bismillah & salam
Blog ni memaparkan kisah-kisah dalaman kami sekeluarga, just untuk rujukan kami bila terkenang-kenang saat manis sebelumnya; sebab itu ia dijadikan LIMITED EDITION, hanya untuk pembaca dalam kalangan ahli keluarga dan sahabat handai sahaja.

Monday, December 31, 2007

hAPPy nEW yeAR 2008


Tinggal beberapa jam lagi nak masuk tahun baru, 2008...malam ni mesti banyak acara punya..satu pihak mesti banyak buat duit melalak kat situ dan kat sini, satu pihak lagi mesti banyak habis duit rakyat upah tu, upah ni...dan satu pihak lagi kena tahan la bunyi-bunyian yang pelbagai ragam yang dicipta oleh kaum sejenis..ada yang sonok dan tentu ada yang tak sonok sebenarnya, dengan umah mea yang dah rendah ni, mesti tak nampak lagi kilauan bunga-bunga api yang bakal dipancutkan ke angkasa...hanya bunyi-bunyian yang bakal bersahut-sahutan...malam ni juga adalah malam terakhir pesta Pulau Pinang, tentu ada sale kat gerai-gerai di dalam tu...papa mea bercadang tak ke mana-mana la malam ni, just rest at home...dari semalam suruh sepu dengan meksa ke pesta, but they dun wanna...malas la nak pergi lagi, jemm sangat on the way ke tapak pesta tuh....

Tahun baru di Kuala Terengganu mencatatkan sejarah tersendiri, mungkin 'gah' kepada warganya apabila bandar ini dinaik taraf kepada "bandaraya" (lihat logo MBKT)...kesan bandaraya ni bukan hanya meningkatnya peruntukan kepada kerajaan tempatan, tetapi juga menyaksikan kenaikan kos barang dang perkhidmatan di sini, kalau tak percaya, cuba lihat nanti....perisytiharan ini juga mencetuskan satu ajakan baru ke sini sempena promosi Tahun melwat Terengganu yang berlaku pada 2008 juga...actually banyak lagi tempat papa mea tak pergi kat Terengganu esp meneroka pulau-pulau dan hujung tasik kenyir...bila tuh ekk nak pergi sekali? ....ermm....ermmm....Bercakap pasal tahun baru ni, mesti semua akan bertanya pasai azam...apa azam pap mea ekk?hehehe...serasanyer, papa mea bercadang nak tambahkan koleksi penulisan la sebanyak mungkin, kalau boleh ada yang bertaraf international...have to work hard for it! biasa la nak meneroka ke dunia luar ni memerlukan kesabaran paper kena reject, kiv etc...agi idup agi ngelaban kan, so chayyooo sokmo la....apa plak azam mea? ermmm...ni papa kena tanya mea ni...okay mea, cepat kabo atek...hehehe...mea nak leh jalan cepat-cepat mea kata, pahtu nak leh bercakap plak biar buttirr....hehe..apa-apa aje la mea....

Ensot..Duduk dan Rangkak

Damia dah boleh mengensot, ahh itu biasa...boleh duduk dan merangkak? ermm itu la pencapaian terbaru mea papa hehehe...tapi masih dalam tempoh percubaan, mea minta diberi masa sedikit utk dia melakukan aktiviti ini dengan lebih sistematik! apapun, we at this house, feel so hepi for her...walaupun dia belum lagi menunjukkan kebolehannya mendapat straight A's dalam PMR, mea actually sudah mula bergerak ke arah itu dengan menunjukkan straight duduk dalam position tertentu hehehe, chayyooo mea my daughter!


sempoi...


maintainnnn....


muka puzzle tengok iklan...


meh umah mea, Pulau Pinang! uhh..uhhhh..uuhhhhh....

Thursday, December 27, 2007

Catatan 'Idul Adha 1428H


Perancangan nak balik 'idul adha ni dirancang dah lama sebab melibatkan cuti penyelidikan, di mana prosedurnya perlu mohon 2 minggu terawal, plus cuti tahunan yang telah habis...plan-nya in between raya tu nak pi KL sat, either before or after to enter library kat UM or UIA..malang dan baiknya, dpt penolong penggawa yang tak boleh tinggalkan kampus lama-2...kena bertugas setiap selang seminggu, menyebabkan plan menjadi cuti raya sahaja...so, kena plan lain la utk research..hopefully this coming januari sempat pi barang 3 - 4 hari, takde bahan ni nak menulis huhuhu...ini kerana bahan undang-undang seperti akta, enakmen dan laporan kes-kes tiada di usm sebab tiada pusat pengajian undang-undang...berbeza dgn UM yg ada library undang-undang khusus, 4 tingkat lagi...

Kerana tugas kat desasiswa, sehari sebelum idul adha baru balik..bertolak lepas subuh dalam 6.30 pagi, sampai di kemaman dalam kul 8.00 malam..transit di manir kejap utk 'nap'..driver kena kumpul daya kejap to pursue the long-hour journey!

Raya 'idul adha tahun ni terlewat jadual sket, hinggakan team rumah bak semuanya terlepas satu raka'at...tak tahu la sama ada masjid taman islam tu yang pray awal, atau kitaorang yang pergi tak awal hehehe...apapun, pagi raya tahun ni pekena dua kali nasi dagang, sepinggan kat rumah dan sepinggan lagi kat masjid...bagus masjid ni, every raya rasanya ada juadah after solat...amalkan selalu hehehe...

Selesai solat, balik rumah salin baju utk menghadiri upacara pengorbanan beramai-ramai utk memegang, menjerat, menyembelih, melapah dan membahagi lembu..

inilah lembu yang dikhususkan kpd kami..


Sebut pasal korban ni, ada macam-2 pesen hehehe...ada yang hanya berkorban melihat bagaimana orang ramai melakukan kesemua kerja-kerja di atas, sekian terima kasih hehe...di sini, papa-mia just tolong pegang kaki lembu yang hendak dilapah hehe, itu satu pengorbanan juga iaitu mengorbankan tangan yang masih bersih dan suci dengan kotor selut, sisa darah dan bau yang kurang menyelerakan..bukan apa, ini juga kerana sempena bahagian aqiqah mia yang disertai bersama atas lembu tersebut..seekor lembu ni di'concurred oleh family mertua iaitu aqiqah mia dan danial (separuh kedua), korban oleh kho, k. nora, k. hani, mak dan k. dah (yusof)..semuanya beres dan sedekah kat taman satu bahagian dan 6 bahagian lagi bawa pulang ke rumah atas arahan mak utk prosedur selanjutnya iaitu, agihan fakir miskin, masak, gulai, sup, dan simpan sikit sebanyak...


Sepanjang raya ni di Kemaman, mia demam huhu...sian anak papa, tak sihat..actually mia dah demam sehari sebelum balik lagi akibat kuat meronda penang, cuaca hujan campur panas, banyak outing punya pasai..tewas jugak anak daraku! so, mia asyik menangis dan meragam jer..lepas bagi antibiotik..ada tanda-tanda merah naik..dikatakan baby campak...esok tu lagi banyak tapi haluis jah kata org penang...then bila balik sambung raya kat Manir, tanda-tanda merah tu pun hilang, maybe campak tak jadi nak teruskan operasinya..mia pun masih kecik lagi, semula la deh! hehehe...dalam minggu ni, fuyyoooo makan daging jer dengan pelbagai resepi digubah tapi bahan utamanya masih yg sama iaitu 'daging'..akibatnya, terpaksa singgah farmasi sat kat dungun kerana kes tertinggal floss kat penang huhu..


Lepas semua cuti ni dipenuhi, keberangkatan ke Penang semula diikuti oleh meksa dan cik pu...sorang akan stay jadi pengasuh part-time mia sambil cari kerja ringan-ringan kat penang dan sorang lagi kehabisan tiket bas nak ke uum...apa pun, perjalanan ke usm selamat n fun sebab tak banyak kereta memenuhi jalan, sometime ada la sebuah dua yang 'makan angin' kat tengah jalan tu esp kat area kelate, geram nau ore kelate nih hehehe...sampai-2 terus dipanggil ke pejabat desasiswa aman sebab rupanya papa-mia jadi pemangku Penggawa utk minggu ni, so banyak la tugas-2 pejabat kena buat iaitu sign situ dan sign sini...takpe laa...boss takde 2 minggu, jadi malam-2 kurang la kacau sangat dgn meeting yg lama dan panjang...huhuhu

Tuesday, December 11, 2007

Kak Yayah

Ini sedikit citer kak yayah...sejak mai, kak yayah masih belum round penang lagi sebab papa-mia sibuk nau, maybe hujung minggu ni start la berjalan sebab minggu depan dah nak balik raya haji...kat sini, kak yayah jadi teman setia mia...hehe, mia sejak ada kak yayah ambik kesempatan, asyik nak dukung ajer, so kena la kak yayah berkorban sket...sori, gambo kena blurr sket sebab takde tudung hehe...




Start Sabtu, tour utk yayah sempat diadakan selama 2 hari hingga ahad..so, oleh kerana gambar-2-nya cukup nyaman, lets the picture talk okay...


Perkarangan Masjid Terapung, Tanjung Bungah



Hadapan Flat Baru Mangsa Tsunami


Tokong Ular



Stesyen Train Bukit Bendera



Dalam train Bukit Bendera



Puncak Bukit Bendera



Padang Kota



Taman Rimba, Teluk Bahang



Pantai Batu Feringgi



Pesta Pulau Pinang

Monday, December 10, 2007

Kem Pelajar Desasiswa

Jumaat lepas papa-mia kena bertugas lagi iringi pimpinan pelajar desasiswa kursus dalam kem kepimpinan di Merbok. Ia melibatkan kira-kira 25 orang pelajar dan papa-mia pengiring ajer...kemnya biasa ajer, ada surau, tandas, pondok makan dan tempat utk LDK...cuma bestnya dapat makan masakan org kg and naik bot...ser lagi kena tido khemah huhuhu....berikut adalah panorama sepanjang kem ini berlangsung..



sesi makan tengahari - gulai ikan aya, ikan kering, sayur kobis, belacan kaw punya!



bergaya depan khemah - studen laki jer tido dalam khemah, pompuan tido dalam rumah, 'hijab' kena jaga beb



ice-breaking - budak kg diperkenalkan 'chicken dance' dan aktiviti besar



ramah mesra dgn org kampung kat dapur, strategi studen pompuan nak belajar buat belacan kaw tadi..



Morning exercise - mentari masih belum tul-2 cerah...tapi budak2 ni macam tak tido jer, kul 3 pagi duk main lari lagi keliling khemah papa-mia..alahai!



sebahagian peserta di jeti nelayan, jangan roboh dah ler macam jeti kat butterworth dulu...



tapak LDK dalam belukar - teduh dan nyaman, leh tengok ketam kat bawah dan jaga-2 drp ular kapak di dahan-2 bakau



jambatan antara pokok-2 bakau, masih dalam pembinaan..hujung nanti ada chalet terapung..



Sesi kelas terbuka sementara menanti minum pagi dan bot trip



Acara bot trip ke jambatan semeling & tg Dawai..ada tak puas hati kerana ada team pi jauh, ada pi dekat jer...



Seni pertukangan bina jeti berpagar..inilah sumbangan warga aman-damai utk kem ini



wrap! untuk balik...sudah letih! papa-mia pun dah rindu kat mia....

Wednesday, December 5, 2007

Masa Lari...

Hai penat tul dpt post sampingan baru ni, sejak dpt..2 malam berturut2 doh meeting, kat kul 12 baru habis..balik orang dah tido, masa tengok berita pun dah ganggu sket, alahai risau gak bila mikior jejas prestasi penulisan papa-mia, bahaya tu! hopefully i can manage my time dengan baik dan terancang...sometime, to get something we have to face a lot of challenge, win or lose depend on how we control ourself, our time-frame etc...takut jugak masa bersama keluarga terjejas, hujung minggu ni dah nak kena tidur dalam khemah kat sg petani, minggu depannya lagi 2 malam tidur kat Taman Rimba lak...alahai, mia-mia...nak bawa dia tak leh, kecik lagi nak masuk hutan...itu la, no pain no gain...sampai semalam nak sukanya..tengok ibu-mia tidur sambil pegang h/phone dua belah tangan, dia dah taip dah nak hantar ke papa-mia, tapi tak sempat send..lelap...mulanya ingat dia tengah main sms hehehe..rupanya2, tidoqq...ada jugak gaya macam tu ahaks! Okay la menulis sat jer, nak pi Sg Petani lak ni kejap survey kem tu...huhuhu, nasib baik boleh claim milleage! tapi masa, camner nak claim, sendiri mau ingat la nooo....

Monday, December 3, 2007

Penolong Penggawa Desasiswa Aman-Damai

Akhirnya, papa damia dilantik sebagai Penolong Penggawa Desasiswa Aman-Damia berkuatkuasa 1.12.2007 till 31.12.2008. Permohonan yang telah dibuat sebelum puasa lagi, dan interviewnya pada awal Ramadhan cukup mencabar papa mia kerana terpaksa ulang alik drp Kuantan ke USM kerana jadual cuti dan interview datang tak diduga, bertembung tapi tak berlaga hehe...so, malam tadi dah ada meeting pertama hal pelajar ni, hai busy la papa-mia lepas ni..jangan la banyak sangat xtvt malam or hujung minggu...mana tahu kan kut ada studen demam ke, kena hantar ke klinik; studen berkhalwat, kena hantar ke jaipp; studen histeria, kena hantar ke rumah Haron Din hehe...Tak ramai sebenarnya yang mohon jadi felo or penolong penggawa nih, sebab time-frame tadi laa..tiada lagi masa privacy, oleh kerana itu, pihak universiti menyediakan special place to us, iaitu penginapan eklusif, api dan air percuma (below RM150), termasuk la sewa tepon...yg lain-lain, sendiri mau ingat lah...



Rumah yang disediakan..tu kereta Dr. Hasrul tu saje nak tumpang glamer..corner lot lagi dan lengkap dengan pokok cili padi, terung, serai, betik, pisang dan kelapa di tepi dan belakangnya hasil usaha tani Dr Nazaruddin yg tinggal di situ sebelum ini..tenkiu Dr. Naza, good job for mia..



Ruang tamu dan area meja makan yang lebih luas dan lega drp rumah sewa sekarang..Dr. hasrul dilantik sebagai interior designer sedang memikirkan di mana nak letak akuarium ikan...erkkk, iye ker? tak yah laa...



Jemput makan, tambah lauk tu..sila duduk-duduk, hidu bau dari dapur...tapi pintu sua hidangan dari dapur ditutup plak..belum time makan lagi la tu...



yang penting ada aircond, walaupun telah direport utk diganti baru...tilam tu ada missing satu, kena report ni minta tambah...mana boleh, eklusif mesti complete maaa

So, rumah dan perabot semua dah complete...tinggal satu masalah jer lagi huhu, nak angkut barang utk pindah...semua ahli rumah papa-mia ni jenis yang tough-2 belake seme, hai..al-maklum sudah ke belum...nak kena la upah bangla selori ni huhuhu...

Wacana Muamalat

Hari ini Bahagian Pengajian Islam menganjurkan satu seminar sehari mengenai Pengajian Muamalat di Malaysia, hasil peruntukan Universiti Penyelidikan (RU). Wacana ini menjemput semua ahli akademik daripada IPTA dan IPTS di wilayah utara khusus yang menawarkan pengajian muamalat seperti Jabatan Muamalat, Fakulti Pengurusan Perniagaan UUM dan Kulliyyah Muamalat Kolej Universiti Insaniah. Pihak Bahagian Pengajian Islam USM pula menganjurkan wacana ini bertujuan untuk menawarkan program sarjana muamalat secara mod-campuran pada sesi baru 2008/2009.

Tokoh besar dalam dunia syariah telah dijemput iaitu Prof Dato' Paduka Dr Mahmood Zuhdi Abdul Majid, bekas Pengarah Akademi Pengajian Islam UM dan tokoh dunia profesional syariah (dari sudut praktikal) iaitu Dr Md Nurdin Ngadimon, pemangku ketua bahagian syariah, suruhanjaya sekuriti.


Prof Mahmood Zuhdi sedang semangat mewacanakan idea-ideanya...


Dr. Nurdin pun tak kurang hebat, mengaborkan pengalaman praktisnya di SC

Yayah ke Penang....


Yayah, or well known by kak yayah or kakak by nuar come to Penang. along with Damia travel long distance...8 hours yesterday through east-west so called highway... ikutan yayah ni berikutan papa-mia balik juga drive after meeting aritu, konvoi together dgn tetamu dari Dungun, untuk turut sama melawat tokki-mia dan langsung membawa pulang semula damia dan ibunya yang tersayang...Mia pulang dihantar oleh ramai warga kemaman yg masih ada kat rumah tokki, kelihatan tokki pun turut mengiringi mia hingga luput dibawa kereta hehehe...


As usual, travel ke Penang kena transit di manir sebab driver nak rest sket campur tidur semalam di rumah ayah-papa-mia, even though ayah-papa-mia dah tiada, at least kecaknaan terhadap adik-adik yang mengharapkan sokongan dan perlindungan abang dan kakaknya tidak hilang sebegitu sahaja, walaupun masing-masing dah ada kuarga tersendiri..so, yayah pun ikut bermalam di sini la..perjalanan ke sini ditumpang oleh nurul (kak long) sebab nak ke Kampus KUDQI di Kubang Lembek. Before that, singgah sebentar di Dungun kerana nak ziarah Faiz berkhatan...maklum la musim khatan la ni cuti-cuti sekolah yang panjang ni...ayat power yang keluar selepas sakit akibat berkhatan oleh Faiz mengikut mama-nya ialah "menyesal aku!" hehe...semasa dia ke Penang aritu uncle dia dah tanya takut tak, tapi dia cakap berani, haaa tu diaaa...berani ahaks!


After hantar nurul selepas dinner malam tu, tidur sepicing dua, maka besoknya..pagi-pagi gajah lagi kami pun bertolak ke Penang, berhenti di Pekan batu 6 kejap beli kuih-muih dan rempah ratus "ganu kite" utk bekalan masak di Penang, then vrooom straight away...banyak tempat gak berhenti sebab ada budak kocik ni dan isi perut sepinggan dua hehe..semasa solat di Puncak Banjaran Titiwangsa tu, damia sempat lagi berposing sambil dibelakangi oleh hutan tebal..last time berhenti kat situ, papa-mia terjumpa tahi gajah yang masih baru huhuhu...itulah Lebuhraya Timur-Barat...

Wednesday, November 28, 2007

Mia Naik Firefly Lagi....



Semalam, bak dimasukkan ke wad lagi..dulu dah pernah sekali, kerana semput (dengarnya) akibat jantung..kami dikejutkan tido kul 2 pagi lebih kurang utk dikhabarkan hal ini oleh kak chik, pastu tak leh tido lagi...call firefly tak leh..berkali-kali cuba tak leh, geram gok sutir...kul 9 pagi after breakfast pi airport, then beli on the spot jer...hanya mia dan ibunya dulu balik, sebab papa ada meeting penting esok, tambah ada tetamu dari Dungun yg baru sampai semalam...serba salah, but the decision has to be made, so biarlah mia wakili papa dulu jumpa bak, didoakan bak akan sembuh dan sihat semula after this, amin.

Monday, November 26, 2007

FoTo-FoTo TetaMu Mia...

Horey! Mungkin itu keriangan yang ditonjolkan dalam foto-foto ni, selama 4 hari bercuti kat Penang...

Mek Nor dan Paknik sekuarga...ini gambo masa depa gi panjat Bukit Bendera, den tak pi, dengarnya ramai orang al-maklumlah cuti sekolah...arini abg nie plak mai jalan ke sini, hai meriah tul rumah Damia musim ni..maybe sebab pasni nak pindah rumah kut, insya'Allah dpt rumah atas tanah plak pasni, mana tahu kan, amin!



P/cik Pu bersama anak sedarenya kat Bukit Bendera...aik, awat mimi sembunyi drp kamera tu..maybe sedang majuk kut..apapun, aisyah sentiasa ceria dan sedia berposing..


Halaman Quensbaymall, we all pi sempena Hari J'Card kat jaya jusco...fuyyooo ramai sakan orang, kalau la seramai ni pergi dengar ceramah agama kan baguih hehehe...before tu we all pi Pantai Seagate, just sight seeing dan makan laksa penang, tapi laksa sini biasa jer, kuah tak berapa kaw...kureng isi ikan, cuba lagi mak cik!



Bercanda di tepian pantai, menikmati angin sepoi-sepoi bahasa..saat ni we all half jalan dah sebenornya, tak bawak pulak tikar ke, kertas ke, wat lapik bontot..ahh belasah jer laa...boleh tahan jugak dgn pelancung kat sini yg miskin, tak terbeli baju yg banyak kain sket...takpe laa...jangan tengok ekk, tak baik!



Perkelahan di Taman Rimba, masing-masing menghilangkan lapar dan penat berjalan-jalan..Mia letih lagi, sebab berjalan jauh seharian today, so dia punya toto tebal drp mimi lagi...boss kan macam promo astro ceria tu!



Aisyah dan Mimi sedang syok mandi kat Taman Rimba, Teluk Bahang..tapi air cetek sangat, malas nak daki ke atas bukit sana...Mia mulanya tak mau bagi sentuh air ni, tapi dia cerdik, seketika kemudian Mia pupu..so, nak kena basuh kat situ gak ler..merasa la air Taman Rimba ni jugaa..


Nak tengok lagi gambo, scroll ke bawah...

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin