Blog ni dah dimasukkan bacaan ayat-ayat suci al-Qur'an, bagi mendengarnya sila off-kan tanda speaker kat gambar slide mea dan wish di atas...sentiasa off lagi bagus, papa nak ubah slide tu takde masa...tapi slide ni dah okay cuma masalahnya ia datang bersama dengan lagu hu3

Monday, December 7, 2009

SoLo & GontoR

solo dan gontor adalah 2 daerah di jawa tengah di mana papa sempat menjejakkan kaki di sana jumaat lepas..nak citerkan pengalaman ke sana sungguh mencabar huhuu...dimulai dengan transit di tune hotel kat lcct sebab flite kuala lumpur-solo jam 6.55 am (airasia only). so jam 9.00 pm papa dah amik airasia dari penang dan jalan dari lct ke tune hotel yang hanya 10 minit jalan kaki, kalau naik bas/van RM1 tapi malas nak tunggu..nak masuk tidur cepat2 sebab esok nak check ini awal. sebut nama solo, maka papa pergi pun solo laa..kecuali kawan papa pergi berduet sebab dia suami isteri akan jadi presenter di sana.


papa datang ni sempena Wacana Pendidikan Islam siri ke-7 yang dianjurkan bersama oleh UKM dan Pondok Modern Gontor (dikenali juga Institut Studi Islam Darussalam atau Universitas Gontor)..flite dari kl ambil masa 2 jam setengah ke solo dan masa di sana kurang sejam dari malaysia, meaning kalau landing kul 9.30 am, kena putar jam jadi 8.30 am.


sampai di airport adi sumarmo, rupanya ramai member papa dari universiti-2 di malaysia yang turut hadir menaiki flite yg sama as Dr. Zawawi Ismail UM (member SMKA Tok Jiring), Ust. Kamarulazmi Jasmi UTM (member UMKL), Dr. Aderi Che Noh UKM (senior Kisas), Mejar Azmil Hasyim KAGAT (senior Kisas) dan rakan-2 UPM dan UKM yang biasa jumpa jika ada seminar mengenai pengajian Islam...so, suasana di sini rancak dan penuh sembang laa...kami semua diisi dalam 2 bas pendek...dengan perjalanan dari airport ke Gontor mengambil masa 3 jam dengan jalan berliku-liku..


ni wisma Gontor 1 yang jadi tempat penginapan kami..ada lagi Gontor 2 yang jadi tempat belajar pelajar foundation, di mana sebahagian besar pelajar sini juga adalah dari Malaysia dan Patani yang membentuk 4000 pelajar Gontor...yuran pondok di sini paling murah iaitu pendaftaran RM1000 dan bulan RM120 sahaja, just for food!


perkarangan CIOS-centre for Islamic and occidental studies di ISID-Institut Studi Islam Darussalam..dikenali Gontor 3 rasanya, di sini menyediakan pengajian level universiti..pondok di sini bergerak atas biaya wakaf dan aset perniagaan yang menanggung semua pembangunan dan gaji guru-gurunya..jenama barangan pondok moden ni ialah "la tansa" yang mempunyai toko buku, mineral water, syarikat percetakan, dusun dll..


siapa sanggup makan? dahsyat...depa ni manfaat semua bahagian ayam...bahagian peha dengan kaki dan kuku terus tanpa dipotong huhuuu...ada member yang selidik ayam ni ta proper disembelih huhuu...apasal la urusetia berhenti kedai nim??



solo adalah kota batik...ni sekitar pasar klewer di benteng, solo...sebahagiannya jual harga pass (harga tetap), batik sutera pun ada..papa beli untuk ibu 4 meter Rp200,000 comeeeel hehee...


tanaman jagung bertingkat..orang jawa ni suka berkebun, di sekitar rumah pun banyak bertanam


rakan dari upm pagi2 dah meronda dengan kereta kuda


kesibukan kota surakarta (solo) di pagi ahad, ni masa nak ke airport balik Malaysia...memang suspen giler pagi tu bila supir yang ditunggu sejak 3 pagi hanya 4.3o pagi baru mai, hp plak di'off huhuu..dah la airport jauh..bimbang terlepas kapal terbang jer...bila check in airasia plak tak boleh check in terus ke penang, kena check in sekali lagi di lcct, risau papa kut tak dan sebab transit hanya sejam setengah jer..alhamdulillah flite sampai awal setengah jam, so selamaat...

Saturday, November 28, 2009

Salam Idul Adha 1430H


Selamat 'Idul Adha..raya korban kali ni papa dan kuarga sambut di Kg Tetambah, Manir..tahun ni dalam adik beradik papa, only papa yang masuk sembelihan iaitu buat ngekoh (aqiqah) untuk wish...manakala tok sedare mea ambik 2 bahagian..so rumah pusaka ayah papa ni penuh rumbu la pada hari raya kali ni dimulai kuarga mcikngah mea yang sampai awal sekali dalam 7 pm (so kena basuh tahi cicak hehee) pada malam raya tuh, diikuti rapat kuarga mciknor jam 10.30pm, kuarga mea kul 11.00pm, kuarga yolong kul 12.00pm dan kuarga mcikyah kul 12.30am...semua kelewatan kerana jem...pcik pu sampai last sekali kul 7.30am pagi raya sebab naik bas...


"satu untuk kau, satu untuk aku!"...isyhh, 4 beradik ni duk bahagi tulang rusuk nampaknya, biar adil dan saksama yea..seronoknya, semua adik beradik papa berkumpul serentak di pagi raya ni, gotong royong melapah lembu and then wat balik untuk dibahagikan kepada sedara-mara dan orang susah...walaupun daging aqiqah ni sunat dimasak, tapi memandangkan kami semua orang muda, tiada orang tua dalam kuarga ni maka wat senang la bahagi yang mentah2 jer..so tengahari tu masak dan makan ramai2, macam-macam jenis daging lembu yang ada, termasuk laa...


otak lembu! ini adalah hak ayahlong mea...oleh kerana semua orang tak nak ambik kepala dan kaki, maka ayahlong mea ambik semua juzuk tu untuk wat balik untuk diproses...ayahngah mea plak kumpul 'batu' lembu untuk wat ubat dedah...hihii, macam2 yang depa ni makan daripada organ lembu nim...


ini pula proses menyahkan perut hitam ke perut putih dengan mencampuri kapur simen...nampaknya bukan anggur sahaja yang dipijak2 omputih untuk dibuat arak, perut lembu juga sedemikian huhuuu...akibat kes ini, papa tidak berapa nak jamah lauk perut lembu kali ini, bukan apa...takut termamah bulu roma betis ayahlong hahahaaa....mulanya semua tak mo ambik perut, sebab renyah nak uruskan tapi sebab mak sedare nak sikit untuk wat masuk dalam masakan kenduri arwah dia, so ayahlong amik dan tolong uruskan laa...maknanya semua orang tolong-menolong uruskan daging dan organ ni..


so, semua kepenatan dan antara yang keletihan dan tertidur akibat kerja keras sepanjang pagi ini ialah kak sepupu mea, syamimi..entah la sama ada sebab kuat kerja or kuat main, maklum la...ramai sepupu berkumpul sekali..setiap ruang tamu rumah ayah papa penuh malam raya tuh!

Saturday, November 21, 2009

PiSAng TumBaNG


semalam bila sampai penang, terkejut we all bila lihat pokok pisang tanduk dah menyembam bumi, entah la sebab hujan or ribut..sayang sebab ibu pisang ni dah berbuah pun huhuu..tak sempat la merasa buahnya, ini la bila musim hujan dah melanda semenanjung ni...kalau kat KB tempohari, hujan memang sokmo...on the way balik penang asyik hujan jer sampai la ke pulau banding, pastu area grik dan sampai ke penang cerah jer...macam beza jer cuaca di dua lokasi berbeza...maybe hujan di sana disekat oleh banjaran titiwangsa!

Thursday, November 19, 2009

SaLAm KoTa BhaRU


"papa..ombak besar!" memang besar pun ombak kat pantai cahaya bulan nim, pagi dan tengahari ni tak hujan tapi aler ke petang stat hujan balik, semalam sehari semalam hujan..ibu, mea dan wish berkurung dalam hotel jer..bila cerah sket arini, papa bawa semua makan tengahari kat kedai nasi ulam cikgu sebelah muzium diraja kelantan, bawah pusat kraf & pelancongan kelantan, sedap dan menyelerakan...harga pun murah jer!



ni mea dan wish main air kat pool di renaissance nim..sempat saing dan belajar berenang dengan 2 rakan baru kat sini, so papa leh la pi berenang kat area adult kejap sementara ibu menyelia as life guard (syyy...ibu mea pun tak reti berenang), heheee...jangan kabor kokrang!


naik atas, dapat susu terus lentok..keletihan selepas aktiviti petang arini, bawa bawa round KB sambil wat research...research mengenali KB, ahaks!

Monday, November 16, 2009

MinGgU CuTi ReSearCH..


[wish dan ibu kat depan rumah mek yah di indera mahkota 16]

stat jumaat minggu lepas, papa sekuarga travel ke Kuantan sebab ada hi-tea meeting with exco luar bandar pahang pasai program baktisiswa perdana usm yang akan diadakan di bentong, raub dan lipis...langsung dengan itu, dah keterlanjuran turun kuantan...kumpulan research isdev mengadakan data collection kat sini selama 3 hari, so selama 3 hari papa kena memantau perjalanan collection data tersebut aka bersenang lenang sat melupakan aktiviti di usm..pasni akan sambung lak 3 hari di kbharu..harap tak banjir la selama berada di pntai timur nim..selama di kuantan, papa skuarga berlojing di rumah sedare jer la walaupun dah book ms garden kat kuantan, selesa sket ibu, mea dan wish bersenang-lenang...studen yang dihire utk collect data pun macam 'liar' jer..jumpa sekali jer, pastu sukar nak pantau..

[mea sedang mandi di kolam renang umah papa mat di beserah]

papa pun chow awal sehari la ke kemaman, dapat tidur semalam...awal pagi dinihari, bak pula diserang lelah, so with mak..bawa bak ke hospital sedut oxygen, nasib baik tak masuk wad, pastu okay leh balik, dan semua yang berjaga dijamu oleh lah dan che iz 'roti canai' hehee...papa gi layan tidur dulu sebab esok nak travel jauh if bak okay...

[antara yg duk luar unit kecemasan hospital kemaman 12.15-2.40 am]

so bila tengok bak pagi tu okay jer, tak tidur...we all move to KB pula, jumpa dengan Dr. Zek (Ketua penyelidik) di Pasar Kedai Payang untuk amik emolumen numerator KB, then after lunch di Cabang Tiga terus ke Renaissance K. Bharu, tak singgah mana-mana tempat di Terengganu huhuu...comelnyer hotel renaissance nim...patut la ibu nak ikut papa jugak instead of duk kemaman tunggu raya haji...jadualnya, tiga malam di sini dengan baki 68 questionaire to be collected from our numerator kat sini...till then, cuti-cuti malaysia, pagi tadi hujan...kami pun just berkurung jer dalam hotel lepas pekena 'nasi berlauk'...

Tuesday, November 10, 2009

PeNUnGGu seTiA


petang tadi papa kena jaga exam, dah minggu kedua dah student usm sedang tekun menjawab soalan-soalan exam yang dipelajari selama ni dalam dewan kuliah dan bilik tutorial..now time to elaborate and explain everything, kalau sebelum ni asyik kena suap jer, now depa plak menyuap...boringnya nak tunggu tiga jam, papa dan 2 geng lagi asyik sembang dan sembang, lepas satu citer ke satu citer yang lain, tengok-tengok..haiyya..baru sejam masa berlalu huhuu...

bila exam ni macam2 perangai student ada, ada yg sepatut bawa kalkulator..pi tinggal kat bilik, sib baik ada pelajar yg bawa 2 kalkulator, leh pinjam..kalau tak, ko congak sendiri! hihii...ada yang angkat tangan, pi..pi..ingatkan nak minta kertas tambahan, rupanya nak tanya jawapan...boleh gitu? mungkin ada lecturer yang suruh angkat tangan tanya kut hihii...so, nasib la kalau papa nak tolong or tak, tapi biasanya hati kesian ni sentiasa membantu...apa pun, kalau dapat surat jadi pengawas exam, mesti tak suka...sebab boringgg...pastu hanya dibekalkan air kotak jer, patutnya bagi la air teh tarik, goreng pisang panas, ais krim, mee udang, sate bla..bla..bla..baru best dan berebut-rebut orang nak jadi pengawas...kakitangan sokongan dapat gak elaun RM25 per-sesi jadi pembantu peperiksaan, we all ni??? tu laa..sape suruh wat soalan heheee...

Monday, November 9, 2009

GoTonG RoYoNg


dalam kefeningan mencari aset sendiri yang kekal dan terjamin, papa dan mea tidak lupa untuk mengemas laman depan-sisi rumah ni yang semakin semak..dengan anak pinang yang semakin merimbun, dedaun pisang yang dah tua dan kering, pokok bunga kertas yang dah membiak jadi ber-rim-rim dah sehingga senget pagar dibuatnya, serta pokok liar yang menjalar di atas pagar yang memburukkan suasana...maka petang ahad baru-baru ni, selepas jalan-jalan kat bukit jambul dan makan laksa di pantai sea-gate..dengan kekuatan daya yang ada, maka papa sambil ditemani mea mengamuk sakan sehingga jadi terang macam kat atas tuh...projek gotong-royong dua beranak, ibu tak leh join sebab kawal wish yang asyik nak keluar jugak jer..

selepas nim, sure we will missed semua ni sebab "mungkin" tapak baru we all (entah bila dan mana la agaknya) kut-kut takde tanah...kalau ada pun dalam pasu-pasu bunga...susah la nak dapatkan serai, daun pisang, daun kari, daun pandan, daun kemangin dan cili padi pasni...semuanya kena beli kut-kut, even nyiur muda kat sebelah rumah ni yang sedang elok untuk diminum airnya...hai lama dah tak wat projek minum air nyiur muda, leh kut untuk dilaksanakan esok lusa...
Blog Widget by LinkWithin