bismillah & salam
Blog ni memaparkan kisah-kisah dalaman kami sekeluarga, just untuk rujukan kami bila terkenang-kenang saat manis sebelumnya; sebab itu ia dijadikan LIMITED EDITION, hanya untuk pembaca dalam kalangan ahli keluarga dan sahabat handai sahaja.

Sunday, February 28, 2010

BruNei DaruSsaLaM


papa sampai ke brunei pada 00:20 iaitu sempena hari kemerdekaan brunei ke-26 dengan menaiki royal brunei, first time ever, sebelum berlepas ada bacaan doa dalam flite nim dan tiada arak dihidang, cayalah brunei! oleh kerana subuh 5.15am, lepas tidur kedua dapat tengok perbarisan sambutan kemerdekaan melalui rtb, papa sampai ke stadium ni sebelah petang bila jalan-jalan ricky naik bas...maklum la arini brunei cuti dan papa pulak terpaksa datang awal sehari kerana tiket untuk malam esoknya kehabisan huhuu...




memang salute la yang Brunei ni semangat Islamnya tinggi, masjidnya cantik dan menawan, siaran tv-nya banyak program agama...atasnya ialah masjid omar ali saifuddien, bawah masjid jame' 'asr hassanil bolkiah dan tu gambo dalam masjid jamik..comel sungguh laa..dengan aircond, marmar, karpet dan ruang untuk berzikir/selawat...actually tak boleh ambik gambo dalam ni, tapi alang2 sampai dan bila kelih kiri-kanan tiada manusia lain maka 'snap' la sat..kire souvenier hehee..


inilah tempat seminar berlangsung di rizqun international hotel, area gadong...ni hotel 5 star nim tau..dan dalam biliknya fullamak, kalah puteri pan pacific johor bahru yang papa pernah menginap, eksklusif dan mewah dengan 2 bilik air...kalau ibu, mea dan wsih mai sekali, sure lagi happening dengan tak payah berebut toilet, ahaks!...nasib baik la kelayakan hotel di brunei, usm bagi RM480 semalam, so boleh bayar...jangan risau! kat sini chanel rtm1 dan rtm2 pun ada utk tengok perkembangan di malaysia..biasa la, serumpun! yang bagusnya, dalam mini bar (peti aisnya takde arak..air tin lain ada...apasal Malaysia tak leh wat gini????), haaa...saper nak jawab?


inilah bas mini yang papa naik, sekali naik BND 1.00 sahaja...tapi bersamaan RM2.40 kita huhuu...kat sini duit brunei dan duit singapore diterima, sama nilai...sama ada untuk bayar teksi, pakaian, dan makanan...jalan kat sini pun tak sibuk sangat, dan bandarnya kecil saja...papa jalan sehari sahaja dah takde tempat nak pergi dah huhuu...yang hampir sukar dilihat di sini ialah teksi dan motosikal, maklum la orang brunei kaya-raya..semua ada kereta sendiri!


tak jauh dari sini ialah tamu kianggeh, kat sini banyak dijual pusu (bilis), ikan-ikan masin, pisang dan hasil kampung...papa window shopping jer! tengok tempat orang tapi, ermmm...nampak semacam di jalan tar di sini iaitu mat indon dan bangla lepak sambil duduk-duduk di beberapa penjuru!


ini panorama jalan di bandar seri begawan, oleh kerana arini cuti umum...jalan sedikit lengang..yang ramai kat pasaraya sini seperti biasa-lah mat bangla, indon dan pilipino yang kerja kat sini, sambil jalan-jalan...dan rewang-rewang...


pemandangan kampung ayer brunei dan bot menunggu untuk ke sana, papa tak sempat nak ke sana...sebab jalan sorang jer aritu, kut kena culik hehee (macam daaa)...ada kawan yang sempat pergi, dengarnyer ada gak dijual di sana hasil orang kampung ayer...next time la bila ibu, mea, wish dapat join nanti...bila? tunggu banyak duit semula kih3...


ini plak pasar malam yang diadakan setiap hari di gadong ni, bersebelahan dengan hotel rizqun..so hari-hari mai sini untuk beli dinner, kat sini nasi ayam, nasi katok (nasi, ayam goreng dan sambal), nasi ayam penyek (macam selera indon) boleh dibeli semurah BND 1.00 sahaja...nasi pusu (macam nasi lemak) dijual BND0.50 je bah...dengan ikan, ayam dan kambing bakar lagi, uisyhh jalan di sini macam jalan di bazaar ramadhan rasanya...aneka pilihan ada, so malam2 tak lapar, dengan kuih-muih brunei yang pelbagai dimensi dan balutan...di sini juga, papa sempat ke pesta buku brunei dengan tumpang kereta kawan yang drive daripada kuching (12 jam drive), so leh teroka banyak gak tempat tapi sesat dan tak jumpa kedai makan...sebab tak banyak signboard di sini seperti di Malaysia, alih-alih balik beli di pasar malam juga kwa..kwa...kwaaa.....tau takpe!

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin