bismillah & salam
Blog ni memaparkan kisah-kisah dalaman kami sekeluarga, just untuk rujukan kami bila terkenang-kenang saat manis sebelumnya; sebab itu ia dijadikan LIMITED EDITION, hanya untuk pembaca dalam kalangan ahli keluarga dan sahabat handai sahaja.

Friday, October 10, 2008

Mea dan Jamuan Raya!


Semalam mea dilaporkan sangat nakal apabila telah mengacau tokki ketika solat sunat..biasanya mea apabila papa dan ibu solat just akan bermain sekitar sejadah sahaja, tetapi semalam mea telah bertindak dengan melebihi batasan apabila menyuapkan tokki dengan botol airnya ketika tokki sedang tahiyyat akhir...pemurah tul mea semalam hehe..so tokki apalagi, terbatal la solatnyer dek karenah anak papa ni...sian ke tokki kena solat lain! Bergaya dengan stokin kuning yg cik Lah baru beli...tenkiu C.L...cik Lah ada citer pasai mea dalam blognyer!


malam tadi desasiswa aman damai mengadakan majis bacaan yaasin, tahlil dan jamuan hari raya...tahlil diadakan kerana kematian seorang pengusaha kafe kat sini yang meninggal dunia ketika tidur pada malam idul fitri yang lalu, iaitu mak cik som...dan selepas itu diadakan terus majlis jamuan hari raya...oleh kerana hujan, ramai pelajar tak hadir walaupun sate, rendang, nasi himpit, agar-agar dan nasi goreng cukup untuk kira-kira 500-800 orang...jadi, ramai la yang bungkus daripada student hingga la penggawa pakat bungkus, iyer la nak elak membazir...malam ni ada lagi jemputan rumah terbuka dan gitu juga esok hari, ada dua tempat esok tuh!..ini tanda yang baik ni di mana bermulanya episod makan percuma di merata rumah orang hehe...sayang mea tadok nak teman papa, gitu juga dengan ibu...semalam mea dapat gak duit raya daripada boss papa, suker mea! nanti papa deposit dalam Tabung Haji ekk...

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin