Blog ni memaparkan kisah-kisah dalaman kami sekeluarga, just untuk rujukan kami bila terkenang-kenang saat manis sebelumnya; sebab itu ia dijadikan LIMITED EDITION, hanya untuk pembaca dalam kalangan ahli keluarga dan sahabat handai sahaja.

Monday, September 27, 2010

Bisik Berbisik

boleh tak kali ni kite berbisik sahaja, instead of bercakap kuat. ada pekdah ke bagitau camni sedangkan selama ni pembaca blog ni selalu membaca dalam hati jer hehee...ini adalah permulaan kepada 'post merapu' ini...bukan apa, to be different!
.
hujung minggu baru ni adalah weekend pertama yang start episod 'busy' dalam diari papa sebagai pen. penggawa desasiwa aman damai...semua aktiviti dah jujuk terisi till pelajar exam kira-kira sebulan lebih lagi huhuhuu...kami mempunyai 3 acara weekend baru ni iaitu; (1) lawatan sebuah bas drp famili angkat bukit pampong raub yg akan bermalam di aman damai; (2) karnival sukan antara blok dan aras; (3) misi menghantar barang2 pelajar aman damai yg meninggal dunia ketika tidur ke tembila besut. So, papa kena tugasan yang ketiga dan terpaksalah ke sana pergi hari sabtu dan balik hari ahad. cuma tak rasa beratnya sebab ada driver, so papa just duk sebelah, masa van bergerak tidur dan masa van berhenti turun makan hehee...pendek kata, memang pulun tidur saja. begitu juga dengan 6 pelajar lain yang turun jadi escort misi ini.
.
cuma kesiannya masa nak pergi baru ni, damia dan darwisy demam huhuu. semua jadi koho manja-manji. papa dah bawa semua ke klinik pada malam tu, tapi begitu la sehingga balik dari besut..masih ada lagi kepanasan. dan suara damia pun menjadi semakin garau kini wat tang di batuk yang koh-koh sokmo. darwisy pulak takde kerja lain melainkan nak didukung ajer. nak rebeh bahu papa....aleh-aleh bawa naik kereta pusing asrama baru jungkit balik...itu la kisahnya. so, plannya hujung minggu ni ada program lagi di jitra. kali ni kursus pembantu exco dan papa kali minta chalet sebutir supaya boleh usung semua sekali ke sana. at least, sambil memantau, sambil merantau hehee...itu la niatnya. inilah bisik kite pada hari ini dulu!

Saturday, September 18, 2010

TraVeL RaYa

Salam idul fitri...
maaf zahir dan batin..

raya tahun ni rasanya papa dapat bercuti dengan lebih panjang
ini berikutan cuti semester dan cuti raya gabung sekali
maka papa pun bergabung jugak dengan cuti2 ni
cuba membahagi sama-rata sama-rasa
3 hari berbuka di sebelah kuarga ibu
3 hari berbuka di sebelah kuarga papa
3 hari raya di manir
3 hari raya di chukai
1 hari travel balik
1 hari travel pergi
arghh...cukup memenatkan
tetapi SERONOK..
walaupun raya di usia begini
banyak habis DUIT
namun percayalah
duit tak boleh beli keseronokan
duit tak boleh beli kemesraan
duit tak boleh beli persaudaraan
duit tak boleh beli masa untuk bersama
duit tak boleh beli saat-saat istimewa
berkumpul bersama adik-beradik, keluarga dan saudara-mara
saling ziarah-menziarahi dan mengeratkan ukhuwwah
atasi aura negatif silam
jika ada.

Salam lebaran, salam kasih sayang!

Thursday, September 2, 2010

My WisH


setelah merata tempat mencari punat/butang wish-ku ini,
yang pecah akibat accident aritu..
akhirnya hari ni papa mendapatnya...
itu la bahana pakai kereta cbu aka reckon ni,
dulu habis serata kedai dicari (sebenornya 3..4...kedai jer pi he3)
dari pulau hinggalah menaiki feri ke butterworth,
dari kedai aksesori ke kedai-kedai spare-parts,
dari kedai persendirian ke kedai servis toyota,
akhirnya tempahan terpaksa dibuat dari KL,
dan akhirnya..
kemas la my bumper,
maklum la..risau gak nak balik raya,
kut berguguran terselak lagi skirt wish,
bak kata studen aman damai aritu,
"habis nampak spender kete doc...sebab skirt terselak!"
sabau jer...he3

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin