bismillah & salam
Blog ni memaparkan kisah-kisah dalaman kami sekeluarga, just untuk rujukan kami bila terkenang-kenang saat manis sebelumnya; sebab itu ia dijadikan LIMITED EDITION, hanya untuk pembaca dalam kalangan ahli keluarga dan sahabat handai sahaja.

Friday, January 30, 2009

KeRETa bARu MeA..


yeahhh...mea dapat kereta baru semasa lalu Bukit Bunga semalam, kesian gak mea asyik pinjam kereta kak sofea sebelah rumah jer..semasa kat dungun pun nampak minat jer main kereta haziq...so, papa bagi hadiah sempena lalu bukit bunga hehe..

demam mea dah beransur okay, syukurr...kalau tidak, ermm..penat la kena layan dukung dan dodoi sokmo, sikit2 menangis dan merengek..oii..penat jugak sebab kilo dah tak ringan lagi hu3..papa dan ibu pun bukan seperkasa papa dan ibu orang lain..so balik lepas jumaat tadi, mea dah selesa dengan rutin di sini...welcome back my dear cutie!

Thursday, January 29, 2009

KaSih SaYaNg AnAk, CuCu..


(su joe, tokki dan ibu..ermm ragging nampak ibu mea ni!]

masa mula2 tokki dimasukkan ke wad, papa kata kat ibu.."kalau sampai jumaat tokki tak keluar lagi, kita balik la"..so, begitu la keputusannya walaupun orang kemaman kata tak payah balik sebab tokki dah pulih drpd lelahnya..pun begitu, jumaat malam tu..keputusan tak ler sebulat suara lagi, semua sms dari kampung macam kesian kat wish yang perlu menempuh perjalanan yang jauh...apa taknya, 10 jam perjalanan non-stop kalau betul2 pulun antara penang-kemaman, so kerana tak sungguh2 nak balik ni, sempat la we all keluar makan chicken chop kat pantai sea-gate skuarga plus maksu mah..kalau tidak, tentu malam tu..ibu sibuk dengan packing-macking bag..


[mea paling bergaya duduk di meja makan...makan kurang daripada 7 fries jer!]

pagi sabtu tu, papa call boss minta izin balik sebab kebetulannya minggu ni papa bertugas jaga desasiswa..mana tau jadi apa-apa kat desasiswa, jenuh la orang cari papa nanti..kali ni minta boss cover-line papa he3..sebab walaupun student sedang cuti break-sem tapi student sabah-sarawak dan foreigner such as indonesia masih ada..yang tak ingat nak balik pun ada maybe baru sibuk nak buat assignment yang tertunggak atau menjalankan aktiviti untuk next week-nya...boss papa memang baik, bila sebut jer tokki mea masuk wad, dia terus 'approve'..so papa pun arahkan ibu berkemas ler..."jom, kita balik!"...start kul 8 kumpul dan bungkus, kul 10 kita orang bertolak vroom tuju jambatan, grik, jeli....manir..esoknya, kemaman.


[mea ber'cekak rambut semasa melawat tokki...sekejap jer tengok tokki, pastu pusing satu wad huhu..]

plan papa nak bawa ibu ke Pekan Rabu terpaksa ditunda...bila2 masa leh pergi lagi tapi nilai kasih anak pada orang tuanya tak boleh dibeli dengan undurkan masa..masa ni la ibu, mea, wish dan papa kena berada di sisi tokki..walaupun 'di sisi' tu tak la bermakna "teppek"..namun, keberadaan di sana semasa saat2 ni amat mujarab tambah dapat menggembira dan menyihatkan tokki dengan lebih cepat..pengalaman papa dengan ayah papa, semasa ayah papa berada di wad tahun 2005 dulu masih segar lagi, senyum dan girang dia apabila tengok semua anak-anak pulang di saat dia menderita sakit, berlumba2 menawarkan diri nak menemani di waktu malam sekurang-kurangnya menjadi penawar seorang ayah yang sakit..bagi papa, inilah sumbangan kasih seorang anak yg paling murah dan mudah untuk menggembirakan seorang ayah....walaupun betapa dia garang, cengih dan tak bagi muka suatu waktu dahulu..tapi sebagai anak, kita berjaya pada hari ini hasil gubahan rangkuman sikap tersebut la..so, kena balik hehe! lagi pun kalau kena ayah papa, papa akan balik...inikan pula ayah ibu mea hehe..mana tau nanti giliran papa jadi tokki...mea kena balik tengok papa!


[ibu & mea bergaya belakang wish orang laen semasa atas feri..mengharap kehadiran wish sendiri hihi..]

cuma tak syoknya..hari kedua di kemaman papa kena sakit kepala bagai nak rak, aduss tak pernah sakit gini since wat phd dulu...tidur jer hampir 2 hari sedangkan balik nak tengok tokki sakit, now papa plak dapat sakit...alhamduliLlah hari nak balik tu sakit beransur pulih, kena gagahi jugak lawan supaya hasrat nak balik ke penang pagi khamis tidak terbengkalai...nanti hancus la meeting yang papa dah setkan dari awal (sebab asal tak plan nak balik)...sampai di penang, mea plak demam, selsema dan batuk..wish plak asyik nangis je kembung perut...mungkin travel terlalu lama kut, so boring dalam kereta...tadi silap lalu ikut feri...jem giler sebab ramai kaum cina masih beraya sakan huhu...cukup-cukup la raya tu!

[maksu mah posing atas feri...mea & wish tak tahan sebab angin kuat kat tengah laut]

Tuesday, January 20, 2009

ToKki Mea & Wish


inilah tokki mea..namanya Cikgu Long Hassan, sangat baik dengan semua cucu-cucunya yang rasanya menjangkau 23 orang kut...papa pun tak ingat dah...tokki banyak layan kerenah mea semasa kat kampung tempohari...hari-hari dilaporkan selalu tengok gambor2 mea dalam hand-phone, mungkin rindu kat cucunya yang banyak songeh ni..maklum la lama mea duk kawan dengan tokki semasa cuti baru-baru ni...

dulu masa papa berulang balik masa mea duk kemaman, tokki hantar papa ke stesyen bas chukai untuk ke kuantan (naik ekspress kuantan-penang) di samping cik nah dan che izami, one day tu...sampai2 kat stesyen bas, "bas sihat" dah pun bergerak beberapa ratus meter, so tokki pun apa lagi, pecut laa kejor bas tu...setelah rempit seketika dan buat drift sekali-dua hehe, dapat la tokki potong bas tersebut bagi membolahkan papa menaikinya...itu la tokki mea! silapnya, papa la yang selalu buat lengah bila time nak ke penang...maklum la nak tinggal anak bini hu3...

semalam ibu dapat sms daripada cik nah lebih kurang 3.30 pagi yang memberitahu yang tokki telah dimasukkan ke hospital kemaman kerana lelah teruk dan gastrik...kesian tokki...kami sekeluarga mendoakan kesembuhan dan semoga tokki cepat sihat kembali...tokki selalunya akan lelah pabila banyak berjalan, buat aktiviti lebih sedikit dan kalau travel jauh, maklum la usia dah tua...apa pun, kami di sini mendoakan kesihatan tokki kan pulih kembali..aritu papa ada plan nak ajak tokki ke penang, menjengah di rumah baru mea dan wish sini tapi kesihatan tokki sedikit menghalang di samping kesibukan tokwan untuk menemani. Kiranya entri ni mengajak semua pembaca setia blog mea dan wish ni mendoakan kesihatan tokki agar kembali pulih dan sihat segor mettor (kata orang ganu!). amin.

Monday, January 19, 2009

CoRat-CoREt...


Lama dah papa nak tunjukkan kawan mea yang duk sebelah umah..ni namanya sofea, member rapat mea...umurnya dah 3-4 tahun rasanya...mea kalau tengok sofea duk main kat luar rumah, mesti mengamuk nak keluar jugak...kalau tak buka pintu, huhu...habis suara dia menjerit...tapi papa ajar ibu jangan layan sangat kalau waktu tak mengizinkan, nanti takde orang nak tengok-2-kan, kang kena colek, isyhhh susah nooo..hehe


ruang taman depan rumah..di seberang jalan luas jugak, dulu ada buaian tapi telah dilupuskan oleh jabatan pembangunan universiti akibat rosak, apa taknya...anak2 tuk arab yang sedang buat master/phd kat sini 'ligan' buai2 ni macam nak terbalik...sebijik macam budak2 kat gaza...ganas depa ni...


ni gambo terbaru adik mea, wish..sentiasa cool...dulu papa ingat lagi, masa mea kecik...kalau mea menangis lebih sikit..mesti ibu gabra dan suruh papa dukung, tapi untuk darwish ni..papa relaks jer hehe...ibu banyak handle..sebab mea asyik duk ngaruk dengan papa, not ibu...papa pulak asyik kuar jer hu3...kekadang kesian banyak kat ibu, walaupun duduk kat rumah, masa dan kerja full...banyak mende kena buat, now ada mek mah..leh la mek mah jaga wish sat untuk ibu masak..susah noo jadi ibu anak dua ni...


ni antara telatah mea, naik basikal dengan selipar dapur ibu..bila payah nak kayuh, dia menjerit marah..padahal..bukan salah orang lain pun...basikal pun tak salah, apatah lagi ibu, garang betul kak long mea ni! hehe...tak tau la 'menurun' ilmu siapa hehe...tengok tu pakai baju, seksi..nampak bahu...aurat tu mea!

Sukad Fasa II



Hujung minggu baru ni papa dan mea terlibat sunguti la dalam sukad, just bagi sokongan kat pasukan aman yang berjaya hampir sebahagian besarnya masuk separuh akhir...happening jugak la medan dan stadium bila kumpulan sorak aman, yang sememangnya kaki havoc hahaha...papa rasa sidang ni ada peningkatan dari segi kualiti apabila banyak pasukan masuk semi-final which contribute 1 marks to desa...hoki wanita plak masuk final walaupun tewas akhirnya kat murni nurani, desasiswa kampus kubang kerian..memang depa ni banyak menang, mungkin sebab belajar bab kesihatan kut, stamina pun lebih noo....


nasib baik la hujung minggu ni takde program..studen pun start break-semester plus cuti raya cina...ada 4 hari cuti, papa sedang plan something ni tapi tak sure lagi sebab hari jumaat minggu depan ada post-mortem besar untuk seminar fiqh aritu..kita orang nak makan besar la pulak hehe...maybe dalam masa tersebut papa nak ajak family out-station some-where tapi bukan ke kampung...dekat-dekat ajer!

Friday, January 16, 2009

HePpi BiRThDay IbU...


Selamat hari lahir dan selamat panjang umur ibu mea dan wish..ibu yang pertama celebrate birthday dalam kuarga kecil kami ni, bulan depan (febr) papa plok, bulan depan lagi (mac) mea ikuti dan wish paling lambat bulan oktober...tahun ni, ibu 'cukup umur' yang ke-29 tahun...tapi ini bukan bermakna ibu dah tua tau,siti nurhaliza yang tak cun tu lagi tua (30 tahun ni)...cuma compare dengan papa, papa muda lagi la hehe...


Hari lahir ibu menyaksikan kek dibelah nak kejar masa jer huhu...sian ke ibu, mea plak dengan tak malunya ingat kek birthday dia..so pada awalnya, berebut la siapa nak belah dulu..akhirnya depa ni berkompromi, sama-sama pakat pegang pisau belah hehe...


kekalutan ni sebab tarikh lahir ibu ni bersamaan tarikh pilihanraya kampus di usm ni, papa kena jadi pengurus dewan pengundian dan malamnya pulak jadi pengerusi meja kira undi, so start kul 8.00 pagi hingga la 12.00 malam papa kena bertugas huhu...nasib baik rumah dalam kampus, leh la cilok sat pi ambik kek yang ditempah, balik solat and wat acara belah kek...acara ibu kerkah kek pun tak sempat nak wat walaupun ibu dah mamoh doh bahagian dia hehe....


sebut pasal pilihanraya kampus ni, ini dah tahun ketiga papa terlibat dalam kiraan undi, dan kali pertama untuk urus proses pengundian...tugas selesai dilaksanakan tanpa bantahan, sebab kalau silap sikit student ni main nak bantah jer hehe..sama la zaman dulu papa kat UM tahun 94-98..ikut sekali pasang poster, banner dan ikut kempen ke kolej-kolej...semuanya kenangan yang best untuk diingati, so biar la depa ni berpolitik sat before keluar ke alam nyata...tapi jadi pengurus undi ni, boring dan boring sebab duduk kat situ jer...bab kira plak penat kalau silap kira, kena kira semula huhu...apa pun, tahniah kat kumpulan yang berjaya!

Monday, January 12, 2009

MeA ajER...


petang semalam papa ajak ibu, mea dan wish ke transkrian tengok sukad (sukan antara desasiswa usm) yang diadakan di nibong tebal, kampus usm kejuruteraan sejauh sejam lebih kurang dari pulau pinang...paginya papa dah pergi sorang, tapi dek kerana desa aman masuk final acara bola baling wanita, papa pi sekali lagi dengan penyokong kuat desasiswa aman damai iaitu, mea...

mea punya minat, sampai nak masuk gelanggang semasa depa tengah lawan, hai...anak papa ni...aman-damai menang 9-0 kalahkan desa indah-kembara...caya la!


haa...ni tabiat mea yang masih tak hilang...suka peti ais, tak dapat pi beijing...takpe laa...kat peti ais pun sejuk gak untuk bercuti dan berehat hehe...


malam tadi mea cuba dukung adik, pandai dah bawa diri jadi kakak...time turun kereta pun mea dah pandai, depa tangan depan ibu suruh bagi adik kat dia...biar mea dukung plak hehe...good girl!

Saturday, January 10, 2009

AzAM taHUn bARu

rasenya tahun baru dah menjengah sepuluh hari dah, tapi apa azam tahun ni belum disuarakan lagi, apa azam papa..apa azam ibu..azam mea, and..azam darwish jika ada hehe...

azam papa tahun ni kalau dari segi kerjanya nak kurangkan gi bentang paper tapi nak banyakkan penerbitan pulak..ini kira nak capai sasaran apex university la..tahun lepas papa banyak sangat pi sana sini bentang paper, terbitnya belum lagi...so, tahun ni kena kurangkan la..tapi tak bermakna tak pi langsung hehe..ke Sabah dah dimasuk schedule, cuma ke Beijing tengah pikior lebih..kos tinggi sangat mencecah RM2800 sorang...kalau bawa ibu, ermm...mea lagi...darwish juga...ermm..uhuuu...boleh licin back-dated yang dapat baru ni hehe...so papa nak re-consider la tentang ni...


satu langkah untuk tingkatkan kualiti penulisan akademik/research papa ialah, papa dah beli broadband celcom tadi...now dah boleh pakai dengan lajunya..ni la menaip best ni..nak harap wireless usm, hampehhh...slow nak mampuih oghang pennag kate..


dalam aspek famili, nothing much yang papa nak plan except study mea biar cepat sosial sket..darwish okay jer bawa kadar diri dia hehe...tak sesusah jaga mea dulu..kuat tidur dan menyusu...so, okay laa...so lucky gak la ibu tak dapat kpli aritu, sebab payah sangat bila difikirkan soal penjagaan anak ni...ada sepupu papa kat manir dapat ipg kat besut, jauh gak la dalam sejam lebih tu dari manir..maknanya, kena la berkorban berpisah sat..or depa pindah umah sewa kat besut if sesuai...so, anak-anak papa dan ibu...kena besar dan berdikari cepat hehe...

ooppps..berhenti sat, mea kacau lak huhu....

Thursday, January 8, 2009

KoHo bABiR

koho babir...ini loghat terengganu which mean semakin nakal! papa refer pada mea la sehari dua ni yang pantang pintu depan terbuka (sebab pekerja keluar masuk baiki tandas)...maka dia pun keluar...dia pi rumah sebelah, masuk selamba jer kalau pintu rumah tu terbuka (sebab toilet renovate juga..pastu apalagi, joget2 dengan geng dia kak sofea..if ada iklan yang hidang lagu hip-hop...habis la anak ustaz sorang ni huhu...going to be rocker! susah la kalau duk sana nak ajak balik ke rumah..maybe dia boring duk kat rumah, tapi takkan la nak lepas-bebas mea ke rumah orang lagu tu..sekali-sekala takpe la..tadisebelah kaki dah masuk kereta nak ikut kak sofea and her famili keluar...nasib baik ibu cepat bertindak hehe...yang bagusnya mea, dia dah semakin clear sebut 'adik' bila panggil adik wish..good, the only not good sebab masih gagal call papa and ibu huhu...komplot boikot ekk hehe..

pagi tadi mak cik mea, mak su mah (adik bongsu papa) sampai ke penang..papa gi ambik la kat Terminal Sg. Nibong kul 4.45 pagi yang datang from Port Dickson, haa...kena la jadi pengasuh mea dan wish mcik mah weh, jangan mai fikir nak kerja lagi ekk...kena kerja bantu ibu mea dulu...ringan sikit beban ibu pasni..pastu, baru fikir nak kerja pas seminggu-dua...ni mesti nak tiru makcik sa dulu la yang datang duk umah mea dalam 4-5 bulan kerja kat kedai kek tu...

Monday, January 5, 2009

MaCAm-mACam ceRITer


Hujung minggu baru ni we go nowhere...mea sudah kebosanan, sampai dia main kat sliding door "chak" kat orang dalam rumah...sian gak kat dia keboringan, seminggu asyik duk kat rumah jer...


so papa ajak pi kat pantai sea-gate menghadap Pulau Jerjak...sambil beli pisang goreng sebab ada studen nak mai petang ni tengok adik wish...leh la bagi minum petang kat pekerja yang sedang tahap akhir memasang tile toilet tu...mea tengah feeling tuh...


cakap pasal adik wish ni...papa dan ibu rasa mata adik wish pun nanti macam mata mea la...mata bulat not sepet...dalam arti kata lain, adik wish pun akan ikut pesen keluarga alek Manir hehe..jangan marah ibu! hehe..


akhir-akhir ni adik wish suka diletakkan meniarap...sekali pun akhirnya adik wish akan menyebabkan air liur membasahi toto yang disediakan tapi adik wish tak nangis, kalau pegang atas peha pun gitu...maybe nak bertukar angin, asyik terlentang jer selama ni...


haaa...ni gaya tidur adik wish yang ter'canggih, tak tahu la tiru gaya sape, tapi pepatah ada kata..like father like son...ehemm...iyor ko?


badan adik wish pun semakin semangat sekarang...tubbuh orang kata...aritu pi timbang ada peningkatan, very good tapi lupa lak berapa scale dia...tapi tambah la..



ni mea ambik coklat papa...papa lak ekk makan coklat, maklum la nak tambah berat badan...tapi tengok la muka mea, habis comot...bila ibu buka peti ais, tahu jer dia di mana letaknya coklat ni..takpe la mea...sama-sama la kita tambahkan berat badan..



minggu lepas we all pi klinik sebab adik wish cukup 2 bulan, yang memerlukan suntikan tertentu...dan mea juga ada appoinment untuk check berat badan...so, sementara dipanggil meksi..mea paling membuas...ke hulu-ke hilir..ni main gelungsur kat sini...mula-mula gayat, pastu dia syokkk okay laa tapi kena pantau kut terjatuh lagu lain...


ayung adik ayung...ayung laju-laju...ini la khidmat bakti mea bila adik nangis...kakak yang penyayang ni...bagus mea, tolong ibu jaga adik wish ekk..

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin