bismillah & salam
Blog ni memaparkan kisah-kisah dalaman kami sekeluarga, just untuk rujukan kami bila terkenang-kenang saat manis sebelumnya; sebab itu ia dijadikan LIMITED EDITION, hanya untuk pembaca dalam kalangan ahli keluarga dan sahabat handai sahaja.

Wednesday, January 11, 2012

OxFoRDSHiRe



sabtu baru-baru ni kami telah ke Oxfordshire...bandar oxford, yang telah lama masuk dalam plan awal sejak berada di Malaysia lagi...malah, papa mula2 mohon untuk bersabatikal di sini, tetapi malangnya ditolak kerana tiada supervisor yang mempunyai satu bidang dengan papa...kalau tidak, sudah tentu di sini la tempat kami bermukim selama 5 bulan...ada ofis-mate papa yang menjadi felo di sini tetapi malas la papa nak contact dia, kami nak bersendirian sendiri hehee...



antara timbal balas sama ada nak sewa kereta or train, nampaknya menang train...kami pergi dengan first great western train, sebabnya kos lebih murah dan mudah...just surf internet, book awal, pilih time yg harga paling murah (cheapest 8 pound return), tick, bayar dan esoknya tiket sampai kat rumah...untuk kanak2 bawah 5 tahun, free jer...so tiket untuk 3 dewasa saja (plus auntie mea yang suka follow us jalan2 hehee...)...pagi2 dah bangun dan ibu sediakan bekal nasi minyak dan ayam goreng hehee, then solat subuh...terus chow ke paddington station with tube...jubilee line + bakerloo line...sampai in 20 minutes only!



dari oxford train station, kami terus dapatkan sightseeing punya bas yang caj £13.00 seorang untuk sepanjang hari (24 jam), so hop on and off di mana-mana yang disukai...senang dan selesa...akibat payah nak solat, selepas ke oxford centre for Islamic studies pun tutup untuk tumpang solat, maka atas bas jugak la kami solat huhuu...duduk di bahagian atas bas dengan musim winter begini..hohooo...tahan jer sapaan deruan angin sejuk ke muka...mungkin sebab tu awish demam malam tu!



ni area paling ramai orang...just untuk pejalan kaki...deretan pasaraya dan kedai makan, merasa gak fish o'fillet kat mcdonald sini...walaupun bawa bekal, makan mc-d dulu untuk kumpul daya meredah city oxford ni dulu...kecil saja bandarnya dan ramai yang kata ia mempunyai bangunan lama dan kota akademik...papa nampak biasa saja, maybe lain mata, lain bicara...or mungkin kami datang sebentar saja...



di England ni...biasa la, ada castle dan bangunan church yang besar..dengan senibina silam yang mengagumkan, kebanyakannya sejak 1700 lagi dah tersergam...




lembu oxford pun comel...hehee...dulu ke scotland lagi ganas lembunya dengan bulu yang lagi panjang, tapi sayang tak sempat ambil gambar [klik sini nak tengok lembu scottish] sebab ingatkan nak amik on the way balik, rupanya balik lalu ikut jalan lain...sebab tu kali ni ambik gambo cepat2 hehee...



ini style orang oxford naik pushchair...sebenarnya ini gaya naik untuk elak muka kena tiup angin sejuk, so ubah jer posisi muka...clever boy! sememangnya rasa di oxford ni lebih sejuk dari london...mungkin kurang kenderaan kut, atau kurang maksiat hu3...akibat banyak sangat kena bahang sejuk di sini, lepas puas ronda denga bas sightseeig tu..kami pun turun semula di train station...terus balik hari ke london...hotel kat sini la mahal sangat, mau £90 untuk bilik 3 besar...so balik saja laa...maybe kalau datang dengan kereta boleh dapat yg murah, esp. yang jauh dari bandar oxford ni sikit...takpe la, laen kali papa datang semula untuk seminar etc...

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin