada Safa ke Marwah, dan bukan sebaliknya. Anda akan nampak signage "safa start" di atas semasa nak mulakan saie. Area saie ni berada sebelah kawasan Kaabah, iaitu kalau anda di menara jam, ia berada di sebelah kanan Kaabah. Habis tawaf di penjuru hajar aswad, maka terus ke pintu sebelah kanan untuk ke bukit safa dan marwah ini. Berulangnya safa ke marwah ini ialah sebanyak 7 kali, iaitu safa ke marwah dikira 1 kali, marwah ke safa dikira 2 kali, dan seterusnya....jika salah faham, ada yang buat safa ke marwah, marwah ke safa, baru kira 1 kali saie...salah nim...so, ibadat saie ini akan habis di bukit marwah dan di sana akan ada orang yang bertahallul (tanda selesai umrah), dengan menggunting sekurang-kurangnya 3 helai rambut....hati-hati di sini, ada juga yang minta upah gunting rambut dengan kos 5 riyal dan ada minta 10 riyal...tanya dulu kut-kut anda ingat free, nak free bawa gunting sendiri he3. Nak cukur terus kepala boleh pergi ke bawah bangunan menara jam, banyak kedai gunting tapi seperti biasa tanya dulu sebab mereka charge harga berbeza. Biasanya 10 riyal, tapi ada jugak charge 20 riyal dan ada kawan kena 50 riyal. Tempat macam ni mereka ambil kesempatan, nak buat macam mana.....

Ini kawasan lampu hijau semasa saie, yang disunatkan lari-lari kecil atau lari-lari anak. So senanglah nak tahu mana kawasan yang perlu berlari anak ini. [Hadis Ibnu Umar r.a: Apabila Rasulullah s.a.w melakukan Tawaf di Baitullah, pertama sekali baginda berlari-lari anak sebanyak tiga pusingan dan berjalan sebagaimana biasa sebanyak empat pusingan. Baginda bersaie secara berlari-lari anak di lembah (di antara dua lampu hijau) di antara Safa dan Marwah - Hadis Muslim] Kadang-kadang bila kita penat, rasa tak larat nak lari, dan sesetengah jemaah akan tepuk bahu ajak lari sekali...kira geng la kan. Saie selesa daripada tawaf, dalam konteks melakukannya, kerana ia berada dalam bangunan, tidak padat sampai berasak-asak dan bertemu badan, so tidak panas, kalau letih boleh berhenti kat tepi-tepi sebentar, ada jugak tong-tong air zam-zam di tepi laluan ini untuk diambil minum...

Tong-tong air zam-zam ini banyak sekali di Masjidil Haram ini yang disediakan untuk jemaah. Ada yang sejuk dan ada yang normal. So kalau dahaga boleh minum. [Ibn Abbas berkata, aku memberi air zam-zam kepada Rasulullah saw, lalu baginda meminumnya sambil berdiri ( riwayat Muslim] Penyediaan air zam-zam ini akan sentiasa ditukar-ganti oleh petugas yang 24 jam bertugas di dua masjid utama umat Islam ini sama ada Masjidil Haram atau Masjid al-Nabawi. Papa biasa bawa botol mineral water, isi dan boleh minum bila-bila masa sekiranya terasa haus. Selepas 7 hari berada di Mekah, kami ke Madinah yang menaiki coaster dengan perjalanan selama kira-kira 5 jam...
Di Madinah, pengunjung dua kota suci ini akan menginap di sekitar Masjid Nabawi. Masjid ini sangat besar dan luas, selenguh kaki berjalan. Saya sendiri tidak sempat tawaf mengelilingi masjid ini. Sekeliling masjid ini ditumbuhi pelbagai jenis hotel untuk penginapan umat Islam yang datang dari segenap pelusuk dunia. Lihatlah betapa ramainya umat manusia setiap kali selesai solat fardu untuk keluar mencari makan, rehat atau berbelanja. Sebuat berbelanja, di depan sana melepasi saja pintu masjid, penuh gerai-gerai jualan yang sesekali mengadakan jualan lambak...murah...murah....depa pun boleh berbahasa Melayu...

Di Masjid Nabawi, tempat yang paling mendapat tumpuan ialah "Raudhah". Ia adalah ruang di bahagian hadapan dekali masjid, iaitu penjuru sebelah kiri di mana Raudhah ialah ruang antara minbar masjid dan maqam Rasulullah s.a.w. Pada asalnya ia adalah jarak antara minbar dengan rumah Rasulullah s.a.w yang menjadi tempat yang paling mustajab berdoa. Oleh kerana itu di sini, tersangat padat dengan mereka yang bersolat sunat dan membaca al-Quran. Suasana himpitannya lebih kurang sama dengan keadaan solat di multazam atau di dalam kawasan hijir Ismail di Kaabah.

 
Ini bahagian depan kiri Masjid Nabawi. Kubah hijau di atas menandakan di bawahnya adalah maqam Rasulullah s.a.w. Semasa menziarahi maqam Rasulullah s.a.w. ini, kita disunatkan memberi salam dan boleh juga menyampaikan salam daripada rakan taulan dan keluarga dari Malaysia.

 








LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin