bismillah & salam
Blog ni memaparkan kisah-kisah dalaman kami sekeluarga, just untuk rujukan kami bila terkenang-kenang saat manis sebelumnya; sebab itu ia dijadikan LIMITED EDITION, hanya untuk pembaca dalam kalangan ahli keluarga dan sahabat handai sahaja.

Tuesday, October 30, 2007

DoDoL Medan...dan eXamm...


Pagi: ada pelajar phd seliaan den daripada Medan mai jupe...ingatkan nak dapatkan supervision, tapi nak bagi dodol langkat (medan) rupanya sempena idul fitri yang masih sakan disambut kok sebulan, rasa dodol ni manis bangat katanya! isyh segan jugok den mulenya nak trime...sebab salah di sisi etika takut mempengaruhi justifikasi penyeliaan...tapi niat bapak ni ikhlas, katanya tanda ingatan kat bapak dokter di maleysia...itu nggak salah bilangnya...tapi bilang orang lain lagu mana deh (itu yg den risau nih), apa pun diterima la dengan hati yang gumbira...sebagai ole-ole utk ibu aini kat rumah...

Petang: kena jaga exam, student usm dah start periksa final sem mula semalam lagi...so petang ni giliran den, utk sem ni den kono jago 3 kali...today, 4/11 dan 16/11...semuanya memboringkan, apa taknyer...round jer tengok studen bertungkus lumus menjawab sambil mengejar masa...ada juge yg tak leh jawab akan termenung, mengelamun dan even ada yg tertido...tu dah level bangang benor la tu hihihi...takpe la, jaga pun jaga laa...nak wat lagu mana, itu dah termaktub dalam tugas sebagai pegawai akademik universiti (ikut ayat memo yg diedarkan)...nak bawa bahan bacaan kut tidak dibenarkan, lagi pun tadok kusi dibagi...kusi kat depan ketua pengawas ada la...buat apa nak duk situ depan semua orang, jual muka lak...aku suka round-2 kat belakang...tengok gelagat studen ahaks...pas jaga exam nak balik terus la...sebab mesti dah lewat...

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin