bismillah & salam
Blog ni memaparkan kisah-kisah dalaman kami sekeluarga, just untuk rujukan kami bila terkenang-kenang saat manis sebelumnya; sebab itu ia dijadikan LIMITED EDITION, hanya untuk pembaca dalam kalangan ahli keluarga dan sahabat handai sahaja.

Friday, May 30, 2008

BaLik KamPung

Damia ada kat kampung sekarang hehe..kg Besut tapi di Chukai, Kemaman..rumah tokki dan tokwan...kat sini mea sibuk sket, sebab ramai rakan-sebaya mea kat sini. Actually, mea bertolak dari penang subuh hari rabu lepas, mea bangun awal sama time papa dan ibu bangun nak bersiap. Sebab bangun awal ni la, time berhenti kat jeli pun mea pulun tidoq jer tanpa bangun for breakfast..sampai Manir dalam kul 2 ptg lebih kurang..oleh kerana rumah kat Tetambah ni belum ada orang balik, maka kena la papa sapu dan mop sikit tahi cicak yg berlana tu..sementara ibu siapkan makan minum mea huhu..

Aler petang sket, mea gi umah acik jue yg nak kawin 13hb jun ni..kawan ibu mea..we all gi in advance sebab dok leh nak balik doh..comel hadiah tangan kawin acik jue, suke mea tengok...didoakan semoga kekal bahagia ke akhir hayat yer, jgn nakal2 hehe..

esoknya, pas breakfast..we pi ambik kak nurul dulu kat kudqi, kubang lembek yg nak follow us balik kemaman..on the way singgah di bando sat sebab ibu nak beli tudung, iyer la nanti ada majlis tunang kat kemaman, even though yg bertunang org lain..ibu mea takkan lepaskan peluang ini ahaks! then singgah di marang umah cik ngah minum2 dulu...,then singgah di dungun for lunch...ayah long wat kebab, best bangat sebab rotinya lembut dan kebabnya memang rasa kebab...western stylo ni...after that, baru chow to kemaman..

Sunday, May 25, 2008

Mea & suSu forMula


Mea dah boleh terima susu formala..perubahan ni dah berlaku beberapa hari yang lepas. kini tak perlu lagi nak "tonyoh" puting susu ni ke mulutnya, dia akan nganga jer dengan pasrah dan komited...kalau pagi tu, boleh habiskan 4 oz...actually sukatan ni mungkin sikit compared dgn rakan sebaya-nya tapi itulah kapasiti mea...so, semalam bila ibu mea pergi duduki MteST, mea stay steady with papa dengan susu formula, Mamil-gold step 3..sementara susu novalac anti-constipation tu dah berhenti sebab mahal sikit, constipation pun duk stage yang sama even though dah habis dua tiga tin mea belasah...maybe mea ni lack of makanan berserat, sebab tu still tak baik sebab dia minum okay...takpe, nanti papa bagi sup bayam..mana tau leh tambah serat and then bisa jadi kuat macam popeye hehe...

semalam, pagar keliling rumah mea diganti baru...pagar sebelum ni dah senget dan lubang...senang anjing masuk, tapi sebenarnya bahagian depan rumah still takde pagar, anjing boleh lagi masuk...kerja2 pasang pagar ni semua diarrange oleh unit perumahan universiti...habis depa patahkan pokok bungan cornation papa kat tepi pagar tu huhu...takpe..takpe...pasni papa tanam lain hehe...

Friday, May 23, 2008

feNing keFala paPa..

kalau sebut betul-betul, pening kepala..bukan apa, sendiri gak cari pasal si papa-mea ni, last kefeningan...citernyer lagu ni..dulu papa ada la mohon ke UK untuk present paper di University of Wales, kertas kerja pun dah siap..then after submit, pejabat Timb. Naib Canselor (penyelidikan - RCMO) kata duit tabung ke luar negara takde..dah habis..disuruhnyer guna duit geran, papa kabor tak mau guna duit geran sebab kos tinggi ke sana...so, depa janji nak kiv...papa pun tak kisah la dapat pi ke dak sebab just nak collect mata skt (prestasi tahunan) jer ekceli hehe....papa pun bagi la tumpuan kat program minggu suaikenal pelajar baru yang akan masuk daftar 28 jun ni...dah lupakan dah hasrat ke uk ni (26-30 jun)...

yet, latest news...tap tup tadi dapat surat drpd RCMO yang luluskan papa ke UK dengan tiket covered dan elaun RM1305 utk makan dan tido [sahaja]...maknanya, dpt la papa pergi tapi fening sebab beberapa sebab....ekceli elaun ni baru nilainya berapa pound jer huhu..kalau kira rate 6.8, ia jatuh dalam 191 pound jer...kos ni hanya padan utk kos penginapan jer..kalau 50 pound semalam (4 malam)...tak campur makan, train, bas, etc...huhuhu....tapi dari satu segi better than nothing huhu...

fening satu lagi sebab minta excuse drp TNC HEP lak minta off dari program suaikenal tu, paling tidak berbalas pantun sket dgn pengerusi suaikenal...sebab clash...masalahnyer papa ketua unit...jadual tunggu pelajar, dsb dah siap dah...hai, mesti kena bambuu la macam ni....papa hilang masa orang lain kena wat keje hehe....kefeningan ke-3 ialah kut mcik sa dpt usm, then ibu mea lak nak balik kemaman...so, sape nak handle daftar mcik sa ni? kena import orang lain la ni kut no....bukan senang nak pi UK dgn duit universiti ni, masa dapat...kena 'rembat' punyer...apa pun papa akan pi jugak, nanti kena black-list kat RCMO...takde can laa nak pi lain kali..

apa hal pun, everything kena rancang elok-elok...senyap-senyap timbul idea gok nak ajak mea dan ibunya...tapi kos mesti makan mau RM7-8k huhu...ada member pi uk bawa pasangan...kos tiket dah menjangkau RM5k...tak campur tax lain lagi tuh kalau bawa baby huhu...takpe la, baik simpan duit ni wat gi umrah, lagi berbaloi nooo....apa pun, kena hilangkan kefeningan ni dgn berhemah...steady dulu, pikir baik-baik how and how...

Thursday, May 22, 2008

Pi Mai...Pi Mai...

ni nak citer pasal mcik sa yang dah pi ke port dickson yesterday, papa-mea just hantar kat terminal bas, dia naik kul 10.00 am sampai di p.d. dalam kul 7.00 pm, pastu dengarnya nak balik kampung plak dgn mcik mah...tinggal la dia 2 beradik kat rumah ayah di Tetambah, Manir tu...mea pun nak singgah semalam-dua kat rumah ni, iyer la lama dok balik...rumah pun tinggal kesebuahan jer tanpa penghuni, cuti sekolah baru la ada orang..sampai jiran kata rumah ni dah 'mengusik' sebab dengar bunyi baby nangis etc during late nite...tapi we all adik beradik tak percaya sangat walaupun sesekali balik tu ada juga terasa 'meremang' esp. bila balik rumah dalam kekosongan penghuni..apa pun, rumah keluarga ni la yang jadi tempat berkumpul adik-beradik, anak sedara berjumpa sepupu-sepipitnyer, dan tempat mengenang jasa arwah ayahanda untuk kesejahteraan anak-anaknya...

pcik pu pun dah nak balik ke sintok besok, dia pun tak balik kg lagi sebab kena bersedia untuk tauliah leftenan muda palapes...minat sangat tentera tuh, mea tak ambik pot la sebab mea di'plan' nak jadi doc.mea macam citer bella tuh hihihi...apa pun..nak citer tadi, rumah mea ni orang mai then pi..then mai, after that pi..itu la yang mea nak citer-nyer...mea yang stanless still kat sini till today, still in constipation...macam2 dah makan dan diberi makan and yet still not cure...mungkin ada pengaruh genetik kut, iyer la mana tahu...dari susur-galur papa or ibu, who knows! lets check it out...

Tuesday, May 20, 2008

Ada taMu...

semalam mea terima tamu dari hulu kedah, sintok uum iaitu pcik pu...dia mai usm sebab ada pertandingan inovasi kat usm, reka sistem...ntah la, mea tak amik pot pun hehe...he will stay with mea's family for 4 days, along with the programme that held here...mcik sa plak nak balik P.Dickson dah esok, to accompany mcik mah together balik kampung sempena cuti sekolah yang mula hujung minggu ni...nanti, next week, lepas papa meeting suaikenal, mea pun nak balik kampung gak...lama mea tak jumpa tokki dan tokwan...

Monday, May 19, 2008

Bila Mea menCari...

Bila time tido leni, mea nak dua-dua belahnya ada pengapit..bila takde salah sorang dia akan mencari..kejadian ni disedari ibu bila malam papa kena tido Batu Feringgi malam tu...dia bangun merangkak and nangis depan pintu bilik air, ingat papa inside le tu..and duk panggil...pagi tadi pun gitu, bila ibu dah ke bawah masuk dapur and tinggal papa & mea wat over-time (sempena hari wesak), mea yg bangun dulu merangkak duk depan pintu toilet panggil ibu and nangis...seolah-olah her ibu inside...now pintu bilik pun dia boleh buka bila nak keluar...okay la, cuma bab berjalan jer masih maless..

semalam after 4 days, mea akhir berak laa...tu pun dah beberapa kali menjerit sebab sembelit...semua ubat dah bagi, daripada buah, air, susu novalav and ubat klinik...dia asyik henjut punggung jer tapi no shit hehe...so, try n error, papa letak minyak olive kat buntutnyer, after a 2nd..tubit la tapi tak banyak, we expect today the balance will go out...sian mea, still not fully cure from her constipation!

Sunday, May 18, 2008

biLa iBu Mea menuLis...

bLA Bla bLA...haa ni akibatnye bile papa mea pakse ibu mea menulis.ntah ape yg nk ditulis.huhu.
ibu mea ni sebenonye tak sabo nak balik kampung nie, 1st sebab dah lame x balik..hehe..2nd sebab x nak miss big events nanti..mesti meriah majlis anak-anak dare Cikde Yah + Cikgu Long yg menghabiskan stok masing2..:) pasni takder lagi la can mamat2 teruna nak jadik menantu Cikgu Long. dah fully booked dah.
sebelum ibu mea mengundur diri, ibu mea nak ucapkan selamat bertunang buat adik2 yg ibu mea sayang. mea pun gumbire sebab die dapat 2 org 'uncle' (belum official lg laaa) in one day...one sweet dayyy...
ape2 hal pun hope everything will go on smoothly n fine....ciaooo...

Thursday, May 15, 2008

PosiTive non-Getiv...

pagi-pagi benar mea dah bangun arini selepas perasan papa takde kat sebelah..belum subuh lagi tuh dah bercakap sorang, maybe pelik papa siap awal pi keje..sokmo lewat hehe..kul 6.00 am mea dah sampai airport ditemani ibu dan cik sa..hantar papa nak pi mesyuarat kat jakim...kul 3.00 pm, sekali lagi mea tiba di airport, ambik papa lak hehe..best la papa, ada orang hantar dan ambil..sekali-sekala..

ni nak citer jumpa Ketua Pengarah, Jakim..baik dan lembut bahasa, tak ego macam bos biasa2...dia tolong buka pintu utk we all, tolong tuang air, and even tempah air lain utk papa yang tak minum kopi hehe...bukan apa, angin kopi-kopi ni ahaks! the discussion goes very well and the result is so positive..bukan apa, set papa nak adakan seminar okt ni and for that reason nak tagih money la by offering jakim to be our co-organiser...the Dato' setuju..instead of paying our food, Dato' also willing to pay for the conference package...ummmph, yummi...so, the mission accomplish! pastu apa lagi...balik la, nasib baik dpt tukar tiket drp kul 4 ke kul 2...so, leh la papa jupe mea cepat sket as well as masuk ofis semule...

berita positif kedua arini ialah mea bakal dpt dua pkcik baru soon after 2 org mcik mea nak bertunang on the same day though different time..macam tak percaya tapi amat bergaya...sorang enggage petang, sorang lagi malam...emmm mesti mak happy, anak-anak mak mesti lagi happy...khususiyyah ila c.L and c.N...apa pun, mea, ibu and papa doakan yg terbaik, semoga sempurnalah kejadian nanti dan emmm..mesti banyak food nanti, bestnyerrr....konghey-lei!

Wednesday, May 14, 2008

Mcik Sa puLang ke Mea..

maghrib tadi mcik sa pulang jupe mea again..after giving her service to his newborn nephew, amir ridhwan at KL..almost a month mcik sa was there at mcik yah house..mea was told that amir will return to his mama-daddy hometown at kuantan tomorrow to cut his jambul, apa pun okay and good la..the good thing mcik sa being here is mea not lonely anymore since there is someone who will chat and play with..papa pun happy to leave mea and ibu next friday to go to workshop at feringgi beach..although it is'nt far from usm but the programme will went over-nite, as well as its itinerary that very pack....

Monday, May 12, 2008

PaGar & BesKal


kelmarin, mea dibelikan 2 barang besar, satu, pagar utk sekat dia daripada panjat tangga..beli kat anakku, sebijik macam dalam gambar ni cuma kaler biru tu "kuning" dan kaler kuning tu "merah"...dua kali beli sebab pertama kali beli...tak muat untuk cover lebar ruang tangga yang luas, so kena ke kedai anakku sekali lagi untuk beli extension...so, now okay la...sebab sebelum ni guna kerusi dan stroller je hadang tangga...tapi mea semakin cerdik, dia dapat lalu jugak dengan merangkak ikut bawah kerusi or lalu ikut celah stroller sikit demi sikit...akhirnya dapat loloskan diri...

dua, beli beskal ke mea..kecil jer...wat dia naik dan main sorang-2...nak main dengan ibu..ibu pun sibuk nak masak sedap-sedap, so kesian ke mea duk sorang-2...bila dah ada beskal ni, leh la dia main sorang-2 isi masa lapang dia dalam membina skill masa depan...asyik tengok kakak sofea, yg duk umah sebelah jer yang ngayuh beskal...so mea ada cann jugak nak kayuh, cuma buat masa ni kaki tak sampai nak kayuh pedal hehe...takpe mea...you'll grow up! jangan wat racing dah laa....

Friday, May 9, 2008

Mea dan Susu...

Cerita sembelit mea telah mendapat perhatian daripada beberapa rakan mea...salah seorangnya, farish...lalu ibu farish telah membekalkan sejenis susu kepada mea untuk menghilangkan sembelitnya (jenis novalac)melalui papa-nya yg keje sekali dgn papa-mea...tenkiu mea ucapkan. actually, sembelit ada lagi tapi tidak la seteruk dulu...kalau dulu sampai ada darah..ermm risau kut kena buasir, tapi laa ni masih sembelit cuma berkurangan sedikit and tidak lagi berdarah...papa dan ibu bagi mea makan oren sikit setiap kali lepas makan ikut nasihat mak long syikin...letak olive oil kat 'situ' utk meminyakkan jalan keluar...

susu yang diberi oleh ibu farish pada mulanya memang mea tak mau...macam susu-susu lain la yang telah papa dan ibu sua-kan sebelum ini...tapi kali ni ada sedikit kejayaan apabila diberikan ketika bangun tidur, semasa tengok iklan kat tv...dia akan ngomel and then isap jer...maybe dahaga semasa tidur...dah 3 kali trick ni berjaya, tapi kalau keadaan normal..fail and kantoi...semasa nak tidur and even semasa tidur pun kalau bagi, kantoi...dia tahu dan sedar, itu bukan susu asli ibunya huhu....mea-mea...kitaorang bukan apa, just nak cuba pisahkan susu ibu daripadanya in piecemeal...

Tuesday, May 6, 2008

LawaTan Univ. IsLam YaLa

pagi tadi..tengah papa-mea duk layan mea nak breakfast, lebih kurang kul 9.00...kerani pejabat call kata ada pelawat dari Yala..so, cepat-cepat gi ofis meramaikan majlis, ada 2 orang lecturer cuti ratik...seramai lebih kurang 12 orang pensyarah dari universiti islam yala mai ke pusat pengajian ilmu kemanusiaan (ppik)..sebelum ni mereka dah ke UM dan UKM...lawatan mereka khusus ke bhgn pengajian islam...

ustaz-ustaz yala ni nak tau bagaimana kaedah pentadbiran kademik dilaksanakan di ppik ni...dari sudut pentadbiran dan ijazah tinggi..ekceli sebahagian mereka adalah pelajar kat sini, dalam 5 orang wat phd kat sini...ada sorang wat bawah papa-mea..bagi papa-mea, kualiti ustaz-2 ni sangat bagus..tinggal lagi, bahasa melayu mereka sahaja yang lemah sikit...takpe, boleh belajar dari masa ke masa...

ketua rombongan ni ada jemput lawatan balas dilakukan ke sana...insya' Allah kita orang suka ajer, cuma takut dengan kejadian bom sana sini tu jer...dijawapnyer mereka, kalau ada bom tu..itu adalah perkara biasa..tapi kalau tiada bom tu..itu baru luar biasa di selatan thai hehehe...gitu pulok! tengok la keadaan nanti as long as dekan bagi peruntukan, kita orang begheh jer...hehe...memang kaki berjalan pun..

Saturday, May 3, 2008

Bandung-Jakarta International Tour

Isnin 28 April 2008

Seme peserta tour bandung-jakarta berkumpul kat desa aman-damai, dengan bas datang dulu drp orang lain…papa-mea just parking kete kat depan pejabat aman and naik bas seme…kul 5.30 bertolak ke airport bayan lepas and in half an hour sampai la plus jem orang balik keje arini…

Kat airport terus kumpul beg dan aturkan depan check-in konter…tinggal agen kat situ tapi staf airasia ada lorat sorang nak tengok gak muka peserta instead of agen dah pegang passport we all, normally tak payah-nyer…so, yang sedang makan kat kopitiam exetras kena la beratur balik, but the role is panjang already..tadi we all at the 1st place doh…so, dengan ramai orang dan 1 konter operate to Jakarta, we all kena tunggu almost an hour…pastu kena bergegas ke imigresen plak, time dah lewat 8.10 pm dah (flite 8.50)

Masuk flite lewat sket dalam kul 9.00 pm, biasa la airasia…cap Indonesia plak, lambat bangat prosesnya…and so, we all terbang dgn cewek-cewek indon la…oleh kerana lapar, beli nasi goreng & tea celup dalam flite, kosnya Rp.25,000 dan Rp.8,000 gitu…penerbangan dalam 2 jam 10 minit, sampai di bandara (Bandar udara) soekarno-hatta jam 10.20 (tolak sejam waktu penang)…


posing kat lapangan terbang antarabangsa soekarno-hatta

tunggu bas pariwisata (pelancongan) dalam 30 to 40 menit (ejaan indon)..then, naik and terus menuju ke bandung…dinner diedarkan dalam bas, takde kuah..ayam masak mcm rendang gitu, tapi itulah style makanan di Indonesia, kat bali dulu pun gitu jugak…perjalanan ke bandung almost 2 hours, ramai tertidur keletihan after dinner and sampai dalam 12.40 pagi waktu tempatan di hotel Yehezkiel, ambil kunci bilik, solat magrib-isyak yang tak sempat kat bayan lepas tadi, then tidoq…


Selasa 29 April 2008

Subuh kat bandung ni 4.30 pagi..kul 6.00 tu memang dah cerah benor, wake-up call pun kul 6.00, bermakna dah subuh gajah tuh…mandi and prepare mea secantiknya…semua nampak lesu jer sebab tidur around 3 hours jer…jam 7.00 breakfast dengan menu nasi goreng yang tak best huhu…bandung ni termasuk dalam wilayah jawa barat, so kira masakan jawa la kt sini…papa makan sket jer, tak lalu sangat..ibu mea berselera makan nampaknya hehe…mea plak ikut selera papa dia hehe…


berkumpul luar bilik sebelum keluar jalan-jalan


Aktiviti pagi ni ialah tour ringkas kenali Bandar Bandung...bermula kantor gabenor jawa barat...ibu-mea takde kat atas ni sbb mea tengah tido dlm bas..


then, muzium kenferensi asia-afrika yang mengingati sejarah lahirnya Negara-negara berkecuali pada 1955…masa ni Malaysia still under colonial lagi, so takde wakil…


ini ruang dewan konferensi tu..besar and pernah diadakan 2005 aritu for jubli emas


kepadatan rumah dbandung dilihat drp atas highway

after pusing keliling, berhenti lunch di Restoren Wilujeng Sumping, makan msakan sunda…bagi papa, masakan sunda kedua best selepas masakan padang, masakan lain sori not listed sebab tak sedap, sunguti ni kabo…after that balik ke hotel untuk mandi n tukar pakaian rasmi..

lauk yg dihidang, ikan tilapia ke ni...entah la..


posing selepas kenyang..mea lak baru bangun tido...

Petang ada program rasmi dengan wakil Institut Teknologi Bandung (ITB) yang disebut disini “ie-te-be”..perjumpaan ini hanya sebagai pertukaran idea dan maklumat dalam pengurusan pelajar, kursus dan pendekatan pengajian…termasuk melihat peluang pelajar utk pursue their study here…ITB ni glamer sebab ia adalah universiti paling top di indon (dikatakan oleh my bos) berbanding gajah mada etc…after that nikmati jamuan makan yang dibungkus dalam kotak…itulah style indon gak, kuih 3 biji, tisu dan cup mineral water diletak dalam kotak dan diagihkan, we all wat makan dalam bas jer…


Mea bersedia utk ikuti kuliah di ITB


bergambar kenangan kat ITB..berjaket hitam adalah penggawa (big bos), En. Nazru, paling kiri Pn. Siti Rokiah (PPA), then Mohd Jaya (YDP Pelajar) dll...semua peserta actually dpt jaket koko (free)...pengurusan dpt 2 jaket, hitam dan koko hehe...tq boss!


then we all ke gedung Heritage, stamp dan cascade...serta sekitarnya utk shopping di pasaraya di sini yang lagaknya macam separa-sogo…tapi tak sebesar KL...papa beli stoking jer ahaks, ramai orang beli baju jenama polo, hugo, etc yg dijual murah compare harga kat malaysia…


depan pasaraya StaMp

After that we all go to dinner…kat sini hidangan utk we all lambat disediakan tapi masakannya pun best, daging (bhgn ribs) dimasak macam tomyam, tapi bukan tomyam..macam asam pedas melaka, tapi bukan asam pedas…entahlah, namanya papa ada tanya tapi lupa dah nak sebut…ibu mea siap bungkus satu untuk makan kat bilik nanti hehe, maklum la dia makan utk ‘2 orang’ tuh…papa orait jer! Actually makan malam ni bersama dgn wakil dari universitas padjadjaran, but hingga we all habis makan pun depa tak mai…yang muncul akhirnya ialah 5 orang wakil pelajar mereka shj, 3 indon..2 malaysia yang sedang buat medic kat sini…so treat mereka kejap, tapi sebab lama kat sini dgn baby yang dah bising…boss suruh we all balik dulu ke hotel dan dia dgn beberapa orang yg lain tinggal excluding papa, ermm best gitu!


mea pose malas-malas comel semasa dalam bas...



Rabu 30 April 2008

Lepas sarapan, we all ke Universitas Padjajadran (unpad), kampus iwa koesoema soemantri bla..bla…disambut oleh persatuan pelajar Malaysia dan pengarah hubungan korporatnya…ada dialog sikit, tukar-tukar minda dan pengalaman, bergambar kenangan, makan and then, disperse…pelajar Malaysia yg mai dalam perjumpaan ini semuanya pelajar perubatan drp kampus unpad kat lain about an hour dari sini, respek la depa ni dapat mai sambut us…


bergambar depan Unpad...ramai berkumpul nak bergambar ni..


bersama studen Malaysia di Unpad dan USM serta staff sekali..


Pelajar Unpad tinggal helmet gini jer, tak hilang plak nooo...

Then, we all singgah jap kat kedai jual makanan tradisional bandung iaitu “kartikasari”…rupanya pek makanan semalam kat ITB disorder drp sini…roti dia sedap especially yg ada inti daging berempah tuh, not bad laa….ada gak kuih yg pelik dan sbhgn we all tak makan pun, yg letak lada cili padi terjulur sebutir, bentuk macam buah bom tapi ada cili huhu…macam ibu mea makan tu (dalam kotak kertas)


later on, singgah lunch di restoren yg dikenali “rumoh makan raja melayu”…..makanan tak sedap mana pun hehe…tapi wat pelapis perut okay la…kat sini, mea leh main ikan yg dipelihara kat situ..



Antara kawan Mea dalam lawatan ni, 'Ayuni" anak En. Shah + Su (org losong kitee)


yang ni pun nama "ayuni" anak Pn. Siti Hawa dan "Adam" anak Pn. Jana


Destinasi seterusnya ialah ke Pasar Baru….memang pasar pun kalau dilihat kok gambarnya…kat sini we all diperuntukkan 2 jam…wow, masuk kat dalam penuh barangan dan orangnya…papa dan ibu plus mea berpecah dari crowd terus mencari surau (kat sini disebut musholla)…bereskan tuntutan agama dulu..after that baru shopping mopping…kat sini memang banyak dijual tudung ala jawa, kain sembahyang yang bercorak-2, baju berjenama, barang kulit esp. jaket kulit…original beb dan harga memang murah separuh drp kat Malaysia…so instead of beli stoking ajer semalam, today papa habiskan setengah juta beli jaket kulit hehe..ada 2-3 orang beli jaket kulit..leh la wat bergaya gi meeting malam2 lepas ni…ibu mea seperti biasa borong barang pompuan…2 jam kat sini rasa sementar jer, kena la naik bas plak…


banyak kerepek / keropok bergantungan dgn orang ramai..

Kami dihantar seterusnya ke ‘rumah mode’ iaitu factory outlet…fuyooo kat sini pun banyak barangan berjenama yg murah dan spesiul, kedainya macam isetan kat KLCC tapi harganya murah beb…inilah kut ramai orang Malaysia suka shopping kat bandung ni…kut jer laaa…then, before balik we all dinner kat restoren ‘sindang reret’ tapi masakan sini kureng, supnyer ngak menjadi..tapi dah lapau, bedal ajer laa…


Mea posing 'malas' sambil tengok iklannyer...

Khamis 1 Mei 2008

Arini we all bangun lebih awal, kul 5.00 pagi dah wake-up call..kul 6.00 breakfast then check-out dan terus menuju ke Jakarta…bertolak awal sebab arini ari cuti (libur) dan elak kereta banyak yg balik kampong, bersiar-siar dsb..kut dibimbangi jadi jemm (macet)…bas lalu ikut jalan lama tanpa highway sebab on the way ni we all nak singgah beberapa tempat…


rasanyer, ia dinamakan 'pipit'...ubahsuai drp motosikal roda tiga ni..


antara teksi kat sini, naik anytime...ada juga penjual paper kat traffic light dan peminta sedekah huhu..


plaza tol di sini...bayar dalam rupiah yuk..


on the way, kereta kuda masih still digunakan di jalan kampung di bandung ni...


maybe inilah yg dinamakan "hentian kereta kuda"



Banyak ubi dijual di tepi-tepi jalan perbukitan ni...


yang putih tu adalah 'tapai ubi kayu' style jawa barat, ubi direbus dan dicampurkan yis..diikat dan digantung dalam oben-nya…papa nampak ada benda terbang jer hurungi ubi gantung ni, hai leh makan ker…tapi itu la kan, lain padang lain belalang…lain orang lain ragamnya…


panorama jalan kampung di jawa barat ni, ada juga sawah padi bertingkat..


kawasan padi luas jugak noo..


antara teksi-van kat sini...on the way ke cipanas


istana hinggap Presiden kat Tanah tinggi Cipanas

We all singgah kat taman lumut di pergunungan jabar ni (jawa barat), wilayah cipanas…macam botanical garden jer, actually, nothing kat sini..pemandangan pun tak berapa cun sangat, ramai penjual kecil-kecilan yang jual cenderamata kat pelancung, ramai ahli kumpulan ni beli tempe goreng yang bersalut bayam..pelik kan? Papa tak berani nak rasa…ibu mea rasa sket…then, we all lunch masakan padang kat restoren simpang raya di cipanas ni…masakan ni jer best, tapi leh makan sket jer sebab mea tak senang tengok we all makan sedap huhu…

Orang nak berjalan, but Mea still hormati time tidurnya...


Mea bangun, sempat posing with her ibu..


Posing dgn papa plak, kat belakang tu adalah salah sorang our tour agen..sibuk nak book restoran pasni kut..


On the way..lalu lereng pergunungan jawa barat ni, diinformasikan bahawa ada lagi gunung berapi yg masih aktif..begitu juga kejadan gempa bumi…dapat lihat perkebunan teh tinggalan penjajah belanda dulu yg masih beroperasi…akar teh ni dikatakan menjalar lebih 30 meter ke dalam tanah that’s why masih kekal hidup sejak kapan dulu…


singgah di masjid at-ta’awon di puncak jabar ni utk solat, nak masuk masjid kena harungi parit air yang sengaja dibuat, sejuknyer air…maklum la air gunung…kawasan bandung sini memang sejuk, area pergunungan…like Cameron Highland…

Sampai Jakarta dalam kul 3.30 pm..we all ditinggalkan di Mangga Dua Mall, looks like Perangin Mall kat Penang, or KLCC tapi orangnya, wow ramai giler…maybe sebab hari libur sempena hari buruh arini…nak berjalan pun susah, masuk toilet kena que dalam 5 lapis huhu…tak tau nak beli apa, pas letih berjalan…just lepak makan kat mc-d jer tunggu 5.30 pm masa berkumpul then ke Hotel Sofyan di Cikini, Jakarta Selatan…dinner, ambil kunci and rest..


Hotel Sofyan, Cikini, Jakarta Selatan


Jumaat 2 Mei 2008

Breakfast kul 7.00 am bersimbung dgn kumpulan nak pergi umrah..hotel ni jadi tempat trnsit jemaah umrah Indonesia…hotel ni memang masyhur sbg islamic hotel yg ditadbirkan berdasarkan syariah seperti no alcohol, no open hair bg staf pompuan and no bar or singing area…

Then move on ke Kedutaan Besar Malaysia di sini, menyaksikan ke’macet’an bandaraya Jakarta…macet bangat..


bapak polisi sedia berkhidmat meredakan 'macet' ni..

Foto-foto sekitar bandaraya jakarta...



bangunan tinggi-2 dan banyak jugak!


gedung kedutaan ni (bangunan) adalah bangunan kedutaan yg terbesar di Asia dengan staf kedutaan yg teramai di dunia iaitu 47 staf Malaysia, ini dikhabarkan Tim. Duta Besar, Tuan Haji…banyak gak fungsi diplomatik dan peranan kedutaan diciterkan kat semua pelajar ni…


Dewan persidangan dlm kedutaan, pengarah projek (Norasyidah) tengah sibuk contact situ-sini


Timb. Duta Besar, Tuan Hj. Abdul Aziz Harun sedang memberi taklimat, citer susah senang sebagai pegawai diplomatik dan tugas penting hubungan dua-hala dua-negara, beliau akan bertugas as Duta Besar di uzbekistan 1.6.2008 ni..


bertukar-2 cenderamata, Duta (Dato' Zainal Abidin) datang juga meraikan rombongan ni semasa majlis makan, tapi tak sempat nak bergambor...


Bergambar bersama Timb. Duta Besar (tengah); Dr. Junaidi (Pengarah MSD-ukm) dan bersongkok Ustaz Tuan Ismail Tuan Abdullah (Atase agama-jakim)


Sesi makan bersama Tn Hj. Elias Jafari (PPT-Warden), Pn Jana dan Pn. Rosnah...we all dijamu dgn ‘nasi wuduk’ kombinasi nasi lemak dan bihun goreng, lauk ayam berempah kering…

Then we all lunch kat restoran ‘sindang reret’ cawangan Jakarta, tadi sebahagian shj masuk kedutaan sebab ada anak-2 kecil tak leh masuk..Mea pun duk atas bas, pusing2 semasa perjumpaan diadakan..kat restoran ni ada ikan goreng masak lemon…kat sini mea tertinggal botol air masak, sedar kat airport…nak apaan lagi ya…


ibu posing nak makan, 'bekas air' kuning atas meja tu la yg tertinggal...

then terus ke bandara soekarno-hatta utk balik….check-in laju jer tadok masalah…sempat solat and habiskan sisa rupiah dgn belikan magnetic freezer dan t’shirt…


just sampai airport, boss memastikan semua beg at d rite place..kat sini ramai 'penyangak'..


Jalan-jalan semasa tunggu flite, Mea lepak in troli..

ekceli flite kul 4.35 tapi masuk flite kul 5.00 pm, take off kul 5.30 pm..landing kul 8.35…on flite we all makan sandwich tuna (Rp.20,000), nasi goreng (Rp25,000)..kali ni panas sket…tea celup (Rp.8,000) dan mineral water (Rp.9,000)…memang we simpan duit rupiah utk makan dalam flite, kut lapar…dan memang lapar pun….


Mea cuba mengenakan "sabuk pengaman" (tali pinggang keselamatan..we all pilih duk belakang, so leh ambik tempat kosong sederet...


Mea membuas..diri atas meja makan nak tengok apek kat depan on laptopnyer..


AlhamduliLlah, selamat landing di Bayan Lepas, Penang

Mea datang teman papa gi ofis, muat turun gambar ke blog ni..internet ofis laju sket hehe...

tak sabar nak menaip citer-citer best kat bandung-jakarta


check fail dan nota-2 papa...kut ada yg tak lengkap kut hehe..

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin