bismillah & salam
Blog ni memaparkan kisah-kisah dalaman kami sekeluarga, just untuk rujukan kami bila terkenang-kenang saat manis sebelumnya; sebab itu ia dijadikan LIMITED EDITION, hanya untuk pembaca dalam kalangan ahli keluarga dan sahabat handai sahaja.

Sunday, November 15, 2015

PANGKOR DAY OUT


Semasa cuti deepavali baru-baru ini, papa telah bawa famili ke Pulau Pangkor. Setelah lama simpan keinginan akhirnya, sampai juga ke sini. Entah tak tahu macam mana, tiba-tiba saja buat keputusan untuk ke sini selepas berpenat beberapa hari meyiapkan artikel untuk UIA dan terjemahan kitab untuk DBP. So, release stress sat sambil pi berenang-renang. Drive 2 jam 15 minit dari Penang, sampai la di jeti pangkor lumut yang mempunyai bangunan parking kereta yang berbumbung. Kos parking sehari semalam kira-kira RM15.00 saja.

Perjalanan feri lebih kurang 45 minit, dengan kos RM10 dewasa dan RM5 kanak-kanak. Tapi tiket ni untuk pergi-balik, so murahlah. Sebelum sampai jeti pangkor, feri akan singgah di jeti perkampungan nelayan dulu. Oleh kerana memang nak release dan rehat, apa pakej merehatkan minda papa ambil seperti naik bot round pulau dan nunggang kuda dengan kids. Kos naik bot RM150 di mana kami sekeluarga di bawa menyusuri pantai sebelah barat Pulau Pangkor, merapati Pangkor Laut Resort yang dimiliki YTL yang dikatakan paling mahal untuk disewa antara RM800-2500 semalam, sehinggalah ke pantai penyu, pantai teluk nipah, tempat bagi makan ikan dan pantai coral untuk mandi. Kira sat saja naik botnya, macam mahal la pulak sebab bukan jauh sangat pun, cuma botnya laju sampai bimbang kut budak-budak ni melayang hehe....Kami tak sempat sewa kereta atau motor sebab rasa nak enjoy sekitar resort sahaja. Maklum la, datang sat saja, so manfaatkan persekitaran yang ada dahulu.
Ni keadaan bilik resort dengan dua katil queen dan buka sliding terus ke kolam renang. Ini yang buatkan papa terus book bilik ni untuk semalam lebih kurang RM320. Naik teksi dari jeti ke sandy beach resort ini dalam 10 minit saja dengan tambang RM10 saja. So dengan rakyat yang dah besar, maka sesuai la duduk bilik macam ni untuk tidur dan santai. Cuma tak best masa ni cuti deepavali, tapi ramai yang conquer area bilik bawah ni lebih kurang 6 keluarga besar india yang mari bercuti sambil raya kut. Mereka memenuhi pool dan malam pula dengan BBQ dan bersembang sampai tengah malam. Silap timing nampaknya! 



LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin