bismillah & salam
Blog ni memaparkan kisah-kisah dalaman kami sekeluarga, just untuk rujukan kami bila terkenang-kenang saat manis sebelumnya; sebab itu ia dijadikan LIMITED EDITION, hanya untuk pembaca dalam kalangan ahli keluarga dan sahabat handai sahaja.

Monday, September 22, 2008

Mea di WeekENd


Weekend mea minggu ni hanya sibuk pada hari ahad jer, sebab sabtu kelmarin kereta papa kemuflisan bateri..nak stat pagi tu untuk ke pejabat desasiswa, tapi alih-alih tiada tanda-tanda yang enjin akan menvroooommm..


cuma mea jer menderum minta dibawa jalan-jalan dengan kereta, "cepat papa mea nak gi shopping raya ni!"..."mission kantoi la mea!"...setelah diselidik, analisis dan siasatan terperinci dilakukan maka papa merumuskan ini memang bateri 'kongg' sebab since pakai kereta ni, dah 3 kali kut papa melaluinya...so, senang jer hehe papa call member ajak dia pi beli bateri la and then balik pasang, settle masalah cuma sedih sket la sebab kena keluarkan 'cash' di akhir2 bulan camni, gaji tak masyuk lagi hu3...


Syok mea dapat naik escalator...semalam dua tempat mea pi naik escalator, satu kat Bukit Jambul...tak puas lagi, papa ajak mea naik escalator kat Queensbaymall plak, ermm baru puas hati mea walaupun actually mea ni takkan puas punya, lepas naik nak naik lagi...sampaikan, masa salah sorang pilih barang, ibu/papa akan bawa mea naik-turun escalator hu3...nanti la mea..papa akan beli dan pasang kat rumah kita sebiji ahaks!


"papa! kejar mea ni..." sempat lagi mea main sembunyi-sembunyi di sebalik rak-rak baju time ibu melakukan proses penapisan baju-baju rayanya nanti...setakat ni mea ada 9 helai baju raya, fuyoooo...papa dan ibu takde pun hu3...takpe laa, asalkan mea gembire dan bahagia..jangan lupa, collect banyak2 duit raya nak cover kos baju mea ni hehehe...acah jer! takkan papa/ibu berkira camtu...

2 comments:

chekdenoor said...

ishhhh....mea ni....... jangan main sorok-sorok...kang papa dan ibu mea tak dapat cari......orang jahat yang dapat...... papa dan ibu mea kena pegang tangan mea kuat-kuat ehhhh.....

duit raya...... hhaaaaa.....chekdee belum tukar duit baru...... mbb...barisan nyer panjang........

guna cek boleh....heheheheheh

ROSHAIMIZAM said...

bilo nak tukar kereta tu?

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin